Sunday, June 30, 2013

KELANTAN 1 JDT 0

Memang layak la kelantan menang. Aku x pandai main bola, tp reti gak tgk bola. Kelantan memang kebal, rajin, laju, pantas dan tenang walau di depan gol. Ada beberapa cubaan yg tidak tepat menunjukkan x susah la kelantan nak tembusi pertahanan Jdt. Tapi Jdt nk lepas sekali pun susah, nak try lagi la payah....tp peluang tercipta juga cuma kesudahan atau cubaan tak membuahkan hasil.

Nampak gah betul pemain2 kelantan. Walau pun terpaksa berhadapan dgn bekas rakan sepasukan.

Safee Sali awal lagi dah keluar, kenapa? Terkejut gak aku, xdan berpa minit dah kluar. Mungkin ada masalah kecederaan kot. Nak jugak tgk skill dia. Lama dah x tgk bola ni...

Tp walau teruk macamana pun bolasepak Malaysia, aku lebih suka tgk perlawanan bola team Malaysia lagi walaupon aku tahu dan kenal pemain2 terkenal dunia macam messi, terbaru neymar, ronaldo.....main memang skilfull, gerakan cantik pantas semua ada. Tp aku tgk maa berita sukan jer...

Macam motogp la, walau pun minat ngan rossi, tp tgk masa berita sukan jer tu pun kut kalu ada. Lani Zulfahmi dah masuk moto3, kalu ada siaran langsung nak gak tgk.....

Sokong lah sukan negara kita, jgn gaduh2 walau pun kita kuat. Jgn marah2 walau pun kita garang. Jgn maki2 walau pun suara kita tinggi.....jgn berlagak walau pun kita duit banyak...

jogho

Muhammad Ali

Assalammualaikum...

Ini anak buah baru lagi. Muhammad Ali nama diberi. Berat masa lahir 2.2kg je. Ali keluar awal 3 minggu. 

Ali sebiji muka abangcik Azhad masa baby dulu!! Ali ni tak banyak cerita, baik je.. Tidur je walaupun abang2 bising kat rumah tu. 


Ali dengan abang besar!!! 



Ali ngan maktok!!!



Okeylah.. Nanti2 kita cerita lagi ye.. 






Saturday, June 29, 2013

Ritual Pelik Memuliakan Tengkorak Orang Mati


Dia de los Natitas’ atau hari tengkorak merupakan ritual kuno di Bolivia, dimana mereka menghiasi tengkorak dengan rokok, kacamata hitam, bunga, dan daun koka yang diselenggarakan pada 9 November setiap tahun.




Sejumlah warga Bolivia percaya bahwa seorang manusia memiliki tujuh jiwa, dan salah satu dari jiwa mereka menetap dalam kerangka setelah mereka dikubur. Setelah jiwa-jiwa yang lain

Siapa nak cantik???

Assalamualaikum...apa khabar semua? siapa yang tak nak cantik kan..Tapi setiap orang sebenarnya adalah cantik.. Sebab cantik ni adalah subjektif...ok, hari ni, saya nak kongsikan petua yang mungkin pernah terdengar tapi kita buat2 tak dengar maklumlah petua ni kena selalu buat ''istiqamah'' barulah menjadi kan...jangan seperti hangat-hangat tahi ayam..




Petua Untuk Wanita Sentiasa Kelihatan Cantik


1. Anda disarankan minum banyak air. Elakkan atau kurangkan meminum minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh. Amalkan meminum air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih, anda mudah membuang toksin dalam badan, serta dapat menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam selalu semestinya ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam.

3. Selepas bangun tidur, disiplinkan diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

4. Jangan merokok kerana merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.

5. Cukup tidur dan jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

6. Makan jangan berlebihan. Anda perlu makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan tetapi pastikan ia makanan sihat.

Thursday, June 27, 2013

Berehat Sekejap

Alahaiii...
sementelah awok sibuk dengan audit...
dan event yang bakei berlangsung ni...
awok cuti sekejap daghi berblog.....

tapi Insyallah....
minggu depan awok kembali menulih.....
dan kembali dengan ceghite2 dan info terkini untok kome...

pade yang masih sudi ke blog awok ni...
terima kasih awok ucapkan....
Insyallah ....
akan awok kunjungi blog kome nanti...

maap ye kome!!!
sementaghe tu.... moh kite ke Lenggong....
raikan Ulangtahun Pertama Lembah Lenggong - Tapak Warisan UNESCO......

Pelik! Gadis Menangis Air Mata Darah

Pakar perubatan di negara Chile bingung bagaimana seorang gadis, Yaritza Oliva, 20, boleh menangis dengan mengeluarkan air mata darah.


Oliva mengalami kejadian itu mulai awal ini dan sejak itu dia sering mengeluarkan darah melalui matanya sebanyak beberapa kali sehari.

Meskipun dia telah mendapatkan rawatan pakar, namun mereka gagal menemui sebarang bukti bahawa Oliva mengalami sebarang

Padang ke Bawah

uuiiii...gayat siot....tinggi sgt ke kt duduk. Tak takut jatuh ka?

Kenapa perlu  pandang ke bawah? Supaya kita bersyukur dgn apa yg kita ada sekarang. Tidak mengeluh, merungut dgn masalah yg menimpa padahal bila kita lihat di bawah org lain lg berat dugaannya, kesengsaraannya, penderitaannya, masalahnya. Dari kita mengeluh atau merungut lebih baik kita membantu mereka yg memerlukan, setakat yg mampu kalu x pun berdoa semoga Allah memberi pertolongan dan rahmat kpd mereka.

Kita x rasa malang, malu atau hina kerana ada yg lebih teruk daripada kita. Tp kalu dari segi ibadat kepada Allah kita kena pandang ke atas lak. Kita x leh selesa dgn apa yg kita dah buat berbanding apa yg nabi kita buat. Baru la kita akan sentiasa berusaha utk menconntohi nabi Muhammad s.a.w. Kalu dunia kita kna pandang ke bawah tp bab akhirat kena pandang ke atas.

Lagu tu la kot.....Wallahualam


Wednesday, June 26, 2013

Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan Julai 2013 | Contoh Soalan Jawapan Exam Penolong Akauntan W27

Assalamua'laikum dan salam sejahtera. 
Peperiksaan Bertulis Penolong Akauntan 2014. Download panduan contoh soalan exam bertulis w27 Penolong Akauntan.
contoh soalan peperiksaan bertulis penolong pegawai akauntan w27 julai 2013
Peperiksaan bertulis penolong pegawai akauntan w27!
Entri khas untuk mereka yang sanggup melaburkan wang mereka demi sebuah harapan yang lebih terjamin semasa menghadiri peperiksaan Penolong Akauntan W27. Exam W27 Penolong Akauntan semestinya sukar jika calon tidak tahu serba sedikit format soalan. Tidak salah malah anda beruntung jika mampu memiliki pakej panduan peperiksaan Penolong Akauntan W27 panggilan Jun tahun 2013.


Pakej panduan peperiksaan Penolong Akauntan W27 2013

Bagaimana peluang anda untuk LULUS peperiksaan ini? Terus terang saya katakan, mereka yang memeliki e-buku ini untuk sesi temuduga/peperiksaan tahun lepas amat berpuas hati. Ada yang berjaya melepasi halangan temuduga malah ada yang berjaya mengisi kekosongan jawatan Penolong Akauntan gred W27. 

BAgaimana dengan anda untuk bersaing dengan mereka? Tiada jalan selain buat persediaan yang lebih baik berbanding mereka! Tapi, soalnya bagaimana? Ini kali pertama anda akan ambil exam/peperiksaan SPA Penolong Akauntan W27. Carian diinternet amat mengecewakan. Jarang yang sudi berkongsi pengalaman menjawab peperiksaan/exam/temuduga Penolong Akauntan W27. Betul tak?

Oleh itu, saya berikan peluang ini untuk anda yang benar-benar ingin membuat persediaan terbaik, InshaAllah kerana e-buku ini telah membantu ribuan calon yang menduduki peperiksaan Penolong Akauntan W27 sejak tahun 2009. 

Jika benar-benar berminat untuk tahu contoh soalan dan jawapan peperiksaan jawatan Penolong Akauntan W27, sila dapatkan pakej rujukan peperiksaan Penolong Akauntan di bawah;

Pilihan di tangan anda!
Saya doakan anda berjaya! ameen


Powered byEMF Form Builder

Penduduk Gempar Misteri Kubur Yang Tidak Pernah Wujud


Penduduk di Kampung Sungai Baru, Gunung Keriang, dekat sini, gempar berikutan penemuan satu kubur misteri di kawasan Tanah Perkuburan Islam Masjid Hidayatul Solehin, Sungai Baru Gunung.




Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, penggali kubur, Harun Abdullah, 62, menemui sebuah kubur mencurigakan ketika dia hendak menjalankan kerja menggali liang lahad.

“Pada 18 Jun baru-baru ini ada orang

Tuesday, June 25, 2013

Aneh! Menyimpan Wang RM29,498 Bersedia Hadapi Kematian


London - Ketika orang biasa sibuk merancang sambutan hari lahir atau merancang percutian apabila berusia 40 tahun, Angelica Bull pula memilih merangka pelan pengebumiannya sendiri.




Angelica Bull

Di sebalik usia yang masih awal dan tidak menghidap sebarang penyakit, Angelica mula membuat perancangan itu tiga tahun lalu.

Katanya, semua butiran pengebumian itu dicatatkan, termasuk jenis bunga

Hujan di Ipoh

Alhamdulillah....
Hujan di Ipoh sekaghang ni.....
Moge berkurangan le jerebu yang melanda....

P/S: Main short entri je haghi ni..... Audit le katekan....
nanti awok baleh berjalan ke blog kome....

Monday, June 24, 2013

The horror

A horrible way to die.
A horrible way to lose your parents.

http://www.dailymail.co.uk/news/article-2347437/Woman-driver-husband-killed-freak-car-parking-accident-practiced-reversing-year-old-daughter-car.html

Status : Mode Audit

Duduk diam2.....
fokus....
blog??..tinggei kejap....

Hujan rahmat

Semalam jerebu mai penang, pagi ni hujan dah turun. Alhamdulillah, memang dirahmati. Mungkin jerebu abih jat sini, x yah pi kedah perlis dah.

Kat tempat lain punya la susah nak hujan, nak buat pembenihan awan pun awan tak sesuai.. Tp di sini hujan dah turun. Xdan nak sembahyang hajat minta hujan.

Beginilah cuaca di seb prai lani.....



Bukan jerebu tu, kabus kot....

Misteri Patung Osiris Bergerak Sendiri Di Muzium


Satu patung purba dari Mesir yang dipamerkan di sebuah muzium menimbulkan kegemparan apabila ia bergerak dan dipercayai ada kaitan dengan kewujudan semangat dalam objek itu yang cuba keluar dari situ.




Patung batu berusia 4,000 tahun itu dilaporkan berpusing perlahan-lahan sehingga 360 darjah walaupun berada dalam kotak kaca yang dikunci rapi.

Patung setinggi kira-kira 25.5 sentimeter itu

Jerebu melanda Seb. Perai...

Dah nampak dah kemutih di sana sini. Jerebu la tu.....Ada  can cuti ni kalu esok lagi terok...

Saya tutup bahagian tarikh tu sebab terlupa (kae x reti) nak setting tarikh. Time dia betul la tu...
















Sunday, June 23, 2013

Bayi Pelik Di Tumbuhi Ekor Di China


Seorang bayi lelaki dilahirkan di Guangdong, selatan China, tujuh bulan lalu, menghidapi sejenis penyakit pelik menyebabkan bahagian punggungnya seperti ditumbuhi ekor.




Seorang bayi lelaki dilahirkan di Guangdong, selatan China, 

tujuh bulan lalu, menghidapi sejenis penyakit pelik menyebabkan 

bahagian punggungnya seperti ditumbuhi ekor.

Doktor mengesahkan, Xiao Wei menghidapi spina

Juara BMB dapat 200k

Kayo ko Achey dapat 200 ribu. Banyok tu. Bini mung senyung sape ke dahi lae...Nak wat gena, rezki mung. Yg len jgn jeleh dah...



Masa persembahan Achey yg pertama aku tgk. Yg kedua x tahan mata dah, lena gutu jae....Bakit2 dah abih dah.....Hamid Gurkha, Jamali sadat ngan Mat sentol lak duk wat lawak atas stage.....siap nyanyi. Riso gak takut tumbang mana2 sokrang. Ye la dah tua2 duk ligat, kut lupa diri sat. Gurau jae, jgn marah....

Lawak ka achey ni....tapi kelebihn dia sebab solo kot.....tak leh lawan nabil lagi....sori lae. aku mmg minat nabil pun. Dulu lae masa dia lawan raja lawak, lo ni dah kuang lawak dah.....

Macam senario gak. Dulu kae x leh mis tgk senario, lama2 dah x lawak dah....buleh la nk layan sekali sekala...

Walau camana pun tahniah achey....

Kalut

Bila aku baca balik post aku....rasa macam kalut jer ayat dia. Korang x rasa macam tu ka?????

Anyway terima kasih kerana sudi bertandang ke sini.....

Mak Teh Mee Banjir Udang, Kuala Sepetang

Tengah2 musim jerebu ni....
pade awok yang seronoknye berceghite pasei makan .....
boleh buat lupe sekejap pasei jerebu....

ok kali ni awok nak highlight kan produk Kuala Sepetang yang sememangnya ramei udah tau...
Mee Udang Kuala Sepetang......
dan awok nak fokus pade Mee Udang yang dijuei oleh Mak Teh...
Koordinat GPS Mak Teh Mee Banjir Udang, Kuala Sepetang N4.840725,E100.648391

ade satu lagi yang famous ialah Mee Udang Mak Jah.....
GPS Mee Udang Mak Jah N4 50.316 E100 38.025
tapi disebabkan awok senang berurusan dengan Mak Teh.....
 awok tumpu pade Mak Teh je le ye....

ceghitenye..... awok nak kome tengok perbezaan dulu dan sekaghang
Mak Teh Mee Banjir Udang...


Kuala Sepetang
Tengok le dulu....
papantandanye pun guna zink yang diletak sebelah jalan beso je....
errrr....model2 nye..anak daghe awok dengan Pak Su nye.....
mase ni walopon camtu...
oghang yang kesini memanggggggg ramaaaaiiiiiiiiiiiiiii..............

Kuala Sepetang
Dulu2 pakei pinggan camni....
nampak Mee dengan Udang tu banyakkkkkkk jee.....
dulu udangnye lagi banyak.....


Sekaghang ....
Kuala Sepetang
Sekaghang....udah maju...
udah steady papantanda warung Mak Teh ni....
nampak lebih cantik..ditambah dengan lokang berhadapan dengan papantanda ni...
udah disimen..... nampak lueh....

Kuala Sepetang
Dah guna mangkuk ni....
rasanya udah makin berkughang....
Mee dengan udang nye.....
alahaiiiii.......
tapi naseb baek nye...
rasanya tak beghubah....
Kalo dulu deme cume bertumpu pade makanan bergoreng sahaje...
tapi sekaghang udah ade gerai yang menjuei satay...
satay ayam, daging dan kambing....
satay udang je yang takde... ahakkkk...
sekaghang ni udah ade kemudahan surau untuk kite bersolat.....
mudah....kalo penuh boleh je kite ke surau disebelah Warung Mak Teh ni...
ate...tunggu ape lagi... moh le kome...

Jerebu

Sekolah ditutup, darurat. Nak keluar kena pakai mask. Yg isap rokok boleh berenti, isap je jerebu tu. Hahahaha.....
jerebu klcc

Punca jerebu adalah asap daripada pembakaran terbuka berskala besar seperti kebakaran hutan. Asap keta lori moto walaupun skala bessar tapi x jadi jerebu pun. Walaupun ianya lebih berbahaya. Jerebu boleh menyebabkan tekak menjadi gatal, sukar bernafas, mata pedih. Jgn nak jadi hero meredah jerebu tanpa sekurang2nya penutup hidung mulut. Kena pakai macam masa SARS dulu. Topeng aku dulu pun byk lagi, tp mana aku simpan tak tau. Puas dah cari.....

Bermula di Johor bergerak ke Melaka, Kuala Lumpur Kuantan, sekarang ni kat Penang pun dah ada sikit2. Hujan pun x turun. Musim kemarau kot la ni. Panas sampai ke malam...

Mungkin dibawa angin ke sini kot..Kena jerebu bulan posa, cuti la kita di Penang. Posa di rumah la. Boleh buat kuih raya byk2....hehehhe

Bulan posa pun x sampai sebulan lagi. Ramai dah jemput kenduri sambut posa. Alhamdulillah. Org seronok nak sambut ramadan, tp Penang x cuti pun 1 ramadan. Jgn lupa terawih malam pertama ramadan, fadilatnya diampunkan segala dosa seperti anak yg baru dilahirkan..insya Allah


welcome ramadhan


Ipoh - Terkini

Minggu lepas ade awok buat entri pasei keadaan terkini di Ipoh...
entri nye disini.... Ipoh - Terkini
sehaghi dua lepas entri awok tu keluo...
keadaan di Ipoh teghoih jadi macam ni...

Bandaraya Ipoh
Ni gambo petang semalam.....
keadaan langit Ipoh daghi rumah Mak awok di Pengkalan Pegoh, Ipoh

yang kat bawah ni pulak keadaan langit Ipoh pagi ni....
alahaiii....
yang tak ditunggu2 dan tak dialu-alukan dah pun sampei ke Ipoh....
udah jadi acare tahunan pulak kite ye....
acare menyambut Jerebu...
setiap tahun benda yang sama berlaku...
dan berlarutan bertahun2......
tahniah jiran kita.......
Bandaraya Ipoh
gambo ni ditangkap sebentar tadi.... jam 8.15 pagi....
Yang bintik2 hitam tu burung ye...
udah tak nampak dah awan....
sekejap je Jerebu ni nak sampei....
tahniah jiran kite.......
bile jerebu melanda Malaysia...
banyak benda yang tergendala...
nak jalan2 melancong pun oghang tak nak...
maklumle...masing2 risau takut terjejas kesihatan....

Pekena Sup Tulang, Janda Baik

Assalammualaikum...

 

Takut nak tulis Janda Baik tuh... Hahahaha...

Destinasi terakhir sebelum balik ke PJ, Mr. Aid ajak makan sup tulang. Mr. Aid kata dak ofis lama dia slalu gak makan kat sini. Kedai ni warung kecik je kat tepi jalan. Korang ikut jalan nak ke Janda Baik ikut belakang R&R Genting Sempah. Tak jauh sangat pun. Korang ikut je jalan tuh, pastuh cari signboard Elektrisola. Nanti jumpa Elektrisola ni belah kanan korang, terus je. Korang akan nampak 1 warung kecik belah kanan. Tapi jangan benti kat situ. Korang terus lagi sampai korang nampak ni...

 Signboard Kg. Sum Sum Hulu belah kiri korang, belah kanan korang nampak warung ni. Kedai Makan Minang Sri Selera. Ok, kali ni boleh berenti. Hahahaha... Pening tak..


 Nasi, sup tulang, telur dadar

 Sedap sehh sup dia... macam makan kat umah. Total semua skali dalam RM17 kalo tak silap... Otw balik, mata dah tak boleh bukak... Kenyang giler rasa...

Abeh dah cuti-cuti kat Genting... :)

-Thanks for reading-

Genting Strawberry Leisure Farm, Genting Highlands

Assalammualaikum...

Lepas ke Amber Court, ktorg terus balik ke KL. Tapi ada lagi 1 tempat yang nak dijenguk... Ktorg nak g Genting Strawberry Leisure Farm, Genting Highlands dulu. Saja nak tengok macam mana. Opppsss... Takde bayaran masuk kalo kita nak ke sini. Tapi parking la susah sikit. Ktorg hari tuh parking tepi jalan je...


 Geram je tengok strawberi tuh. Tapi kat sini ada masa kalo kita nak petik strawberi. (Pandai abang strawberi amik gamba)





 Gamba-gamba yang kat atas ni kat Lavender Garden. Dalam kawasan Strawberry Farm gak. Tapi nak masuk kat dalam ni kena bayar RM3 tok orang dewasa. Kanak-kanak tak ingat lak berapa... Kat dalam ni siap ade kedai cenderahati. Kebanyakannya warna purple. Pastuh banyak berasaskan lavender.

 Kat dalam Strawberry Farm ni gak ada tempat tanam cendawan. Boleh beli cendawan yang dah siap packing gak. Tapi masa ktorg g, cendawan dah abeh...

 Buah markisa & laluan kat Strawberi Farm

 Besar tak labu dia. Masa ktorg sampai ada pakcik tuh gendong labu lagi besar dari nieh...

 Gambar sebelum balik...

Ada banyak lagi seksyen yang ktorg tak amik gamba. Ada cafe, boleh makan strawberi kat situ, ada info pasal lebah, ada orang jual-jual makanan, kedai cenderahati pun ada kat dalam ni.
Sesape yang nak singgah sini lepas balik dari Theme Park boleh la.

Genting Strawberry Leisure Farms Sdn. Bhd. (839816-K)
No.1, Lot 3707, Jalan Jati 2,
Bandar Gohtong Jaya,
69000 Genting Highlands,
Pahang Darul Makmur. Malaysia.

Tel: + 603-6100 1121
Fax: + 603-6100 1135

Balik tuh Mr. Aid ajak makan sup tulang kat Janda Baik... :)

-Thanks for reading-


Amber Court, Genting Highlands

Assalammualaikum...

 

Korang penah dengar tak pasal apartment ni. Apartment ni jauh cket dari theme park. Jalan nak naik ke sini pun macam scary jer. Tapi sekarang da cantik kalo nak compare dengan dulu. Rasanya baru-baru ni je derang cat balik sebab bila search pasal Amber Court, semua cakap buruk. Mr. Aid pun cakap tempat ni buruk giler...

Banyak review pasal hotel ni. Kebanyakannya semua menjurus ke arah keseraman. Wohohohoho... Takut gak bila baca. Banyak baca yang dapat apartment ni sebab datang Genting nak bermalam, tapi hotel yang kat area theme park da penuh, so derang ikut apek-apek genting yang kata ada bilik kosong. Bila g, derang tengok Amber Court.

Kalo minat nak baca pasal Amber Court, korang boleh klik kat sini, sini, dan sini. Banyak la kalo korang try google. Tapi ada gak yang kata banyak kali tido kat sini tapi tak kena pape. Rezeki masing-masing kan... Hohohohoho...

 Jalan nak ke Amber Court. Bangunan terbengkalai ni nampak scary je.

 Amber Court yang dah di cat lepas tukar management.

 View First World Hotel dari Amber Court. Ada yang kata sesape yang dok kat 1st World pun kena kaco ngan hantu Amber Court...

Lupakan pasal hantu jap, meh kita amik gamba... :)

-Thanks for reading-



Saturday, June 22, 2013

Penangguhan rakaman paranormal??

Penangguhan rakaman paranormal oleh PAG akibat ketiadaan jurukameranya dan proses menaik taraf sistem studio di 3AJ Studios & Entertainment yang sebelum ini banyak membantu PAGparanormal Film & Documentary memproses video video rakaman dan editing.Ia sedikit sebanyak membantutkan program yang telah dirangka oleh PAG sendiri untuk tahun 2013 ini.Kepada para `followers` PAG, kami memohon maaf diatas kesulitan ini.

HAK CIPTA
P A R A N O R M A L   M A L A Y S I A 

Kisah Misteri Lukisan Nazca Di Peru


Tiada siapa menyangka ada satu misteri objek aneh terpampang di dataran Gurun Nazca yang terletak di selatan Lima, Peru. Pada tahun 1920 sebuah pesawat komersial telah melintasi gurun berkenaan, juruterbang dan penumpang tergamam dan berasa hairan melihat pelbagai objek garisan lukisan aneh tertera di permukaan gurun itu.




Pelbagai lukisan bersaiz besar dalam pelbagai bentuk yang dilukis di

Kompleks Pelancongan Tasik Raban, Lenggong

Sebelum awok ke Lata Kekabu, Lenggong Sabtu lepas...
awok singgah ke Kompleks Pelancongan Tasik Raban...
kompleks ni terletak di susur keluo selepas Jambatan Raja Dr Nazrin Shah...
alaaaa...jambatan yang merentasi Tasik Raban tu leeee....

kome ambik ke kiri.....
dan sampei simpang...
kome ke kiri lagi...
Insyallah jumpe...

Tempat ni dulu famous disebabkan ianya terletak di jalan utama ke Gerik, Pengkalan Hulu, Baling, Betong suatu mase dulu le....
tapi sekaghang ni dengan pembukaan jalan baghu yang merentasi Tasik Raban.....
tempat ni udah makin kughang oghang lalu.....

yang ade lepak pun selalu nye penduduk kampong disekitar tempat ni je....
sayang betoi le...
tempat nye cantek...
dikelilingi tasek.....

tapi makin kurang oghang berkunjung kesini....
pihak berwajib kena ambik peranan untuk menarik oghang kesini....
pade awok le kan.... disebabkan RNR Jambatan Raja Dr Nazrin Shah yang ditutop (lame beno deme tutop)...
ambik le peluang ni untuk melencongkan oghang ramai ke Kompleks Pelancongan Tasik Raban ni....

lagi satu....
ditambah Lembah Lenggong bakei menyambut ulangtahun pertama....
deme diiktiraf UNESCO sebagai salah satu tapak warisan dunia....
sayang kalo tempat ni tak dinaiktaraf......

(ciiiiiiiis awok terai anto komplen pade deme...teghoih keluo bende kat bawah ni 
Mesej anda tidak dihantar atas masalah teknikal. Sila cuba lagi)..... dah banyak kali terai daaa
janganle asik menjage kawasan disekitar PerakMan ditemui jeee...
bagi le kawasan sekitar Lenggong ni meghase same.....
takpele...kome layan le gambo2 yang ade kat bawah ni....

kalo ikut kemudahan yang ade kat sini....
deme ade pusat penerangan pelancongan (yang tak berfungsi)....
taman permainan, gerai2 makan, gerai jualan produk Lenggong....
surau......

Tasik Raban
Papantanda perasmian kompleks ni oleh Dato Sabaruddin Chik.....





Tasik Raban
Pemandangan Jambatan Raja Dr. Nazrin Shah dari Kompleks Pelancongan Tasik Raban


Tasik Raban
Pandangan dari tepi

Tasik Raban
Jambatan Raja Dr Nazrin Shah dan Resort Tasik Raban

Tasik Raban
Naseb baek ada Man Laksa Tasik Raban

Tasik Raban
Laksa dia terbaek jugak laa......

Tasik Raban
Ini Mee Rebus..... awok kalo bulih nak terai laksa dengan mee.... tapi sebab awok kenyang...


Pade yang berkesempatan dan lalu kawasan ni...singgah2 le.... sokongle aktiviti pelancongan di negara kita......

P/S: awok lupe nak tangkap gambo satu makan yang ade kat tepi tasik ni....
awok nak tau jugak makam sape???

Gambar Belangkas