Semalam 5 Jun pergi makan di Resotran Cina Haji Sharin Low di Sungai Merab, area Bangi ke Kajang ke Putarajaya...entah. Ini kali kedua makan di sini. Hari tu aku dan geng makan ala carte ambil sotong masak asam dan Kong Po Beef. Oklah rasa dua-dua masakan tu. Kali ini kami ambil Chi Choy Soup, Buttered Prawn dan Salted Egg Fried Squid. Rasa sup dia sangat sedap tapi Buttered Prawn dan Squid salted dia sangat mual. Cara masakan dia sangat berbeza dengan masakan cawangannya di Kota Damansara. Bukan sahaja berbeza dengan cawangannya tapi berbeza dengan semua kedai masakan cina yang pernah kami pergi. Yang paling kami tak boleh terima ialah masakan sotongnya. Dua kali kami bertanya betulkah itu Salted Egg Fried Squid dan kenapa berbeza dengan masakan di cawangan lain? Pekerjanya di situ menyatakan ia bergantung kepada tukang masak dan Haji Sharin sendiri yang hendakkan setiap cawangannya mempunyai rasa berlainan.
Berlainanlah sangat sampai tak sedap. Tak masuk akal kalau Haji Sharin minta sebegitu. Mana-mana restoran yang buka cawangan mestilah disebabkan rasa makanan di restoran asalnya sedap dan mahu cawagannya mempunyai rasa yang standard dengan yang asal. Kalau nak rasa berlainan baik letak nama lain. Tengok gambar sotong salted dia di bawah ni, macam sotong balut tepung. Rasanya pun tepung dan tawar. Tak ada pencicah. Ini ajelah satu gambar yang terasa nak ambil. Maaflah gambar tak cantik.
Bandingkan pula dengan sotong salted dia cawangan Kota Damansara di bawah ini. Rasanya sangat rangup dan pencicah cilinya pun sedap sehingga menjilat pinggan. Kan sangat berbeza masakan di atas dan di bawah.
Bawah ini pula Udang Buttered Nestum cawangan Kota Damansara. Nampak kerangupan dia. Memang sedap tak dinafikan. Tapi Udang Buttered di Sg. Merab sangat menhampakan. Udangnya besar tapi tekstur rasa tiada langsung. Malas nak tangkap gambar.
Pujian tetap diberikan pada pekerjanya yang melayan kami dengan baik. Semasa membayar pekerja kaunternya tanya bagaimana masakan restoran ini dan terus terang aku jawab tidak sedap melainkan sup. Dia senyum dan dia buat kesimpulan kami dah biasa dengan masakan Kota Damansara sebab itu tak biasa di sini. Tak kisahlah dia nak simpul apa tapi yang pasti sangat memang TAK SEDAP dan sangat mengecewakan. KECEWAnya sampai sekarang tak habis sebab tak berbaloi dengan harga yang dibayar dan pertama kali dalam sejarah kami makan makanan cina yang TAK SEDAP. Ini harga yang kami makan untuk tiga orang semalam. Adioss!!.
No comments:
Post a Comment