Haaa... mungkin baru hari ni Najib terperasan hal ini... atau mungkin juga Najib sedar cuma tak tergamak nak mengungkit apa yg telah diberi walaupun hasilnya tidak seperti yang diharap dan tidak berpadanan berbanding jumlah yg telah disalurkan...
Itupun Najib masih memilih untuk berkias, mungkin kerana tidak mahu mendedahkan kelemahan yang berlaku dalam jenteranya... sewaktu menyampaikan ucapan perasmian Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak, beliau menyeru seluruh ahli UMNO yang berjumlah sekitar 3 juta orang agar bangkit menyerang mereka yang kini sedang lantang menghentam dirinya dan kerajaan UMNO BN... ahli2 digesa agar mengaktifkan akaun2 facebook, blog dan twitter untuk menyerang balas 'musuh2' yg ligat menyebarkan propaganda palsu bertujuan menjatuhkan kerajaan pimpinannya...
Dan di dalam MalaysiaKini, portal tersebut mengaitkan intipati ucapan Najib dengan kegagalan media pro UMNO, khususnya yang berbayar melaksanakan tugas yang sepatutnya... hari ini memang nampak jelas akan kelemahan tersebut... mana dia blogger dan facebooker UMNO yang sepatutnya menjadi barisan hadapan bagi pihak parti dan pimpinannya samada mempertahankan dan menjawab isu atau melakukan serangan balas di atas sesuatu isu...
Adakah blogger dan facebooker UMNO sedang sibuk membuat liputan, menangkap gambar dan post majlis2 jamuan Aidilfitri dan persidangan Agong? Ini BUKAN kerja blogger dan facebooker khususnya yang dibayar oleh UMNO... ini tugas wartawan Utusan Malaysia atau Sinar Harian dan yang seumpama dengannya... jika setakat ini je tugas kalian, maka rasanya tak perlu UMNO melabur jutaan ringgit untuk membiayai gerakan kalian... atau kalian patutnya apply job dengan syarikat newspaper, jika ini minat kalian...
Sebenarnya isu ini pernah aku tulis dan siarkan, sekitar 2 minggu yang lepas yang mana aku telah kaitkan dengan isu penahanan seorang orang lama dalam dunia blogger, Papagomo... syukur, hari ini, apa yg telah aku katakan seolah-olah telah diulang sebut oleh Presiden parti YAB DS Najib Tun Razak..
Aku quote kan balik artikel yang aku maksudkan...
"Terus terang aku katakan, jika dilihat kpd perkembangan senario politik semasa, aku sedikit pelik bila melihat pihak berkuasa samada polis mahupun SKMM mula terlibat secara agresif memantau setiap tindak tanduk dalam media baru... ditambah pula dengan saranan bangang dari pak menteri yg mahu semua media sosial termasuk FB, Whatapps, twitter dll ditutup...
Seolah-olah ada yang tidak kena dengan keberkesanan media2 sosial ini dan manfaat yg sepatutnya dinikmati hasil dari penciptaan medium komunikasi baru mula dipertikai.. apa sebenarnya berlaku?
Dan semalam berdasarkan apa yang didedahkan oleh seorang lagi blogger tanahair terkenal, Datuk A Kader Jasin seolah menjawab persoalan yg berada dalam minda aku... mungkin beliau hanya menfokuskan kepada media utama yg lebih besar yg sebelum ini diuruskan oleh Datuk Lim Kok Wing dan beberapa individu2 yang gagal memainkan peranan yg telah diamanahkan untuk mempromosi Perdana Menteri serta menjawab segala isu dan tohmahan yang dilemparkan bagi pihak PM dan Kerajaan... itu mungkin skop yg lebih besar dan melibatkan pihak atasan...
Cuba kita kecilkan sikit skop... apa peranan media dalam UMNO dan ahli UMNO itu sendiri yang selama ini mengaku berjuang demi mempertahankan alip, ba, ta... perkembangan komunikasi dahulu sudah jauh berbeza dgn sekarang... surat layang, surat berantai dan apa pun seumpama dgnnya sudah lagi tidak praktikal... hari ini dgn satu posting, satu info sudah dapat dihebahkan... dan kemudian ianya dikongsi (share) hingga seolah-olah tidak ada lagi sekatan untuk menghalang info tersebut tersebar... begitu mudah maklumat sampai...
Cuma lagi tinggal, adakah media UMNO, yg dilantik oleh UMNO, yg dibayar oleh UMNO menggunakan semaksima mungkin kemudahan ini untuk membela UMNO, mempertahankan PM-Umno, menjawab bagi pihak PM-UMNO, menyerang bagi pihak PM-UMNO atau lebih tepat lagi menjuarai media2 baru dalam apa jua isu yg dibangkitkan...
Itu media, apa pula peranan ahli dan penyokong UMNO? Benar, bukan semua orang pandai utk create posting berkaitan sesuatu isu... itu peranan media... tugas ahli dan penyokong yang pastinya ramai yang aktif dalam media baru adalah sama2 berkongsi (share) dan bantu sebarkan info bernas yang telah dipelopori atau dipost oleh media2 UMNO yang efektif... bukan sekadar baca dan biarkan ianya berlalu... sebagai ahli UMNO, adakah anda telah mainkan peranan tersebut selama ini? Tepuk dada tanya selera...
Terus terang aku katakan, aku salute dengan media2 yang pro pembangkang... aku tidak pasti daripada mana mereka peroleh dana... malah ada juga di kalangan blogger2 pro pembangkang yg jadikan blog mereka ruang pengiklanan utk mencari dana dan dalam masa yang sama mereka berjaya memainkan peranan menyerang kerajaan, menjawab bg pihak pemimpin mereka dan menjuarai sesuatu isu... begitu juga halnya dalam media sosial... kita boleh lihat user yg pro pembangkang lebih agresif untuk post apa jua hal berkaitan politik negara... dan lebih menarik lagi, setiap info dan posting mereka akan mendapat respon di kalangan pembaca khususnya penyokong pembangkang dan kemudian info tersebut akan turut dikongsi(share) di dalam wall masing2... jadi tidak hairanlah kenapa info menentang kerajaan, sekalipun ia lebih menghampiri fitnah lebih mudah tersebar dan mendapat perhatian... malah ada juga dari kalngan yg mengaku pro kerajaan yang turut sama share info dari pihak pembangkang...
Mungkin pihak pro kerajaan ini gerun dengan label 'macai', 'anjing' dan sebagainya sepertimana yg sering dilemparkan oleh penyokong pembangkang... maklumla, kebanyakannya hati dan jiwa kecik, cuma cakap dan sembang saja besar... cuba info berkenaan projek besaq, lubang besaq, kantau baeknyer... hehe, jgn marah...
Mungkin disebabkan ini semualah maka akhirnya pihak polis terpaksa turun dan bertindak agresif... bila media UMNO yg sepatutnya menjadi harapan utk menguasai media baru kelihatan sangat lemah dan tak bermaya, hingga 'stereng' diambilalih oleh media pembangkang... mahu tidak mahu, pihak polis terpaksalah diarahkan untuk mengekang maklumat2 palsu dan info2 fitnah... kot kot media lantikan UMNO tidak dipam insentif yang setimpal kot... atau mungkin juga media2 lantikan UMNO ni sedaq mereka sebenaqnya tidak mendapat 'back up' yg kuat andai kata apa2 berlaku ke atas mereka berpunca dari penulisan mereka...
ANDA NILAILAH..."
Bukanlah semua media pro UMNO dan ahli UMNO yg gagal atau termasuk dalam 'statistik'... tidak dinafikan memang ada dan ramai juga yang telah berjuang dan menyumbang bagi pihak UMNO BN... tapi, jelas sekali tidak mencukupi malah tidak mampu menyaingi arus gelombang yg dibentuk oleh puak pembangkang termasuk dari musuh dalaman parti...
Dan jika dinilai berdasarkan apa yang pernah didedahkan oleh seorang sahabat yg juga merupakan pengamal media baru pro UMNO yg agresif, saudara Jas Salleh, nyata sekali ia tidak berpadanan...
RM27 juta bukan satu angka yg kecil... malah secara kasarnya pun kita boleh anggarkan berapa ramai blogger/facebooker pro UMNO yg mendapat laba dari jumlah yg didedahkan ini... mustahil ia hanya dianggotai oleh 20 atau 30 orang... pasti lebih... di mana mereka2 ini sekarang? Kenapa memilih untuk berdiam di waktu Najib dan UMNO amat memerlukan khidmat kalian? Adakah sudah ramai yg kini bergelar pembelot yang memilih untuk belot menyokong pihak berhaluan kiri di dalam UMNO?
Ingat lah... KALIAN TIDAK LAYAK MEMPERSOALKAN KE MANA NAJIB BELANJAKAN WANG 'DERMA' RM2.6 BIL ITU SEKIRANYA KALIAN ADALAH ANTARA YANG MENERIMA LABA DARINYA...
Ulasan ucapan oleh YAB Presiden UMNO sewaktu merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Bandar Tun Razak seperti yg disiarkan oleh Malaysia Insider... KLIK SINI
Saudara Jamawi Jaafar, Ketua Penerangan Pemuda UMNO Msia hadir merasmikan Persidangan Perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Tasek Gelugor, P.Pinang. By Padiyappa |
No comments:
Post a Comment