Thursday, August 13, 2015
Apa Ertinya Bertudung Jika Begini?
Memakai tudung merupakan perkara yang wajib kaum muslimah atas tujuan untuk menutup aurat. Namun, pada hari ini para gadis melayu yang beragama Islam sudah tidak tahu apa signifisi sebenar memakai tudung. Mereka menganggap ia hanya satu fesyen yang dipakaikan di atas kepala. Mereka hanya memakai untuk berfesyen bukan lagi dengan tujuan untuk menutup aurat. Oleh kerana kurang kefahaman terhadapa menutup aurat ini timbul beberapa perkara yang memalukan orang melayu kita sendiri. Di mana para gadis memakai tudung namun aurat di bahagian lain masih jelas dipertontonkan.
Jelas di sini, bahawa mereka amat lemah terhadap kefahaman agama. Mereka masih tidak nampak dengan jelas apa yang dituntut oleh agama. Sebab itu muncuk jenaka dari Ustaz Azhar Idrus yang mengatakan, "Orang perempuan tidak wajib memakai tudung." Itulah katakata beliau yang membuat orang ramai mula pening dan memikir beliau sesat. Hahaha. Benar sekali jenaka Ustaz Azhar Idrus tersebut, orang perempuan TIDAK WAJIB memakai tudung, tetapi WAJIB menutup aurat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Khunsa, berasal dari perkataan Arab yang bererti lembut. Menurut Kamus Dewan, orang yang mempunyai dua alat kelamin. Golongan istimewa ini A...
No comments:
Post a Comment