Sunday, August 16, 2015

GEMPARR!!!! Penemuan Janin Dipercayai Keguguran Di Tandas Lelaki



Gempar!!! Penemuan janin dipercayai keguguran  di tandas lelaki Surau Masjid Lama During Burung.

Kejadian ini dipercayai berlaku pada pukul 3 petang tadi ketika kawasan Surau sunyi tanpa kehadiran orang ramai selepas selesai menunaikan Solat Fardu Zohor. Kejadian ini telah disedari oleh seorang Setiausaha  surau, Hj Ahmad Amzad Hashim apabila hendak membersihkan tandas surau tersebut. Beliau amat terkejut akan penemuan janin yang belum cukup usia digugurkan di tandas lelaki.

Kejadian ini telah dilaporkan oleh S/U surau kepada Bilik Gerakan IPD Kuala Terengganu dan menunggu kehadiran pihak polis untuk lakukan siasatan.

Gejala sosial kini semakin berleluasa di kalangan orang melayu kita malahan orang cina dan india juga ada yang terlibat. Semoga penemuan ini menjadi pengajaran buat ibu bapa supaya menjaga anak anak mereka dengan selamat agar tidak terjebak dalam gejala sosial ini. Awasilah anak anda sebelum terlambat, Anda mampu mengubahnya....

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas