Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Wednesday, July 22, 2015

Teknik SEO pada blog gaya penulisan berulang.

Teknik SEO pada blog : Penulisan berulang|Ok, harini aku nak kongsikan apa yang aku ada baca di blog otai-otai malaysia *Blogger malaysia yang punya nama besar dan pendapatan yang besar juga* perihal teknik SEO pada blog. Sebenarnya banyak teknik SEO pada blog ni, dan salah satunya adalah teknik penulisan berulang.

Ramai sebenarnya dah gunakan teknik ni. Antara fungsinya adalah, memudahkan enjin carian mengenal pasti blog kita. Dalam kata mudahnya, meletakkan blog kita pada halaman utama carian. Apabila seseorang mencari maklumat di dalam internet dengan kata carian tertentu, sebagai contoh teknik SEO pada blog gaya penulisan berulang, blog anda akan berada di halaman utama kerana enjin carian mengenal pasti blog anda dengan mudah. Ini disebabkan oleh, kata kunci atau keyword yang anda gunakan pada entry menepati syarat enjin carian. 

Gaya penulisan berulang adalah salah satu cara yang mana, anda mengulang kata kunci pada setiap perengan. Sebagai contoh, aku mengulangi ayat ini: Teknik SEO pada blog gaya penulisan berulang pada setiap perengan. Mengikut penulisan otai-otai blogger, dengan cara ini, enjin carian dengan mudahnya mengenal pasti apakah kata kunci atau keyword yang ingin kita sampaikan. Selain daripada jumlah patah perkataan yang sesuai di dalam gaya penulisan SEO, teknik penulisan berulang juga adalah sangat membantu. 

Ada juga blogger yang mengulangi keyword mereka pada setiap akhir perengan. Tanpa mengaitkan dengan tulisan atau cerita mereka pada setiap perengan. Ianya seperti, anda perlu membaca tajuk utama pada setiap akhir perengan. Tidakkah ianya semacam menggangu pembacaan pengunjung yang mungkin akan merasa bosan apabila terlalu kerap membaca "tajuk utama" pada setiap akhir perengan? Contohnya seperti ini Teknik SEO pada blog gaya penulisan berulang.

Selain daripada gaya penulisan berulang, teknik "bold" atau tebalkan tulisan juga adalah salah satu teknik SEO pada blog. Seperti yang aku lakukan pada setiap ayat yang berkaitan dengan tajuk utama. Cara ini adalah untuk memudahkan enjin carian atau pembaca mengenal pasti apakah yang ingin di sampaikan oleh penulis blog.

Sebenarnya, tidaklah terlalu sukar teknik SEO pada blog ni kan? Jika anda faham, segalanya jadi mudah. Ini sebenarnya mungkin teknik paling mudah, banyak lagi teknik-teknik SEO pada blog yang boleh anda pelajari selain daripada teknik SEO pada blog gaya penulisan berulang ini. Aku cadangkan blog Hasrul Hassan jika ada yang ingin mendalami lagi ilmu-ilmu berkaitan SEO pada blog ni.

Semoga perkongsian yang sedikit ini dapatlah membantu serba sedikit di dalam penulisan berbentuk SEO ni. InsyaAllah.

Tidak bersemangat untuk bekerja selepas cuti panjang? Sila baca #5.

Tidak bersemangat untuk bekerja selepas cuti panjang?|Ini adalah perkara biasa selepas habis cuti panjang. Kebiasaannya pada musim perayaan. Yelah, dah seronok bercuti panjang, kemudian masuk kerja, banyak perkara yang bermain di minda kita. Ianya mungkin samada ingin sambung cuti atau malas untuk buat apa sahaja kerja dalam masa beberapa hari bekerja *entry ini khas untuk diri aku juga*hehehehe. Jadinya, jom baca tips untuk kembali bersemangat selepas pulang dari cuti panjang.

1. Anggap ianya sebagai kenangan.

Ya. Anggap yang berlalu itu sebagai kenangan. Bila kita memikirkan kenangan indah kita semasa cuti panjang, mood bercuti itu akan terbawa sekali. Perkara ini sudah pasti akan membuatkan kita tidak bersemangat untuk bekerja. Jadi, lupakan apa yang sudah berlaku dan bersemangatlah untuk bekerja. yeah!

2. Banyak perkara yang perlu di selesaikan.

Bila ada banyak perkara atau kerja yang mesti kita selesaikan, secara automatik, mood bercuti itu akan hilang dengan sendirinya. Pernah juga aku berhadapan dengan mereka yang terlalu banyak kerja hinggakan sanggup tidur di syarikat semata-mata tidak cukup masa untuk selesaikan kerja mereka. *tak perlulah kita sampai ke tahap ini ya*hehehe. 

3. Fikirkan impian anda yang belum terlaksana.

Ya. Pasti anda ada impian anda yang tersendiri bukan. Ianya mungkin dalam bentuk percutian, kenderaan atau sebagainya yang ingin anda capai melalui pendapatan anda (Pekerjaan anda) jadi, fikirkan semula tentang perkara itu dan pasti semangat untuk anda bekerja anda kembali datang. Bersemangatlah! Go! Go!

Lihat apa yang 7 orang anak muda ini lakukan untuk tunjukkan kerinduan mereka kepada keluarga.

4. Fikirkan tentang anak-anak, keluarga dan sesiapa yang penting dalam hidup anda.

Ya. Ini yang biasa aku lakukan. Aku bekerja bukan untuk diri aku sahaja. Malah untuk mereka yang berada di sekeliling aku. Selalu fikirkan tentang mereka yang berada di sekeliling mereka dan pasti semangat bekerja itu akan meluak-luak. 

5. Kerja anda adalah 1 amanah.

Setiap pekerja pasti memikul tanggungjawab dan amanah masing-masing. Apabila memikirkan tentang amanah yang di beri, ia haruslah di uruskan dengan baik. Amanah bukanlah suatu perkara yang mudah. Jadi, fikirkan semula tentang amanah yang telah diberikan kepada anda.

Jadi inilah antara tips untuk kembali bersemangat selepas pulang dari cuti panjang yang dapat aku kongsikan dalam blog ceritaejoy ini. Semoga ianya dapat mengembalikan semangat korang supaya kembali aktif bekerja. Tak gitu? Hehehe.

Tuesday, July 14, 2015

Doa menaiki kenderaan (Termasuk bacaan rumi)

Doa menaiki kenderaan (Termasuk bacaan rumi)|Bacaan doa lengkap untuk menaiki kenderaan darat, laut dan udara. Bagi mereka yang ingin memulakan perjalanan jauh terutamanya pada musim raya ini. Bolehlah amalkan bacaan doa ini. Supaya perjalanan anda selamat pergi dan juga selamat pulang hendaknya. InsyaAllah.

Bacaan doa menaiki kenderaan darat.

Doa naik kenderaan darat

Bacaan doa menaiki kenderaan laut dan udara.

Doa Menaiki Kenderaan Laut Dan Udara

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada semua. Berhati-hati di jalan raya. 

Monday, July 13, 2015

Kepentingan untuk mempelajari bahasa asing.

Kepentingan untuk mempelajari bahasa asing|Rasanya sekarang ni, dah ramai dari kalangan kita yang mahir menggunakan pelbagai bahasa selain daripada bahasa ibunda. Ada banyak kebaikan mempelajari bahasa asing ini. Aku cuba untuk menghuraikan apakah antara kelebihan-kelebihan yang bakal anda perolehi jika mempelajari bahasa asing. Ini adalah antara kepentingannya.

1) Tidak mudah tertipu.

Ya, anda tidak akan mudah tertipu jika anda faham bahasa selain dari bahasa yang biasa anda gunakan. Dalam urusan jual beli, kebiasaannya peniaga *merujuk kepada peniaga selain dari bangsa melayu* menggunakan bahasa mereka untuk berbicara sesuatu perkara yang mungkin berkaitan harga produk. Dan ianya berlaku di hadapan anda. Jika anda faham apa yang sedang mereka tuturkan, anda mungkin boleh elakkan dari di tipu peniaga. *merujuk kepada nilai harga yang berbeza dari harga sebenar*.

2) Memudahkan pengurusan.

Ini yang terjadi kepada aku. Sewaktu aku berada di thailand. Adalah sangat sukar untuk aku berbicara dengan rakan-rakan di sana. Mujur ada seorang rakan yang fasih berbahasa thai, yang menerangkan segalanya. Yang aku akan ingat sampai bila-bila adalah, bila aku nak order makan *Waktu tu rakan aku yang fasih berbahasa thai ini takda*Aku order ikan siakap masak 3 rasa. Siap tunjuk gambar bagai, sekali yang datang, ikan siakap masak stim. Ahh sudah. Inilah kepentingan untuk mempelajari bahasa asing.

3) Mudah mempelajari ilmu baharu.

Bila kita di negara orang, ada ilmu yang tidak ada di negara kita. Aku beri contoh. Jika anda fasih berbahasa perancis. Ada buku-buku yang berkongsikan ilmu bukan di dalam bahasa inggeris dan hanya di tulis dalam bahasa perancis. Jadinya, bila anda fasih berbahasa asing, adalah sangat mudah untuk anda mempelajarinya. Kan?

4) Memudahkan perjalanan.

Ada papan tanda di negara luar, yang tidak menggunakan bahasa inggeris, sebaliknya menggunakan bahasa ibunda negara mereka. Jadi, bila anda faham bahasa mereka, segalanya jadi mudah bukan. Sama macam kalau kita tersesat jalan di malaysia, kita cuma berhentikan kenderaan dan tanya pada mereka yang berdekatan. Cuba kalau sesat kat jepun. Dan anda tanyakan pada orang jepun arah jalan yang betul di dalam bahasa melayu. Tak ke haru biru jadinya? Hahahaha.

5) Satu kelebihan kepada anda.

Bila anda mahir berbahasa asing, ianya menjadi suatu kelebihan kepada anda. Antaranya adalah. memudahkan anda mencari kerja. Kerana tidak ramai seperti anda, dan mungkin juga anda adalah yang di cari-cari oleh kebanyakkan syarikat. Di sinilah pentingnya mempelajari bahasa asing.

Sebenarnya banyak kebaikkannya mempelajari bahasa asing ni. Sukar mencari keburukkannya. Malah ia menjadi suatu kelebihan kepada seseorang itu. Jadi, cepat-cepatlah belajar bahasa asing ya. Jangan tunggu-tunggu lagi. Chai may? *betul kan? dalam bahasa thai* hehehehe.

Sunday, July 12, 2015

Blogging hanya pada hari bekerja.

Blogging hanya pada hari bekerja|Entry ini aku tujukan khas untuk diri aku. Hahaha. Kenapa? Sebabnya, aku tak mampu nak update blog aku ni pada hujung minggu. Konon nak bercerita waktu cuti hujung minggu, tapi habuk pun takdak. Hahahha.

Tah kenapa aku pun tak pasti. Ceritanya banyak untuk dikongsikan dekat blog ceritaejoy ni, tapi moodnya sahaja yang kurang. Ish. Itu malas namanya kan? Pernah juga aku duduk depan komputer waktu hujung minggu, dah bukak blog, dah taip tajuk entry dah, tapi jalan ceritanya langsung tak nampak. Apa yang aku buat? Layan youtube dengan laman web cerita. Wahahahaha.

Itu sebabnya, aku hanya blogging pada hari bekerja sahaja. Iaitu dari isnin ke jumaat. Sebab waktu ni, minda aku cergas untuk bekerja. *alasan je kan?* Tapi betul tau, aku rasa waktu ini sahaja aku mampu bercerita. Kalau hujung minggu, minda aku lebih fokus kepada family, jalan-jalan dan yang paling penting, tidur. Hahahaha.

Aku cukup respek dengan blogger malaysia yang punya idea tak kira waktu dan hari. Ada sahaja cerita yang ingin dikongsikan dengan jalan cerita yang sangat menarik. Hebat! Aku ni, tengok hari, kalau hujung minggu, jalan cerita aku memang merapu. Hahahaha.

Idea! Datanglah! Mood! Datanglah..

Pengalaman menaiki pesawat thai airways

Pengalaman menaiki pesawat thai airways|Ok. harini aku nak bercerita tentang pengalaman aku menaiki pesawat thai airways. Sangat selesa! Ya. Sangat selesa. Selesa dari segi apa? Dari segi ruang tempat duduk dan cara pesawat berlepas. Erks!

Baiklah, macamni, sewaktu aku ke bangkok hujung bulan june. Ada aku ceritakan di sini : Ramadan di ayutthaya thailand. Aku menaiki pesawat mas. Ok, aku bercerita pasal pesawat mas dulu ya. Pesawat mas sewaktu ingin berlepas. Dia akan stop dulu. Bila pilot beritahu pesawat akan berlepas je, rasa macam tekan nos. Tersentak ke belakang aku dibuatnya. Hahahaha. Dekat situ timbul sedikit rasa takut dalam diri aku. Wahahahaha.

Berbeza dengan pesawat thai airways, pesawat sentiasa bergerak, dan sewaktu pilot beritahu pesawat ingin berlepas, pesawat masih lagi dalam keadaan bergerak dan tahu-tahu je dah terbang. Ha. Dekat sini, tubuh badan aku dan terbiasa dalam keadaan pesawat yang sedang bergerak dan bila pesawat berlepas, tak terasa sangatlah.

Sama juga sewaktu pesawat ingin mendarat. Untuk pesawat mas, sewaktu aku tiba di bangkok. Cara pesaway ini mendarat juga mengusarkan aku. Sewaktu tayar mencecah landasan, terasa macam tekan brek emergency. Waktu ni dalam kepala aku fikir banyak filem-filem yang pernah aku tonton. *ini perkara biasa kan?*.

Berbeza dengan pesawat thai airways, sewaktu mendarat, terasa smooth je. Sungguh aku tak bohong. Rakan-rakan yang ada ketika itu juga menagatakan perkara yang sama. Jadinya, dalam fikiran aku, pesawat ini sesuai untuk mereka yang travelk bersama anak kecil.

Apa pun, setiap perkara itu ada baik buruknya kan? Untuk pesawat mas, ia lebih selesa dari segi pergaulan. Maksud aku, pramugari/pramugara berbahasa melayu. Yelah, bukan semua dari kita fasih berbahasa inggeris kan? Dan juga dari segi makanan. Hahahha. Tekak orang melayu ni, paham-paham jelah. Dan yang paling penting ongkosnya juga berbeza ya. Hehehe.

Untuk pesawat thai airways, sudah tentu mereka menggunakan bahasa ibunda mereka. Bahasa thai dan juga bahasa inggeris. Yang kadang-kadang aku sendiri tak paham. Wahahahaha. Jadinya, itulah serba sedikit pengalaman aku menaiki pesawat thai airways.

Thursday, July 9, 2015

8 ciri-ciri mereka yang suka kongsikan banyak perkara di media sosial.

8 ciri-ciri mereka yang suka kongsikan banyak perkara di media sosial|Media sosial dan manusia dah macam tak boleh dipisahkan. Hampir semua perkara, ya. hampir semua perkara ingin dikongsikan di media sosial. Dari buka mata hinggalah tutup mata *nak tidur ya* ingin dikongsikan dengan semua orang. Apa yang ramai orang tak tahu adalah, kita boleh mengenal pasti mereka yang suka kongsikan banyak perkara di media sosial. Jom teruskan bacaan anda.

8 ciri-ciri mereka yang suka kongsikan banyak perkara di media sosial.


1) Ingin beritahu dunia di mana sahaja mereka berada. Ya. Di mana sahaja. Di bilik tidur, di pejabat, di restoran, di lapangan terbang, di rumah saudara malahan di dalam tandas pun mereka nak kasitau.


2) Mereka yang suka memperlihatkan kekayaan mereka dan jumlah kewangan mereka. Jangan tak tahu ya, berapa keping kad kredit mereka juga anda boleh tahu.


3) Ibubapa baharu yang berkongsi terlalu banyak gambar anak-anak mereka. Ramai yang tidak sedar, bila terlalu banyak berkongsikan gambar anak mereka, ianya boleh di salah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dengan cara mengambil gambar anak-anak mereka dan dikongsikan di laman web lucah. OMG!

Tak sampai hati pula nak teruskan cerita mengenai mereka yang suka kongsikan banyak perkara di media sosial ni. Korang boleh teruskan bacaan di SINI dan korang pasti terperanjat bila baca info no #5. ish. Bahaya sungguh!

Tuesday, July 7, 2015

Tips hilangkan cat pada lantai

Tips hilangkan cat pada lantai|Siapa ada tips hilangkan cat pada lantai? Hahaha. Aku sebenarnya mencari-cari apakah cara yang paling efektif untuk hilangkan cat pada lantai. Sebenarnya aku dah lapik surat kabar sebelum mula mengecat dinding rumah, tapi disebabkan last-last mengecat tu aku dah penat, aku pun cat la ala kadar, itu yang cat bersepah atas lantai tu. Hahaha.

Aku ada bertanya pada pakcik google, dan pakcik google pun ada suggestkan beberapa blog yang berkongsi perihal tips untuk hilangkan cat pada lantai ni. Aku cuba kongsikan di blog ceritaejoy ni, mana tahu ada blogger malaysia yang turut sama mencari tips untuk hilangkan cat ni. Yelah, rumah dah cantik dengan warna baru, lantai pulak teruk jadinya, tak best la kan.

Baik! Tips untuk hilangkan cat pada lantai.

1) Ambil minyak tanah @ minyak diesel @ minyak masak dan kemudian sapu pada cat tersebut. Biarkan seketika supaya cat tu kembang, selepas itu gosok hingga hilang.

2) Ambil segengam pasir, kemudian campurkan dengan air dan gosokkan pada cat tadi sehingga hilang.

3) Ambil scraper paint dan kikis cat itu dengan berhati-hati. Selepas itu gosokkan dengan minyak *sama macam no 1 tadi*

Ha, itulah di antara tips hilangkan cat pada lantai yang boleh aku kongsikan. Aku pun nak mencuba hujung minggu ni. Diharap berjayalah hendaknya. Mesti kena hilangkan jugak, kalau tak, malulah nanti orang datang beraya tentang cat penuh atas lantai. Tak gitu? Hehehehe.

Monday, July 6, 2015

Apakah itu malam lailatul qadar?

Apakah itu malam lailatul qadar?|Pengertian malam lailatul qadar. Mungkin sudah ada yang mengetahui akan malam istimewa ini dan mungkin juga ada yang langsung tidak mengetahuinya. Apakah dia malam lailatul qadar? Kenapa ia menjadi sangat istimewa? Kenapa ianya hanya datang sekali dalam setahun? Semoga perkongsian ini memberi makna kepada anda semua. InsyaAllah.

Pengertian Malam lailatul qadar.

‘Lailatul Qadar (Arab: لیلة القدر‎) adalah suatu malam yang khusus terjadi di bulan Ramadan. Ayat al-Quran yang pertama dipercayai diturunkan pada malam ini. Malam ini disebut di dalam al-Quran dalam surah Al-Qadr, dan diceritakan lebih baik daripada seribu bulan.

Saat terjadinya malam lailatul qadar ini tidak pula dinyatakan. Tetapi menurut beberapa hadis, malam lailatul qadar terjadi pada 10 malam terakhir ramadan atau lebih tepat lagi pada malam-malam ganjil. Antara hikmah kenapa malam istimewa ini dirahsiakan adalah supaya seluruh umat islam rajin beribadah sepanjang malam khususnya pada 10 malam terakhir.

“Sesungguhnya kami menurunkan Al-Quran pada malam Lailatul Qadar dan apakah yang menyebabkan engkau mengerti apa itu Lailatulqadar. Lailatulqadar lebih baik daripada 1000 bulan. Pada malam itu, para malaikat dan Jibril turun dengan keizinan daripada Tuhan mereka untuk setiap urusan. Malam ini sejahtera hingga terbit fajar”.

Apakah tanda-tanda malam lailatul qadar?

Nabi S.A.W pernah menggambarkan beberapa tanda-tandanya, iaitu:

1. Udara dan suasana pagi yang tenang

Ibnu Abbas radliyallahu’anhu berkata: Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Lailatul qadar adalah malam tentram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, esok paginya sang suria terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan)

2. Cahaya mentari lemah, cerah tak bersinar kuat keesokannya

Dari Ubay bin Ka’ab radliyallahu’anhu, bahwasanya Rasulullah sollahu’alaihi wa sallam bersabda:

“Keesokan hari malam lailatul qadar matahari terbit hingga tinggi tanpa sinar terang” (HR Muslim)

3. Terkadang terbawa dalam mimpi

Seperti yang terkadang dialami oleh sebagian sahabat Nabi radliyallahu’anhum

4. Bulan nampak separuh bulatan

Abu Hurairah radliyallahu’anhu pernah berkata: Kami pernah berbincang tentang lailatul qadar di sisi Rasulullah solallahu’alaihi wa sallam, beliau berkata,

“Siapakah dari kalian yang masih ingat tatkala bulan muncul, yang berukuran separuh nampan.”(HR. Muslim)

5. Malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang

Sebagaimana sebuah hadit, dari Watsilah bin al-Asqo’ dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam:

“Lailatul qadar adalah malam yang terang, tidak panas, tidak dingin, tidak ada awan, tidak hujan, tidak ada angin kencang dan tidak ada yang dilempar pada malam itu dengan bintang (lemparan meteor bagi syaitan)” (HR. at-Thobroni dalam al-Mu’jam al-Kabir 22/59 dengan sanad hasan)

6. Orang yang beribadah pada malam tersebut merasakan lazatnya ibadah, ketenangan hati dan kenikmatan bermunajat kepada Rabb-nya tidak seperti malam-malam lainnya.

Perbezaan di antara pelancong dan pengembara.

Perbezaan di antara pelancong dan pengembara|Mungkin ada yang rasa konfius di antara pelancong dan pengembara. Ada yang merasakan diri mereka adalah pengembara tetapi adalah sebaliknya. Gambar di bawah menerangkan segala-galanya. Semoga dengan perkongsian ini, dapat menerangkan apakah perbezaan di antara pelancong dan pengembara.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

http://ceritaejoy.blogspot.com/

http://ceritaejoy.blogspot.com/

http://ceritaejoy.blogspot.com/

http://ceritaejoy.blogspot.com/

http://ceritaejoy.blogspot.com/

http://ceritaejoy.blogspot.com/

http://ceritaejoy.blogspot.com/

http://ceritaejoy.blogspot.com/

http://ceritaejoy.blogspot.com/

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Tips memilih beg yang sesuai untuk melancong.


Tips memilih beg yang sesuai untuk melancong|Aku bukanlah seorang yang kerap travel atau melancong tetapi aku berhadapan dengan perkara ini sewaktu di hantar bekerja di luar negara minggu lepas. Ianya benar-benar memberi aku pengalaman dan pengajaran yang baru untuk aku dan ingin juga aku kongsikan bersama rakan-rakan semua.

Baik. Apa yang sebenarnya berlaku kepada aku? Kenapa aku ingin kongsikan Tips memilih beg yang sesuai untuk melancong? Mari aku kongsikan pengalaman aku berhadapan dengan situasi ini.

Apabila kita memilih untuk travel atau melancong menggunakan kapal terbang. Kita pasti akan membawa beg semacam gambar di atas *kebanyakkan orang akan menggunakan beg ini*. Beg ini tidak boleh di bawa masuk ke dalam kapal terbang. Ia haruslah di tinggalkan sewaktu pendaftaran anda untuk memasuki zon berlepas.

Ini bermakna beg ini akan di masukkan ke ruang kargo *yeker ruang kargo? Hahaha*. Apabila selamat mendarat, anda perlu menunggu di ruang luggage collection untuk mengambil beg anda. Ya! Disinilah segala-galanya bermula. Diruang ini ada bermacam-macam beg, dan bukan 1 atau 2, tapi terlalu banyak beg.



Luggage collection at airport.

Apa yang terjadi kepada aku adalah, aku lupa yang mana satu beg aku! Argh! Semua sama sahaja. Dan aku mengambil masa yang terlalu lama untuk mengenal pasti yang mana satu beg aku. Arghh! Tension sungguh! Bila aku mengambil terlalu banyak masa, terpaksalah aku angkat satu demi satu beg untuk pastikan adakah itu beg aku atau bukan. Banyak jugaklah beg yang aku angkat. 

Disini aku belajar 1 perkara. Dan disini jugalah aku ingin kongsikan Tips memilih beg yang sesuai untuk melancong korang supaya korang tidak mengambil masa yang lama seperti aku ketika mengambil beg di ruangan luggage collection. *huhuhuhu*

Tips memilih beg yang sesuai untuk melancong.

1. Pilih warna yang lain seperti kebiasaan. Ramai orang suka memilih warna hitam atau biru gelap. Jadi anda mungkin boleh memilih warna merah, oren, kuning atau sebagainya. Disini akan memudahkan anda untuk mengenal pasti beg anda.

2. Ikat tali atau reben pada beg. Ini sudah pasti akan memudahkan anda untuk kenal pasti yang mana satu beg anda.

3. Tulis nama pada beg. Ini juga akan memudahkan anda ketika mengambil beg di luggage collection.

Ok. Itu sahaja yang aku fikirkan mampu dan akan memudahkan korang mengenal pasti beg korang dengan mudah. Dari jauh dah nampak beg korang. Ini juga akan "memendekkan" masa korang ketika berada di luggage collection. Dan yang paling penting, tak perlu nak angkat beg orang lain. Hahahaha.

Thursday, June 18, 2015

Pahala setiap malam tarawih

Pahala setiap malam tarawih|Solat tarawih hanya ada pada bulan ramadan. Ianya di tunggu-tunggu oleh seluruh mukminin dan mukminat. Ganjaran bagi mereka yang menunaikan solat tarawih adalah berbeza-beza pada setiap malam. Aku kongsikan di blog ceritaejoy, pahala setiap malam tarawih. Semoga ianya memberi manfaat pada semua. InsyaAllah.

1. Malam Pertama.

Seorang mukmin akan keluar bebas dari dosanya,seperti pada hari ia dilahirkan oleh ibunya.

2. Malam kedua.

Diampunilah dosanya dan dosa kedua orang tuanya jika mereka adalah orang mukmin

3. Malam ketiga

Berteriaklah malaikat dari bawah arasy "Allah telah mengampuni dosamu yang telah lalu".

4. Malam keempat.

 Diberi pahala seakan-akan membaca Taurat, Injil, Zabur dan Alquran

5. Malam kelima.

Diberi pahala seperti orang yang bersembahyang di masjidil haram,masjid Madinah dan masjid Al-Aqsa

6. Malam keenam.

Diberi pahala orang yang bertawaf di Baitullah dan memintakan ampun baginya segala batu dan pasir

7. Malam ketujuh

Ia seakan-akan telah mengalami masa Nabi Musa dan membelanya terhadap Firaun dan Haman

8. Malam kelapan.

Allah memberikan pahala seperti yang diberikan kepada Nabi Ibrahim as.

9. Malam kesembilan.

Seakan-akan ia telah beribadah kepada Allah seperti ibadahnya Nabi Muhammad SAW

10. Malam kesepuluh.

Dikurnia Allah kebaikan dunia akhirat

11. Malam kesebelas.

Ia keluar dari dunia bersih bebas dari dosa seperti ia dilahirkan oleh ibunya

12. Malam keduabelas.

Ia akan tiba dihari kiamat dengan wajah berseri-seri bercahaya seperti bulan purnama

13. Malam ketigabelas.

Akan tiba dihari kiamat terhindar dari keburukan

14. Malam keempatbelas.

Ia akan memperoleh kesaksian dari para malaikat bahwa ia telah melakukan sembahyang tarawih ,dan kerananya ia tidak menghadapi hisab

15. Malam kelimabelas.

Pada malaikat membacakan selawat untuk dia

16. Malam keenambelas.

Allah mencatat kebebasannya dari api neraka

17. Malam ketujuhbelas 

Diberi pahala nabi-nabi

18. Malam kelapanbelas. 

Ia dipanggil oleh malaikat "Hai hamba Allah,ketahuilah bahwa Allah telah meredhai engkau dan meredhai kedua orang tuamu"

19. Malam kesembilanbelas.

Allah mengangkat darjatnya dalam Syurga Firdaus

20. Malam keduapuluh

Diberinya pahala para syuhada dan orang-orang soleh

21. Malam keduapuluh satu

Allah membangunkan baginya sebuah rumah dari cahaya di syurga

22. Malam keduapuluh dua.

Tiba dihari kiamat terhindar dari segala rasa duka dan sesak hati

23. Malam keduapuluh tiga.

Dibangunkan oleh Allah sebuah kota di dalam syurga

24. Malam keduapuluh empat.

Dikabulkan oleh Allah dua puluh empat doa daripadanya

25. Malam keduapuluh lima.

Dibebaskan oleh Allah dari azab dalam kubur

26. Malam keduapuluh enam.

Diberinya pahala 40 tahun

27. Malam keduapuluh tujuh

Ia akan melalui Siratul Mustaqim secepat kilat

28. Malam keduapuluh lapan.

Akan diberinya seribu tingkat di Syurga

29. Malam Keduapuluh sembilan.

Diberi Allah pahala 1000 kali perjalanan haji yang makbul


30. Malam ketigapuluh

Berfirman Allah kepadanya "mandilah dengan air salsabil dan minumlah dari ir kautsar, Aku tuhanmu dan engkau hambaKu".

Wednesday, June 17, 2015

Perkara yang membatalkan puasa.

Perkara yang membatalkan puasa|Apakah perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa seseorang? Adakah ia secara sengaja atau tidak sengaja? Jom kita belajar sama-sama ya. Aku senaraikan 8 perkara yang boleh membatalkan puasa.

1. Makan dan minum dengan sengaja.

Saja-saja je dia nak makan atau minum. Jika ini berlaku, maka puasa mereka secara automatiknya batal. Bagaimana pula dengan keadaan tidak sengaja? Jika secara tidak sengaja, tidak batal puasa mereka. Jika tersedar, janganlah diteruskan makan atau minum itu. Dan jika masih ada lagi makanan di dalam mulut, keluarkanlah makanan itu dan bukannya ditelan terus. Ya.

2. Memasukkan dengan sengaja sesuatu benda ke dalam rongga yang terbuka.

Secara permahaman aku, memasukkan apa sahaja benda ke dalam rongga mulut, hidung, telinga. Jika ini berlaku, maka puasa mereka terbatal dengan sendirinya.

3. Muntah dengan sengaja.

Aii, ada ke yang muntah dengan sengaja? Ya. Ada. Ada di antara kalangan kita, yang memaksa diri mereka untuk muntah. Contoh situasi, jika perut mengalami ketidakselesaan, mereka akan cuba memuntahkan isi kandungan perut mereka. Aku pernah jumpa dengan manusia semacam ini ya. 

4. Keluar haid dan nifas.

Jadual pengeluarannya tidak sama setiap bulan. Jadi, jika dalam proses berpuasa, keluar haid dan nifas, maka puasa mereka akan terbatal dengan sendirinya.

5. Gila.

Tiba-tiba masuk bulan puasa je, jadi gila. Jika perkara ini terjadi,maka puasa mereka akan terbatal. Kalau yang buat-buat gila tu, ha. Sila jangan buat ya, kang kalau gila betul-betul, sendiri mau ingatlah ye.

6. Murtad.

Keluar daripada islam, maka puasa mereka terbatal. Dosa besar bagi mereka yang murtad ya. Jangan main-main dengan hukuman Allah di neraka kelak.

7. Keluar mani dengan sengaja.

Onani. Jika ini berlaku semasa mereka dalam keadaan berpuasa, maka puasa mereka akan terbatal. Onani juga adalah berdosa.

8. Bersetubuh (Siang hari)

Pasangan suami isteri. Jika mereka bersetubuh di siang hari, sewaktu puasa, maka puasa mereka juga akan terbatal dengan sendirinya. Hmm, kenapa tidak di malam hari?

Baiklah, inilah antara perkara-perkara yang membatalkan puasa seseorang itu. Diharap ianya dapat membantu anda. InsyaAllah. Amin.

Niat berpuasa ramadhan dan niat puasa sebulan.

Niat berpuasa ramadhan dan niat puasa sebulan.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Syarat wajib dan sah puasa.

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Syarat wajib dan sah puasa|Alhamdulilah, berjumpa lagi kita dengan bulan yang penuh dengan barakah dan bulan yang penuh dengan pahala yang berganda. Dan hari ini, adalah hari pertama puasa. Bila sebut je hari pertama, hampir kebanyakkan orang akan kelihatan mengantuk di awal pagi kerana bangun sahur. Al-maklumlah, mereka sebelum ini "jarang" bangun di awal pagi, cuma dalam bulan puasa ni, ada istimewa sedikit. :)

Baik. Bila sebut je puasa, apakah syarat wajib dan sah berpuasa? Atau tiada langsung syarat? Boleh sahaja puasa dengan apa sahaja keadaan. Sebenarnya ada. Di sini aku cuba kongsikan dalam blog ceritaejoy ini, apakah syarat-syarat itu. Jom belajar sama-sama ya.

Syarat wajib puasa:

1. Islam.

Yang pertama sekali mestilah beragama islam. Apa agama lain tidak boleh berpuasa ke? Boleh kalau mereka ingin turut sama berpuasa, cuma tidaklah wajib bagi mereka untuk berpuasa di bulan ramadan ini. Wajib bagi orang islam sahaja.

2. Baligh.

Akil baligh. Ya. Mestilah akil baligh. Bagi mereka yang tidak memahami apakah maksud akil baligh, bolehlah rujuk di sini : Akil baligh.

3. Berakal.

Apa maksud berakal? Ia bermaksud mereka yang mampu berfikir dengan baik. Macamana pula dengan orang gila? Mereka tidak mampu berfikir dengan baik. Ya! Tidak wajib bagi mereka untuk berpuasa.

4. Sihat.

Keadaan diri bagi seseorang yang ingin berpuasa adalah mestilah sihat tubuh badan. Jika dengan berpuasa mampu memudaratkan diri mereka, maka tidak wajiblah bagi mereka untuk berpuasa. Tetapi, jika tubuh badan mereka kembali sihat, maka bolehlah digantikan puasa mereka itu. Islamkan indah.

5. Tidak bermusafir.

Musafir ini bermaksud mereka yang melakukan perjalanan yang jauh. Jarak perjalanan itu pula disebut dalam pelbagai bentuk. Ini aku kurang pasti, anda boleh tanyakan dengan guru agama atau ustaz yang berdekatan dengan anda ya. Yang pasti, jika anda tidak bermusafir, anda wajib berpuasa ya.

6. Suci (haid &nifas)

Ini adalah untuk orang perempuan ya. Orang lelaki jangan ada yang sibuk nak mengata mereka ada perkara ini. Istimewanya orang perempuan adalah mereka akan mengalami perkara ini pada setiap bulan. Jadi, bila mereka mengalaminya, maka tidak wajib bagi mereka untuk berpuasa. Tetapi, mereka perlu juga mengantikan puasa mereka itu apabila mereka dalam keadaan yang bersih.

Ok, aku dah kongsikan apakah syarat wajib puasa, sekarang aku nak kongsikan pula apakah syarat sah berpuasa.

Syarat sah puasa:

1. Islam.

Jika ia beragama islam, maka sahlah puasa mereka, dan jika sebaliknya, maka tidak sah la puasa mereka itu.

2. Berakal & mumayyiz

Tidak sah puasa mereka yang hilang akal atau belum mumayyiz. Apakah maksud mumayyiz ini? Ia bermaksud kanak-kanak yang belum mampu membezakan antara yang kotor atau yang suci. Untuk lebih memahami apakah maksud mumayyiz ini, bolehlah rujuk disini : Maksud mumayyiz.

3. Suci.

Ini adalah untuk orang perempuan ya. Jika tubuh mereka suci daripada haid dan nifas, maka sahlah puasa mereka.

4. Pada hari yang sahnya puasa.

Ya, puasa mereka sah pada hari yang di bolehkan berpuasa. Perlu tahu ya, ada hari-hari yang tidak dibolehkan berpuasa.

Alhamdulilah. Inilah Syarat wajib dan sah puasa. Semoga penerangan ringkas aku ini, mampu membantu anda, untuk lebih memahami apakah syarat-syarat untuk berpuasa. Semoga ramadan kali ini, membawa seribu makna kepada anda. InsyaAllah. Amin.

Tuesday, June 16, 2015

Apa anda akan buat kalau..

jatuh di khalayak ramai

Apa anda akan buat kalau terjatuh di khalayak ramai? Hahaha. Mesti malu kan? Dan mesti juga, pelbagai perkara yang anda akan buat untuk "cover" balik malu terjatuh tu. Hehehehe. Kalau terjatuh depan rakan-rakan atau orang yang kita kenal, perasaan malu itu pasti sedikit je, tapi kalau terjatuh di hadapan ramai orang yang majoritinya kita tak kenal, sudah pasti perasaan malu itu adalah pada tahap maksimum.

Aku sendiri beberapa kali berhadapan dengan perkara semacam ini. Hahahaha. Malunya, Hanya Allah sahaja yang tahu. Kalau takat jatuh sahaja, takpalah jugakkan, ini siap dengan koyak bagai, wahahaha. Maksimum!

Apa yang aku buat? Jawapannya, buat tak tahu jelah. Sebab benda dah jadi kan, bukan leh undur masa pun, so buat tak tahu jelah. Hahahahha. Aku setkan minda aku, bukan aku seorang sahaja yang jatuh kat khalayak ramai, ramai lagi, artis pun ada, menteri pun ada. Mereka itu patut lebih malu. Hehehe.

Soalan aku, apa yang anda akan buat kalau terjatuh di khalayak ramai? Hehehe.

Sunday, June 14, 2015

Mari belajar bahasa jepun.

Mari belajar bahasa jepun|Bahasa jepun mudah dipelajari. Ini adalah kata rakan-rakan aku yang fasih di dalam menulis dan berbahasa jepun. Kata mereka, bahasa jepun adalah bahasa yang paling mudah dipelajari berbanding bahasa-bahasa lain di dunia. Hmm, betul ke? Aku cuma tahu basic sahaja. Pagi ni, aku terjumpa laman web yang berkongsikan sedikit bahasa jepun untuk pengetahuan kita. Mari belajar bahasa jepun.

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

bahasa jepun mudah

Wednesday, June 10, 2015

Rogol dalam perkahwinan?

Rogol dalam perkahwinan|Semalam aku terbaca 1 berita di sebuah blog. Apa yang menariknya berita ini berbanding berita lain adalah Rogol dalam perkahwinan. Hahahaha. Ha, itulah reaksi aku bila terbaca berita itu. Ada yer istilah rogol dalam perkahwinan? Bukankah halal sesuatu hubungan itu selepas pasangan lelaki dan perempuan sah menjadi suami isteri?

Aku sebenarnya kurang faham sebenarnya dengan istilah ini. Apakah hubungan kelamin itu dalam bentuk paksaan? Atau hubungan kelamin itu bukan seperti kebiasaan? Zaman sekarang, masyarakat malaysia lebih cenderung mengikut "gaya" negara luar apabila mahu melakukan hubungan kelamin. Dan apabila isteri tidak bersetuju, maka di situlah yang dimaksudkan rogol dalam perkahwinan. Ini pemikiran aku sahaja.

Ataupun suami isteri bertengkar, dan dalam masa yang sama, suami inginkan hubungan kelamin. Pasti akan ada paksaan di situ. Maka terjadilah hubungan kelamin yang tidak memberikan kepuasan kepada kedua-dua pihak. Boleh juga jadi macam tu kan?

Pada aku, sekadar pandangan aku, perlu ada keserasian di dalam suatu hubungan. Perlu benar-benar kenal pasangan anda. Sebabnya, sewaktu bercinta semuanya indah. Selepas perkahwinan, semua tembelang pecah. Jangan sembunyikan identiti diri anda. Tunjukkan pada pasangan. Biar mereka tahu. Bercinta tidak lama, hubungan suami isteri yang lama. Jadi tunjukkan semuanya.

Bila kita benar-benar kenal pasangan kita, perkara seperti ini pasti dapat dielakkan. Hubungan pasti berkekalan hingga ke akhir hayat. Kebahagian pasti ada. Dan yang paling utama, istilah rogol dalam perkahwinan juga tidak lagi kedengaran.

Kenapa yang kaya makin kaya.

Kenapa yang kaya makin kaya|Semalam merupakan "tarikh keramat" bagi pekerja di Syarikat tempat aku bekerja. Tarikh di mana pembayaran bonus dilakukan. Bonus tahun ini, boleh dikatakan yang paling besar berbanding tahun-tahun sebelumnya. Alhamdulilah rezeki. Baik, apa kaitannya dengan tajuk entri aku kali ini? 

Golongan sederhana terbahagi kepada 2. Yang pertama lebih cenderung ke arah "mengembangkan" dan yang keduanya lebih ke arah "mengurangkan". Aku nak fokus kepada mereka yang berada dalam kelompok yang kedua. Kenapa? Kerana, golongan inilah yang paling banyak di kawasan atau sekitar aku.

Apabila golongan ini mendapat sejumlah wang yang banyak, mereka lebih cenderung untuk menghabiskannya dalam masa yang paling singkat. Contoh singkat, bonus masuk pagi hari, kalau boleh, pada sebelah malamnya juga, mereka ingin gunakan wang itu. Ha, nampak tak perasaan kurang sabar disitu?

Kenapa boleh jadi macam tu? Mereka beranggapan, wang yang mereka terima adalah atas hasil penat lelah mereka bekerja, jadi wang itu haruslah digunakan sehabis mungkin. Itu yang berada di dalam fikiran mereka. Tapi ada sesuatu yang mereka lupa. Mereka lupa bahawa apabila wang tersebut habis dalam sekelip mata sahaja, mereka akan kembali berhempas pulas, berpenat lelah, menghabiskan masa di tempat kerja untuk tempoh yang lama, hanya untuk kembali mencari wang. Di sinilah rahsia kenapa yang kaya menjadi semakin kaya dan yang miskin menjadi semakin miskin.

Kalau kita lihat kelompok manusia yang berkembang. Apabila mereka mendapat sejumlah wang yang banyak, mereka lebih cenderung berfikir, apakah satu bentuk cara untuk membolehkan mereka memperolehi wang yang lebih banyak. Wang yang mereka ada, mereka laburkan, atau buat modal perniagaan,yang sudah pasti akan membolehkan mereka memperolehi lebih banyak wang.

Kenapa aku cakap kebanyakkan rakan-rakan aku lebih kepada kelompok mengurangkan? Sebabnya, apabila mereka memperolehi wang mereka, perkara pertama yang mereka lakukan adalah, memilih lokasi makan beramai-ramai. Duit tengah banyakkan, haruslah makan seperti orang-orang kaya. Dan yang keduanya, shopping beramai-ramai. Konvoi berkereta ke shopping mall mewah dan beli apa yang mereka tidak mampu beli dengan wang gaji bulanan mereka.

Dan apa yang jadi apabila mereka selesai melakukan semua perkara? Mereka akan kembali bekerja seperti biasa dan kembali melakukan "pinjaman kewangan" apabila hampir hujung bulan. Bukankah lebih baik wang yang mereka ada itu, menjadi simpanan tetap mereka? Disinilah rahsia kenapa yang kaya menjadi semakin kaya.

15 Gempa bumi terburuk dalam sejarah dunia (Bahagian 2)

15 Gempa bumi terburuk dalam sejarah dunia|Ini adalah sambungan daripada Bahagian pertama yang ada aku kongsikan dalam blog ceritaejoy ini. Jom lihat baki kepada 15 Gempa bumi terburuk dalam sejarah dunia (Bahagian 2).

8 : Tabriz, Iran


Tabriz, Iran

Gempa bumi ini berlaku berhampiran bandar Tabriz, Iran pada 26 April 1721, memusnahkan masjid yang terkenal dan sekolah yang menyebabkan kematian 8,000 kepada 250,000 orang. 

7 : Lisbon, Portugal


Lisbon, Portugal

Peristiwa ini berlaku pada 1 November 1755 di Portugal. Ahli seismologi hari ini menganggarkan gempa bumi Lisbon dalam lingkungan 8,5-9,0 pada skala magnitud ketika gempa bumi ini berlaku. Ia memusnahkan sama sekali Lisbon dan kawasan sekitarnya dengan jumlah kematian dianggarkan antara 10,000 dan 100,000 orang.

6: Yungay, Peru


Yungay, Peru

Ini adalah gempa bumi dasar laut yang menjejaskan rantau di Ancash dan La Libertad. Ia berlaku pada 31 Mei 1970 dan dicatatkan sebagai bencana terburuk yang melanda Peru, yang menjejaskan lebih daripada 3 juta orang. Ia mempunyai magnitud 7,9-8,0 pada skala Richter.

5: Sicily, Italy

Sicily, Italy

Pada 11 Januari 1693, satu gempa bumi kuat dengan magnitud 7.4 dan intensiti maksimum XI atau 'melampau' telah melanda bahagian Sicily, Calabria, dan Matta di selatan Itali. Dianggap paling kuat dalam sejarah Itali, ia memusnahkan sekurang-kurangnya 70 bandar dan menyebabkan 60,000 kematian. Ia juga diikuti dengan tsunami yang melanda Laut Ionia dan Selat Messina, menghapuskan dua pertiga daripada seluruh penduduk Catania.

4: Rudbar, Iran

Rudbar, Iran

Bencana yang berlaku pada 21 Jun, 1990 dan menyebabkan kerosakan meluas dalam jarak 100 kilometer jejari pusat yang berhampiran bandar Rashi, dan kira-kira 200 kilometer di barat laut Tehran. Ia memusnahkan 700 kampung di seluruh bandar-bandar Rudbar, Manjiil dan Lushan dan kos $ 200,000,000 ganti rugi, termasuk 40,000 kematian, 60,000 cedera dan 500,000 orang kehilangan tempat tinggal.

3:  Izmit, Turkey

Izmit, Turkey

Ini adalah satu gempa bumi berskala 7.9 pada skala Richter yang melanda utara Turki pada 17 Ogos 1990, yang berlangsung selama hanya 3.7 saat. Bandar Izmit telah rosak teruk dan mencatatkan kematian sebanyak 17,127 dan 43,959 cedera walaupun sumber-sumber lain mengatakan bahawa angka sebenar kematian mungkin lebih dekat kepada 45,000 dengan jumlah yang sama tercedera. Satu lagi laporan dari bulan September 1999 menunjukkan bahawa gempa bumi telah memusnahkan 170,000 rumah, 2000 bangunan runtuh manakala 4,000 bangunan lain rosak teruk, dan lebih daripada 300,000 orang kehilangan tempat tinggal.

2 : Nankaido, Japan

Nankaido, Japan

Gempa bumi 8.6 magnitud yang berlaku pada 20 September 1948, di luar pantai Nankia, Jepun mencetuskan tsunami yang besar, yang menelan kos kehidupan antara 26,000 dan 31,000 orang. Ia disebabkan gegaran teruk yang sampai ke Semenanjung Boso dan juga menyebabkan tsunami di Teluk Suruga.

1 : Nepal.

Nepal Earthquake

Gempa bumi berskala 7.8 magnitud melanda Nepal di kawasan antara ibu negara, Kathmandu, dan bandar Pokhara pada hari Sabtu April 25, 2015 dengan apa yang telah digambarkan sebagai satu kuasa yang menyamai 20 senjata termonuklear. Kemusnahan yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 5,000 orang manakala mencederakan lebih 10,000 dengan pihak berkuasa memberi amaran bahawa nombor mangsa boleh meningkat. Gempa bumi ini juga memusnahkan monumen utama seperti menara Dharahara, kuil dan tapak warisan dunia berhampiran Kathmandu.

Jadi inilah antara 15 Gempa bumi terburuk dalam sejarah dunia yang direkodkan setakat ini.

Gambar Belangkas