Wednesday, September 11, 2013

MISTERI JELAMAAN HANTU DI PASIFIC MALL JOHOR BAHRU




Kenalkah anda pada bangunan ini??Ya..ini adalah bangunan Pacific Mall yang terletak di Jalan Storey JB.Mungkin anda berasa hairan mengapa bangunan ini menjadi begini?Sekilas pandang mungkin terlintas di benak fikiran kita bahawa `company` Mall ini jatuh bankrupt atau juga tidak dapat disiapkan.

Krew PAG pernah ke selatan Tanah air untuk membuat beberapa tinjauan lokasi angker untuk kajian edisi Jelajah Selatan.Apa yang admin diberitahu tentang bangunan ni mungkin ada kaitan dengan tanah yang di beli untuk mendirikan Pacific Mall ini.

Dari sumber yang admin terima dari cicit kepada tuan Tanah yang tinggal berdekatan dengan jalan Storey terbabit, pada zaman jajahan jepun dahulu Tanah Jalan Storey mempunyai beberapa kubur lama yang tidak dialihkan ketika melakukan pembangunan.

Dan admin juga dapat info dari seseorang yang mendakwa tahu kisah sebenar yang terjadi di dalam bangunan itu.Individu terbabit menyatakan ada terdapat gangguan mistik yang amat kuat di setiap floor bangunan ini sehinggakan suasana keadaan kelam kabut itu tidak dapat di pulihkan dan Pacific Mall terpaksa ditutup dalam tempoh setahun beroperasi.Adakah kisah misteri ini benar-benar belaku??Adakah ia rekaan semata-mata??Hanya Allah yang maha mengetahui..Wallahu a’lam.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas