Kesan kejatuhan ringgit malaysia 2015. Ahh! Apa sudah jadi? Nilai ringgit malaysia menunjukkan kejatuhan hampir setiap hari! Apakah tiada usaha untuk menghalang ianya daripada berterusan. Apakah yang sedang berlaku sebenarnya? Apakah kesan yang bakal di hadapi jika ianya tidak di kawal?
Kos sara hidup meningkat. Ya. Kejatuhan nilai ringgit akan menyebabkan harga barangan meningkat. Ini akan memberi kesan yang teruk kepada isirumah berpendapatan rendah! Kehidupan rakyat akan menjadi lebih sukar. Yang sudah sedia ada sukar, menjadi lebih sukar. Tidakkah ianya adalah suatu kesan yang sangat buruk?
Kejatuhan ringgit malaysia memberi kelebihan kepada orang asing untuk menambah aset sedia ada di dalam negara kita. Mereka juga mempunyai kelebihan membeli belah dengan tukaran matawang mereka yang tinggi. Sebaliknya berlaku kepada rakyat malaysia yang di paksa untuk berjimat cermat. Tidakkah ianya kelihatan sangat teruk?
Kadar tukaran ringgit hari ini adalah USD1=RM4.23. Ini tidak memberi kesan kepada rakyat malaysia *sumber di SINI* tetapi bagaimana pula dengan pelajar di luar negara? Tidakkah ianya memberi kesan yang sanga besar kepada keseluruhan kehidupan mereka? Ibubapa yang memberikan wang kepada anak mereka,"dipaksa" untuk mengandakan wang pemberian itu. Dalam erti kata lainnya, rakyat malaysia juga terkesan dengan kejatuhan nilai ringgit ini.
Kami sebagai rakyat, mahukan 1 usaha untuk menaikkan kembali matawang ringgit. Kehidupan kami tidaklah semewah seperti yang di jangka. Malaysia sebuah negara yang maju,aman dan damai. Kami bangga menjadi rakyat malaysia. Hebatnya negara ini atas rakyatnya yang berbilang kaum. Kami juga sebahagian daripada negara malaysia.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Selain Bukit Jugra di Selangor boleh dikatakan tapak bersejarah dan berkeramat,ada satu lagi lokasi bersejarah zaman perang dunia ke2 yang b...
-
Bila ada yang berkata ‘untuk apa pakai tudung tapi buat dosa maksiat’ maka ia adalah satu kenyataan salah. Ini kerana dosa melakukan maksiat...
No comments:
Post a Comment