Showing posts with label ilmu. Show all posts
Showing posts with label ilmu. Show all posts

Monday, March 9, 2015

Kelebihan Seks Di Awal Pagi.

Hubungan Intim Suami Isteri.

Bila kita bercerita perihal seks ni, masyarakat melayu terutamanya akan memandang serong pada si pembicara. Ini kerana, perbincangan mengenai seks seperti sesuatu perbicangan secara tertutup dan bukannya secara terbuka. Mungkin atas alasan, ia boleh mempengaruhi pemikiran sesetengah orang dan akan mengakibatkan mereka terjerumus ke dalam kancah maksiat.

Ok, Sedar atau tidak, perkara seperti ini sememangnya sudah berleluasa dan menjadi semakin teruk sekarang ni. Ini kerana kekurangan ilmu mengenai hubungan ini. Di dalam islam, hubungan seks pada mereka yang tidak mempunyai ikatan yang sah adalah HARAM sama sekali. 

Ok, cukup mukadimah setakat itu, sekarang aku nak ceritakan pula, Apakah kelebihan seks di awal pagi bagi pasangan suami isteri.

Kelebihan Seks Di Awal Pagi. 


1. Pagi adalah permulaan hari, dan pada permulaan hari, pemikiran kita masih lagi "segar" tanpa masalah di sekeliling. Hubungan yang terhasil pastinya akan memberi kepuasan kepada pasangan.

2. Di awalan pagi, kita pastinya banyak tenaga dan sudah pastinya ianya akan terarah kepada penggunaan sepenuhnya tenaga itu.

3. Seks juga adalah salah satu cara menguruskan tekanan. Siapa yang tidak mahu memulakan hari mereka dengan cara yang lebih santai?

4. Memulakan hari yang lebih selari dengan mempunyai keseronokan antara satu sama lain dari segi fizikal dan emosi. Ia mengeluarkan oxytocin kimia yang memberi rasa kasih sayang diantara satu sama lain sepanjang hari.

5.  Anda memberitahu kepada pasangan anda bahawa dia adalah keutamaan, dan begitu juga kehidupan seks anda.

6. Seks adalah senaman. Ia adalah satu cara yang baik untuk bekerja di awal pagi. Ia juga sebagai "sarapan pagi" untuk anda!

7. Seks di awal pagi juga akan membantu anda merasa lebih bahagia dan sihat sepanjang hari.

Jadi bagaimana? Mulakan hari anda dengan kasih sayang di antara pasangan. Seks bukan sekadar kepuasan semata-mata, malah ia lebih dari itu. Hargai pasangan anda seadanya dan berikan mereka kasih sayang dalam setiap perkara.

Gigi Geraham Tumbuh.

Gigi Geraham Tumbuh Sakit.

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Owh, Kenapalah dia baru tumbuh sekarang. Gigi geraham bongsu. Gigi yang paling belakang sekali. Sakitnya, hui, berdenyut-denyut. Nak tidur pun tak lena.

Bila aku blogwalking cari perihal gigi geraham yang tumbuh pada usia macam aku ni, memang benar! Gigi geraham bongsu ni akan tumbuh dalam usia 18 hingga ke 30 tahun! Cantik la tu, aku pun nak masuk 30, betul-betul dia tumbuh. Hmm.

Sumber: www.systemicdentist.com
Sumber : www.systemicdentist.com

Kalau korang tengok dalam gambar kat atas ni, gigi geraham ni kat bahagian belakang sekali. Dan search lagi, kenapa sakit bila gigi ini tumbuh.

Dari apa yang aku baca dekat http://www.mmgazette.com/, ada 2 sebab utama kenapa dan mengapa gigi ni tak dapat tumbuh dengan sempurna.

1. Tak cukup ruang untuk gigi ni tumbuh. Tak cukup ruang?? Erks. Sebabnya adalah, seseorang tu memiliki rahang yang kecil. Rahang aku kecik ke? Hmm.

2. Di halang oleh gigi lain. Hmm, ini boleh menyebabkan kesakitan yang lebih lagi kut. Sebabnya, gigi yang tumbuh ni akan tetap tumbuh dan akan menolak gigi yang menghalang tu.

Sumber: www.hanoverdentalclinic.ca

Sumber :  www.hanoverdentalclinic.ca

Eh, jangan tak tahu yer, kalau boleh memudaratkan atau menyebabkan kesakitan yang amat sangat, gigi ni haruslah di cabut. Aku rasa, aku sakit sikit je nie. Hmm. Camana Dr nak cabut ek? Gigi dah la kat belakang sekali, mesti habis dia tekan rahang aku nanti. Arghh. Dr, saya ok je, tak sakit pun. Huhuhu.

Petua Sakit Gigi.

Dah dapat sedikit info mengenai sakit gigi geraham yang tumbuh ni, aku cepat-cepat search petua tradisional untuk ubati sakit gigi ni.

Info ni aku perolehi dari http://www.petuatradisional.com/.

Ada 13 petua untuk sakit gigi ni, tapi aku ambil yang boleh aku buat je. 

1. Ambil sedikit kapur sirih dan sapukan pada gigi yang sakit. Hmm, mula tu, rasa macam lain macam sikit kat dalam mulut aku, lepas tu, rasa ok sikit. Boleh la tidur juga.

2. Gigit 3 kuntum bunga cengkih dekat gigi yang sakit tu. Yang ini aku tak cuba lagi, insyaAllah, nanti aku nak cuba.

3. Bancuh 1 sudu kecil garam dengan air suam, bila garam dah larut, kumur air tu.

4. Hiris bawang putih dan letakkan kat gigi yang sakit tu.

Ha, ini antara petua-petua yang aku pilih dan aku akan cuba. Masa menaip ni pun, gigi aku dok berdenyut-denyut sakit. Di harapnya, gigi aku ni tumbuh dengan sempurnalah hendaknya. Amin.


Wednesday, March 4, 2015

Pentingkah SEO Kepada Blogger?

Terasa nak bercerita pasal SEO pulak harini. Sebabnya aku banyak terbaca tentang Blogger-blogger yang "berebut-rebut" nak naikkan SEO blog mereka. Pentingkah SEO Kepada Blogger? Jawapannya adalah pada blogger itu sendiri.

Baik. Kenapa jawapan aku semacam itu? Ini penerangannya ya tuan-tuan, puan-puan, makcik-makcik, pakcik-pakcik semua (dah macam iklan produk kecantikkan pulak) Hehehehe. Pentingkah SEO Kepada Blogger yang menjadikan blog mereka sebagai pendapatan sampingan? Ya! Sangat penting! Ini kerana, SEO akan membuatkan blog mereka berada pada tahap teratas dalam carian google. Taip apa pun, blog mereka keluar dulu. Dan kebanyakkan pembaca tidak akan buka terlalu banyak page. Jadi, tumpuan mereka sudah pastinya pada blog yang pertama mereka lihat.

Bila perkara seperti ini berlaku, ia juga akan menarik para pengiklan untuk mengiklankan produk mereka di dalam blog. Ini kerana, peratusan untuk produk mereka terjual adalah sangat tinggi. Sekali lagi soalan, Pentingkah SEO Kepada Blogger?

Bagaimana pula dengan mereka yang menjadikan blog mereka sebagai ruangan untuk mereka bercerita perihal peribadi sahaja? Pentingkah SEO Kepada Blogger ini?

Jawapannya, terpulang kepada individu ini. Ada yang mementingkan SEO dan juga yang tidak. Ada juga blogger yang tidak menjadikan blog mereka sebagai pendapatan sampingan tetapi mahukan blog mereka menjadi terkenal. Ada juga yang semacam ini. Blog-blog mereka sering menjadikan rujukan pembaca dan akhirnya menjadikan mereka terkenal. Jadi Pentingkah SEO Kepada Blogger?

 Satu persoalan dengan pelbagai jawapan. Bagaimana pula dengan anda? Pentingkah SEO Kepada Blogger?


Jangan Berjanji Dengan Anak Kalau..

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera.

Hmm, Entry ni aku tujukan khas buat diri aku. Jangan berjanji dengan anak jika tak mampu nak tunaikan. Kadang-kadang, ibubapa "terpaksa" berjanji dengan anak sebagai cara untuk mengambil hati atau mengalihkan perhatian anak-anak daripada sesuatu. Sebagai contoh, jika anak meragam inginkan sesuatu, dan mula menjerit-jerit, ada sesetengah ibubapa yang berjanji akan memberi sesuatu jika anak mereka mendengar arahan mereka.

Ini sebenarnya adalah sesuatu janji "tidak sah" kepada anak-anak. Itu adalah pada pandangan ibubapa. Tetapi tidak pada anak! Mereka menyimpan perkara ini beserta harapan yang sangat besar. Dalam erti kata lainnya, ianya mestilah di tepati.

Percaya atau tidak, biarlah berapa lama pun masa yang di ambil, mereka tetap juga memegang janji ibubapa akan perkara yang telah dijanjikan?

Semacam kes yang berlaku kepada aku. Aku berjanji dengan anak aku yang baru berusia 2 tahun untuk membawanya ke taman permainan. Lama sebenarnya janji aku tu. Bukan niat aku nak bohong dia. Ada aku bawakan juga, tetapi, bila sampai ke tempat permainan tu, pasti akan ada masalah.

Antara masalahnya adalah, orang terlalu ramai. Keadaan taman permainan yang kecil dengan orang yang terlalu ramai adalah sesuatu keadaan yang tidak sesuai dengan anak aku. Ada pula tu, taman permainan tu dipenuhi oleh remaja. Dok melepak kat situ. Itu juga tidak sesuai dengan pembesaran anak aku. Faktor masa juga berkait rapat dengan masalah aku ni.

Jadi, bila dah terlalu lama, anak-anak akan menganggap ibubapa sebagai penipu. Dan ini akan mewujudkan satu sikap tidak percaya lagi di dalam diri anak-anak. Dan dalam masa yang sama, mendidik anak-anak menjadi penipu juga.

Ibubapa adalah cermin kepada anak-anak. Dalam proses pembesaran mereka, segala peribadi ibubapa adalah contoh terbaik buat mereka. Adakah anda mahu anak-anak anda menjadi penipu? Jika tidak mahu, berikan yang terbaik buat mereka. Dan jangan sesekali berjanji dengan anak jika tak mampu anda tunaikan.

Selalu ingat, mereka adalah harta terbesar yang kita ada. Mereka adalah cahaya kehidupan kita. Biarkan mereka bercahaya dengan terang melalui sikap mereka yang baik dan bukannya malap dengan sikap mereka yang teruk.

Kelebihan Simpanan Emas.

Ok. Petang-petang camni, aku nak kongsikan sedikit tentang kelebihan simpanan emas berbanding dengan simpanan wang kertas.

Aku ambil contoh, simpanan untuk melancong atau pergi umrah atau pergi haji.

Katakan anda membuat perancangan bercuti bersama keluarga pada tahun hadapan. Dan anda mula menyimpan sejumlah wang untuk tujuan tersebut. "Nilainya" tetap sama bila sampai masanya anda bercuti bersama keluarga. Percaya atau tidak?

Berbanding jika anda menyimpan emas. Katakan anda memiliki sejumlah wang yang cukup untuk membeli 5 keping dinar yang berharga RM700 ( Ini hanyalah contoh pengiraan sahaja). Anda simpan pada tahun ini. Dan anda masih lagi berusaha untuk menambah simpanan anda. Sama juga halnya jika anda membuat simpanan wang tadi. Dan bila tiba masanya anda ingin bercuti bersama keluarga anda, anda pasti terperanjat dengan nilai simpanan anda. Kerana ianya sudah bertambah. Percaya atau tidak?

Kenapa perkara seperti ini berlaku?

Ini disebabkan oleh kenaikan harga emas pada setiap tahun. Buktinya?

Nilai wang kertas tidak pernah berubah sejak ianya diperkenalkan. Harga emas pula berbeza pada 10tahun yang lepas.

Jadi, yang manakah punya kelebihan di dalam simpanan anda?

Emas atau wang kertas?

Tuesday, March 3, 2015

Tutorial Masukkan Description Dalam Blog.

Harini aku terasa nak buat tutorial pulak. Sebenarnya, tutorial yang simple je pun. Hehehe. Ok, untuk setiap blog, perlulah ada description. Ia semacam penerangan ringkas untuk blog kita. Ok, berhenti bercakap dan mula belajar. Hehehehe.

Mula-mula, click pada template dan click pada edit HTML, seperti contoh di bawah ye tuan-tuan dan puan-puan semua..:)

description dalam blog

Setelah itu ye, gunakan fungsi find (ctrl+f)* dan cari code ini:  

<b:include data='blog' name='all-head-content'/>

*Bagi yang tak tahu macamana nak buat. Tengok pada keyboard anda, ctrl ni ada pada bahagian kiri dan kanan, di bahagian bawah sekali. Ha, nampak tak ctrl tu? Tekan ctrl tu (jangan lepas) kemudian tekan f.

Kemudian pastekan code di bawah ini pada bahagian bawah code yang anda jumpa tadi:

<b:if cond='data:blog.pageType == &quot;item&quot;'><br/> <title><data:blog.pageName/> | <data:blog.title/></title><br/> <b:else/><title><data:blog.pageTitle/></title><br/> </b:if>
<meta content='description blog anda ' name='description'/>

Sila masukkan penerangan tentang blog anda pada bahagian berwarna merah tu yer. Bila dah siap, tekan save template.

Tadaa. Dah siap. Hehehhe.

Lupa nak kasitau, sebelum nak ubah apa-apa coding dalam html ni, sila save dulu template lama yer.

Sekian terima kasih.

Monday, March 2, 2015

Apa Yang Anak-Anak Perlukan?

Assalamualaikum Dan salam sejahtera.

perhatian anak

Sumber : Google

Entry soalan pada hari ni. Apa yang anak-anak perlukan sebenarnya di dalam kehidupan mereka? Aku semacam terpanggil bila seorang rakan aku di FB, post satu gambar, tentang seorang kanak-kanak yang meluahkan perasaannya di dalam sekeping kertas.

Bila aku baca luahan kanak-kanak tu, baru aku lebih sedar, yang anak-anak ini sebenarnya, bukan mahukan wang yang melimpah ruah, mainan yang sarat, ataupun segala macam lagi, mereka sebenarnya hanya mahukan "PERHATIAN" daripada ibubapa mereka. Sesuatu yang lebih bernilai kepada mereka.

Zaman sekarang ni, ramai ibubapa yang bekerja. Jadi, masa dengan anak-anak sangat kurang. Kebanyakkan masa anak-anak adalah dengan pengasuh. Anak-anak hanya dapat jumpa ibubapa mereka pada waktu petang dan malam.

Jika semasa waktu kerja, ibubapa terbeban dengan kerja yang banyak, pasti pada waktu malamnya, akan keletihan. Dan ini akan mengurangkan " masa berkualiti" dengan anak-anak.Dan anak-anak membesar dengan kurang perhatian daripada ibubapa.

Bagaimana pula dengan anak-anak yang tidak punya ibubapa? Apa pula perasaan mereka? Bagaimana pula dengan perasaan anak-anak yang keluarga mereka mengalami keretakan? :(

Kalau kita selidik dan fahami, mereka akan lebih bercerita tentang perhatian yang mereka tidak dapat daripada ibu atau bapa mereka. Kasih sayang daripada ibu dan bapa mereka. Ini lebih bernilai daripada wang ringgit!

Tetapi berapa ramai ibubapa yang tahu dan faham akan perkara ini? Pasti ada bukan, ibubapa yang tidak memandang berat akan perkara ni?

Berilah perhatian kepada anak-anak anda. Mereka adalah anugerah yang tidak terhingga kepada setiap keluarga. Mereka hanya perlukan kasih sayang daripada para ibubapa. Itu yang lebih berharga.

Sunday, March 1, 2015

Menguap Boleh Membatalkan Solat!

Menguap boleh menyebabkan solat kita tidak sah! Bagaimana??      

Membaca rukun qouli dalam keadaan menguap.

Contohnya : Ketika sedang membaca Fatihah, kita menguap. Bacaan tetap diteruskan walaupun dalam keadaan menguap!

MAKA SOLAT TERSEBUT TIDAK SAH! Kerana makhraj2 dan sifat huruf dalam Surah Fatihah sudah hilang.

HENDAKLAH ketika menguap, berhenti dulu bacaan, tutup mulut dengan belakang tapak tangan kiri (sunat) dan meneruskan bacaan.

Benda remeh namun tidak dititik beratkan boleh membawa impak yg besar dalam solat kita.

Semoga bermanfaat.

Tuesday, February 24, 2015

7 Tips Mudah Jadi Jutawan Berjaya. Baca Tips #6!

Tips #1: Lihat apakah yang terbaik pada diri.

Jangan simpan kebaikan dan kelebihan kita hanya untuk majlis-majlis khas.

Perkara pertama yang perlu kita lihat pada setiap awal pagi adalah merasakan diri kita bernilai jutaan ringgit.

Apa sahaja yang kita buat, seperti memberus gigi, memakai pakaian, memberus, bercukur, apa sahaja!

Ambil sedikit rasa bangga pada penampilan kita dan ambil masa untuk melihat yang terbaik. Ini bermakna kita perlu bangun lebih awal setiap pagi untuk ini!

Ia akan memberikan perbezaan yang besar bila kita bermula dengannya!

Tips #2 : Bekerja dengan badan.

Secara ringkasnya, kita perlu bersenam 3-4 kali seminggu.

Ini akan memberikan:

·     -Rasa yang lebih baik
·     -Penampilan yang lebih baik.
·     -Tidur yang lebih baik.

Tidak perlu masa yang lama berada di gym. Pertaruhan yang baik adalah buat dengan kerap dalam sesi yang pendek.

Jadikan ia semudah mungkin. Bersukan selama seminggu dan dalam masa yang panjang boleh mendatangkan masalah!

2. Menjadi kreatif.

Jika kita melakukan perkara yang sama setiap hari dan sepanjang masa. Ia amat membosankan! Jadi, jadikan ianya berbeza!

Tips #3 : Bina gaya hidup yang kita ingin dan sukakan.

Untuk membina gaya hidup yang kita sukakan adalah dengan selalu berkata YA!

Secara ringkasnya: katakan lebih YA!

Bila kita sentiasa berkata YA, kehidupan kita akan mula berubah. Mula katakan YA sebanyak mungkin dan lihat perubahannya.

Tips #4 : Amalkan perancangan 5 minit.

Jika keyakinan adalah kawalan, kita mesti tahu kemana kita pergi setiap hari. Terlalu ramai daripada kita yang tidak tahu. Kita bangun dan habiskan separuh pertama pagi untuk memikirkan apa yang ingin kita lakukan.

Apa yang perlu kita lakukan adalah, mengetahui apa tujuan kita sebaik sahaja bangun dari tidur.

Jadi, sebelum tidur malam, buat perancangan 5 minit. Ini adalah jadual kasar, apakah rancangan kita untuk keesokkan hari.

Ia seperti menulis apakah 5 keutamaan yang paling besar untuk hari esok.

Dengan cara ini, kita boleh memastikan perkara-perkara penting dapat kita lakukan setiap hari.

Tips #5 : Dapatkan sekarang.

Kita tidak bekerja untuk berseronok selama 5 tahun. Jika kita tidak bermula sekarang, maka pasti kita tidak akan dapat.

Tips #6 : Perkara teruk yang pertama.

80% daripada tekanan kita datang daripada 20% perkara-perkara di dalam senarai tugasan kita.

Apakah 20% kita sekarang?

Ramai di antara kita yang mengisi perkara-perkara yang tidak penting dan kemudiannya memberitahu yang diri kita sentiasa sibuk.

Sibuk tidak sama dengan produktif!

Mula kenal pasti apakah yang penting kepada kita dan mula mengendalikannya.

Tips #7 : Perlu berhubung rapat dengan orang yang rapat dengan kita.

Jika mereka berada jauh dari kita, mulakan panggilan telefon kepada mereka untuk membantu kita untuk sentiasa rapat dengan mereka.

Apabila kita merasa baik tentang hubungan dengan orang lain, kita akan rasa disayangi dan dihargai.


Pastikan kita sentiasa berhubungan. 

Monday, February 23, 2015

Jadi Blogger Untuk Apa?

Tengahari macam ni, aku tertanya-tanya kat diri aku. Buat apa jadi blogger eh? Untuk apa? Sekadar suka-suka atau ada yang ingin aku capai bila aku ingin bergelar seorang blogger yang berjaya. Apa jawapan aku kepada soalan jadi blogger untuk apa?

Bila tengok blogger yang punya nama besar dan sudah tentu mereka dah berjaya, blog mereka menjadi semacam tempat rujukan kepada semua orang. Blog mereka membawa kebaikan kepada semua orang.

Apa yang aku jumpa adalah, kena tengok pada niat diri masing-masing. Jadi blogger untuk apa? Kalau jadi blogger sebab nak dapat pendapatan sampingan, sudah pasti akan dapat pendapatan sahaja. Jadi perlu yang bagaimana?

Aku fikir, untuk menjadi seorang blogger yang berjaya dan hebat, perlulah membawa kebaikan kepada semua orang. Perlu jadi semacam cikgu kepada semua orang. Bila perkara ini berlaku, sudah pasti "wang" akan datang dengan sendirinya. Tul tak? Ke aku salah?

Kalau kita kejar wang je, ada 2 potensi. Samada kita benar-benar dapat wang atau langsung tak dapat. Tapi kalau kita kejar ilmu, wang itu dengan sendirinya akan datang kepada kita. Ini yang orang dok cakap, magnet wang tu.

Kena tanya balik dekat diri. Jadi blogger untuk apa? kena betulkan balik niat kita. Baru boleh jadi macam blogger-blogger terhebat malaysia dan dunia. Kan? :)

Kuasa Minda Bawah Sedar.

Rasanya dah ramai yang bercerita dan biasa dengar dengan minda bawah sedar ni. Dan hampir kebanyakkan jutawan berjaya dengan kuasa minda bawah sedar mereka. Persoalannya sekarang, bagaimana kita nak aktifkan dan mula berfikir mengunakan minda bawah sedar kita ni.


Conscious mind = Minda Sedar
Subconscious = Minda Bawah Sedar

Jelas dan terangkan gambar kat atas ni? Hampir kebanyakkan manusia mengunakan minda sedar. Dan hampir kesemua manusia hebat yang berjaya mengunakan minda bawah sedar mereka. Ini rahsia kejayaan mereka. Inilah kuasa minda bawah sedar.

Kita ambil contoh seorang petani:

Minda sedar seorang petani adalah apa yang mereka perlu tanam.

Minda bawah sedar petani pula adalah bidang petani.

Jika petani tanam benih jagung, maka jagunglah yang akan tumbuh. Sama juga kalau tanam benih tembikai, tembikailah yang tumbuh

Sangat kurang bijak kalau petani tanam benih jagung dan mengharapkan buah tembikai yang tumbuh. Tetapi, inilah yang paling banyak berlaku dalam kehidupan ramai orang hari ni.

Jika minda kita menumpukan perhatian kepada masalah ataupun perkara negatif, maka kita akan beroleh kegagalan.

Kita membuat keputusan benih apakah yang ingin kita tanam daripada apa yang kita fikir. Ramai orang telah cuai dengan apa yang mereka tanam selama ni. Dan kini ladang mereka hanya penuh dengan lalang. Ia akan mengambil masa untuk bersihkannya semula.

Minda bawah sedar akan menggunakan kuasa semula jadi untuk menghasilkan keputusan. Belajar bagaimana untuk memberi arahan yang akan menghasilkan apa yang kita mahu.

Mulakan dengan bertanya beberapa soalan kritikal. Mula berfikir dengan lebih berkesan. Gunakan soalan berikut untuk mendapatkan jawapannya.

·       Bagaimanakah kehidupan kita dari gaji ke gaji?

·       Apa yang kita rasa tentang pekerjaan sekarang?

·       Apa yang menghalang kita dari memperbaiki kehidupan kita sekarang?

·       Apa yang kita rasa apabila orang sekeliling kita menentang usaha kita untuk memperbaiki diri?

·       Cuba kita fikir, apakah yang difikirkan para jutawan tentang diri mereka? Bolehkah kita berfikir seperti mereka juga?



Sunday, February 22, 2015

Peribadi Mereka Yang Lahir Pada Bulan May.

Waktu aku jalan-jalan kat Blog Mellyareenza,  Aku terbaca entry beliau yang bercerita tentang peribadi orang yang lahir pada bulan-bulan tertentu. Gadis manis ini lahirnya pada bulan April. Lepas baca je, aku pun cam terasa nak check jugak. So, aku pun terbang ke blog Ainiezulaikha,  Hehehe.

Jadi, Inilah coretan peribadi mereka yang lahir pada bulan May. :)

Mei:

"Kekerasan hati & degil, kuat semangat & bermotivasi tinggi, pemikiran yg tajam Mudah marah apabila tidak dikawal. Pandai menarik hati org lain & menarik perhatian. Perasaan yg amat mendalam.Cantik dr segi mental & fizikal.Tidak perlu dimotivasikan. Tetap pendirian tetapi mudah dipengaruhi oleh org lain dan mudah dipujuk. Bersikap sistematik (otak kiri).Suka berangan. Kuat daya firasat memahami apa yg terlintas di hati org lain tanpa diberitahu. Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit.Daya khayalan yg tinggi.Permikiran yg tajam.Pandai berdebat.Fizikal yg baik.Kelemahan sistem pernafasan. Suka sastera,seni& muzik serta melancong. Tidak berapa suka duduk dirumah.Tidak boleh duduk diam. Tidak punya ramai anak.Rajin dan bersemangat tinggi.Agak boros."

Hehehe. Betul Ke? Ada yang betul nya juga. Kalau korang nak check peribadi korang, silalah ke blog Ainizulaikha yer. :)

Wednesday, February 11, 2015

Susut Nilai Matawang Punca Kenaikan Harga Barang.

Aku terasa nak bercerita dan memberikan pendapat aku mengenai perkara ni pulak. Aku bukan pakai ekonomi. Bukan juga orang bijak pandai. Aku hanya manusia biasa yang berimpian menjadi luar biasa. Betul ker susut nilai matawang punca kenaikan harga barang?

Kalau lama dulu, nilai RM50 cukup besar. Hinggakan cukup untuk beli barang dapur. Cuba harini, bawak nilai tu, pergi pasar dan beli. Tengok apa yang dapat. Rata-rata peniaga akan cakap kos semasa yang menyebabkan kenaikan harga barang.

Ambil contoh nasi lemak pulak. Dulu siap ada yang 50sen. Pun kenyang makan. Cuba sekarang cari kalau ada. Kalau ada pun, mungkin bukan kat semua kawasan. Yang harga RM1 pun kadang-kadang kena beli 2 bungkus baru kenyang makan. Tul tak?

Tapi korang perasan tak, yang kandungan nasi lemak tu sama je. Yang beza cuma harga dan kuantiti. Dulu nasi lemak 50sen, ada nasi+telur+sambal+ikan bilis+timun. Sekarang, harga RM1, benda yang sama jugak ada dalam nasi tu. Silap-silap kurang! Harga lagi mahal, tapi apa jer yang ada dalam nasi tu.

Ini yang dikatakan nilai matawang yang semakin susut. Kalau dalam kata mudah. RM1 tu, nilainya sama dengan RM0.50. Ha, macam tu. Nilai pada kertas tak sama dengan nilai pengunaannya.

Ini yang paling dirisaukan banyak negara. Bila nilai matawang mereka semakin rendah. Dan kita sebagai penguna akan hilang kuasa membeli. Jangan tak percaya, bila sampai tahap matawang ini menjadi sangat rendah, harga nasi lemak yang dulunya 50sen, dan sekarang bernilai RM1 akan menjadi lebih mahal. Macam RM10 untuk sebungkus nasi lemak! Nampak macam mahal kan? Sebenarnya tidak!

Kenapa? Sebab susut nilai matawang ni la. Jangan tak percaya, ada negara yang sudah mengalami perkara seperti ini sekarang! Bukan masa mendatang yer. Nak beli roti, kena bawak berbundle duit kertas.

Takda siapa pun yang mampu melawan kejatuhan nilai matawang ni. Inilah kelemahan wang kertas. Susut nilai pasti terjadi. Dan ianya sebenarnya sudah pun berlaku dalam negara kita ni. Kita mungkin tak rasa sangat. Tapi generasi yang mendatang ni. Dulu, pergi sekolah, mak kasi berapa? Kalau aku, mak aku bagi 50sen je. Cuba sekarang, kasi anak-anak kita 50sen pergi sekolah. Tengok apa yang diarang nak cakap.

Bila harga barang sekarang makin mengila, semua orang pun termasuk aku akan marah. Yelah, harga mahal tapi dapat sikit jer. Hakikatnya, matawang kita yang semakin rendah. Jadi, apa penyelesaiannya?

Dalam pemikiran aku sebagai rakyat biasa. Yang tidak mempunyai pendidikan tinggi, aku fikir jika nilai wang kertas itu rendah. Hapuskan sahaja penggunaannya.

Kalau wang kertas melebihi produk, apa akan jadi? Jika produk banyak, tetapi wang kertas sedikit, apa akan jadi?

Wednesday, December 1, 2010

ilmu

Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1964.
Dari Urwah r.a. katanya: Abdullah bin Umar naik haji bersama dengan kami, dan kami dengar dia berkata: Saya mendengar Nabi saw. bersabda: "Sesungguhnya Allah tidak akan mengambil (menghilangkan) ilmu sekaligus sesudah diberikanNya, melainkan mengambil itu dengan mengambil (mewafatkan) ahli ilmu (Ulama) bersama ilmunya. Maka tinggallah orang-orang bodoh. Mereka diminta fatwanya, lalu mereka berfatwa menurut kemahuan sendiri. Sebab itu, mereka menyesatkan dan sesat."

http://sigir.uitm.edu.my/webhadis/

Gambar Belangkas