Assalammualaikum..
Dulu saya selalu cakap kat suami, 'abang, kalau ayang mati, abang kawen lain, pastu bawa bini baru abang duduk rumah kita ni, ayang jadi hantu, ayang kacau sampai abang pindah! tak boleh duduk rumah ni!'
hemm...
Dulu saya sememangnya nak mengawal segalanya. Sampaikan bila dah tak ada kat dunia ni pun saya nak kawal. Tamak kan! Nak kawal segalanya walaupun melampaui batas seorang manusia. Saya anggap apa yang saya miliki di dunia ni merupakan hak hakiki saya sepenuhnya. Tiada siapa yang boleh mengambilnya daripada saya.
Benar. Itulah saya.
Tapi kata-kata MKI mengubah cara saya berfikir. Apa yang dicatatkan tu betul-betul kena dengan saya. katanya...
'suami itu adalah anugerah Allah untuk kita mendekati diri kepadaNya. kita dan suami tidak mempunyai hubungan yang mutlak. nanti bila kita menghadapNya, kita akan pergi berseorangan tanpa suami.' - bersyukur saat diuji
dan
'Siapa? saya atau beliau (isteri) dahulu meninggalkan perjalanan ini juga tidak mustahak. Namun ada sesuatu yang pasti, saya berdoa agar kami dapat bertemu kembali di syurga Firdaus.'
kata-kata ni saya pernah ceritakan dalam post sebelum ni.
Saya terkasima bila baca, 'saya atau beliau dahulu meninggalkan perjalanan ini juga tidak mustahak'
Kenapa semua tu tak mustahak?
Sedangkan bagi saya itu sangat mustahak!
Tapi selepas membaca, memahami dang menghayati... saya faham.
Betapa salahnya cara saya berfikir!
Selepas dihidangkan dengan kata-kata ini, dengan sendirinya cara saya berfikir berubah. Hati pun makin tenang. Berdoa untuk bertemu di SANA adalah lebih baik daripada berfikir bagaimana mengawal keadaan apabila kita sudah tiada.
Saya tak tahu ada orang lain seperti saya atau tak. Yang saya tahu, saya taknak jadi macam saya dulu.
Ingin mengawal, sesuatu yang tak masuk akal.
;)