assalammualaikum..
saya bangun kul 6.15 pg.. selesai urusan 'wajib' harian, saya akan keluar rumah..selalunya dalam kul 7.20 pg. tapi kadang2 saja je saya lewat-lewatkan keluar rumah, paling lewat pun kul 7.30 pagi.
kadang2 bulan akan menemani sepanjang perjalanan saya.. bahaya kalau asyik tengok bulan, tapi saya akan jeling2 kat bulan tu.. jeling2 sambil senyum.. indah bukan :)
tapi bulan tu kadang2 je ada.. banyak tak ada daripada ada..
tapi takpe, saya tahu dia sorokkan diri dia untuk sementara waktu je, dia akan muncul juga..
sepanjang perjalanan tu, saya akan jumpa 3 tanah perkuburan. setiap kali memandang tanah perkuburan, saya akan ingat, yang suatu hari nanti itulah tempat saya. saya akan terikir suami saya akan kawen lain tak? ada tak orang yang akan buatkan batu nisan untuk saya? ada tak orang yang lalu-lalang memberikan salam kepada saya nanti? betul!! itu yang bermain d ikiran saya.
saya suka jalan yang saya lalui.. sebab ada 1 je sekolah :) so kalau terlewat, boleh aje nk pecut..
sepanjang jalan tu, ada 3 masjid lama yang masih digunakan. bila lalu je,saya akan teringat chaq dan tok yang akan sama2 pergi jemaah kat masjid. mampukah saya menjadi seperti mereka? mampukah suami saya membawa saya kesana? semoga saya dan suami boleh menjadi ahli masjid suatu hari nanti.. amin..
sepanjang perjalanan tu, saya ditemani sawah padi. dikala waktu padi dituai, seakan2 laut! dikala padi penghijau, seakan padang yang sangat cantik! dikala pagi menguning, seakan sebidang hamparan emas! indah!
bukit2 juga merupakan sumbangan terbanyak untuk keindahan itu!
alhamdulilah.. Terima Kasih Allah kerana beri saya keindahan dunia setiap hari..
Terima Kasih kerana hadiahkan pemandangan yang tak terhingga damainya.
alhamdulilah..
No comments:
Post a Comment