Tuesday, January 1, 2013

GAMBAR DI LOKASI VILLA NABILA

Menyingkap kisah misteri banglo mewah yang dikatakan berhantu.Akhir tahun 2012 menjadi titik permulaan kami menyingkap kisah sebenar di sebalik cerita-cerita seram yang sentiasa dibualkan oleh masyarakat.Kru PAG berkesempatan membuat tinjauan di siang hari untuk meneliti laluan masuk sebenar ke lokasi yang dikatakan berpuaka atau berhantu itu.

Dalam kesibukan kami memetik kamera mengambil gambar,kami di kejutkan dengan kehadiran seekor biawak besar di kolam terbabit dan seekor ular bebisa melintasi di atas kepala salah seorang kru kami ketika kami melintasi laluan pintu masuk sisi yang di penuhi rambut-rambut pohon ara.

Dalam keadaan terkejut dan takut,kesemua kru memperlahankan pergerakan demi menjaga keselamatan.Walaupun kami tidak takut pada `hantu` akan tetapi kami lebih takut kepada haiwan-haiwan berbisa ini kerana bisanya boleh membawa maut kepada manusia.Syukur alhamdulillah kami dapat menyelesaikan proses mengambil gambar.

Sedikit gambar di lokasi
















Hasil dari kajian kami mendapati dua banglo ini masing-masing mempunyai cerita yang berbeza.Ada maklumat yang menyatakan banglo setingkat yang dinamakan (Villa Nabila) di puncak bukit tersebut mempunyai 6 versi kisahnya.Dan banglo dibawah kaki bukit ini pula di beri nama Cristine Palace iaitu rumah persinggahan bagi warga British pada zaman dahulu.

Tidak dapat dinyatakan mengapa banglo terbabit yang dahulunya adalah sebuah tempat elit (mewah) dan mengapa ia ditinggalkan dan tidak dirobohkan.Sehingga kini kami masih menjejaki warga yang tahu tentang asal usul tempat ini.Kami (PAG) tidak akan berhenti untuk terus menjejaki kisah sebenar 2 banglo mewah terbabit.

Sedikit bingkisan untuk semua..
Bukan mudah bagi kami sebagai pengkaji dan penyiasat paranormal yang bukan sahaja berdepan dengan bahaya haiwan berbisa ini.


Sentiasa doakan keselamatan kami ketika melakukan tinjauan dan kajian.Terima Kasih buat semua peminat.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas