Sunday, September 12, 2010

Mitos Haikal Sulaiman, Tabut Yang Hilang dan Penantian Juru Selamat Yahudi

Kali ini saya ingin memperkenalkan kepada pembaca, senaskah buku yang sememangnya wajar untuk kita memberi tumpuan. Kajian dalam buku ini berangkat dari perspektif Sunni. Buku ini juga dilengkapi dengan fatwa syar’i bagi umat Muslim tentang Yerusalem oleh Syeikh Yusuf Al-Qaradhawi (Ketua Majlis Ulama Sedunia) dan Surat Terbuka Hizbut Tahrir kepada Konferensi Al-Quds. Bagi saya, yang paling mencengangkan adalah foto-fotonya, whoa… !


” Ada rahasia apa di balik penggalian Al-Quds oleh Zionis …?”

Ada “rahsia besar” di sebalik penggalian Masjid al-Aqsha oleh Yahudi. Rahsia ini menyimpan sejumlah informasi spektakular sejak beratus-ratus tahun lalu dan hingga kini belum terungkap.

Tabut adalah salah satu rahsia yang terbesar. Benda keramat yang diyakini sebagai mukjizat Nabi Musa (as) ini, telah hilang. Bangsa Yahudi meyakini bahawa benda itu kini bersemayam di salah satu lokasi suci Masjid al-Aqsha. Menurut mereka, kedatangan sang Juru Selamat (dajjal) hanya tinggal menunggu waktu dan akan gagal sama sekali jika mereka tidak berjaya mendapatkan benda yang juga mereka yakini sebagai simbol kekuasaan di muka bumi (baca-konsep One World).

*Di manakah sesungguhnya Tabut keramat itu berada?

*Apa yang sebenarnya kini sedang berlangsung di sekitar al-Aqsha?

*Apakah kaitannya dengan masa depan Islam?

4 Rukun Yahudi Kuasai Dunia dan Runtuhkan Masjidil Aqsa

Bangsa Yahudi bercita-cita untuk menakluki wilayah Palestin serta menjadi kuasa besar dunia yang berpusat di Israel. Penganut agama Yahudi hari ini mempercayai empat rukun yang telah dipinda serta disesatkan. 

Rukun Pertama, katanya orang Yahudi menganggap mereka adalah bangsa yang dipilih oleh Allah SWT manakala bangsa-bangsa lain adalah ‘binatang-binatang’ yang dijadikan rupa manusia yang membolehkan mereka melakukan apa sahaja termasuk membunuh bangsa lain.

Rukun Kedua, Yahudi juga berhasrat untuk mendirikan Haikal Sulaiman iaitu kuil yang mereka dakwa pernah didirikan oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tapak kuil itu ialah Masjidil Aqsa yang menjadi tempat Israk Nabi Muhammad SAW.

Rukun Ketiga, bangsa Yahudi mahu mendirikan negara besar dunia yang berpusat di Israel di mana seluruh dunia akan tunduk kepadanya.

Rukun Keempat, mereka menunggu al-Maseh. Al-Maseh ialah yang memimpin Yahudi untuk menakluk dunia. Bagi umat Islam, al-Maseh ialah ‘dajjal’ yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w. Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama bagi umat Islam kini menjadi rebutan dengan bangsa Yahudi.

Ekoran itu, orang Yahudi bertindak ganas dengan merampas tanah-tanah umat Islam di Palestin serta mengorek di sekeliling Masjidil Aqsa.

Justeru, tidak ada lagi rundingan atau perbincangan dengan negara haram Israel yang berhasrat untuk menakluk dunia.

Kita tidak boleh ajar Israel melainkan dengan peluru. Darah yang mengalir mesti dibayar dengan darah kerana bangsa laknat ini tidak mematuhi apa sahaja undang-undang dan perjanjian.

Tidak ada lagi rundingan, tidak ada lagi perbincangan dengan negara yang berhasrat meluaskan wilayah mereka di seluruh dunia.

* Kita hendaklah mendidik diri kita menjadi umat yang kuat, umat yang gagah, umat yang bersedia untuk mati bagi menegakkan agama Allah SWT. Assalamualaikum...

Monday, September 6, 2010

Tulisan salji

 snow text

1.Buat satu dokumen baru 400x300 pixel
2.Gunakan type tool(tekan butang T) dan taipkan perkataan yg dikehendakki
photoshop
3.klik menu Filter-->Noise-->add Noise dan laraskan amount kepada 135%
add noise

4.Klik kanan pada layer teks dan pilih merge down (Ctrl+E) untuk gabung background dan layer teks
5.Pada  menu  filter pilih -->pixelate-->crystallize-->cell size=3
6.Pilih filter-->stylize-->find edges
7.Pilih filter>blur>Gaussian blur,radius=1 pixels


gaussian blur
8.Terbalikkan tulisan-->image-->rotate canvas  90 ⁰ CW
9.Tekan butang  Ctrl +I untuk invert image
invert image

10.Kemudian klik menu filter --->>stylize--->>wind  dengan tetapan berikut
>method=wind,direction=from the right
wind

11.Tegakkan semula teks--> pilih menu-->image-->rotate canvas-90 ⁰ CCW
12.Klik menu image-->>adjustments-->>Hue and Saturation dan ubah warna mengikut imej dibawah,jangan lupa tandakan pada colorize
hue and saturation


Hasilnya
 snow text

Friday, September 3, 2010

Akhirnya Bahtera Nabi Nuh Berjaya Dimasuki

Tambah kapsyen
Diceritakan, sekitar 4800 tahun lalu, banjir besar telah melanda. Sebelum bencana maha dahsyat itu terjadi, Nabi Nuh (nabi tiga agama, Islam, Kristian dan Yahudi) telah diberikan wahyu untuk membina sebuah kapal/bahtera yang besar untuk menyelamatkan umat manusia dan makhluk bumi yang lainnya.

Kisah tentang bahtera Nabi Nuh diceritakan di dalam kitab, pelbagai buku, filem dan lain-lain karya. Ramai ahli sejarah dari pelbagai negara sudah lama berminat untuk mengetahui berkenaan kebenaran kisah ini. Untuk membuktikan kebenaran cerita inilah, sekumpulan peneliti dari China dan Turki telah bergabung dalam ‘Noah’s Ark Ministries International’ selama bertahun-tahun untuk mencari sisa-sisa kapal lagenda tersebut.

Pada tanggal 26 April 2010, kumpulan tersebut telah mengumumkan penemuan perahu Nabi Nuh di Turki. Mereka telah melakukan satu penemuan sisa-sisa kapal Nabi Nuh yang berada di ketinggian 4.000 meter di Gunung Agri atau Gunung Ararat, di Turki Timur. Mereka juga telah berjaya masuk ke dalam kapal tersebut untuk mengambil gambar dan beberapa spesimen untuk membuktikan penemuan mereka.

Menurut para pengkaji, spesimen yang mereka ambil dari kapal tersebut memiliki usia karbon bagi 4800 tahun-sesuai dengan apa yang digambarkan di dalam sejarah. Jika penemuan mereka ini benar, para pengkaji itu telah melakukan satu penemuan kapal yang paling terkenal dalam sejarah dunia.
“Kami belum yakin 100% bahawa ini benar-benar kapal Nabi Nuh, tetapi keyakinan kami sudah 99%,” jelas salah seorang anggota kumpulan yang bertugas membuat filem dokumentari penemuan tersebut, Yeung Wing, seperti dimuat laman berita Turki, National Turk, 27 April 2010.

Kumpulan seramai 15 orang dari Hong Kong dan Turki hadir dalam sidang media yang diadakan pada 26 April 2010 lalu. Pada sidang media itu, para wartawan telah ditujukkan dengan beberapa spesimen seperti fosil kapal yang diduga sebagai kapal Nabi Nuh, berupa tambang, paku, dan pecahan kayu.

Seperti yang dijelaskan oleh para pengkaji, tambang dan paku diduga digunakan untuk menyatukan kayu-kayu hingga menjadi kapal. Tambang juga digunakan untuk mengikat haiwan-haiwan yang diselamatkan dari terjangan bah — begitu juga dengan potongan kayu yang dibuat bersambung untuk menjaga keadaan haiwan-haiwan.

Penemuan terbesar dalam sejarah ini telah menjadi dorongan kepada pemerintah Turki untuk mendaftarkan kawasan gunung tersebut di UNESCO bertujuan agar badan milik PBB itu turut menjaga keadaan kapal Nabi Nuh itu. Pada mulanya, para pengkaji akan menggali perahu itu dan memisahkannya dari gunung. Namun, hal tersebut tidak mungkin dapat dilakukan, walaupun nilai sejarah penemuan ini sangat tinggi.

Diyakini, ketika air surut, kapal Nabi Nuh berada di atas gunung. Walaupun tiga agama besar memberi gambaran tentang mukjizat Nabi Nuh, namun tidak ada penjelasan sama sekali di mana lokasi terakhir kapal itu berlabuh.

Sejak sekian lama penduduk tempatan di Turki yang tinggal di pegunungan mahupun dibandar-bandar lain percaya bahawa kapal Nabi Nuh sememangnya berada di Gunung Ararat. Tambahan pula, juruterbang pesawat tempur Turki dalam sebuah misi pemetaan NATO, mengaku melihat suatu objek besar seperti perahu di Dogubayazit, Turki.

Pada 2006, imej satelit secara jelas telah menunjukkan suatu objek mirip seakan-akan kapal yang disangka kapal Nabi Nuh itu adalah gunung yang diliputi salji. Sesetengah pengkaji mendakwa lokasi kapal tersebut telah menjadi suatu perkampungan bagi sekumpulan manusia yang terselamat daripada banjir besar yang berlaku 4800 tahun dahulu. Namun, ia dibantah oleh para pengkaji yang membuat penemuan kapal Nabi Nuh.
“Kami tak pernah berjumpa manusia yang tinggal di ketinggian 3500 meter diatas gunung itu dalam sejarah umat manusia.”
Cuaca yang sangat dingin pada ketinggian 4000 meter itu telah didakwa sebagai penyebab keadaan kapal Nabi Nuh berada dalam keadaan baik selama ribuan tahun. Namun, seorang bekas tentera Amerika Syarikat pernah mendakwa beliau melihat keadaan kapal tersebut yang telah terbelah dua (2).

Wallahualam...

Thursday, September 2, 2010

Sumpahan Mumia Karamkan Titanic

Daripada semua semua kisah luar biasa, sumpahan Puteri Amen-Ra yang hidup kira-kira 1,500 tahun Sebelum Masihi dikatakan cerita paling mengganggu dan sukar untuk dijelaskan kerana dipercayai menjadi penyebab kapal paling hebat pernah dibina, Titanic, tenggelam. Apabila meninggal dunia, mayat puteri itu dimasukkan dalam keranda kayu dan dikebumikan di Luxor, di tebing Sungai Nil.
Sumpahan Amen-Ra bermula pada lewat 1890-an apabila empat lelaki Inggeris yang kaya melawat Luxor dan terdorong membeli keranda mengandungi mumia puteri itu. Mereka saling berlumba meletakkan harga tertinggi dan akhirnya keranda dimiliki salah seorang daripada lelaki berkenaan yang membayar harga sehingga beribu Pound. Dia membawa keranda itu balik ke hotel penginapannya dan beberapa jam kemudian lelaki itu dilihat berjalan seorang diri ke arah gurun dan tidak pernah kembali lagi ke penginapannya sejak itu. Keesokan hari, salah seorang daripada tiga yang masih ada di hotel itu ditembak secara tidak sengaja oleh pembantu berketurunan Mesir. Tangannya cedera teruk sehingga terpaksa dipotong.
Lelaki ketiga tidak terkecuali menerima nasib buruk sebaik kembali ke tanah air apabila mengetahui bank yang menyimpan wangnya muflis, manakala rakannya yang dulu kaya raya mengalami sakit teruk hilang kerja dan terpaksa menjual mancis di jalanan. Bagaimanapun, keranda berkenaan tiba di England dan dibeli oleh seorang ahli perniagaan tetapi dia mendermakannya kepada Muzium Britain selepas tiga anggota keluarganya cedera dalam kemalangan jalan raya dan rumahnya dijilat api.
Misteri terus melingkari keranda itu apabila trak yang digunakan untuk mengangkutnya ke muzium tiba-tiba berundur ketika kerja memunggah dilakukan. Ketika diangkat menaiki tangga oleh dua pekerja, seorang daripadanya terjatuh dan patah kaki, manakala seorang lagi, yang sihat, meninggal dunia secara mengejut dua hari kemudian.
Sebaik keranda puteri itu diletakkan dalam Ruang Mesir di muzium itu, masalah lain pula timbul. Penjaga malam muzium melaporkan kerap mendengar suara tangisan dari dalam keranda. Apabila seorang pengunjung mengejek wajah yang dicat pada keranda itu, anaknya meninggal dunia disebabkan campak tidak lama kemudian. Akhirnya, pihak berkuasa terpaksa memindahkan mumia itu ke bawah tanah dengan harapan ia tidak lagi mencetuskan masalah. Namun, ia tidak menjadi kenyataan kerana dalam masa seminggu, seorang pembantu sakit teruk dan penyelia yang bertanggungjawab memindahkan keranda itu ditemui mati di mejanya.
Seorang jurugambar yang mengambil gambar keranda itu mendapati cat padanya jelas menunjukkan wajah manusia yang menakutkan. Dia kemudian balik ke rumah, mengunci diri dalam bilik tidur dan menembak dirinya.
Kisah paling menarik mengenai sumpahan Puteri Amen-Ra ialah apabila seorang pakar arkeologi yang menganggap apa yang terjadi cuma kebetulan, membayar harga mahal untuk memiliki mumia itu dan mengatur pemindahannya ke New York.
Pada April 1912, pemilik baru mayat Amen-Ra mengiringi keranda itu menaiki kapal persiaran yang akan melakukan pelayaran bersejarah ke New York. Pada malam 14 April, keranda Amen-Ra mengiringi mayat 1,500 penumpang yang tenggelam ke dalam lautan Atlantik apabila Titanic, yang dikatakan tidak akan tenggelam kerana memiliki ciri-ciri keselamatan tercanggih ketika itu, karam selepas terlanggar bungkah ais.

Tuesday, August 31, 2010

cara pasang butang show and hide

eyeMungkin anda ingin menyembunyikan widget atau kod /teks pada blog.Fungsi ini macam read  more yang ada pada posting,hanya menunjukan separuh sahaja teks pada posting dan bila diklik pada read more akan menunjukkan sebahagian lagi teks.Kod ini akan memaparkan butang yang mana bila diklik boleh memaparkan bahagian yang tersembunyi
klik butang dibawah untuk melihat contohnya



Gantikan teks letakkan kandungan yang hendak disembunyikan disini dengan kandungan yang dingini:
<div id="spoiler" style="display:none">
letakkan kandungan yang hendak disembunyikan disini
</div>
<button title="Click to show/hide content" type="button" onclick="if(document.getElementById('spoiler') .style.display=='none') {document.getElementById('spoiler') .style.display=''}else{document.getElementById('spoiler') .style.display='none'}">Show/hide</button>
Teks show/hide pada butang boleh ditukar mengikut kesukaan anda.Boleh diletakkan pada sidebar atau posting.

Monday, August 30, 2010

Ulasan drama Jepun : Grave of the Fireflies


Sempena hari merdeka ini aku hendak mengulas satu drama Jepun yang telah aku tonton tidak lama dahulu. Drama ini aku terjumpa di dalam youtube. Drama anti perang ini asalnya adalah dalam bentuk animasi kemudian diterjemahkan dalam lakonan filem. Drama ini berkisar tentang perjuangan hidup dua orang adik beradik di era perang dunia kedua di Kobe, Jepun.

Seita dan Setsuko dua watak adik-beradik asalnya adalah dari keluarga yang berada dan bahagia. Bapanya seorang yang berpangkat kapten dalam tentera laut telah dipanggil untuk berperang dan tinggallah Seita yang masih remaja (abang) untuk memikul tanggungjawab menjaga adik perempuan iaitu Setsuka dan ibunya. Tidak lama kemudian ibunya meninggal akibat cedera dalam serangan bom. Kedua adik-beradik ini tiada tempat untuk tinggal setelah rumah mereka juga hancur dalam serangan bom dan kerana kasihan mereka telah diambil dan tinggal dengan seorang berpangkat makcik dari sebelah ibunya.

Makciknya mempunyai empat orang anak yang perlu dijaga. Pada awalnya Seita dan Setsuka dijaga oleh makciknya dengan amat baik dengan makanan yang cukup walaupun bekalan makanan pada masa itu dicatu oleh pihak kerajaan. Apabila keadaan semakin meruncing dan catuan makanan semakin berkurang dan tiada barang untuk digadai untuk membeli makanan, makciknya meminta Seita menggadai cincin ibunya untuk membeli makanan. Seita menurut kata tetapi Seita hanya menyimpan sebuah tin gula-gula yang menjadi kenangan untuk adiknya yang merupakan hadiah daripada makciknya itu. Apabila bekalan makanan habis, makciknya hanya memberi makanan yang secukupnya kepada anak-anaknya tetapi tidak kepada kedua beradik tersebut. Makciknya yang pada awal kedatangan mereka sangat dialu2kan tetapi telah berubah menjadi seorang yang mementingkan diri sendiri dan bersikap tidak berperikemanusiaan selepas mendapat tahu suaminya mati di medan perang. Peperangan yang tidak pernah dia restui suaminya sertai membuatkan dia berperang dengan orang sekeliling. Makanan yang berzat hanya diberikan kepada anak-anaknya sahaja. Makciknya mengungkit akan sikap Seita yang tidak mahu membanting tulang untuk mendapatkan makanan. Ini membuat Seita yang kuat egonya kecewa dan mengambil keputusan keluar dari rumah makciknya bersama Sesuka dan mahu berdikari.

Mereka berdua tinggal di pondok perlindungan yang ditinggalkan di sebuah kawasan tasik. Tempat ini merupakan syurga untuk mereka berdua kerana terdapat kelip-kelip pada waktu malam. Kelip-kelip inilah yang menjadi tajuk cerita ini. Seita membelanjakan duit-duit ibunya masih ada untuk membeli makanan dan memasak untuk adiknya setiap hari. Apabila kehabisan duit Seita terpaksa mencuri untuk meneruskan kehidupan. Semakin hari badan Setsuka semakin susut dan sakit. Seita membawa adiknya berjumpa doktor dan doktor mengatakan Sesuka kekurangan zat makanan tetapi tidak diberikan ubat dan nasihat apa yang perlu beliau lakukan.

Seita membawa pulang adiknya ke pondok dan memujuk dan berjanji pada adiknya beliau akan membawa pulang makanan dari pekan. Seita cuba menghabiskan sisa-sisa duit yang ada untuk membeli makanan tetapi diberitahu duit tersebut tidak laku lagi kerana Jepun telah kalah dalam peperangan. Berita tersebut membuatkan dia berasa marah terhadap bapanya kerana selama ini dia mencanang pada dirinya Jepun akan menang dan kekalahan tersebut menandakan bapanya turut meninggal. Kepulangan beliau bersama makanan untuk Setsuka tidak bermakna lagi apabila didapati Setsuka telah meninggal.
Seita membawa mayat Setsuka di kawasan bukit untuk dibakar dan abunya disimpan di dalam tin gula-gula yang menjadi kesayangan adiknya. Beberapa minggu kemudian Seita dijumpai mati di stesyen keretapi bersama tin gula-gula yang masih ada ditangannya.

Drama ini diadaptasi dari novel Akiyuki Nosaka yang berbentuk semi autobiography. Novel ini dihasilkan sebagai satu cara untuk beliau meminta maaf kepada adiknya yang mati akibat kekurangan zat makanan yang berlaku pada era perang Jepun tahun 1945 kerana beliau merasakan beliau bertanggugjawab atas kematian adiknya dan sebagai cara untuk beliau menerima kenyataan kematian yang penuh tragis itu.

Drama ini sangat bagus dan lebih tertumpu kepada kesan kehidupan kepada kanak-kanak akibat peperangan dan kesan daripada peperangan adalah kurangnya makanan. Drama ini adalah cermin kepada peperangan yang berlaku di serata dunia sekarang. Adios!!!

Gambar Belangkas