Monday, November 26, 2012

Roti Mariam & Sup Ubi Kentang

Assalammualaiku..

Ehem...ehem... nak cerita ni. Hari ni saya cuti. Sakit perut. Yang hairannya, sakit perut tapi perut ni tau je lapaq. Ingatkan bila sakit tak lapaq!! hehe..

So..dengan penuh gaya muslimah, saya bangun & tengok apa yang ada. Tekak ni nak makan yang simple tapi menyelerakan. Mengada-ngada betul kan? Muhahahahha...Belek2 buku, tengok2 dalam 'kedai runcit'. Ok!! Set nak buat Roti Mariam & Sup Cendawan Krim.

Bahan2 untuk roti mariam cukup, tapi untuk sup cendawan krim tak cukup. Tiada cendawan dan tiada krim!! Guane nak masak?? Tengok2 lagi, jumpa ubi kentang! Ok, kita ubah sup cendawan krim kepada sup ubi kentang!!


roti mariam @ roti fidayu
;)

Buku masakan yang saya sayang!


Ni la doh pertama dalam hidupku. Sebelum ni tak pernah mengadun doh gaya gini tau. 
Campuran doh tu ialah 4 cawan tepung gandum, sebiji telur, 
2 sudu besar margerin (cairkan) dan air secukupnya,

eh..lupa, garam sekit ye.

Bahagikan doh tu besaq2 penumbuk. Saya dapat 7 doh kecil.

Rehatkan.. Tutup dengan kain basah. Taknak bagi doh tu kering.
Siapa yang belajar Kejuruteraan awam? Ingat tak sistem kuring?
Haaa...teorinya sama je! Supaya tak berlaku pemejawapan.

termasuk bab kejuruteraan awam pulak..
muhahaha..

selepas 30 minit, canai.. 


Saya takde papan & kayu yang nak gulung2 tu. Sooo..saya guna papan pemotong dan gelas macam dalam gambar tu! Usaha tangga kejayaan. Takde alasan tak cukup peralatan takleh masak tau.



Pastu..goreng la dalam minyak yang penuh dan panas!!

Dengan sendirinya dia kembung.
;)











sup ubi kentang ala fidayu
;)



Saya banyak cut sebab bahan pun cut kan..

Mula2 rebus 4 biji ubi kentang sampai empuk.

Ok, masukan marjerin dalam 2 sudu, tumis bawang putih 3 ulas dan 1 ulas bawang besar (letak yang saiz besar) yang dah dipotong dadu. Naik bau, masukan tepung gandum 2 susu. 

Masukan air rebusan ubi kentang tu, sikit2 ye.. Kawal jangan sampai tepung berbiji.

Masukan kiub ayam. Kalau ada stok ayam yang buat sendiri tu lagi sedap!

Masukan ubi yang dah dipotong. tinggalkan 1 biji.

Masak dalam 10minit, tutup api. Biar sejuk dan kisar semua yang dalam periuk.

Masukan balik dalam periuk, 
letak ubi kentang yg tinggal td tu, ng tak potong dadu pulak..hehe..
tabur oregano dan lada.

ni sebelum dikisar.

SIAP!




Bagi saya, sedap dan mudah. Sup tu walaupun tak cukup syarat, tetap sedap. 
Kita boleh olah ikut naluri kita. 
Capai apa yang ada je.. 
Resipi asal dari buku Bukan Sekadar Resipi Puan Roza Roslan.

;)


Cuba la..insyallah tak menyesal.
;)

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas