Semanggi: Polis semalam mengesahkan Ahmad Abdul Qodir Jaelani, anak bongsu pemuzik terkenal Indonesia, Ahmad Dhani memandu kereta yang terbabit dalam kemalangan awal pagi kelmarin di Tol Jagorawi hingga menyebabkan enam orang terbunuh.
Ahmad Abdul Qodir Jaelani atau lebih dikenali sebagai Dul yang baru berusia 13 tahun bagaimanapun hanya patah kaki.
Kemalangan berkenaan membabitkan beberapa buah kereta turut menyebabkan sembilan yang lain cedera.
Jurucakap polis trafik Jakarta Timur AKP Agung berkata, pihaknya masih menyiasat sama ada Dul sudah memiliki lesen memandu.
“Jika dilihat pada usianya yang baru berusia 13 tahun, sudah pasti dia tidak memiliki lesen memandu.
“Dan jika ini benar, dia berdepan dengan hukuman penjara lima tahun,” kata Agung.
Menurutnya, dalam kemalangan itu, kereta Mit- subishi Lancer yang dipandu Dul dari arah Bogor ke Jakarta terbabas di lorong bertentangan sebelum merempuh sebuah van yang membawa 13 penumpang. Sebuah Toyota Avanza yang berada di belakang kemudian melanggar van berkenaan. - Agensi
Sumber: Harian Metro
No comments:
Post a Comment