Thursday, January 19, 2012

Tasik Tobari @ Sea of Galilee

Di belakang kami arah yang ditunjuk oleh Asma' ialah Tasik Tobari atau dalam peta lebih dikenali sebagai Sea of Galilee.

Semalam sempena Wordless Wednesday, saya letak gambar sebuah Tasik..dan ada seorang blogger Al-Lavendari telah tinggalkan komen dengan meneka di manakah letaknya tasik tersebut... sebenarnya gambar itu adalah gambar sebuah tasik air tawar yang terletak di sempadan 3 negara , iaitu Jordan, Israel dan Syria. 
 
Nama tasik tersebut ialah Tasik Tobari atau Tasik Tiberias atau di dalam peta dunia di tanda dengan nama SEA OF GALILEE. Dikalangan orang Yahudi pula lebih dikenali sebagai Tasik Kinneret atau Lake of Gennesaret. Kenapa di dalam pet dunia ia dinamakan sebagai "Laut"? bukannya tasik? ...


Ia bukannya laut air masin tetapi sebuah tasik air tawar dengan keluasan 166km persegi dan kedalaman maksimum 43m.  Ukurlilitnya 53km, 21 km panjang dan 13km lebar.  Dengan kedudukannya pada 214m di bawah aras laut, menjadikan tasik ini tasik air tawar yang TERENDAH di atas muka bumi ini, dan tasik yang KEDUA TERENDAH di dunia selepas Laut Mati (Laut Mati terletak pada kedudukan 441m di bawah aras laut).
(Rujukan: Wikipedia)

Mengapa pula saya bersungguh-sungguh bercerita mengenai tasik ini? Bukankah sama saja seperti tasik-tasik lain? Saya ingin berkongsi ilmu mengenai tasik ini bukanlah kerana pengalaman saya pernah pergi melihat tasik ini sedekat yang mungkin (adalah mustahil saya boleh menjejakkan kaki ke dalam tasik ini kerana sekarang tasik ini dikuasai oleh Israel . Atas ihsan pemandu pelancong, iaitu driver Pak Arab yang membawa kami ke tempat yang paling hampir dengan tasik ini, iaitu di sempadan negara Jordan yang paling utara).

Ia adalah kerana kaitan tasik ini dengan tanda-tanda kiamat dan kemunculan DAJJAL ALMASIH.


Tasik ini  dahulunya adalah di bawah jajahan Syria, tetapi sekarang berada di bawah taklukan Israel setelah Israel dapat menguasai Bukit Golan yang terletak di bahagian timur tasik ini dalam peperangan dengan Syria pada tahun 1967.  Sebenarnya Bukit Golan adalah sebuah bukit yang "togel" sahaja ..tak ada tumbuhan dan penempatan apa-apa pun seperti gambar di bawah. Tetapi Israel yang berusaha untuk menakluki Bukit Golan kerana mana-mana negara yang dapat menguasai Bukit Golan, maka secara automatik negara tersebut dapat menguasai Tasik Tobari ini.  

 Bukit Golan atau Golan Heights

Tasik Tobari menjadi sangat penting kerana ia adalah satu-satunya tasik air tawar (fresh water lake) yang membekal sumber air minuman dan sebagainya kepada penduduk di sekitar tasik itu.

 Lembah yang  sangat subur di sekitar tasik ini (tapi sayangnya ianya di bawah kuasa Israel)

Disebelah barat tasik ini terletak nya sebuah bandar pelancongan Israel yang sangat maju iaitu Tiberias. Banyak hotel-hotel mewah dan penempatan penduduk Israel dibina, dan ia menjadi tumpuan penduduk Israel setiap hari Sabtu.
Kota Tiberias


 ok...cukuplah dahulu maklumat mengenai Tasik ini dan Golan Heights ... 

Apa pula kaitan tasik ini dengan tanda-tanda kiamat dan kemunculan DAJJAL ALMASIH?
to be continued ---in next entry ...

(Rujukan: http://kebunketereh.com/?p=668)

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas