Zaman Perkembangan Ilmu Sains dan Teknologi di era moden ini masih wujudkah lagi amalan-amalan sihir?
Japapannya: selagi ada orang yang hasad dan dengki, selagi wujud jin dan syaitan, sihir akan wujud.
Malah al-Quran menyebutkan di dalam Surah al-Baqarah, ayat 102:
MAksud: Mereka (membelakangkan Kitab Allah) dan mengikut ajaran-ajaran sihir yang dibacakan oleh puak-puak Syaitan dalam masa pemerintahan Nabi Sulaiman, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan sihir yang menyebabkan kekufuran itu, akan tetapi puak-puak Syaitan itulah yang kafir (dengan amalan sihirnya); kerana merekalah yang mengajarkan manusia ilmu sihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat: Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedang mereka berdua tidak mengajar seseorang pun melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji imanmu), oleh itu janganlah engkau menjadi kafir (dengan mempelajarinya)". Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ILMU SIHIR YANG BOLEH MENCERAIKAN ANTARA SEORANG SUAMI DENGAN ISTERINYA, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya mereka mempelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (kaum Yahudi itu) telahpun mengetahui bahawa sesiapa yang memilih ilmu sihir itu tidaklah lagi mendapat bahagian yang baik di akhirat. Demi sesungguhnya amat buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka mengetahui.
Ilmu sihir bukan hanya bertujuan memecahbelahkan dan mencerai-beraikan keluarga dan masyarakat, tetapi sihir boleh diamalkan sehingga menyebabkan kematian.
Oleh itu, di saat sihir masih berleluasa di amalkan di negara ini, bukan hanya mangsa-mangsa yang perlu dibela dan dipertahankan, tetapi pengamal-pengamal sihir dan pengupah-pengupah sihir juga perlu diperangi dan diadili agar amalan ini boleh dibanteras.
Mangsa jenayah sihir dibela
14 Mei - Pelaku jenayah sihir jangan terfikir untuk bebas selepas ini apabila undang-undang berkaitannya sedang digubal oleh Jawatankuasa Kajian Undang-Undang Sihir yang kini di peringkat akhir melengkapkannya.
Pengerusi Bersama jawatankuasa berkenaan, Dr. Mahyuddin Ismail berkata, sudah sewajar-nya mangsa yang terkena sihir dibela, apatah lagi ia membabitkan kes penceraian kerana sihir, tertipu angkara pukau, merana sakit dan perniagaan jatuh akibat penggunaan ilmu hitam.
Hari ini belum ada undang-undang untuk mengheret pelaku jenayah sihir dan mangsa terabai tanpa dibela, sedangkan jenayah mistik ini adalah bahaya dan kian membarah dalam masyarakat," katanya kepada Utusan Malaysia di Klana Resort, dekat sini hari ini.
Beliau ditemui selepas membentangkan kertas kerja bertajuk, Menangani kegiatan sihir melalui mekanisme undang-undang sempena Bengkel Kes Kaunseling - Pengaruh Sihir dan Saka Dalam Kehidupan anjuran Pusat Kaunseling Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (MAINS) dan majalah Al Islam, terbitan Kumpulan Utusan dekat sini hari ini.
Beliau yang juga Pengarah Pusat Islam dan Pembangunan Insan Universiti Malaysia Pahang (UMP) berkata, hari ini kes berkaitan sihir banyak berlaku tetapi orang ramai tidak nampak cara mana membawa pelaku ke perundangan, malah ada yang beranggapan ia sesuatu yang terlalu peribadi.
Biarpun usaha mewujudkan undang-undang khusus bagi pelaku sihir telah dicadangkan pada tahun 1975 yang diusahakan sebuah universiti, namun ia tidak kesinambungan.
Sehinggalah pada Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 11 Oktober 1993, memutuskan bahawa perbuatan sihir adalah dosa besar dan boleh membawa kepada syirik, malah menyebut pihak berkaitan hendaklah menyediakan peruntukan undang-undang bagi menghukum pengamal yang sabit melakukan sihir," tegas beliau.
Bagaimanapun, kata Mahyuddin, sehingga tahun 2010 gerakan untuk menggubalnya tidak disahut dan pada 2012, beliau membentangkan secara rasmi kepada Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak di bawah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) supaya penggubalan undang-undang ini disegerakan.
Dengan geran yang diperoleh Kementerian Pendidikan di bawah Knowledge Transfer Programme, sebanyak hampir RM200,000 dan kerjasama Jakim, maka satu jawatankuasa khusus dianggotai seramai 45 individu berkepakaran dalam perundangan telah mengadakan muzakarah bagi pelaksanaannya," katanya.
Kini, kata Mahyuddin, selepas tiga kali Jawatankuasa Kajian Undang-Undang Sihir bersidang dan akan bertemu sekali lagi pada Jun dan Ogos ini, ia akan dibentangkan kepada panel Jawatankuasa Teknikal Undang-Undang Syarak untuk tindakan seterusnya sama ada akan dibawa ke Parlimen untuk diwartakan.
Isu sekarang ialah pembuktian dalam mahkamah kerana orang ramai beranggapan sukar untuk membawa pelaku sihir dan tidak tahu bagaimana bukti yang perlu dibawa, apatah lagi berkaitan perkara ghaib.
Kita perlu faham komponen-komponen yang digunakan dalam amalan sihir seperti bahan dan kaedah diguna pakai oleh pelaku," katanya.
Untuk membuktikan pelaku sihir ini, ia akan melibatkan pakar yang memahami selok belok sihir bagi mengenalpasti bahan dan kaedah sihir yang digunakan.
Khidmat pakar forensik juga diperlukan bagi mengesan dan mengenalpasti cap jari, DNA yang ditemui pada bahan sihir seperti darah, rambut mangsa atau apa sahaja elemen tubuh badan mangsa di rumah pelaku sihir. Khidmat psikiatrik dan pakar perubatan juga diperlukan untuk mengenalpasti keadaan kesihatan mental dan fizikal mangsa," jelasnya.
Justeru, kata beliau, buat masa ini adalah dicadangkan pelaksanaan dibuat di Mahkamah Syariah de-ngan peringkat awal dalam kes cerai disebabkan angkara sihir atau ilmu hitam sebelum dikembangkan.
Sihir ini bukan sahaja berlaku dalam masyarakat Melayu Islam, tetapi juga dalam kalangan bukan Islam dan adalah tidak mustahil perkara ini akan dipanjangkan pelaksanaannya ke mahkamah si-vil," katanya.
Dalam program dua hari ini, ia dihadiri seramai 170 pengamal per-ubatan, wakil pertubuhan bukan kerajaan, pelajar, pegawai agama dan orang awam yang datang dari seluruh negara.
No comments:
Post a Comment