Showing posts with label birthday. Show all posts
Showing posts with label birthday. Show all posts

Thursday, October 10, 2013

Hana' 11 tahun

29th September 2013

Hana, anak ke-8 dan bongsu ku, sudah genap 11 tahun pada 29hb September yang lalu, tetapi baru kini ku berkesempatan hendak menulis di blog ini mengenainya. 
Super duper busy ibunda ini!!! bukan sahaja weekdays, tetapi weekends juga..ada sahaja agenda yang hendak dan perlu dilakukan..Ummi minta maaf Hana' sayang ... (Dia dah tanya banyak kali, bila Ummi nak update pasal birthday dia di blog Ummi...hehe)

Birthday Hana jatuh pada hari Ahad, mmg plan nak ajak Hana celebrate kat luar..dan juga hendak melawat anak ke-6 ku, Mu'adz yang akan menjalani peperiksaan PMR nya, di asrama di Jeram., tapi nak dijadikan cerita, Atok dan Wan Hana' (iaitu ayahanda dan bonda ku) , minta tolong saya hantar mereka balik kampung minggu itu juga... Wan dah lama duduk di rumah MakLong, jadi dah tak sabar2 nak balik kampung...
Jadi saya terpaksa beralah...lagipun kenalah utamakan ibu bapa kan... akhirnya saya balik kampung ditemani Wafa (anak k-5) dan Anas (anak ke-4).  Abi tak dapat balik kerana kerja pada hari Sabtu dan melawat Mu'adz pada hari Ahad...
Birthday girl, si Hana pula, sebenarnya sejak balik sekolah hari Jumaat, telah bermalam di rumah bff (best friend forever) dia di Bukit Jelutong...so, bila di tanya, dia tak mahuikut balik kampung...akhirnya ambil package 3 hari 2 malam (ahaks...) terus tidur di rumah bff dia...
so, bonda bff dia rajin tolong buatkan kek dan celebrate birthday di sana ... advance terus ...

Hana' dan bff, Aisyah dan adik2 Aisyah

Thursday, April 25, 2013

April 7th

Happy Birthday Kak Long !

Mesyuarat Meja Bulat Bulanan.

Entri ni sepatutnya dah lama post, tapi dek kesibukan yang melampau, baru sekarang dapat post. Maafkan ummi Kak Long ...
7hb April .. adalah harijadi Kak Long ... ummi pun sibuk, tak sempat nak masak special, maka kami decided nak pergi makan di Chinese Muslim Restoran ADAM LAI, di Seksyen 15, Shah Alam. Masuk kali ini sudah beberapa kali juga kami pergi makan disitu... boleh tahan sedap makanannya.

Kami sampai agak awal. Sementara menunggu makanan siap, kami adakan mesyuarat meja bulat bulanan keluarga, atau lebih senang dipanggil USRAH keluarga. Pelbagai perkara dibincangkan ...Alhamdulillah, sekurang-kurangnya kami dapat meluahkan perasaan masing-masing semasa mesyuarat ini... jika ada rasa tidak puas hati, boleh disuarakan, tetapi dengan semangat yang harmoni...Semasa USRAH ini jugalah kami dapat bertemu muka dan berbual-bual sesama sendiri.  Walaupun duduk serumah, tetapi  masing-masing dengan hal masing-masing, sibuk kerja dan belajar sehingga kadang-kala sudah hendak berbual dgn anak-anak ini... oleh itu, USRAH ini adalah medan untuk kami bertemu sekeluarga.

Sebagai ketua keluarga, suami bertanggungjawab membimbing isteri dan anak-anak menuju redha Allah dan mengamalkan cara hidup Islam yang sebenar.  Dengan ilmu yang ada, sesi usrah keluarga adalah salah satu medium bagaimana mendidik keluarga ke arah matlamat yang ingin dicapai.

Antara agenda yang dicadangkan untuk dijalankan dalam sesi usrah keluarga ialah:


1. Memulakan dengan bacaan Al-Fatihah, doa dan tajdid niat.
2. Bacaan petikan ayat Al-Quran beserta terjemahan. (seorang baca 1/2 muka surat Al-Quran).
3. Tazkirah ringkas yang disampaikan oleh suami.
4. Muhasabah amalan seharian.
5. Perbincangan tentang cara meningkatkan kualiti akhlak, prestasi ahli keluarga dalam memainkan peranan masing-masing.
6. Mengambil pengajaran daripada kisah tokoh-tokoh Islam yang hebat, sama ada lelaki atau perempuan di kalangan para nabi, para sahabat, para tabiin dan lain-lain.
7. Berkongsi apa-apa pengalaman hidup yang dilalui yang menceritakan hakikat kehidupan.
8. Membaca sebuah hadis beserta penerangan dan pengajaran.
9. Diakhiri dengan bersalaman, saling bermaafan dan jamuan makan.

Agenda yang dicadangkan seperti di atas tidaklah perlu dijalankan kesemuanya dalam satu sesi usrah keluarga. Ia boleh dijalankan berasingan mengikut minggu. Sebenarnya banyak lagi acara yang boleh dijalankan mengikut kesesuaian ahli keluarga.

 Makanan sudah sampai ..Alhamdulillah sudah boleh makan
Alhamdulillah, Syukur ke Hadrat ALlah di atas rezeki MU Allah ..Syukur Alhamdulillah kerana telah meminjamkan umur setahun lagi buat anakku ...semoga hayat yang diberikan akan digunakan sebaik-baiknya di jalanMU Ya Allah ..Ameen.

Sunday, November 18, 2012

19.11.12

19.11.88  - 19.11.2012 = 24 tahun

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE 24

kepada  anak bujang saya, 

ZAID BIN MOHD HASLAN


Sunday, August 26, 2012

birthday ayah mertua


assalammualaikum..

kemarin 26.08.2012 ialah birthday ayah mertua.
kek diadun dan dibakar oleh mak sedara, menantu tak sempat nak bakar kek, 
sebab dah nak pindah,
so barang-barang dah dihabiskan..

~hehehe~








Thursday, July 5, 2012

An Object Approach in B'Day

Open my email this afternoon ... and got this email from my PhD student, Zuhri. 
Very creative and thoughful ..! Thanks Zuhri ..!
(for those who do not understand computer language program ...just read and use your logic ..  hehe)


import java.Supervisor;  
public class Supervisee extends PhD{
               
                public static void main(String[] args)
                {
                                PhDStudent Zuhri = new PhDStudent();
                               
                                if(YOUR_SUPERVISOR'S B'DAY == true) {
                                                Zuhri.Wishes("Happy Birthday! Hope you had a lovely        year and all the very best for the coming ones");
                                                Zuhri.Resumes.Paper.Reading();
                                                Zuhri.Resumes.ContinuesWork();  
                    
                                }
                                else {
                                                Zuhri.Resumes.Paper.Reading();
                                                Zuhri.Resumes.ContinuesWork();
                                }
                }

}

Wednesday, June 1, 2011

Setahun lagi........

Alhamdulillah...setahun lagi umur meningkat ...bermakna setahun juga umur ku semakin pendek menghampiri destinasi terakhir dalam kehidupan ku...semoga hari-hari yang mendatang akan mendekatkan lagi diri ini kepadaNYA 
...Amin.

Thursday, May 19, 2011

20 Mei 2011 - Selamat Hari Ulangtahun Kelahiran ke-12 ZUBAIR

ALhamdulillah..hari ini 20 Mei merupakan 
Hari Ulangtahun Kelahiran ke 12 buat anak ke-7 saya ...
ZUBAIR 

 Ya..ini lah anak saya yang mengalami kemalangan tempohari ...(saya ada buat n3 mengenainya di sini) ALhmdulillah selepas kemalangan tersebut, Zubair telah sembuh dan kembali ke sekolah seperti biasa... tahun ini Zubair berada dalam tahun 6 di Sek Rendah Islam Hira', Klang.
Masihlagi menjadi IMAM Muda di sekolah beliau...

Zubair, ummi doakan agar Zubair akan terus menjadi anak yang soleh dan sentiasa beriman dan beramal soleh..semoga Zubair sentiasa dilimpahi Rahmat dan Hidayah dari Allah SWT..di murahkan rezeki, berjaya dalam pelajaran dan kehidupan  dan Zubair sentiasa tergolong dalam golongan orang-orang yang berada di landasan yang betul. 
Juga semoga Zubair mempunyai sifat-sifat seperti sahabah Nabi SAW, iaitu Zubair bin Awwam... salah satu sebab kenapa saya namakan anak ke 7 saya dengan nama Zubair...
Amin.

Friday, January 28, 2011

Happy birthday deena...


Alhamdulillah dan syukur pada Allah coz hingga ke hari ini deena masih di beri kesempatan untuk bernafas di muka bumi ni... untuk mak yg jauh di mata nun..( jauh la sangat.. hehe ) yg telah melahirkan, dan membesar kan anak mu yg teramat bertuah hingga la nak beruban huhu..tak terhingga pengorbanan mak dan juga abah pada deena selama ni.. trima kasih mak... :(

Kebiasaan nya bila menjelang hari lahir, deena memang teruja gak, wlau xder hadiah memadai dgn ucapan dari kengkawan pun dah happy.. dlm pada tu ternanti2 gak ape la abang nak bagi or dia ingat ke tak besday deena.. so far dia tak penah lupa. tingat masa bercinta dulu.. (cewahh !) abang bagi bunga dan coklat... 

la ni takkan asik bg bunga or coklat jer yer tak... tapi ada lah something lain dari yg lain... thanks bang, wlau mel tak harap or demand ape2 dah abang bagi hadiah tu ape lagi kembang kuncup hati mel gumbira !.. wahhhh excited tuu minah niii.. lek2.. ;)




Tak lupa gak pada kengkawan facebook Kak jee, Nurul, Atiqah, Siti, Deeya, Asma, Fern, Ewan, Hanafi, Nadz, Apet, Alin, Amiera, Sarjan Yo, Aziman, Kida..klu bleh semua nak masukkan nama kengkawan deena kt sini tau.. deena hargai dan sayang smua haa... trima kasih yer uols..harapan persahabatan kita di facebook kekal sampai bila2.. amin..




p/s : anak2 tak wish lagi ni...

Wednesday, January 26, 2011

Mu'adz Al-Hafiz 14 tahun

 Alhamdulillah, hari ini anak ke-6 saya, Mu'adz Al-Hafiz telah berumur 14 tahun. 
Beliau juga telah bergelar Al-Hafiz...Syukur Alhamdulillah..
Semoga terus menjadi anak yang soleh...dan terus istiqomah dalam perjuangan mu..
Bersama abang Ammar, juga seorang Al-Hafiz.
Dua orang Al-Hafiz... Amin..

Saturday, November 20, 2010

19 Nov 2010

SELAMAT HARI ULANGTAHUN KE-22 
untuk anak ke-2 ku
Zaid..
Semoga Zaid perolehi keberkatan dan keredhaan Allah SWT dalam menjalani kehidupan seharian. 
Semoga berjaya dalam mengharungi onak dan duri dalam perjuangan menuntut ilmu dan semoga berjaya menjadi insan soleh dan menjadi seorang abang yang bertanggung jawab terhadap adik-beradik.

Friday, October 22, 2010

Panjang Umur

Bila tiba hari lahir, apakah kata-kata yang selalu diucapkan? 
"Selamat hari Jadi, semoga Panjang Umur dan murah rezeki"
Itulah ucapan yang lazimnya diucapkan kepada kita.

Mengapakah kita selalu memohon agar Allah panjangkan umur kita? 

Adakah kerana kita hendak menikmati hidup ini, supaya kita dapat lihat anak kita membesar hingga lah kita mendapat cucu, cicit.? kerana tidak puas hidup lagi? tak puas enjoy lagi? nak kerja lebih lama lagi dan nak kumpul duit banyak-banyak ? Sebab nak rasa beli rumah sendiri? nak beli kereta sendiri? belum puas makan itu dan ini? belum puas melaram lagi? 

Cuba perhatikan... semua sebab-sebab yang kita berikan selalunya adalah bersifat duniawi...jarang sekali kita berfikir mengapa kita hendak panjang umur...adakah panjang umur dari segi kiraan tahun ? atau yang sebenarnya yang kita cari adalah 

KUALITI UMUR ..

bukan

KUANTITI UMUR

Tiada siapa yang tahu bila ajal kita akan tiba..semuanya telah tertulis di Luh Mahfuz. Ia adalah titik noktah yang tidak boleh dianjak ke depan atau ke belakang.

Sepatutnya setiap kali tibanya Hari Lahir, kita patut ucapkan 

SELAMAT PENDEK UMUR..

maksudnya umur kita yang tinggal.. sehingga saat nyawa  kita di ambil telah menjadi semakin pendek setahun..

dengan itu kita akan sentiasa mengingati bahawa hidup kita yang tinggal telah berkurangan dan kita akan sentiasa berusaha untuk memperbaiki KUALITI hidup kita.
Apa guna jka hayat panjang tetapi masa terbuang dengan sia-sia. Ada yang umurnya pendek tetapi  pencapaian hidupnya sangat baik menyamai orang yang hidup lama..

FIKIR-FIKIRKAN LAH..
 

Gambar Belangkas