Tuesday, August 4, 2015

'Dia (Fathia) Cantik, Saya Malu Dan Mengigil' - Shukri Yahaya

..
Pelakon yang semakin meningkat populariti, Shukri Yahaya, 27, mengakui mengigil sewaktu mahu menyentuh dan memengang tangan 'isterinya', Nur Fathia Latiff menerusi adegan berkahwin dalam drama terbaharu adaptasi novel terlaris, Dia... Isteri Luarbiasa (DILB).
"Ini pertama kali saya bergandingan bersama Fathia. Sebelum masuk ke set, saya ada menonton lakonan Fathia menerusi drama Bencinta.
"Sepanjang penggambaran drama ini. saya banyak dapat tunjuk ajar daripada pengarah juga Fathia sendiri sekaligus dapat membina keserasian antara kami.
"Cuma saya ni seorang yang pemalu. Tambahan, awal-awal lagi saya sudah letak jurang di mana saya junior manakala Fathia pula adalah senior saya dalam bidang lakonan.
"Dia cantik dan lakonannya hebat. Mungkin itu yang membuatkan saya berasa segan dengannya.
"Ada satu babak kahwin di mana saya perlu pegang tangan Fathia. Mulanya sewaktu saya hendak pegang tangan dia, saya mengigil.
"Dia nampak tangan saya mengigil dan dia terus tenangkan saya. Bila dia memberi reaksi sebegitu, rasa gementar saya berkurang," katannya kepada Malaysian Digest ketika ditemui di Restoran Asmara Penchala, Selangor, semalam.
Memegang watak sebagai Dr Raden Amzar iaitu seorang pensyarah juga suami yang penyabar dan romantik, Shukri menolak dakwaan malu dengan heroinnya kali ini kerana takut terlalu berlebihan sekaligus menimbulkan rasa kurang senang kepada teman lelaki Fathia iaitu pelakon Aiman Redza Hakim.
"Eh, taklah. Malah, saya ada jumpa Aiman ketika dia datang di set penggambaran tetapi dia tidak pesan apa-apa pun. Teman wanita saya pun okay," katanya sambil tertawa.
 ..

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas