Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts
Showing posts with label Isu Semasa. Show all posts

Saturday, June 27, 2015

TERKINI: Putrajaya Akui 1MDB Tak Stabil, Suntik Rm 1 Billion lagi Kepada 1MDB

Tindakan Putrajaya memohon bantuan syarikat pelaburan asing membantu menyelesaikan hutang syarikat pelaburan strategik milik Kementerian Kewangan, 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah amat memalukan..

Tindakan itu menunjukkan tiada lagi syarikat kewangan yang ingin meminjam dana kepada 1MDB.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, dalam satu kenyataan semalam berkata, syarikat pelaburan petroleum Abu Dhabi, International Petroleum Investment Company (IPIC) akan menyalurkan RM1 bilion kepada 1MDB dalam usaha membantu syarikat sarat hutang itu membayar hutang berjumlah AS$975 juta yang akan matang tidak lama lagi.

Bayaran AS$1 bilion itu tidak datang secara percuma dan dipenuhi dengan syarat-syarat tertentu. Apakah syaratnya? Adakah 1MDB mengorbankan lebih banyak dana pembayar cukai pada masa akan datang untuk mendapatkan pinjaman ini?

Husni berkata, pembayaran daripada IPIC dan anak syarikatnya, Aabar Investments merupakan sebahagian pelan rasionalisasi yang dibentangkan dalam mesyuarat Kabinet, semalam.

Ini bukan kali pertama IPIC menyelamatkan 1MDB, syarikat itu pada 2012 juga pernah menjadi penjamin kepada 1MDB apabila ia memerlukan dana bagi membeli pengeluar tenaga bebas (IPP) Tanjong Power dan Genting Sanyen.

Jaminan masih diperlukan walaupun harga bond 1MDB begitu menarik sekitar 5.99% kadar kupon,

Jaminan yang diberikan IPIC kali ini juga tidak datang percuma sebaliknya perlu dibayar dengan harga-harga tertentu.

Syarat-syarat luar biasa yang dilampirkan memberikan kesan besar terhadap kadar faedah hutang dan aliran tunai 1MDB,

1MDB akan meletakkan sekurang-kurangnya 40% pinjaman kepada IPIC sebagai deposit keselamatan, yang mana di anggarkan, berjumlah RM4.47 bilion seperti didedahkan dalam laporan kewangan syarikat sarat hutang itu pada Mac 2014. 

Ini bermakna, 1MDB membayar 5.99% kadar faedah pada kadar hutang AS$3.5 bilion walaupun mempunyai akses kepada hanya 60% dana, atau bernilai AS2.1 bilion.

Keduanya, 1MDB perlu menawarkan pilihan kepada Aabar untuk memiliki sehingga 49% pegangan ekuiti dalam Powertek Investment Holdings (PIH) dan 1MDB Energy (Langat) yang mana bagi mendapatkan jaminan.

Berdasarkan penyata kewangan terkini, 1MDB mendedahkan, anak syarikatnya, 1MDB Energy Holdings Limited mengambil hutang pada AS$250 pada Mei 2014 untuk membeli kembali apa yang ditawarkan kepada Aabar,.

Malah, sejumlah AS%250 juta (atau lebih) ini mewakili bayaran kepada IPIC bagi mendapatkan jaminan korporat untuk anak syarikat 1MDB bagi meningkatkan AS$3.5 bilion, atau sekurang-kurangnya 7.1% daripada dana yang dikeluarkan.

Husni dalam kenyataannya semalam berkata, bayaran AS$1 bilion itu akan digunakan membayar semula hutang AS$975 juta sebelum tarikh akhir kepada pemberi pinjam wang antarabangsa.

"Perjanjian juga termasuk langkah komprehensif bagi menangani pelbagai aset kewangan dan transaksi liabiliti antara pihak tertentu, butiran lanjut akan diumumkan nanti," katanya dalam satu kenyataan semalam.

Sementara itu, Husni berkata 1MDB akan menjadikan Tun Razak Exchange (TRX) dan Bandar Malaysia dua syarikat berasingan sebagai sebahagian langkah rasionalisasi mengurangkan beban RM42 bilion syarikat sarat hutang itu.

Katanya, kedua-dua projek hartanah itu akan diberi autonomi penuh untuk operasi dan prestasi kewangan.

"Husni perlu menjelaskan kos 'bantuan' AS$1 bilion ini kepada 1MDB, kerajaan dan pembayar cukai,"

Friday, June 26, 2015

Harga Periuk Belanga Turun Menyebabkan Pembangkang Terdiam : Ahmad Maslan


Timbalan Menteri Kewangan Ahmad Maslan hari ini gembira kerana peralatan pekakas rumah turun harga selepas perlaksaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).



"Di tangan saya ada senarai 376 barangan harga sewaktu SST dan GST. Selepas GST semuanya turun harga", katanya ketika merasmikan promosi GST di Houz Depot Petaling Jaya. Tambahnya lagi, jika tidak kerana perbezaan matawang, hampir kesemuanya akan turun harga.

"Tetapi apa yang penting saya nak sebutkan di sini ialah pihak peniaga perlu mengamalkan etika peniaga yang baik. "Kalau kita ambil MBA di mana-mana universiti, ada beberapa subjek yang menekankan tentang etika bisnes.

"Ini disebabkan kebanyakkan barangan keperluan rumah sebelum ini dikenakan sebanyak 10 peratus dan apabila diganti dengan GST ia menjadi enam peratus. Maka harga barangan diturunkan. Beliau menberi contoh barangan di rumah seperti katil, almari,sofa dan kerusi meja yang dahulunya mahal tetapi sekarang sudah murah.

"Antara lain barang yang turut turun harga ialah barang elektrik seperti kipas, mesin basuh, peti sejuk cerek elektrik, periuk elektrik, dan televisyen. "Satu lagi yang turun harga ialah pinggan mangkuk, periuk belanga, sudu garpu dan peralatan membersihkan rumah.

Tambahnya, senarai barangan itu boleh dilihat dalam web Kastam, KPDNKK atau Twitter @Ahmad Maslan. "Twitter saya macam GST 101", katanya sambil ketawa. Tegasnya lagi, pihak pembangkang tidak suka dengan apa yang saya cakap ini. Sebab pembangkang kata kerana GST semua harga barang naik. "Tetapi saya bagitahu semua harga peralatan rumah tidak naik seperti yang didakwa.

Agaknya hari-hari kot rakyat Malaysia beli pinggan mangkuk periuk belanga. Barangan keperluan harian pula macam mana ye tok mat maslan. 

DS Najib Akan Melakukan Pengumuman Penting Isnin Ini

Khabarnya esok (Isnin) Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sekali lagi akan membuat penjelasan berhubung beberapa isu yang sedang hangat diperkatakan kini terutamanya apa yang dibangkitkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, kali ini Najib tidak lagi akan bersikap mempertahankan dirinya semata-mata tetapi akan turut sama menyerang Dr Mahathir.



Mungkin pendedahan maklumat sulit pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji didalangi oleh "Team Mahathir" untuk memburukkan "Team Najib". Dan ternyata tindakan tersebut berhasil. Sehingga pimpinan UMNO sendiri menyerang pembelian tersebut yang dianggap seperti "menyerang" Najib Razak. 

Dalam pada itu ada juga maklumat yang Najib akan membuat pengumuman penting pada Isnin ini. "Tunggulah ada sesuatu kejutan daripada Najib," begitulah maklumat dari satu sumber yang dipetik dari blog Sayuti Omar. 

Mengikut maklumat tersebut, Najib Razak akan menjawab tuduhan Tun Dr Mahathir secara terbuka dan opensif. Dikhabarkan juga Najib akan turut mendedahkan apa yang Tun M telah lakukan selama 22 tahun menjadi perdana menteri. Ianya mungkin satu kejutan besar dan akan mengeruhkan lagi keadaan UMNO yang semakin lama telah nazak ini. 

Mengenai Isnin ini, apakah ia mengenai kedudukan Najib sebagai perdana menteri? Apa yang difahamkan apa yang ingin Najib umumkan Isnin ini bagai sesuatu yang sangat penting mengenai dirinya dan bakal meletup dalam UMNO. Adakah Najib Razak akan mengumumkan perletakan jawatannya? Atau Najib Razak akan memecat Timbalannya dan sesiapa yang "meninggalkan kapal yang hampir karam" ini?

Jika diukur dengan sikap diambil timbalannya kini, Tan Sri Muhyiddin Yassin ada munasabahnya kalau Najib mengumumkan sesuatu yang mengejutkan. Muhyiddin melahirkan rasa bingung dan kesal terhadap isu yang sedang menghangat kini. Rasa bingung dan kesal itu tentulah kepada Najib.

Bukan itu sahaja, edah untuk Najib sudah pun tamat. Sebelum Dr Mahathir katanya memberi tempoh untuk Najib berfikir meletakkan jawatan selepas selesai menguruskan perkahwinan anaknya. Katanya Najib setuju dengan pelan penurunannya daripada kerusi perdana menteri tetapi meminta tangguh kerana tidak mahu terjadi seperti bekas Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said, di mana berkenduri kahwin anak tanpa jawatan menteri besar. 

Sebenarnya Datin Seri Rosmah Mansor yang mahukan kenduri anaknya diraikan sebagai kenduri negara. Muhyiddin semakin tidak senang dengan Najib kerana beberapa isu yang berlegar di sekitar perdana menteri itu menjadi-jadi ketidaktentuannya. Antara isu ialah 1MDB, dan terbaru terbongkarnya "skandal" pembelian tanah oleh Tabung Haji bernilai RM188.5 juta sebagai "bail out", untuk menyelamatkan 1MDB.

Muhyiddin mungkin kesal dan kecewa kerana sebelum ini beliau sudah memberi amaran agar wang awam tidak digunakan untuk selamatkan 1MDB. Amaran Muhyiddin tidak dipedulikan dan Najib rakus menggunakan kuasanya, apabila suntikan sebanyak hampir RM100 juta kepada 1MDB.

Muhyiddin juga sudah mengeluh kenapa mereka terlibat sehingga syarikat pelaburan itu menanggung kerugian sehingga RM42 bilion tidak dikenakan apa-apa tindakan atau didakwa atau pun ahli lembaga pengarahnya dipecat. Keluhan Muhyiddin itu menggambarkan beliau juga sudah naik meluat kepada pentadbiran bosnya. Sebenarnya serangan hendap Muhyiddin ke atas Najib sudah pun bermula.

Serangan terbaru Muhyiddin kepada Najib itu dilihat munasabah kalau Isnin ini Najib membuat pengumuman mengejutkan mengenai kedudukannya. Banyak ramai yang berharap Najib menjawab Dr Mahathir itu secara rakaman tetapi secara “live”. Apapun kita tunggu sahaja pengumuman dari Bapa Pengumuman Malaysia ini.

Thursday, June 25, 2015

Akibat Tekanan Skandal Terbaru: Najib Mungkin Pergi Bercuti Tenangkan Diri


PAS menasihatkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak bercuti sehingga siasatan terhadap dakwaan skandal pembelian hartanah Majlis Amanah Rakyat (MARA) di Melbourne selesai.

Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata "langkah permulaan" itu juga wajar bagi memastikan tanggapan "tiada gangguan" terhadap Jabatan Audit untuk menyiapkan laporan 1MDB kepada PAC, hujung bulan ini.

"Banyak keputusan perniagaan berkontroversi seperti 1MDB (1Malaysia Development Berhad), penyenaraian Felda FGV, GST, pembelian tanah 1MDB oleh Tabung Haji dan kini Mara telah berlaku di bawah kepimpinan Najib.

"Cap jari Najib dapat dikesan di sebalik semua keputusan ini meskipun media kerajaan cuba memisahkan Najib daripada kesemua keputusan-keputusan kontroversi ini," kata Tuan Ibrahim.

Beliau mengulas kenyataan Pengerusi MARA bahawa pembelian blok apartmen The Dudley International House oleh MARA Inc di Australia sebenarnya diluluskan oleh Majlis Ekonomi yang dipengerusikan Najib ekoran pendedahan oleh akhbar The Age.

Laporan itu mendakwa sekumpulan pegawai MARA menggunakan dana pelaburan kerajaan Malaysia untuk membida harga blok apartmen itu daripada A$17.8 juta (RM51.5 juta) kepada A$22.5 juga (RM65 juta), dengan wang perbezaan itu didakwa dijadikan sebagai rasuah di tanah air.

Dalam kenyataannya Tuan Ibrahim menyifatkan pendedahan Annuar itu "sangat memalukan" sekaligus menandakan pemimpin Umno sudah mula keberatan untuk menanggung tugas bagi menjawab keputusan perniagaan kontroversi yang melibatkan Najib.

"Realitinya, hampir semua lubuk duit kerajaan dan syarikat milik kerajaan sudah disentuh untuk tujuan yang mencurigakan dan tidak memanfaatkan negara," katanya.

Tuan Ibrahim berkata dalam suasana nilai ringgit yang lemah dan hutang 1MDB yang masih perlu dibayar, maka tidak menghairankan jika syarikat konsesi tol selepas ini membeli tanah daripada 1MDB atas alasan pelaburan.

"Syarikat konsesi tol mendapat duit daripada siapa, kalau bukan rakyat," sindir Tuan Ibrahim.

Wednesday, June 24, 2015

Terima Harga Tol Naik atau Kita Akan Naikkan Cukai



Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengatakan jika kerajaan tidak menaikkan harga tol, cukai akan naik. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 


Datuk Seri Najib Razak hari ini mempertahankan langkah kerajaan untuk menaikkan kadar bayaran tol dan berkata, sekiranya harga tol kekal, Putrajaya terpaksa menaikkan kadar cukai.

Menurut Perdana Menteri, pihaknya bagaimanapun sedang meneliti beberapa kaedah untuk memberikan kesan minimum kepada pengguna tol tetap untuk mengelakkan mereka terbeban dengan kenaikan kadar berkenaan.

"Kalau tak kena tol kita kena naikkan cukai. Cukai ni kena semua. Tol orang lalu akan bayar. Tapi kerajaan memikirkan agar kenaikan ini tidak akan memberi keuntungan tak munasabah kepada tol operator.


"Mungkin bagi pengguna tetap kita boleh bagi season pass. Prinsip kita, pakai lebuhraya kita terpaksa bayar itu kita tak boleh tolak. Ini realiti," kata Najib ketika berucap merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan MCA ke-60 di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau turut menyindir pembangkang dari Pakatan Rakyat yang hanya tahu mengkritik sedangkan mereka hanya mempunyai pengalaman mentadbir negeri, dan bukannya negara.

"Pembangkang di negeri sahaja. Ingat mereka kalau di tempat sama tidak buat tindakan sama?" katanya ketika berucap di hadapan perwakilan MCA dari seluruh negara.

Najib berkata, kerajaan Barisan Nasional pimpinannya masih bersedia mendengar rungutan dan keluhan rakyat ekoran kenaikan kos sara hidup yang disebabkan program rasionalisasi subsidi.

"Saya tak kata kerajaan sempurna, tapi kerajaan ini sedia mendengar suara rakyat. Supaya tak terlalu berat bebannya kepada rakyat.

"Inilah langkah kehadapan, yakinlah ekonomi kita berada di landasan yang betul," katanya.

Beliau berkata, penstrukturan subsidi berkenaan adalah persiapan kerajaan untuk menghadapi krisis ekonomi pada masa akan datang.

"Kita perlu buat penstrukturan dari sekarang. Bila berlaku krisis ekonomi, kita akan melalui krisis lebih mudah.

"Sebab itu kalau kita bijak kita perlu bersedia menghadapi krisis dengan simpanan negara yang banyak.

"Akan ada kos sedikit. Insya-Allah, kita akan jadi negara maju. Visi kita sangat besar,” katanya.

Najib turut mencabar PR untuk mengemukakan visi mereka untuk mentadbir negara, berbanding hanya menipu rakyat.

"Bertanding dalam visi kepada negara. Keupayaan untuk mentadbir bukan melalui penipuan. Jangan tipu rakyat," kata Najib merujuk kepada dakwaan penipuan pembangkang yang berkata BN membawa masuk 40,000 warga Bangladesh untuk mengundi ketika PRU13.

Najib turut meluahkan penghargaan terhadap khidmat bekas Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek atas perkhidmatan beliau mentadbir MCA. – 

Sumber : Malaysian Insider

Tuesday, June 23, 2015

Gadis Ini Sudah Mengandung 2 Bulan, Mohon Mencari Pak Sanggup

Pertama admin nak tanya berita ini benar atau palsu? Kalau palsu dan hanya rekaan abaikan sahaja. Kalau benar sememang manusia dihari ini sudah hilang segala sifat dan norma kemanusiannya... "bersedap-sedap dahulu bersusah-susah kemudian". Sudah mengandung baru gila-gila nak cari pak sanggup... kalau dah tahap macam itu kawinlah dahulu...


Lelaki Yang Baik Untuk Perempuan Yang Baik Allah S.W.T berfirman, “Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur’:26)

Monday, June 22, 2015

Kek Hari Jadi Najib Bernilai RM 79, 000




Tahukah anda perbelanjaan hari jadi Najib Razak pada 24 Julai 2011 di Seri Perdana berjumlah RM79,053.
Rafizi Ramli pada sidang medianya di Parlimen memberitahu, majlis tersebut menyajikan 47 juadah istimewa termasuklah daging panggang yang diimport dari New Zealand, makanan Jepun, makanan Barat dan lain-lain.
“Berdasarkan ‘Banquet of Order’ (BEO), majlis tersebut dibuat oleh Pejabat Perdana Menteri, walaupun jelas ia adalah majlis peribadi Najib,” kata Rafizi.
Purata perbelanjaan untuk 100 tetamu itu ialah RM207, RM7,000 bagi undangan kugiran Syed Sobri dan undangan kugiran ‘Batak’ (RM5,000) serta RM750 bagi 5 gelen minuman.
Manakala RM30,000 untuk gubahan bunga dan RM12,000 caj pengendalian cukai menjadikan jumlah keseluruhan RM79, 053.
Rafizi turut mendedahkan bukti baru yang belum disangkal Najib berhubung tempahan majlis pertunangan anaknya di Hotel Shangri-La atas nama pejabat Perdana Menteri.
Salinan BOE Shangri-La Hotel yang dikemukakan Rafizi menunjukkan pada ruang ‘function’ bertulis ‘Private Dinner hosted by PM’.
Manakala alamat penganjur ialah ‘Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan’, iaitu pejabat Perdana Menteri sendiri.
“Persoalan yang dibawa bukanlah semata-mata siapa yang menanggung kos majlis pertunangan, tetapi ketelusan dan operasi pejabat Perdana Menteri yang sewajarnya mengasingkan kepentingan peribadi dengan tugasan rasmi.
“Najib menjanjikan transformasi politik, ekonomi dan sosial. Tapi gagal menunjukkan contoh,” tegas Rafizi mempersoalkan slogan yang dilaungkan BN seperti dasar ETP (Program Transformasi Politik).
“Jika perbelanjaan mewah ini ditanggung penaja, apakah ia tidak mempengaruhi keputusan Najib selama ini? Dan wajarkan Najib berbelanja mewah ketika konsep ‘wasatiyyah’ dan kesederhanaan diperkenalkannya sendiri dalam pentadbiran.
Katanya lagi, sementara rakyat ‘ikat perut’ dan berjimat cermat, purata belanja hari jadi Najib yang mencecah RM800 itu lebih tinggi dari pemberian BR1M (Bantuan Rakyat 1Malaysia) yang berjumlah hanya RM500 (Ketika Itu).
Bukti Invois Perbelanjaan Majlis Tersebut.






Najib Guna Akta Rahsia : Siapa Bicara Mengenai 1MDB akan Ditangkap



Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak berkata butiran hutang 1MDB dengan bank-bank tempatan ialah rahsia. 
Putrajaya enggan mendedahkan butiran hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan bank-bank tempatan atas alasan ia rahsia di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009.
Keengganan itu dinyatakan dalam jawapan bertulis Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak kepada Mohamed Azmin Ali (PKR-Gombak) di Parlimen.
Azmin meminta Putrajaya menyenaraikan hutang 1MDB dengan bank tempatan dan kesannya kepada bank berkenaan jika hutang itu dikelaskan sebagai “non-performing loans”.
“Semua maklumat berkaitan peminjaman di institusi perbankan adalah tertakluk kepada peruntukan kerahsiaan di bawah Akta Bank Negara Malaysia 2009.
“Oleh yang demikian kerajaan tidak dapat memberi ulasan secara khusus berkaitan sesuatu akaun peminjam atau institusi kewangan di bawah seliaan BNM,” jawapan Najib. 
Bijak Najib kalau ada persoalan dari rakyat guna akta rahsia. Jadi dengan adanya akta rahsia ni patut la Najib Rosmah dan keluarga boleh guna duit rakyat sesuka hati.....
Sebarkan artikel ini agar rakyat tahu.....BAHAWA RAKYAT TIDAK  MEMPUNYAI HAK JIA WANG RAKYAT DISALAH GUNAKAN...
SHARE...SHARE...

Sunday, June 21, 2015

Najib tidak akan letak jawatan, Keran Bimbang Jenayahnya Terbongkar: Dr M





Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini terus menyerang Datuk Seri Najib Razak, mengatakan perdana menteri itu mungkin enggan meletak jawatan kerana beliau takut dikenakan tindakan undang-undang.
Dalam satu video yang dimuat naik di blog Din Turtle, bekas perdana menteri itu, pada satu majlis diadakan di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya berkata, selagi Najib kekal berkuasa, negara akan merosot dan tidak stabil.
"Tentang nasihat, saya dah nasihat. Tentang ugut pun, saya dah ugut. Tapi dia kata dia tak akan berhenti."Sebab dia tak akan berhenti, saya ingat, pasal dia takut. Kalau dia berhenti, 'maybe' kena 'criminal charge'," katanya.

Ini, katanya, berkaitan hutang RM42 bilion yang ditanggung dana pelaburan strategik negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"Mana pergi duit itu? Dia kena terangkan. Dia cakap memanglah, melabur sana, melabur sini, tetapi tiada bukti selain daripada membeli tanah dengan harga yang murah dan membeli kilang elektrik dengan harga yang terlalu tinggi.
"Jadi, banyak sangat kesalahan Najib ini dan saya percaya selagi dia menjadi perdana menteri, negara kita akan merosot dan menjadi sebuah negara bermasalah dan tidak lagi stabil, tidak lagi menjadi tempat kita selesa hidup dengan sempurna," katanya.
Dr Mahathir berkata, itu satu daripada sebabnya mengapa beliau mengisytiharkan beberapa bulan lalu yang Najib perlu meletak jawatan tetapi katanya, ramai yang masih tidak memahami isu di sekitar 1MDB.
"Susah nak fikir RM1 bilion, satu juta (ringgit) pun kebanyakan orang Melayu tak kenal. Ini RM42 bilion, susah kita nak fikir. Sebab itu mereka ambil jalan mudah, (dan berkata) takpalah, apa sangat kesalahannya," katanya.
Kenyataan Dr Mahathir tersebut mengulang apa yang pernah dikatakannya pada wawancara dengan The New York Times (NYT) minggu lalu apabila beliau dipetik berkata, tindakan Najib ibarat beliau seorang penjenayah.
Beliau ditanya akhbar harian Amerika Syarikat itu berhubung kritikannya terhadap 1MDB, dakwaan gaya hidup mewah isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor dan persoalan menyelubungi pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Dr Mahathir tidak jemu-jemu mengkritik 1MDB dan Najib, yang merupakan menteri kewangan dan pengerusi lembaga penasihat syarikat milik Kementerian Kewangan itu.
Dalam video tersebut, beliau juga mengingatkan orang Melayu sekiranya mereka gagal menyedarkan diri sendiri tentang isu yang berlaku, besar kemungkinan mereka akan tewas dibandingkan kaum lain, sama seperti keadaannya di Singapura dan selatan Thailand.
Berhubung laporan NYT itu, Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman membidas perkara itu dalam satu surat terbuka, melahirkan kekesalan kerana Dr Mahathir cuba merosakkan negaranya sendiri dalam media antarabangsa sebagai "sebahagian daripada dendam politik peribadi."
Beliau juga berkata, menuduh Najib ibarat seorang penjenayah adalah tidak bertanggungjawab dan satu pembohongan.
"Beliau terus melancarkan serangan, dan tidak sebaliknya menunggu hasil siasatan yang dijalankan Bank Negara Malaysia, Ketua Audit Negara dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara.
"Ini menunjukkan Dr Mahathir tidak berminat kepada jawapan daripada pihak berkuasa berkenaan yang sah. Sebaliknya, beliau hanya menggunakan 1MDB sebagai alasan menjatuhkan perdana menteri," katanya dalam suratnya.

Sultan Titah Najib Letak Jawatan, Najib Enggan Layan




SULTAN TITAHKAN NAJIB RAZAK LETAK JAWATAN SEBAGAI PERDANA MENTERI | Habis la kali ni kalau dah Sultan keluarkan titah supaya Perdana Menteri Malaysia meletakkan jawatan.

Tapi sultan mana yang keluarkan titah supaya Perdana Menteri meletakkan jawatan selaku ketua pentadbiran negara ini?

Lihat di bawah:

SULTAN TITAH NAJIB LETAK JAWATAN

Ingat tak lagi dengan puak-puak yang mengaku bahawa mereka dari keturunan raja kerajaan empayar langkasuka nusantara, entah dari mana keturunan Sangkakala pun tak tau yang pernah menggemparkan negara apabila mereka bertindak melakukan demo dan cuba memecah masuk ke Istana Negara pada tahun lepas?

SULTAN TITAH NAJIB RAZAK LETAK JAWATAN

Sultan gila ni la yang telah menitahkan secara terbuka kononnya agar Perdana Menteri melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Macam-macam gila ada di Malaysia sekarang ni, ada yang gila nak jadi Perdana Menteri dan ada yang gila nak jadi sultan ada yang nak jadi agong dan sekarang ni gila nak tunjuk kuasa pulak.

Saturday, June 20, 2015

Saya Pun Tergolong dalam Asnaf Zakat, Sebab tu Saya Guna Duit Zakat- Jamil Khir





Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom menjelaskan beliau berada di golongan 'asnaf' mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat membayar kos guaman.

AJK PAS Pusat, Idris Ahmad berkata, penjelasan tersebut sangat ditunggu rakyat ekoran tindakan tersebut didakwa mencetus kekeliruan dikalangan umat Islam.

"Rakyat sedang menunggu penjelasan, asnaf mana yang membolehkan beliau meminjam wang zakat? Apakah kedudukan beliau sebagai Gharimin (orang yang berhutang)? Faqir miskinkah? Fisabilillahkah?,Muallafkah?," soal Idris.

Ketua Audit Negara dalam laporannya sebelum ini mendakwa, bahawa Jamil Khir,  Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Datuk Che Mat Che Ali dan Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain menggunakan wang zakat   sebanyak RM63,650 membiayai kos guaman dalam kes saman qazaf  Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010 pembayaran melalui geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.

Mengulas lanjut, Idris berkata penjelasan Jamil Khir semalam tidak menjawab persoalan utama tersebut.

Sehubungan itu, menteri tersebut tidak berdolak dalih dan membuat penjelasan sebenar kepada rakyat.

"Beliau kena menjelaskan kepada rakyat supaya institusi agama yang memungut wang ini tidak di pandang serong oleh masyarakat. Kita tidak mahu kerana nila setitik , rosak susu sebelanga.

"Beliau tidak perlu mengalih isu kepada tuduhan beliau ubah suai rumah. Tidak mengapa kalau beliau rasa perlu dan itu wangnya. Maklumlah seorang Menteri, mesti tunjuk rumah yang hebat setaraf dengan seorang bergelar Menteri, " katanya.

Sementara itu, Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata jawapan Jamil Khir Baharum bahawa pembayaran kos guaman beliau bersama dua yang lain menggunakan peruntukan kerajaan dan bukannya wang zakat bercanggkah dengan kenyataan pelbagai pihak sebelum ini.

Antaranya bercanggah dengan dengan kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Mashitah Ibrahim  dan Ketua Audit Negara Tan Sri Ambrin Buang.

Kenyataan yang dirujuk itu antaranya:

- Pada 21 Jun lalu, Dr Mashitah Ibrahim mengakui bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat ketika menjawab soalan di Parlimen.

- Pada 21 November lalu, Ambrin mengesahkan bahawa kos guaman dibayar menggunakan peruntukan zakat pada Februari dan April 2010 meskipun akhirnya digantikan pada hujung tahun 2010. Namun sekalipun menerima geran kerajaan sebanyak RM700,000 pada 22 Jun lalu, pembayaran semula kepada wang zakat hanya dibuat pada Disember 2010 sebagai proses ‘pelarasan semula’.

Friday, June 19, 2015

Najib Mohon diberi Peluang Untuk Dia Buktikan Kemampuannya

PELABUHAN KLANG - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata, Pakatan Rakyat tidak perlu diberi "tempoh lanjutan" untuk terus memerintah Selangor yang menyaksikan banyak janjinya tidak tertunai malah membebankan rakyat dengan pelbagai masalah.

Perdana Menteri berkata Selangor selama ini maju kerana dasar-dasar dan prasarana yang dilaksanakan kerajaan BN sebelum ini, dan pihak pembangkang tidak boleh mendapatkan pujian terhadap hasil titik peluh BN itu.

"Kita akui mungkin kita ada buat sedikit sebanyak kesilapan pada masa dulu sebab itu rakyat tidak menyokong kita. Tapi kita sudah insaf daripada kesilapan dulu dan kita mohon maaf kepada rakyat Selangor kalau ada apa-apa kesilapan.

"Dan kita berikrar daripada kesilapan itu, atas kesedaran itu, kita akan bangunkan satu kekuatan baru untuk mengubah landskap di Selangor supaya di bawah kepimpinan BN, kita akan menjurus kepada masa depan yang lebih baik lagi," katanya pada majlis pelancaran jentera pilihan raya BN Selangor di sini.

Dalam ucapan selama setengah jam itu, Najib yang juga Pengerusi BN Selangor berkata sejak dua minggu lepas, beliau telah turun padang ke Perak, Melaka, Kedah dan hari ini di Selangor, dan mendapati suasana dalam negara kini menjurus menyokong BN pada pilihan raya umum kelak.

Hujan lebat yang turun sebelum ketibaan Perdana Menteri pada kira-kira 5 petang tidak mematahkan semangat penyokong BN yang hadir untuk terus berada di lokasi majlis bagi mendengar amanat Najib yang membuat lawatan sehari ke Selangor hari ini.

Sambil memanggil hadirin yang membanjiri majlis itu sebagai 'bala tentera BN Selangor', Najib berkata BN boleh merampas kembali Selangor jika bilangan bala tentera itu lebih ramai, lebih berani, pintar dan nekad serta sanggup bekerja lebih keras daripada pihak lain.

"Semangat dah ada, matlamat sudah dapat dilihat, perancangan sudah ada... semuanya sudah lengkap... ayuh kita turun berjuang habis-habisan," kata Najib dengan penuh bersemangat sambil disambut sorakan gemuruh.

Najib berkata anggota BN perlu akur dengan pucuk pimpinan dalam soal pemilihan calon dan memberi sokongan penuh kepada mereka yang dipilih untuk bertanding pada pilihan raya nanti.

"Jangan sabotaj parti kita sendiri sebab jika kita sabotaj parti, ibarat kita menjaringkan gol sendiri dan bila jaring gol sendiri kita akan kalah dan seterusnya kita akan merana," tegas Perdana Menteri.

"Sudah cukup empat tahun Selangor di bawah pakatan pembangkang, jangan kita bagi tempoh lanjutan sebab kalau bagi tempoh lanjutan nanti susah nak dapat balik. Inilah peluang terbaik untuk mengembalikan bumi Selangor kepada BN," katanya.

Najib mengingatkan calon-calon BN supaya menjaga kepentingan semua kaum dan bukan hanya kaum tertentu kerana ini menjadi asas dalam memastikan kemenangan BN.

Katanya, semangat BN menjadi pudar kerana terkena tsunami politik pada pilihan raya umum lepas.

"Tetapi dalam tempoh empat tahun kita telah bina semula jentera BN di Selangor sedikit demi sedikit, semangat kita yang pudar itu, moral kita yang luntur itu hari ini telah bertukar wajah," katanya. - Bernama

Thursday, June 18, 2015

Akhirnya Najib Hapuskan BR1M (VIdeo)

Najib Lancar e-Rezeki Bantu Golongan B40 

NAJIB TUN RAZAK diberi penerangan tentang program eRezeki di Kuala Lumpur, semalam. Turut kelihatan Ahmad Shabery Cheek dan Yasmin Mahmood. 
KUALA LUMPUR 17 Jun – Kerajaan terus membela nasib golongan isi rumah berpendapatan di bawah RM4,000 sebulan (B40) melalui pelancaran eRezeki, sebuah program menjana pendapatan tambahan menggunakan teknologi digital dikhaskan kepada kumpulan itu.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program berkenaan yang berkonsepkan penyumberan awam akan memberi latihan kemahiran percuma dalam bidang digital kepada golongan B40 sebelum mereka diberi tugasan yang menawarkan bayaran lumayan daripada syarikat-syarikat digital di pasaran.

Katanya, kebanyakan tugasan boleh dilakukan dari rumah seperti memasukkan data ke dalam sistem komputer, menyemak kesesuaian gambar dan transkripsi video atau audio sebelum diterbitkan.

Katanya, program transformasi nasional yang dikendalikan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) itu bakal menjana pendapatan golongan B40 daripada RM2,500 sebulan ketika ini kepada RM5,000 sebulan menjelang 2020.

“Saya yakin program ini akan menjadi senjata ampuh kepada kerajaan membela nasib golongan B40,” katanya berucap pada Pelancaran Program Jana Pendapatan Tambahan eRezeki di sini hari ini.

Yang turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan Ketua Pegawai Eksekutif MDeC, Datuk Yasmin Mahmood.

Katanya, sebagai permulaan, MDeC membuka empat pusat latihan atau Pusat eRezeki di Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Terengganu manakala 11 lagi dibuka di seluruh negara akhir tahun ini.

“Program ini boleh disertai pelajar, siswazah menganggur, suri rumah, pesara dan warga emas.”

Sumber : Berita Harian

Innalillah!! Vanidah Imran Terlibat Kemalangan, Kereta Terbakar


PELAKON, Vanidah Imran menganggap dugaan yang datang kepadanya sehari sebelum Ramadan sebagai ujian daripada ALLAH SWT untuknya.

Biarpun redha dengan kejadian yang memusnahkan kereta jenis Mini Cooper kesayangannya, Vanidah yang mesra di sapa Vee tetap tidak dapat menyembunyikan rasa sedih atas kehilangan kereta yang sudah digunakan selama lapan tahun itu.

Apatah lagi, kereta tersebut dimiliki selepas memenangi program Sehati Berdansa.

"Saya sedih sangat sebab sudah lapan tahun bersama kereta itu. Malah, selama lapan tahun menggunakan kereta tersebut, ia sangat mudah dijaga termasuk dari segi penyelenggaraan dan minyak.

"Bagaimanapun saya pasrah dengan apa yang berlaku dan menganggap ia bukan rezeki saya lagi," ujarnya.

Dalam kejadian jam 3 pagi, pada Rabu lalu, kereta dipandu Vanidah tiba-tiba terbakar dekat Sungai Besi, ketika dia dalam perjalanan pulang ke rumah dari Melaka selepas menjalani penggambaran drama.

Dalam pada itu, menyentuh aktiviti pada Ramadan kali ini, Vanidah berkata, dia berharap dapat menghabiskan masa bersama keluarga.

“Saya mahu bersama keluarga, berbuka, masak untuk mereka dan solat tarawih bersama, " katanya.

ASTAGFIRULLAH !!! Dunia Akhir Zaman, Kiamat Semakin Hampir ??



DI MALAYSIA ARTIS RAMAI SUDAH MELAMPAU TAPI MASIH BEBAS BERSUARA BERBANDING DENGAN AL-ULAMA.. BILA NAK BERCERAMAH PUN SAMPAI MEMERLUKAN KAWALAN POLIS/FRU YANG KETAT.. UTK SAMPAI KEBAIKKAN MEMANG SUKAR BERBANDING KEBURUKKAN.. SO JOM KITA SAKSIKAN ARTIS MALAYSIA KITA BERBICARA TANPA ILMU AGAMA YANG BETULL... MASSYALLAH

Wednesday, June 17, 2015

Akhirnya!! Doa Rakyat Malaysia DiMakbulkan, Kapal Hilang Dijumpai Tetapi Anak Kapal....


Tukar nama dan cat baru. Agaknya dimana mereka proses semua ini, apa pun kita tunggu kenyataan rasmi dari panglima tentera laut Malaysia.





Kapal tangki MT Orkim Harmony yang hilang sejak Khamis lalu telah berjaya dikesan. Menurut kenyataan yang dikeluarkan Panglima Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Tan Sri Abdul Aziz Jaafar, kapal berkenaan berada di perairan Kemboja dan telah ditukar nama dan catnya.

Kapal berkenaan sedang diawasi dari udara oleh pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia dan Tentera Udara


Diraja Australia. Ketika hilang, Kapal MT Orkim Harmony membawa 6,000 tan metrik petrol bernilai RM21 juta. Kali terakhir ia dikesan pada malam Khamis lalu ketika dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan, Pahang.

Atlet Tidak Perlu Patuhi Garis Panduan Pakaian Sukan Mengikut Islam – KJ


Khairy Jamaluddin
Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berkata, atlet kebangsaan tidak perlu mematuhi garis panduan berkaitan pakaian yang ditetapkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ketika menyertai kejohanan sukan. Kenyataan tersebut dibuat selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom pada Isnin berkata, pakaian sukan yang dipakai atlet negara akan dikaji semula.

Jamil Khir yang bertanggungjawab bagi hal ehwal Islam menerangkan, Jakim akan mengkaji semula garis panduan pakaian atlet supaya ia mematuhi syariah. Namun begitu, Khairy menjelaskan garis panduan yang disediakan Jakim hanyalah garis panduan dan tidak ada paksaan ke atasnya.

“Terpulang kepada atlet untuk mengikuti garis panduan tersebut dan tidak ada paksaan untuk mengenakan pakaian yang lain, jadi saya berharap ini dapat menyelesaikan isu pakaian atlet. Kita perlu ingat bahawa beberapa pakaian sukan dikawal oleh persekutuan sukan dan atlet-atlet ini hanya mengenakan pakaian tersebut semasa bertanding sahaja”, katanya.
Khairy turut membidas pengkritik dengan menyifatkan mereka sebagai hipokrit dan menganggap isu ini berkaitan seksisme. Farah Ann Abdul Hadi mengharumkan nama negara selepas berjaya memenangi dua pingat emas, satu perak, dan tiga gangsa pada Sukan Sea tahun ini tetapi menerima kritikan kerana dikatakan mendedahkan badannya.

“Atlet-atlet lelaki tidak mendapat perhatian sebegini walaupun mereka memakai pakaian yang lebih mendedahkan tubuh badan mereka seperti ahli bina badan”, kata Khairy.

Khairy juga menjelaskan tindakan akan diambil ke atas mereka yang mengkritik sekiranya perkara ini tidak dihentikan.

Monday, June 15, 2015

BANYAK KALI SERBU PETALING STREET TAPI MAKLUMAT BOCOR - "WAKIL" KPDNKK BERI PENJELASAN


PUTRAJAYA - Terdahulu, laman ini pernah menyiarkan luahan hati rakyat khususnya peniaga Melayu yang tidak berpuas hati dan mendakwa KPDNKK melakukan serbuan 'terpilih' sehingga menimbulkan rasa marah mereka. 

BACA : "SAMPAI KIAMAT PUN KPDNKK TAK SERBU PETALING STREET" - KPDNKK RASUAH & PILIH KASIH ? 

Susulan itu, tampil seorang pegawai KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menafikan dakwaan peniaga Melayu dan sekali gus memberikan penjelasan agar semua pihak memahami gerak kerja KPDNKK. 

"Salam admin, tak payahlah sebar fitnah. Gambar tu, gambar saya yang pakai vest. Saya mengetuai Operasi Barang Tiruan di Brickfields. 

"Peniaga online menipu orang ramai. Cakap original, tetapi tiruan. Salah ke kami rampas?," katanya yang turut menjelaskan premis yang diserbu pada hari berkenaan adalah myiMart dimana pekerjanya adalah berbangsa Cina. 

"Untuk info admin juga, Petaling Street kami dah selalu masuk. Tahun 2014, 10 kes telah dihasilkan dan nilai rampasan sebanyak RM71,780.00, barang gred biasa. Pada tahun 2015 pula, baru 5 kes telah dihasilkan dan nilai rampasan berjumlah RM171,800.00, barang gred A. 

Jelas pegawai KPDNKK itu juga, pihaknya telah banyak kali menyerbu premis-premis di Petaling Street, namun gagal kerana berlakunya kebocoran maklumat. 

"Banyak kali kami masuk tetapi maklumat bocor sebab ramai 'tonto' yang follow. Jadi, semua kedai yang menjual barang-barang tiruan ditutup. 

"Kami hanya boleh merampas barang-barang yang ada aduan dari pemilik jenama. Jika tiada aduan dari pihak pemilik sesebuah jenama, kami tidak boleh nak terus ambil kes terutama untuk ke mahkamah, kami akan kalah. 

"Jadi, saya memohon tuan memperbetulkan penulisan tuan," katanya. 

Dengan penjelasan ini, diharapkan orang ramai tidak lagi menimbulkan persepsi yang KPDNKK takut atau tidak pernah menyerbu Petaling Street, lebih-lebih lagi dakwaan yang mengatakan mereka telah dibayar oleh peniaga Cina. 

Walau bagaimanapun, ini bukanlah kenyataan rasmi dari pihak KPDNKK dan sewajarnya pegawai berkenaan meminta kelulusan pihak tertinggi sebelum mendedahkan statistik dan menjawab isu yang tersebar di laman sosial. - THEHYPEMEDIA

UPDATE: AHMAD MASLAN RESPON ISU NASI GORENG TANPA GST (VIDEO)



  


Sebelum ini menjadi viral dilaman sosial terutamanya Facebook dan Twitter apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan telah berkongsi di laman Twitternya gamabr dia menyediakan nasi goreng tanpa GST.

Di dalam video berkeaan Ahmad melahirkan rasa pelik dengan sikap masyarakat di negara ini yang lebih tertarik dengan status ‘Nasi Goreng Tanpa GST’ berbanding isu politik di laman Twitternya.

Dia tidak menyangka bahawa gambar yang di Twittnya itu mendapat perhatian sehingga menjadi viral di laman sosial.

BACA: PELAWAK AHMAD MASLAN KEMBALI LAGI, TUNJUK CARA MASAK NASI GORENG TANPA GST 

“Orang tanya betulkah, semua barang-barang itu tidak digunakan GST, saya kata betul lah. Sebab beras, gas minyak masak kemudian daging, ayam yang saya potong-potong dimasukkan dalam nasi goreng itu semuanya tidak dikenakan GST termasuklah garam, gula dan telur.

“Apabila saya cerita mengenai pembangkang berpecah, PasMa akan tubuhkan parti baru hanya empat orang yang retweet . Tapi bila saya sebut pasal masak tu, ribuan maklumbalas yang diterima, pelik jugalah” katanya.

Menurut beliau, dalam ramai-ramai mengkritik ada juga yang memujinya nasi gorang yang dimasaknya.

“Memang saya buat hiasan macam tu, apa boleh buat memang saya suka begitu… saya angkat kuali dan terus hidang bersama hiasan di tepi kuali.. itu memang kaedah saya… lepas tu ada pula yang sokong, dia kata saya itu memang style Perancis.

“Saya dah memang selalu kena bantai jadi saya tak kisah pun kalau orang bantai bila saya sebut seperti itu, positifnya baru masyarakat tahu barangan seperti gas, minyak masak tiada GST.

“Semua barangan dan bahan mentah yang digunakan untuk memasak di rumah semuanya kosong GST” ujar beliau sambil di sambut dengan gelak ketawa oleh mereka yang hadir.



Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO pada minggu lalu itu berkongsi resipi dan cara memasak nasi goreng serta petua untuk mengelak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada lebih 1,500 Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad lalu yang turut dihadiri Pedana Menteri. SUMBER

Sunday, June 14, 2015

Innalillah!! Marilah Sama-sama Kita Sedekahkan Alfatihah Untuk Rahim




Rahim ditemani oleh Jep dan Shuib (Sepahtu) ketika dia dimasukkan ke Hospital Jengka pada malam Sabtu lalu akibat sesak nafas. Foto Ihsan Instagram JEPSEPAHTU.
   (Ubah saiz teks)
PETALING JAYA: Pelawak Rahim (Sepahtu) memberitahu keadaan kesihatannya tidak membimbangkan meskipun terpaksa dikejarkan ke Hospital Jengka, Pahang selepas mengalami sesak nafas sejurus mengadakan persembahan Konsert Jelajah Sepahtu di Kompleks Sukan Jengka pada Sabtu lalu.

Rahim atau nama sebenarnya Rahim Mat Ali, 45, berkata, dia mengalami sesak nafas akibat daripada serangan gastrik dan rakan-rakannya telah membawanya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

"Sebenarnya ia tidak begitu serius cuma sewaktu selesai mengadakan persembahan saya mengalami masalah sukar untuk bernafas akibat daripada gastrik.

"Selepas melihat keadaan saya begitu, mereka segera menghantar saya ke hospital untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Ahad.

Rahim berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai gambarnya yang tersebar menerusi media sosial dalam keadaan terbaring di wad kecemasan sebuah hospital.



Sepahtu bergambar bersama aktres Fazura ketika Konsert Jelajah Sepahtu yang diadakan di Kompleks Sukan Jengka.

Tambah Rahim, selepas melakukan pemeriksaan, doktor menjelaskan punca masalah itu berpunca daripada pemakanan tidak menentu sehingga menyebabkan gastrik dan sesak nafas.

"Doktor turut melakukan pemeriksaan jantung dan mengambil darah, Alhamdulillah tiada apa yang serius cuma ia mungkin disebabkan oleh penat dan makan yang tidak menentu.

"Ia juga berlaku disebabkan perasaan terlebih gemuruh untuk mengadakan persembahan kerana ini adalah konsert jadi ia sedikit sebanyak memberi tekanan kepada diri saya," katanya.

Dalam pada itu, Rahim berkata, masalah yang berlaku itu tiada kaitan dengan masalah jantung seperti yang dikatakan oleh sesetengah pihak.

Malah katanya, kejadian serupa pernah menimpa dirinya ketika sedang menjalani penggambaran sebelum ini.



Jep memuat naik gambar ketika bersama Rahim di hospital.

"Ini merupakan kali kedua kejadian sama berlaku tetapi ia tidak seteruk sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital.

"Doktor juga ada menasihatkan saya supaya makan mengikut masa serta tidak begitu tertekan selain perlu mendapatkan rehat yang cukup supaya kejadian berkenaan tidak berlaku lagi," jelasnya.

Dalam perkembangan lain, Rahim berkata, dia kini sedang sibuk menjalani pengambaran filem Raja Kapcai bersama barisan pelakon Fad (Bocey), Shuk (Balas) dan Serina Redzuawan.

Sumber

Gambar Belangkas