Sunday, April 12, 2009

panduan pemakanan si manja

Salam.. Kali ini apa kata kita bincang mengenai tabiat pemakanan.. Seperti yang sedang dianjurkan ia merupakan Bulan Pemakanan Sihat Malaysia '09, dengan slogan Kanak-kanak Sihat, Negara Lebih Sihat. Badan si kecil manja anda memerlukan pelbagai nutrien untuk pertumbuhan dan pembesaran. Waktu ini adalah kritikal kerana pertumbuhan kanak-kanak berlaku dengan pantas dalam masa ini. Seperti juga anda, si kecil memerlukan pelbagai nutrien dalam jumlah yang berbeza dan betul bagi memastikan pertumbuhannya sesuai dengan peningkatan usia dan aktivitinya. Dalam memberi makanan kepada si kecil, konsep piramid makanan perlu diberi tekanan dan dijadikan panduan.

Tahap 1: Makan Paling Banyak
Tahap 2: Makan Banyak
Tahap 3: Makan Sederhana
Tahap 4: Makan Paling Sedikit

Tahap 1: Makan Paling Banyak

* Ambil 6-10 hidangan
* Terdiri daripada karbohidrat kompleks
* Sumber tenaga yang diperlukan badan si manja
* Karbohidrat kompleks dipecahkan menjadi glukosa, yang merupakan gula ringkas yang akan diserap oleh badan
* Menggerakkan fungsi badan
* Memberi si manja tenaga yang diperlukan
* Juga mengadungi serat; karbohidrat tidak hadam - membolehkan sistem penghadaman berfungi lebih sihat.
* Contoh hidangan: nasi, mee, roti, bijirin & produk bijirin, dan ubi-ubian

Tahap 2: Makan Banyak

* Ambil lebih daripada 2 hidangan sehari
* Membekalkan vitamin, mineral dan serat
* Mengandungi bahan sihat, fitokimia
* Kebanyakan fitokimia - antioksidan yang dapat membantu menentang penyakit
* Contoh: buah-buahan tempatan, epal, sayuran hijau, lobak

Tahap 3: Makan Sederhana

* 2-3 hidangan
* Kaya dengan protein
* Protein - blok binaan asas untuk tisu badan.
* Membaiki, mengganti dan membuat tisu; memastikan pertumbuhan optimum
* Juga kaya dengan kalsium,vitamin dan mineral
* Contoh: ikan, ayam, daging, telur, susu dan hasil tenusu, kekacang

Tahap 4: Makan Paling Sedikit

* Kuantiti yang kecil
* Si kecil hanya memerlukan sedikit lemak
* Dapat membekalkan tenaga, vitamin larut lemak dan asid lemak perlu.
* Pengambilan berlebihan, meningkatkan berat badan
* Gula- beri secara berhemat; garam - kuantiti yang sangat kecil.
* Contoh: garam, gula, lemak, minyak, marjerin

Info tambahan:

Tambah Lebih Khasiat Kebaikan
Piramid makanan sekadar memberi idea mengenai jenis makanan dan jumlah yang wajar diberikan. Ia dapat membantu manambah khasiat kebaikan dalam diet si kecil manja anda.

Pelbagaikan Gaya Masakan
Terdapat cara yang lebih sihat daripada yang lain. Jadi, utamakan cara masakan yang lebih sihat, seperti membakar, mengukus dan memanggang

Utamakan Makanan, Sayur dan Buah yang Segar
Lebih segar, lebih sihat. Gunakan makanan, sayur dan buah yang segar berbanding yang telah diproses, atau makanan dalam tin

Perhatikan Label
Semak label terlebih dahulu bagi memastikan makanan tersebut sesuai untuk anda dan si manja anda. Perlu diketahui bahawa pengawet, pewarna tiruan dan pemanis tidak menambah nilai dalam pemakanan anda

Masaklah di Rumah
Makanan yang terbaik sebenarnya adalah di rumah. Ini kerana apabilia anda memasaknya sendiri, tahap kebersihan tentulah anda yang lebih arif. Makanan yang dimasak di rumah adalah lebih berkhasiat dan lebih sihat. Selain mengetahui tahap kebersihan, anda juga boleh menambah sayur atau buah dan boleh mengurangkan kandungan gula, garam, lemak serta minyak dalam makanan yang dimasak.


Walau bagaimanapun, perlu diingat, pemakanan yang baik bukan sekadar mengikut panduan piramid makanan, ia juga bergantung kepada amalan dan tabiat pemakanan yang betul. Makanlah mengikut masa yang telah ditetapkan. Jangan terlebih atau terkurang makan. Perlulah memastikan pilihan yang terbaik untuk si kecil dan juga keluarga anda..
Selamat mencuba.


p/s: Perlu diingatkan penulis bukanlah pakar dalam bidang pemakanan, jadi rujuk pakar untuk langkah yang lebih berkesan

Info dari : Mingguan Malaysia, Mac 2009
Kredit gambar piramid makanan dari:
http://smkaj.net/saadiah/wp-content/uploads/2008/05/makan_secara_sihat1.jpg

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas