Thursday, November 11, 2010

Semakin padat dan sesak

Hari wukuf semakin hampir, tinggal beberapa hari saja lagi. Mengimbau kembali perjalanan daku bersama suami, Allahyarhamah MIL dan abang ipar mengerjakan rukun Islam kelima itu pada akhir tahun 2007...
Penerbangan kami di antara penerbangan terakhir ke Kota Suci Mekah... waktu itu hanya tinggal seminggu lagi hari Wukuf di Arafah... 
sampai sahaja di sana, kami lihat jutaan manusia sudah mula membanjiri ke Kota Mekah. Dalam hati dan mulut kami tidak lepas-lepas sentiasa bertalbiah dan bertakbir. Ya Allah Ya Tuhanku, syukur Alhamdulillah aku dapat menjadi tetamu Mu Ya Allah, di kala umurku belum senja lagi, ketika kudrat ku masih lagi berupaya untuk daku melakukan ibadat kepada Mu Ya Allah. Tanpa disedari airmataku meleleh tatkala dapat melihat Mesjidil Haram di depan mata buat kali pertama dalam hidup ku. 
Namun kuasa Allah SWT siapa boleh menghalang, diri ku di datangi "teman setia" wanita selepas beberapa hari berada di sana.. 
Ya Allah...aku redha Ya Allah jika ini ketentuan Mu.
Setiap kali kedengaran azan masuk waktu solat, aku akan duduk di tepi tingkap hotel melihat ke bawah ke arah jutaan manusia yang berpusu-pusu menuju ke Mesjidil Haram. Ya Allah..ramainya manusia... mereka sudah tidak dapat masuk ke mesjid kerana sudah penuh dan sesak, lalu solatlah mereka di atas jalan menghala ke arah mesjid...
menurut rakan sebilikku, terdapat juga mereka yang bersolat di lobi-lobi hotel.
 Umat Islam yang tidak dapat masuk ke Mesjid kerana sudah penuh. Ini waktu solat Subuh. Kelihatan di hujung jalan Mesjidil Haram, sangat dekat dgn hotel yang kami duduk.(sekarang hotel ini sudah dirobohkan utk pembesaran mesjid)
waktu solat Zuhur.
Lalu aku menanam azam apabila diriku sudah suci dan boleh menunaikan solat, aku mahu ke mesjid seawal mungkin agar mendapat tempat di dalam mesjid. Aku sentiasa berdo'a memohon kepada Allah agar dipermudahkan perjalanan ku dan juga agar sentiasa ada "tempat" ku di dalam mesjid menghadap kaabah. Teringat ceramah dari ustaz dan juga pembacaan dari buku-buku haji, bahawa solat di  mesjidil haram itu pahalanya 100,000 kali dari solat di tempat lain! Siapa yang tidak mahu merebut peluang itu? Bayangkan 5 waktu sehari darab jumlah hari kita berada di Mekah? Ya Allah, Engkau permudahkan lah , Engkau PermudahkanLah! 

Shamrin Fotograf Meninggal Dunia


Vokalis kumpulan Fotograf yang dikenali menerusi lagu Di Alam Fana Cinta, Shamrin telah kembali ke rahmatullah setelah terjatuh ketika bermain bola pada petang tadi. Menurut maklumat yang diterima, arwah yang tiba-tiba diserang kekejangan telah dikejarkan ke hospital tetapi doktor mengesahkan Shamrin telah ‘tiada’ sebaik tiba di Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru. Jenazah masih berada di pusat perubatan tersebut.

Kali terakhir Shamrin dilihat membuat persembahan ialah pada pagi tadi iaitu ketika majlis pelancaran Heritage Series, P.Ramlee On Coin di Balai Seni Lukis Negara. Pada majlis itu, Shamrin telah menyampaikan lagu ‘Bila Larut Malam’.

Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah kepada Allahyarham Shamrin, semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Deena  : Alfatihah dan takziah pada keluarga arwah

Wednesday, November 10, 2010

dan pemenangnya ialah..........

Setelah undian dibuat oleh anak bongsu saya, Hana....

 ok..kertas undian dah siap..masuk dalam tin, goncang-goncang...
 Hana mula membuat cabutan bertuah......
 PEMENANG PERTAMA IALAH....
2. INA BANGI:Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck
 PEMENANG KEDUA IALAH....14. NUR: tak kisah mana2 buku
 PEMENANG KETIGA IALAH....11. FAWWAZNUHA: Buku Pak Utih
 PEMENANG KEEMPAT IALAH....3.ROHANIAH: As I Was Passing
 PEMENANG KELIMA IALAH....1. SYUHADA: Kisah Cinta Yusuf & Zulaikha + bonus 1 lagi buku sbg peserta pertama join GA ini
 PEMENANG KEENAM IALAH....4. KAK ANIE: novel RAM atau Pak Latip
PEMENANG KETUJUH IALAH....5.  NUR QISTINA: Dalam Mihrab Cinta
 PEMENANG KELAPAN IALAH....15. NADIAH: buku Pak Utih, tapi sebab buku ini telah dimenangi oleh pemenang ke-3, maka akak ganti dengan buku lain...)
TAHNIAH diucapkan kpd pemenang-pemenang, namun yang tidak terpilih itu jangan lah sedih pula ya...alalalala...EM..jangan nangis tau! hehehe.. sebenarnya saya ada "Hadiah Misteri" bagi yang tidak terpilih... 
saya ada banyakkkkkkkkk lagi buku-buku di rak buku tu... nanti saya pilih dan bagi juga you all sorang satu... 

Kepada pemenang-pemenang (dan tidak menang juga), apa yang perlu anda buat ialah bagi maklumat terperinci di bhgn komen utk tujuan pengeposan, kalau tidak mahu, inform di situ you all emel sahaja kepada 
nurazzah8@yahoo.com

Terimakasih di atas penyertaan semua...
Semoga persabahatan di alam maya akan terus terjalin erat...

Siapa Nurazzah8?

OK...tiba masanya saya umumkan pemenang "GA Nurazzah8 Manalah Pulak ni..?"

Tetapi sebelum itu mesti anda semua hendak tahu kenapa saya pilih angka 8 kan? 
semua peserta ini telah menjawab dengan betul ...iaitu kerana saya mempunyai anak seramai 8 orang...ini dia anak-anak buah hati saya...my "Eight is Enough"
3 puteri dan 5 putera

opppss..sebelum itu saya senaraikan dulu peserta-pesertanya bersama buku pilihan mereka...
(bolehlah kan , since tak ramai yg masuk (16 orang sahaja....ALhamdulillah ada jugak yang masuk)

(apa-apa buku pun boleh asal jangan buku karya dia sendiri!! haaa..you all jangan tak tahu EM ni seorang penulis juga...dia dah ada beberapa buah buku yang saya pun dah beli, tak percaya pergilah jenguk blog dia.... terharu sangat seorang penulis sanggup join GA saya..)5. Nur Qistina -  Dalam Mihrab Cinta
4. Kak Anie -novel Ramli Awang Musyid atau Abdul Latip Talip
3. Rohaniah - As I Was Passing 
2. Ina Bangi - Hamka/La Tahzan 
1. Syuhada - Kisah Cinta Yusuf & Zulaikha
 ok...saya nak suruh anak bongsu saya buat undian... jika sesebuah buku itu telah di pilih oleh pemenang terdahulu, saya akan gantikan dengan buku yang lain...

...

Dah Balik!

Alhamdulillah...selamat sampai dari luar daerah selama 2 hari...selama 2 hari juga tidak mengakses internet dan tidak bermuka buku, tidak berblogging, tidak beremel! 
Kerja, kerja kerja... sebenarnya kerja sambil bersantai... ada aja WIFI di resort itu, tapi sengaja TIDAK membawa laptop... satu pencapaian yang cukup bagus, kerana di samping berbengkel dan membuat kerja yang sepatutnya, dapat menghabiskan menanda kertas periksa anak muridku sebanyak 3 soalan X 60 kertas jawapan..!

ok..nanti malam saya update mengenai pemenang GA Nurazzah8 manalah pulak ni!
Nantikan keputusannya ya!

Tuesday, November 9, 2010

Wahabi Tali Barut British Freemason


pyramid_dollar
Illuminati telah mencipta dua bentuk gerakan yang menekan masyarakat. Pertama, Demokrasi Liberal, untuk Barat menentang Keganasan dan kedua, gerakan politik berwajahkan Islam. Kedua-dua gerakan ini akan memaksa kita bergerak ke arah objektif akhirnya iaitu New World Order.

Barat dan Islam mempunyai era yang panjang dalam kesesuaian antara mereka, namun sejarah telah diubah untuk menjana mitos “Pertembungan Ketamadunan” (Clash of Civilazation).

Dalam perancangan untuk membakar sentimen Barat untuk menentang Islam, kesemua perhatian kita telah difokuskan ke arah sifat-sifat Wahabi yang fanatik, atau lebih spesifik, kita diarah memperkatakan tentang individu yang direka personalitinya oleh golongan Freemason iaitu Osama bin Laden.
 
Peter D. Goodgame 
Penulis Buku Konspirasi Politik

Bagaimanapun, menurut suatu artikel yang ditulis oleh Peter Goodgame iaitu The Globalist and the Islamist, pihak Freemason mempunyai peranan tersendiri dalam membentuk dan menaja semua organisasi-organisasi pengganas pada era abad ke-20. Tetapi sejarah sebenarnya bermula pada abad ke-18 dimana British Freemason mencipta ideologi Wahabi yang menjadi pegangan Arab Saudi sebagai satu cara merealisasikan objektif mereka.

Seorang perisik British, bernama Hempher, yang juga ahli Freemason bertanggungjawab ke atas pembentukan fahaman Wahabi. Maklumat ini didedahkan oleh seorang penyelidik dari Turki iaitu Ayyub Sabri Pasha pada 1933 dalam laporannya yang bertajuk Mir’at al-Haramain. Menurutnya lagi, polisi British Freemason dalam menyerang sesebuah negara ialah dengan cara Pecah dan Perintah (Divide and Conquer). Ini termasuklah seperti kes fahaman Ahmadiyya di India pada abad ke-18.
 
Buku The Memoirs of Mr. Hempher (edisi Arab)

Maklumat terperinci konspirasi ini boleh didapati pada sebuah dokumen yang bernama “The Memoirs of Mr. Hempher”, yang diterbitkan dalam beberapa siri dalam akhbar Jerman yang berjudul Spiegel. Akhbar ini kemudiannya berpindah ke Perancis. Seorang doktor berketurunan Lubnan telah menterjemah dokumen tersebut ke dalam bahasa Arab dari bahasa Jerman, yang kemudiannya barulah diterjemah ke bahasa Inggeris dan beberapa bahasa lain.

Dokumen tersebut adalah tulisan tangan pertama Hempher (perisik British) dalam melaksanakan misi untuk kerajaannya. Dokumen itu jugalah yang menceritakan bagaimana dia boleh sampai ke Timur Tengah untuk ‘mencari jalan’ menjatuhkan Empayar Islam Uthmaniyah. Dengan ‘jalan baru’ yang dibina Hempher itulah kerajan British menggunakannya untuk menyuntik fahaman perkauman, kebangsaan, ketagihan arak, perjudian, perzinaan dan pembukaan aurat wanita Islam.

Tetapi strategi terpenting sekali yang direncanakan ialah menerapkan nilai-nilai bida’ah dalam jiwa setiap muslim. Selepas penerapan ini berjaya, maka mata masyarakat dunia akan cuba dialihkan kepada Islam dan dalam masa yang sama konsep “Islam adalah agama pengganas” disuntik sedikit demi sedikit.

Untuk menyemai sifat 'fanatik' dan fahaman Wahabi dalam masyarakat Islam, perlu bagi pihak British Freemason memahami dahulu apa yang didakwahkan oleh agama Islam. Hasil daripada kajian mereka tentang Islam, mereka mendapati agama Islam menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemungkaran, persamaan hak antara semua kaum dan bangsa dan menyeru kepada persaudaraan sesama Islam. Membunuh sesama Muslim juga dilarang sama sekali.

Kerajaan Uthmaniyah: Sultan Abd Hamed II, Sultan Abd Hamed memberitahu pegawai-pegawainya tentang perletakan takhta kerajaan,

Bagaimanapun, sebagai sebahagian dari strategi Pecah dan Perintah mereka, Brish amat berharap masyarakat Arab Islam menentang sendiri saudara-saudara Turki mereka yang memegang tampuk pemerintahan Kerajaan Uthmaniyah. Jalan terbaik untuk mencapai matlamat ini, mereka dapati ialah mencari ruang-ruang dalam undang-undang Islam yang membolehkan masyarakat Arab lain mengisytiharkan Kerajaan Turki sebagai MURTAD.


bersambung…


Poster Team PAG

Gambar Belangkas