Tuesday, August 4, 2015

Perkara Perlu Di Elak Ketika Mengandung

Perkara Perlu Di Elak Ketika Mengandung | Kehamilan sememangnya dinanti-nanti buat pasangan yang berkahwin. Kehamilan pertama kali tentunya mengujakan dan memberi pengalaman yang cukup bermakna. Banyak pantang larang yang perlu diikuti buat wanita hamil. Ini supaya dapat mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
Berikut kami kongsikan beberapa perkara yang perlu dielakkan ketika sedang mengandung :
  • Ubat nyamuk– Elak apa saja jenis ubat nyamuk tidak kira jenis semburan, yang dibakar atau sapuan sekalipun. Ubat nyamuk mengandungi bahan kimia berbahaya dan boleh menjejaskan kandungan anda.
  • Derma darah– Ibu hamil tidak digalakkan menderma darah disebabkan mudah mengalami anemia (kekurangan darah) sedangkan anda perlukan banyak darah untuk kehamilan.
  • Bawa barang– Elak membawa barang berat, apatah lagi setelah kehamilan memasuki trimester terakhir.
  • Durian– Elak memakan durian, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana ia boleh merangsang kontraksi yang akhirnya menyebabkan keguguran.
Foto - www.protothema.gr
Foto - www.protothema.gr
  • Penjagaan kuku tangan kaki– Anda sering mendapatkan rawatan kuku di salun sebelum ini. Jika boleh, elak melakukannya ketika hamil, terutama pada tiga bulan pertama usia kandungan anda. Ini kerana produk kecantikan yang digunakan mengandungi bahan kimia. Lebih baik anda mengambil langkah berjaga-jaga menghindarinya.
  • Jalani rawatan muka– Jika sekadar mencuci biasa menggunakan produk bebas daripada bahan kimia, tidak mengapa. Namun, pastikan produk digunakan bersih dan tidak mengandungi bahan berbahaya.
  • Mewarna rambut– Seboleh-bolehnya elakkan, terutama pada trimester pertama kehamilan, kerana dikhuatiri bahan kimia dalam pewarna meresap ke dalam kulit dan menimbulkan risiko jangkitan terhadap kandungan.
  • Kasut bertumit– Tak perlu bergaya dengan kasut bertumit ketika hamil kerana semakin bertambah usia kehamilan, semakin bertambah berat badan yang mempengaruhi graviti tubuh dan mudah membuat ibu hamil hilang keseimbangan serta terjatuh.
  • Krim pemutih– Lupakan krim pemutih ketika ini. Kandungannya boleh menjejaskan kesihatan anda dan janin.
  • Ubat jerawat– Wajah anda dipenuhi jerawat setelah mula hamil? Ia perkara biasa kerana faktor perubahan hormon untuk proses kehamilan. Lupakan seketika penggunaan ubat jerawat kerana ia mungkin membahayakan pertumbuhan janin anda. Cara lebih selamat, kerap mencuci muka untuk mengurangkan penghasilan minyak yang menyebabkan jerawat. Atasi jerawat setelah melahirkan nanti.
Selain itu, elakkan makanan mentah dan separuh masak seperti sushi, kafien, makanan ringan, alcohol dan nikotin kerana boleh mengakibatkan gejala tidak elok.
Sumber- fuh.my

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas