Titik refleksologi |
Mula2 sesi scanning dilakukan pada titik2 di kaki. Jika sakit bila ditekan, maknanya kawasan itu ada masalah. Titik2 itu berdasarkan gambar disebelah.
Kemudian beliau akan mengurut pada bahagian bermasalah. Selepas itu ditekan semula pada titik2 dikaki, jika masih berasa sakit, ulang urut semula sehingga tidak sakit dah.
Semasa kaki ditekan pada titik2 yg bermasalah, memang kesakitan yg amat akan dirasakan. Sampai nak terkencing pun ada. Padahal hanya ditekan pada kaki saja.
Bila dah tak terasa sakit pada titik tersebut, pesakit disuruh menguji samada masalah masih ada. Yang sakit lutut mai, balik dah x sakit. Boleh jalan macam biasa. Kepala sakit pun hilang. Tapi kesan urutan seperti lebam, kesakitan pada tempat urutan masih dirasa untuk beberapa hari.
Alhamdulillah, isteri aku berpuas hati. Kami kena pergi ulang lagi sebab sakit kaki isteri aku ni dah lama. Kalau baru kena lagi cepat hilang la.
Nak cuba boleh dapatkan nombor telepon tukang urut ni dari saya. Tiada jampi, air penawar, jin, jembalang digunakan. Cuma urutan pada tapak kaki dan tempat bermasalah saja.
update 19 mac 2013: Hari ahad kemarin aku tepon pak mid. Nak p rumah dia la nak bg dia urut kaki anak ngan bini aku. Tp sayang dia kata dah 3 minggu dah x urut sebab baru lepas operation mata. Lagi seminggu dua ok kot.....
No comments:
Post a Comment