Mendapatkan kembali bentuk badan yang langsing adalah idaman setiap ibu-ibu yang bersalin. Pada waktu ini, berat badan akan meningkat dengan mendadak. Perut pula akan nampak menggeleber. Seluar yang dipakai ketika sebelum bersalin sudah tidak muat lagi.
Untuk menyelesaikan masalah ini, terdapat beberapa petua untuk cantik selepas bersalin yang boleh diamalkan. Ianya adalah gabungan beberapa petua orang dulu-dulu dan kaedah moden.
Berikut dikongsikan beberapa tips yang anda boleh diamalkan:
1. Mengambil herba-herba tradisional
Herba-herba tradisional sememangnya diketahui mempunyai khasiat dan kelebihan yang tersendiri untuk membantu ibu-ibu yang melahirkan anak untuk mendapatkan kembali tubuh badan yang ideal.
Selesai sahaja melahirkan anak, ibu akan melalui rawatan secara berstruktur yang dipanggil berpantang. Ia berlangsung selama lebih kurang 44 hari atau 6 minggu.
Tumpuan utama rawatan adalah untuk memulihkan organ pembiakan wanita, menyembuhkan luka, membetulkan keadaan rahim dan mengembalikan ketegangan faraj. Orang dulu-dulu percaya jika rahim kendur, wanita akan kelihatan tua dari umurnya.
Di antara herba-herba yang boleh diambil adalah seperti:
- Temulawak – mengeluarkan toksin dari hati, mengawal kandungan lemak dan kadar kolesterol di dalam badan, mengurangkan kekejangan otot, dan mengawal masalah keputihan.
- Lada pintal – menghilangkan bau badan dan mengurangkan masalah keputihan.
- Kayu serapat – membantu kesihatan rahim yang optimum, mengurangkan kegatalan dan keputihan, membantu melancarkan kitaran haid dan sebagai awet muda.
- Tahi angin – melancarkan peredaran dara, mengurangkan masalah angin meroyan dan mengurangkan masalah jangkitan kuman pada kulit.
- Sireh – baik untuk mengurangkan masalah keputihan, menstabilkan kitaran haid dan menghilangkan kegatalan.
- Manjakani – membantu menegangkan otot faraj, menganjalkan kulit selepas bersalin, baik untuk menegangkan payu dara dan menstabilkan hormon.
Memang banyak lagi herba-herba yang boleh diambil oleh ibu-ibu yang bersalin. Terdapat banyak pilihan untuk set bersalin lengkap untuk mereka yang tiada masa untuk menyediakan herba-herba ini di rumah.
2. Pemakaian bengkung untuk mengembalikan bentuk badan kepada asal.
Penggunaan bengkung sudah sinonim dengan amalan masyarakat Melayu. Ia masih dipakai oleh wanita-wanita yang bersalin sejak zaman-berzaman. Seiring dengan perkembangan zaman, bengkung telah mengalami inovasi tersendiri untuk memenuhi keperluan wanita bersalin. Bengkung moden sekarang bukan sahaja untuk kegunaan semasa berpantang malah ia direka khusus untuk memberikan sokongan sepenuhnya kepada tubuh badan.
Bengkung baik untuk:
– mengembalikan bentuk tubuh badan kepada asal setelah bersalin.
– mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada.
– menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.
– menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang.
– menghalang peranakan daripada ‘turun’.
– mengempiskan bahagian perut dan menaikkan bahagian dada.
– menegangkan kulit yang menggeleber dan menguatkan otot-otot yang tegang selepas bersalin.
– menghalang perut daripada dimasuki angin semasa berpantang.
– menghalang peranakan daripada ‘turun’.
3. Mengambil makanan yang berkhasiat.
Ibu-ibu yang bersalin juga perlu ‘berpantang’ daripada mengambil makanan yang tertentu. Makanan yang mengandungi air perlu dielakkan kerana ia akan meningkatkan pengekalan air di dalam badan. Makanan yang dipanggang atau dikukus adalah pilihan menu harian semasa berpantang. Makanan laut juga ditegah kerana ia menyebabkan alahan dan melambatkan penyembuhan luka. Makanan yang menyebabkan angin seperti kekacang juga perlu dielakkan.
Ibu-ibu digalakkan untuk melebihkan memakan pelbagai jenis buahan-buahan dan sayur-sayuran untuk mendapatkan kembali vitamin-vitamin dan garam mineral yang diperlukan oleh badan. Serat dari bijirin juga boleh diambil untuk membekalkan tenaga dan membuatkan perut kenyang dalam masa yang lama. Produk-produk tenusu seperti susu dan yogurt baik untuk membekalkan protein dan membantu menurunkan berat badan.
4. Sentiasa menyusukan anak.
Menyusukan bayi bukan hanya bermanfaat untuk bayi, malah baik kepada ibu juga. Ia boleh membakar lebih banyak kalori, membolehkan berat badan turun semasa berpantang. Ia juga baik untuk mengurangkan risiko menghidap kanser payudara dan tulang rapuh.
5. Kerap bersenam
Jika anda inginkan tubuh badan yang cantik selepas berpantang, cuba lakukan beberapa aktiviti yang boleh mengeluarkan peluh.Cukup dengan melakukan senaman ringan seperti senaman aerobik selama 30 minit 3 kali seminggu. Jika anda tidak tahu senaman apa yang anda boleh lakukan, sibukkan diri anda dengan menyapu halaman rumah atau mengemas bilik.
Amalkan tips-tips ini untuk mendapatkan tubuh badan yang cantik dan langsing. Insya-Allah suami anda pasti akan tersenyum dan gembira melihat isterinya kembali cantik seperti mula-mula berkahwin dulu
No comments:
Post a Comment