Wednesday, April 29, 2009

selsema khinzir

Umumnya mengetahui dunia sekarang dilanda satu lagi penyakit yang tiba-tiba meletus. Dahulu jika penyakit selsema ini datangnya dari burung, namun kali ini selsema ini dikatakan berpunca dari khinzir (atau ba.. - tak sampai hati nak tulis..)

Setakat entry ini dikarang, sebanyak 103 kematian telah dicatatkan di Mexico. Malaysia masih bebas dengan wabak ini, namun langkah berjaga-jaga perlu diambil.
Selsema khinzir (H1N1) pernah dikatakan diramal berlaku pada 1976. Influenza ini dikatakan satu ramalan kerana kerajaan Amerika Syarikat pernah meramal pada 1976 mengenai pandemik ini, namun ia dikatakan tidak wujud. Pada 1976, tentera-tentera AS di Fort Dix, New Jersey didapati sakit akibat satu bentuk selsema khinzir yang luar biasa. Pegawai-pegawai memberikan suntikan vaksin kepada 49 juta rakyat AS tetapi pandemik itu tidak berlaku. Sehingga kini, Mengapa dan bagaimana pandemik itu berhenti dengan sendirinya, masih tidak diketahui.

Lagi info mengenai selsema khinzir; apakah itu selsema khinzir, bagaimana dijangkiti & lain-lain, sila lawati:
http://www.cdc.gov/swineflu/swineflu_you.htm
http://en.wikipedia.org/wiki/Swine_flu

RM 50 Siri Kemerdekaan



RM50 Siri Kemerdekaan dengan running number dan UNC

Wang kertas tandatangan Ali Abul Hassan Sulaiman







Koleksi duit "center sign" oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan Sulaiman.


Duit $1 Spore siri pertama (orkid)


Duit Spore siri orkid ini adalah siri pertama dan duit di atas adalah keluaran pertama dengan ditandatangani oleh Mr. Lim Kim San. Mr Lim Kim San menandatangani duit orkid ini dari tahun 1967 hingga 1969. Tahun 1970 ditandatangani oleh Dr Goh Kim Swee dan tahun 1971 hingga 1972 ditandatangani oleh Mr Hon Sui Sen tanpa 'red seal'. Manakala dari tahun 1972 hingga 1976 ditandatangan oleh Mr hon Sui Sen tanpa 'red seal'. Aku hanya mempunyai koleksi 1967 - 1969 dan 1972 - 1976.

1 pcs untuk dijual RM50.00

Tuesday, April 28, 2009

F1@bahrain..

F1 at Bahrain just finished last Sunday. The results are as follows:

RESULT - Bahrain
  1. Jenson Button 1:31:48.182
  2. Sebastian Vettel + 7.1 secs
  3. Jarno Trulli + 9.1 secs
DRIVER STANDINGS
  1. Jenson Button 31
  2. Rubens Barrichello 19
  3. Sebastian Vettel 18
  4. Jarno Trulli 14.5
  5. Timo Glock 12
  6. Mark Webber 9.5
  7. Lewis Hamilton 9
  8. Fernando Alonso 5
  9. Nick Heidfeld 4
  10. Heikki Kovalainen 4
CONSTRUCTOR STANDINGS
  1. Brawn-Mercedes 50
  2. RBR-Renault 27.5
  3. Toyota 26.5
  4. McLaren-Mercedes 13
  5. Renault 5
  6. BMW Sauber 4
  7. STR-Ferrari 4
  8. Williams-Toyota 3.5
  9. Ferrari 3

gurindam jiwa

Tika ku putus harapan, kau ke hadapan,
Tika ku jatuh tersungkur, kau bangunkan,
Kau beri ku kekuatan bila tertekan,
Kau dengarkan apa sahaja yang ku khabarkan.

Andainya kau tiada ku kan parah,
Tiada kawalan, hilang arah,
Jatuh tersungkur, hancur rebah,
Dengan kehadiranmu, hidupku jadi cerah.

Oh Tuhan, bantulah hambaMu,
Berikanlah ku restu,
Menemaniku dengan hidayahMu,
Sesungguhnya diriku kerdil disisiMu.

Terimalah cintaku,
KepadaMu yang satu,
Tanda syukur diriku terhadapMu,
Atas kurniaanMu sejak dari dulu

Ku mohon padaMu,
Saat ku pejamkan mataku,
Aku kan tenang disampingmu
Yang sentiasa menemaniku
Kan ku ikhtiarkan yang terbaik untukmu...

Matawang Asing


Duit Brunei $1 siri ke 2



Duit Brunei siri kedua dengan potret Sultan Hassanal Bolkiah keluaran tahun 1986. Duit seumpama ini dikeluarkan dari tahun 1972 - 1988.

Duit RM5 Paper dan Polimer Zeti Aziz




RM5 Paper dan Polimer baru Zeti Aziz UNC

penyusuan susu ibu - untuk wanita bekerja

Setelah tamat tempoh berpantang, ibu-ibu yang bekerja pasti berasa runsing apabila memikirkan bayi kecil yang terpaksa ditinggalkan. Pilihan sama ada untuk menghantar ke taska/nursery/pengasuh menjadi satu isu yang mungkin telah ditangani. Isu untuk memastikan bayi anda terus mendapat bekalan susu ibu adalah satu isu lain yang sangat penting. Peluang untuk menyusukan bayi sehingga 2 tahun tidak patut dilepaskan untuk ibu-ibu terutamanya yang bekerja. Latihan memerah susu sepatutnya dimulakan seawal 2 minggu selepas bersalin.. Namun ia boleh dilakukan lebih awal mengikut keselesaan ibu-ibu.
Umum mengetahui susu ibu adalah makanan terbaik untuk bayi di bawah 6 bulan. Dalam masa ini juga pastikan bayi anda hanya minum susu ibunya. Tiada makanan pejal atau susu formula yang diberikan bagi memastikan bayi anda terus mendapat khasiat yang sebaiknya untuk tumbesaran. Bagi yang bekerja, isu untuk menyusukan bayi anda tentu menjadi sesuatu yang merunsingkan. Tapi, jika anda tekah bersedia dari segi mental dan info, tentu masalah ini bukanlah sesuatu yang besar.

Info selanjutnya mengenai penyusuan susu untuk ibu bekerja.

PANDUAN MENYIMPAN SUSU PERAHAN

1. Bekas menyimpan susu mestilah bersih dan steril.
2. Simpan di dalam peti sejuk.
3. Simpan kuantiti yang mencukupi dalam satu bekas untuk sekali penyusuan.
4. Labelkan bekas dengan tarikh dan masa mula memerah.
5. Jika susu dibekukan, tinggalkan sedikit ruang udara.
6. Gunakan susu yang lama terlebih dahulu.

CARA MENYIMPAN SUSU PERAHAN

1. Pastikan susu ibu yang bari diperah segera disimpan dalam peti sejuk atau bekas berisi ais. Susu ini boleh digunakan dalam tempoh masa 24-48 jam.
2. Jika tiada peti sejuk atau bekas berisi ais, simpan susu perahan di tempat sejuk sehingga 8 jam.
3. Jangan dicampur susu yang baru diperah dengan susu perahan yang telah disimpan.

TEMPAT PENYIMPANAN

1. Suhu bilik - (suhu 25-37 deg C) -- 4 jam
2. Peti sejuk 2 pintu - (rak atas 2-4 deg C) -- 3-5 hari. Lebih 5 hari, masuk 'freezer'
3. Peti sejuk 2 pintu - (bahagian beku -20 deg C) -- 3 bulan
4. Peti sejuk - (deep freezer -20 deg C) -- 6 bulan

MENGGUNAKAN SUSU PERAHAN

* Letakkan susu beku di bahagian rak bawah peti sejuk semalaman.
* Rendamkan bekas yang berisi susu di dalam air suam
* JANGAN panaskan dalam ketuhar gelombang mikro, atas dapur dan air panas yang baru masak.
* JANGAN bekukan semula susu yang telah dicairkan
* Susu yang telah dicairkan dan dipanaskan dengan air suam, bakinya boleh guna selama 24 jam

CARA MEMBERI SUSU PERAHAN MENGGUNAKAN CAWAN

* Dudukkan bayi di atas peha
* Letakkan cawan kecil berisi susu perahan pada bibir bawah bayi dan condongkan sedikit
* Pegang cawan dan biarkan bayi menghirup sendiri
* Bayi akan berhenti sendiri apabila kenyang..

Monday, April 27, 2009

Friday, April 24, 2009

Duit Kertas Lama Indonesia




Duit Lama Indonesia keluaran tahun 1939 dengan nilai 5 Gulden dan 10 Gulden.

10 Gulden - SOLD
5 Gulden - RM150

RM20 Aziz Taha



Koleksi di atas adalah keluaran pertama RM20 ditandatangani oleh Tan sri Ab Aziz Hj Taha. Kategorinya bagi aku adalah aUNC. Apa yang membezakan antara siri ini dengan siri tandatangan oleh Jaffar hussein adalah gambar Ibu Pejabat Bank Negara dipaparkan dari sudut yang berlainan. Bahagian hadapan seakan tiada perbezaannya.

SOLD

RM20 Jaffar Hussein


RM20 di atas adalah keluaran terakhir ditandatangani oleh Tan Sri jaffar Hussein. Aku sangat suka dengan koleksi RM20.00 kerana susah hendak jumpa sekarang. Bagi aku condition di atas adalah UNC dengan nombor berturutan.

SOLD

RM2 Ali Abul Hassan sign tepi.



RM2 tandatangan tepi oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan. Dengan condition UNC dan nombor berturutan.

naik gaji

Salam. ehem..ehem..tima kasih kepada semua yang mengunjungi blog yang tak seberapa nih..sibuk sikit la hari ni..banyak keje nak dibuat..sambil menyelam minum air nih..sambil keje, sambil buat blog..iskh..iskh..pe nak jadik ni..
Kerja kt UPM pun dah habis.. Banyak dapat ayam..lau ikutkan hati nak jer aku pos2kan ayam tu kat family di kampung, tapi apakan daya..mesti berulat dulu baru sampai.. tak leh le gitu kan.. So, berakhir satu episod keje di tempat orang.. Banyak bende berlaku. Tak pe la, semua itu ujian & cabaran dari Allah.
This morning, de meeting dengan bos..Berita baik katanya..Berita baik tu, die kate bos besar nak naikkan gaji..ye ke????? syok nih..Alhamdulillah di sebalik kegawatan ekonomi, Allah masih menolong hambaNya yang kerdil ini. Tapi not very sure bila, tapi berita tu dah cukup mengembirakan hati ni.. Terima kasih Ya Allah..atas kurniaan rezeki Mu..thanks to my bos also..Kepada suamiku, terima kasih kerana bersama-sama menyokong keputusan yang kita ambil...Alhamdulillah, TQ Allah..

Thursday, April 23, 2009

jika ibu boleh memilih

Anakku,
Jika ibu boleh memilih,
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungkanmu,
Maka ibu akan memilih mengandungkanmu,
Kerana dalam mengandungkanmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah.

Sembilan bulan nak, engkau hidup dalam perut ibu,
Engkau ikut ke mana pun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan,
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,
Kerana ibu kecewa dan beruraian air mata

Anakku,
Jika ibu boleh memilih,
Apakah ibu harus operasi caesar atau ibu harus berjuang melahirkanmu,
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu,
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu,
Adalah seperti menunggu antrian memasuki salah satu pintu Syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum di antara peluh dan erangan rasa sakit,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada sesiapa pun

Dan ketika engkau hadir, tangisanmu memecah dunia,
Saat itulah.. saat paling membahagiakan,
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang junjungan kita,
Rasulullah di telinga kecilmu

Anakku,
Jika ibu boleh memilih,
Apakah ibu berdada indah, atau harus bangun di tengah malam untuk menyusuimu,
Maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan titisan-titisan dan tegukan-tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu dalam ngantuk ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku,
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan ibu,
Engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak,
Maafkan ibu.. maafkan ibu
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita,
Agar tidak ada satu keping pun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang
Percayalah nak
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak,
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu

Dititip dan di'edit' dari Puisi Hati Ratih Sanggarwati

Wednesday, April 22, 2009

Duit $50 Malaysia 2nd Series



Duit $50.00 keluaran tahun 1972 hingga 1976 dicetak oleh Thomas De La Rue & Co. Ltd., England. Ditandatangani oleh Tun Ismail Mohd Ali bersaiz 146mm x 87mm dengan kombinasi warna biru dan kelabu.

Duit kertas $1 KGV


Duit kertas $1 (one dollar) di atas adalah keluaran 1.1.1935 dan ditandatangani oleh Rex Curral. Duit seumpama ini mula dikeluarkan tahun 1931 -1932 ditandatangani oleh Luis Shelley. Manakala tahun 1933 - 1935 oleh Rex Curral. Duit ini digunakan di dalam Negeri-negeri Selat. Menggunakan potret King George ke V.

Duit $1 Malaya KGVI








Duit $1 ( one dollar ) ini dikeluarkan pada 1.7.1941 dengan potret King George VI ditandatangani oleh Weisberg bersaiz 124mm x 64mm. Dicetak oleh Waterlow & Sons Ltd London. Wang kertas ini sah diperlakukan di dalam Negeri-negeri Melayu.

Malaya and British Borneo QE II




*UNTUK DIJUAL RM 75.00




Duit $1 Malaya dan British Borneo dengan potret Queen Elizabeth II sah diperlakukan di negeri-negeri Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Brunei dan Borneo Utara. Dikeluarkan pada 21.3.1953, ditandatangani oleh W.C Taylor dan dicetak oleh Waterlow & Sons Ltd. London.

*UNTUK DIJUAL RM50.00

RM5 paper money Ali Abul Hassan


RM5 paper money ditandatangani oleh Tan Sri Dato' Seri Ali Abul Hassan bin Sulaiman.

RM5 Zeti Aziz Paper Money replacement notes


RM5 Zeti Aziz paper money replacement notes dengan running numbers.

RM1 Zeti Aziz replacement notes


RM1 Zeti Aziz replacement notes dengan running numbers.

Gambar Belangkas