Seorang vokalis kumpulan pop rock didakwa menerajang isteri pertamanya sehingga menyebabkan anak ke lapan mereka yang berada dalam kandungan gugur.
Menerusi laporan yang disiarkan blog Rotikaya, vokalis tersebut bertindak demikian kerana tidak mendapat kebenaran poligami daripada isteri pertamanya itu.
Laporan tersebut turut menyebut, konflik tercetus di antara vokalis kumpulan popular itu dengan si isteri kerana kenyataan wanita tersebut yang tidak merestui perkahwinan kedua suaminya.
Turut dilampirkan beberapa ‘screenshot’ dua orang teman rapat kepada isteri pertama penyanyi ini yang menceritakan keadaan wanita itu semakin diabaikan oleh suaminya, selain menerima penderaan fizikal kerana memberikan kenyataan media.
Si pengirim mesej turut memaklumkan, anak sulung vokalis tersebut bersama isteri pertama tidak berbuat apa- apa untuk mempertahankan ibunya tetapi banyak menghabiskan masa dengan teman wanita.
Menurut mesej itu lagi isteri pertama si vokalis juga dikatakan tidak berani untuk mengambil tindakan atau melaporkan perkara ini kepada pihak berkuasa kerana risaukan reputasi tercalar.-rotikaya
No comments:
Post a Comment