Ini sambungan percutian dari Pulau Kapas hari tu. Selepas keluar dari Pulau Kapas kami singgah pula di Kuala Terengganu cari makan tengah hari. Kami makan di food court Pantai Batu Burok. Komen....tak sedap. Nasi diisi dalam kertas bungkusan dilapik dengan pinggan kertas. Macam mana nak ada selera nak makan. Kedai sebelah-sebelah pun berkira siap pesan lagi kalau dah makan hantar balik ke kedai asal. Air pun tak boleh pilih kedai kena beli dari kedai yang kita duduk. Kalau tengok peniaga-peniaga kedai ni tak tak tegur jiran kedai sebelah semua bawa hal masing-masing. Siap ada orang kedai tu cakap "saya tak campur orang lain". Baguslah tu patutlah tak maju kedai-kedai di sini. Sesuai sangatlah nama pantai tu dengan perangai orang kedai di sini. Penuh dengan hasad dengki. Ingatkan di KL saja ada masalah macam ini di sini pun ada. Nak cerita masa nak bayar kami tunjuklah terung yang kami makan ada ulat. bila tunjuk pada tokey kedai dia kata kita pun tak tahu ada ulat dalam tu. bila dah jawapan macam tu maksudnya memang tak ada diskaunlah ya. Dasar orang kemaruk duit dan dasar orang tak reti nak meniaga tapi nak meniaga juga macam tulah jawapan dia. Minta maaf pun tak nak. inilah gambar kedai yg kami makan tapi aku makan kedai sebelah dia. Sotong goreng kat tangan tu sedap yang lain-lain tak berapa. Moral ceritanya lain kali sila jangan makan di food court Pantai Batu Burok yang buruk tu. Adioss!!
No comments:
Post a Comment