Tuesday, February 18, 2014

Cara Mudah Selamat Nak Kuruskan Badan Kurangkan Berat Badan Kempiskan Perut Boroi? | 1kg Seminggu?

Assalamua'laikum.
Perut buncit? Bagaimana nak selesai masalah perut buncit?
Cara Mudah Selamat Nak Kuruskan Badan Kurangkan Berat Badan Kempiskan Perut Boroi? Bila sebut soal kurungkan berat badan, kita mulalah terbayang badan kurus, slim lagi langsing ibarat tubuh badan yang dimiliki oleh artis-artis. Paling tak, teringat kembali saat kita dulu-dulu. Sebelum ada anak, badan masih langsing dan slim. Selagi kita punya bayangan dan impian sebegini, ini tandanya kita masih ada masa dan ruang serta peluang untuk kembali kuruskan badan. Berapa banyak nak turunkan berat badan, terpulang kepada kekuatan emosi kita!

Mustahil nak kuruskan badan 1 kg 1 minggu?

Melalui pembacaan dan pengalaman saya sendiri, turunkan berat badan 1kg dalam masa seminggu sangat perit. Paling baik dan selamat ialah menurunkan berat badan secara sedikit demi sedikit. Jumlah pengurangan yang disarankan ialah sekitar 0.3-0.5kg seminggu. Bayangkan sebulan sudah berapa kilo berat badan yang kita berjaya kurangkan?

Bagaimana nak turunkan berat badan secara konsisten, berkesan dan selamat? 

Saya kongsikan 3 cara paling mudah untuk kita bermula disiplinkan diri untuk turunkan berat badan dan kuruskan badan. 

1. Jaga minuman - Paling mudah tapi begitu mencabar dalam usaha mengurangkan berat badan/masalah perut buncit. Paling terbaik, kurangkan/berhenti terus minum air manis. Air bergas lagilah tidak bagus untuk kesihatan! Gantikan air manis yang kita minum seharian dengan air kosong/air mineral. Kalori air kosong ialah ZERO!

2. Sarapan - Sarapan sangatlah penting dan boleh menentukan kejayaan kita dalam menurunkan berat badan. Cuba kita tak ambil sarapan, perut kita akan lebih rasa cepat lapar. Inilah masalahnya! Bila kita terlalu lapar, kita akan cuba mengenyangkan perut kita diluar batasan. Kita makan banyak di waktu makan tengahari! Betul tak? Maka, sarapan jangan ditinggalkan!

3. Jaga kuantiti makanan - Kalau kita dah biasa makan nasi dengan sepinggan penuh, memang agak sukar nak mulakan makan dengan separuh pinggan. Takpe. Cuba perlahan-lahan. Contohnya, hari ni, anda ambil sesenduk setengah nasi. Lebihkan sayur. Esok lusa, ambil sesenduk nasi saja, lebihkan sayur dan buah-buahan. Kita amalkan kurangkan makan nasi, lebihkan sayur dan buah dalam menu harian. InsyaAllah, perut kita bila dah diajar begini, kalau tak sempat makan nasi sehari pun, perut tak memberontak!

Mungkin tips turunkan berat badan yang saya kongsikan ini tidak begitu fantastik dan bombastik. Ini sekadar perkongsian saya. Jika ada baiknya, sama-samalah kita beramal. Jika buruk, abaikan sahaja yer. Semoga dengan berat badan yang lebih ideal, mutu ibadah kita juga bakal meningkat dan produktiviti kita juga semakin baik. Selamat bersenam, selamat menjaga menu makanan masing-masing.

Anda boleh baca beberapa lagi perkongsian saya tentang pengiraaan kalori makanan seharian.

Jika anda ingin miliki PELBAGAI PRODUK KESIHATAN dengan HARGA PROMOSI daripada kami, mohon isi borong di bawah yer. InsyaAllah, kami akan tawarkan pelbagai produk kesihatan dengan harga yang amat berpatutan KHAS untuk pembaca blog ini.

Powered byEMF Online Order Form

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas