KUALA LUMPUR - Jumlah kematian kerana kes denggi di seluruh negara sehingga Ahad lepas ialah sebanyak 94 orang, meningkat 224 peratus berbanding 29 kematian dalam tempoh yang sama tahun lalu.
Kementerian Kesihatan berkata, Selangor merekod kes kematian paling tinggi iaitu 38 orang berbanding tujuh orang tahun lepas sementara Johor mencatat 14 kematian berbanding tujuh orang tahun lepas.
Kuala Lumpur dan Putrajaya pula mencatat lapan kematian berbanding tujuh orang tahun lepas sementara Labuan dan Perlis tidak mencatat sebarang kematian, katanya dalan satu kenyataan.
Ia berkata, jumlah keseluruhan kes demam denggi yang dilapor setakat ini tahun ini ialah 51,987 kes berbanding 14,755 kes bagi tempoh yang sama tahun lalu.
Daerah Petaling mencatat jumlah kes demam denggi paling tinggi iaitu 12,518 kes atau 30 peratus dari 51,987 kes yang dilapor setakat ini.
Kementerian Kesihatan berkata, 32 pasukan terdiri daripada 95 anggota telah digerakkan bagi menjalankan aktiviti kawalan di Daerah Petaling sejak Isnin lepas. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
-
| Peranan buah dada dan puting wanita memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti kalau gadis itu...
-
Selain Bukit Jugra di Selangor boleh dikatakan tapak bersejarah dan berkeramat,ada satu lagi lokasi bersejarah zaman perang dunia ke2 yang b...
-
Bila ada yang berkata ‘untuk apa pakai tudung tapi buat dosa maksiat’ maka ia adalah satu kenyataan salah. Ini kerana dosa melakukan maksiat...
No comments:
Post a Comment