Petang tadi kami ke KPJ Seremban untuk menziarahi kakak ku yang sakit, Alhamdulillah walau bagaimana sibukpun saya dan keluarga, dapat juga kami meluangkan masa untuk menziarahi beliau.
Semoga beliau cepat sembuh...
Menziarahi orang sakit adalah merupakan salah satu tanggungjawab yang mesti dilaksanakan oleh orang Islam terhadap saudaranya sesama Islam yang sedang sakit. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pernah bersabda sebagaimana hadith baginda:-
Maksudnya:
Maksudnya:
Dari Abu Hurairah Radiallahu-Anhu dia berkata:
Aku mendengar Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda:
Hak seorang muslim ke atas seorang muslim yang lain ada lima perkara:
Iaitu menjawab salam, menziarahi orang yang sakit, mengiringi jenazah, menghadiri undangan dan mendoakan orang bersin (Mengucap Yarhamukallah). (Riwayat Al-Imam Al-Bukhari)
Adapun galakan menziarahi orang sakit itu bukan hanya terbatas kepada keluarga sahaja, bahkan menyeluruh kepada sesiapa sahaja baik sahabat handai, jiran tetangga dan lain-lain.
Adapun galakan menziarahi orang sakit itu bukan hanya terbatas kepada keluarga sahaja, bahkan menyeluruh kepada sesiapa sahaja baik sahabat handai, jiran tetangga dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment