Wednesday, August 19, 2015
Apakah matlamat sebenar hidup anda?
Apakah matlamat sebenar hidup anda?. Soalan ini sebenarnya lebih menjerumus kepada diri aku. Sebenarnya, apa yang aku inginkan di dalam hidup aku ni? Jawapan biasa kepada soalan ini adalah, aku nak berjaya di dalam hidup, nak ada duit yang banyak, rumah dan kereta idaman. Persoalannya sekarang, bagaimana untuk menjadikan ianya sebagai realiti dan bukannya fantasi? Disinilah kebanyakan orang keliru termasuklah diri aku sendiri.
Melalui cara apa untuk aku jadikan ianya sebagai kenyataan? Juga jawapan biasa kepada soalan ini, melalui perniagaan. Perniagaan jenis apa? Bila nak mula? Bila nak berjaya? Berapa target atau jumlah yang ingin di capai, yang boleh dikatakan sebagai berjaya. Semua ini sebenarnya tidak jelas. Bila tidak jelas, mana mungkin kejayaan itu boleh di capai.
Masalah lainnya adalah, tidak tahu potensi diri. Apakah kelebihan diri? Apakah nilai diri anda kepada masyarakat? Macam-macam soalan yang muncul dalam minda aku. Dan kesemuanya tak dapat aku jawab secara jelas. Kerana aku sendiri masih samar apakah matlamat sebenar hidup aku. Nak jadi kaya, semua pun nak kaya, tapi kaya yang bagaimana? Kaya harta? Kaya ilmu? Yang bagaimana?
Aku di tanya dengan soalan ini: "Yang sebenarnya, apa yang kau mahukan apabila memilih untuk jalankan bisnes?" jawapan aku mudah, aku nak ubah hidup aku dan dapat banyak wang. Bila aku ada banyak wang, aku boleh bantu keluarga dan mereka yang memerlukan. Tetapi jawapan yang aku berikan ini ternyata salah! Jadi apa jawapan yang sebenarnya?
Aku juga di tanya dengan soalan ini: "Kau buat blog untuk apa? Apa matlamat sebenar kau? Apa yang kau nak dari blogging ni?" . Bila di tanya dengan soalan semacam ini, aku ambil masa untuk berfikir, jawapan yang aku terima adalah tidak benar sama sekali. Aku inginkan pendapatan sampingan daripada blog! Itu adalah salah!
Jadi apakah sebenarnya matlamat yang betul? Bukankah jawapan yang aku berikan tadi adalah jawapan yang sebenarnya? Kalau salah, apakah jawapan yang betul? Sesiapa boleh kongsikan atau bantu aku dalam mencari jawapan yang sebenar?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment