Saturday, August 8, 2015

GEMPAR!!! "Saya Komen Banyak Atau Nanti Entah Dipindahkan ke Mana Pula?", Kata Pengarah Operasi Khas SPRM.




KUALA LUMPUR: Pengarah Operasi Khas SPRM Datuk Bahri Mohamad Zin dan Pengarah Komunikasi Strategik SPRM, Datuk Rozaid Yaakob dipindahkan ke Jabatan Perdana Menteri (JPM) bermula hari ini.

Bahri merupakan antara individu yang terbabit dalam penyiasatan akaun syarikat SRC Internation Sdn Bhd; syarikat yang dikaitkan dengan 1MDB.

Memetik laporan dari Astro Awani, kedua-dua mereka telah pun melaporkan diri di JPM pada petang tadi setelah mendapat surat pertukaran terbabit dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Menurut sumber Astro Awani itu juga, surat dari JPA itu turut menyebut kedua-dua mereka akan dikenakan tindakan tatatertib dan dipindahkan.

Bahri yang kemudiannya dihubungi oleh portal berita Malaysiakini enggan mengulas lanjut perkara berkenaan.

"Saya tak hendak komen banyak, nanti (dipindahkan) entah ke mana pula," katanya.

Sebelum ini Bahri lantang menyuarakan pendapatnya tentang isu penahanan pegawai SPRM sejak minggu lalu. Beliau juga menyifatkan tindakan itu mengganggu kerja SPRM.

"Saya amat hairan kenapa boleh berlaku perkara sedemikian. Saya rasa polis tidak akan membuat 'kerja gila' macam itu kecuali ada orang yang memaksa pihak polis," katanya pada Isnin lepas

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas