Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya|Maksud istidraj|Biasa atau tidak mulut kita atau kita pernah terdengar ayat-ayat seperti ini "main judi, dapat duit banyak, kaya, tapi tiada pula sakit bagai" atau "buat dosa besar hari-hari, tapi hidup senang juga" atau "Makan duit anak yatim, kenapalah tak turun bala atau jatuh sakit". Ha, biasa tak dengar? Atau ada ayat-ayat yang seumpama dengannya.
Ada 1 istilah iaitu istidraj. Apa maksud istidraj? Ia bermaksud "pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya".
"Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”
(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)
Mungkin ada yang kurang jelas, aku cuba berikan contoh mudah. Sewaktu zaman firaun, dia tak pernah jatuh sakit sepanjang hidupnya. Dan atas sebab yang demikian, firaun mengangkat dirinya menjadi tuhan. Allah memberikan dia kesenangan itu bukan atas sebab Allah memberi nikmat, akan tetapi ingin merosakkannya.
Ada juga yang berfikiran, mereka yang tidak pernah tinggal solat, rajin berpuasa, rajin berzikir tetapi hidup serba kekurangan. Berbeza dengan mereka yang rajin ke kelab malam, minum arak, berjudi tetapi memiliki harta yang banyak, rumah yang mewah. Beringatlah, Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.
Ada manusia yang terlalu sombong dengan hartanya. Hingga ada yang tidak mahu melihat orang susah. Mereka cuma ada harta di dunia. Nabi muhammad S.A.W naik ke langit bertemu Allah pun tidak sombong. Nabi sulaiman, sebesar-besar pangkat hinggakan semua makhluk tunduk kepadanya, pun tak sombong. Nabi yusoff, dikatakan manusia paling kacak di muka bumi, pun tidak sombong. Mereka yang cuma ada harta sementara nak sombong?
Tahu anai-anai? Yang duduk dalam busut tu? Lumrahnya anai-anai hanya duduk diam di dalam busut. Tetapi ketika Allah ingin membinasakannya, diberikan anai-anai sayap. Dan anai-anai yang hanya duduk diam, terbang mencari api. Kemudian tahu apa jadinya? Mati semacam itu sahaja.
Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.
Ingat cerita namrud? Yang terlalu sombong dengan Allah dan ingin membakar nabi ibrahim? Tahu ajalnya dengan apa? Hanya berasbabkan seekor nyamuk masuk ke dalam hidungnya. Masih nak menyombong di muka bumi Allah ini? Manusia istidraj?
Pergi pula kepada kisah manusia yang dikatakan terkaya di muka bumi "Qarun". Hartanya tidak ternilai banyaknya. Dan akibat dari itu, wujud perasaan sombong, angkuh dan takbur. Tahu apa jadi dengannya? Allah tenggelamkan dia bersama dengan harta-hartanya. Kalau kita kaya, jangan ingat Allah memberi kita kenikmatan hidup, takut nanti kita adalah manusia istidraj. Yang Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.
Cerita ini bukan bermaksud menghalang kita dari menjadi kaya. Jadi kaya itu tidak salah, yang salah jika kita tidak menggunakan harta itu ke arah kebaikan. Yang salah jika kita kaya, kita menjadi sombong dan takbur. Ingat! Bukan bermakna harta yang banyak, kesihatan yang baik, bererti Allah redha kepadanya, tetapi Allah memberi kesenangan hanya untuk merosakkannya.
No comments:
Post a Comment