Wednesday, April 11, 2012

Kajian paranormal di cerun keramat..

7 April jam 12.00 pagi dua orang Kru PAG iaitu Tengku AJ dan Atoi `gerak dulu` ke lokasi yang mempunyai sejarah orang mati tertimbus sementara menunggu kru-kru lain tiba.Kru yang terlibat pada malam itu Az PAG,Tengku Ash dan Ron Asraff.Suasana semasa kami berdua tiba di lokasi membuatkan kami berasa amat berhati hati.Bukan kerana takutkan entiti yang menghuni kawasan terbabit,akan tetapi kami amat risau akan struktur di lokasi terbabit yang dikatakan masih lagi kurang selamat.Rumah-rumah mewah yang dahulunya tersergam indah mendongak ke langit tapi kini hanya tinggal seperti rumah seram yang tidak berpenghuni.Jam 1.15 pagi kru yang lain tiba dan berkumpul sekaligus meneruskan tinjauan di lokasi.

Sedikit gambar di lokasi -

Gambar menggunakan gadget Thermal Vision Camera iaitu kamera yang menggambarkan haba dan tahap sejuk manusia dan keadaan sekeliling.Jika benar ada entiti yang berdekatan,maka Thermal Vision camera tersebut dapat merakamkannya.
Gambar menggunakan NightVision Cam..





Hasil kajian kami pada malam itu hanya terdapat bunyi-bunyi misteri seperti tapak kaki sedang berjalan menaiki tangga sedangkan disetiap rumah terbabit tiada tangga akibat dicuri oleh pencuri besi yang telah memotong kesemua tangga rumah-rumah mewah.Kedua kami di kejutkan dengan bunyi hentakkan kuat dari atas bumbung dan setelah diteliti kawasan itu jauh dari pokok-pokok besar yang lebih tinggi dari rumah terbabit.Bunyinya bukan sekali tetapi berulang sebanyak 3 kali.Apa-apa pun setakat ini sajalah yang dapat kami kongsikan bersama anda tentang kajian kami pada malam itu.InsyaAllah kami akan up to date segala kajian kami didalam blog ini dan juga melalui FB.

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas