Thursday, January 26, 2012

ALLAH

ALLAH

Begitulah sebutannya ...ALLAHU AKHBAR! ALLAH MAHA BESAR..
KEBESARAN ..KEAGUNGAN ALLAH KELIHATAN di mana-mana ..
hanya orang yang berakal dan beriman sahaja yang mengambil iktibar daripadanya ..

Hari Rabu, sempena Wordless Wednesday, saya letakkan gambar berikut...
 Cuba anda perhatikan betul-betul dengan teliti....Apakah yang anda nampak?

Sebenarnya batang-batang pokok kurma di atas telah membentuk perkataan Aliff Lam Lam Ha = ALLAH , dalam bahasa Arab, jika di eja dari kiri ke kanan.  Sepatutnya saya mengambil gambar ini dari arah sebelah sana, baharulah ia dapat dieja dari kanan ke kiri sebagaimana lazimnya Bahasa Arab, tetapi saya tidak dapat ke sana kerana tanahnya yang agak lembut bila dipijak ...

Pokok kurma ini tumbuh di belakang mesjid yang menempatkan makam sahabah yang bernama Dirar bin Al-Azwar, terletak di Ghor, Jordan.
Sebenarnya banyak lagi pokok2 kurma yg lain di sekeliling kawasan itu.  Lazimnya batang pokok kurma hanya tumbuh tegak meninggi ke atas...tetapi tidak dgn pokok kurma ini..


Gambar ini di ambil di sekitar Mesjid yang menempatkan makam sahabat yang bernama DIRAR BIN AL-AZWAR.
 
Di pintu masuk ke pengkarangan mesjid


 
Pokok ini dikhabarkan oleh penjaga mesjid ini , telah tumbuh di kawasan ini sejak beribu tahun dahulu


Asma' sedang menerangkan kepada kami kisah dan sejarah perjuangan sahabah yang bernama Dirar Bin Al-Azwar ini...(bonda-bonda yg datang tak faham Bahasa Arab..heheh)  di antaranya ialah sahabah ini juga telah meninggal dunia kerana diserang wabak taun.  Waktu itu kawasan Syam ini telah dilanda wabak taun, menyebabkan ramai sahabah telah meninggal dunia, termasuklah Mu'adz Bin Jabal, Abu Ubaidah dll.

Di belakang poster penerangan ini ialah makam sahabah tersebut.

Gambar ini diambil ketika saya melawat makam ini pada tahun 2007, kali pertama saya datang ke Jordan.

Inilah rombongan kami, dalam pengembaraan kami menjejaki denai dan laluan para sahabah Rasulullah SAW yang berjuang menyebarkan agama Islam dan menawan As-Syams dari tentera Romawi. 


Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sejarah sahabah ini , sila klik ke link berikut.  Entri terdahulu ketika saya berkunjung ke Jordan pada tahun 2007.  Kali kedua saya datang pada tahun 2011, saya tidak melepaskan peluang bersama-sama yang lain untuk melawat makan para sahabah ini ..kerana lawatan ini bukan hanya lawatan sahaja, tetapi kami cuba menghayati sejarah Islam yg berlaku agar ia dapat membangkitkan perasaan keinsafan dan kesedaran betapa perjuangan sahabah yg terdaulu untuk menyebarkan agama Islam ke serata dunia tanpa mengira kesusahan dan kepayahan sehingga meragut nyawa masing-masing demi mempertahankan agama Islam yang Suci ini...


Janganlah kita hendak mendabik dada...cubalah tanya diri sendiri apakah yang telah kita lakukan demi untuk mempertahankan kesucian agama kita, demi untuk menyebarkan kepada yang bukan Islam tentang kebenaran Agama Islam ini?

Saya bertanya kpd diri sendiri sebenarnya... contohnya Apakah yg saya lakukan demi untuk merapatkan hubungan dengan jiran yang bukan Islam? kepada rakan sekerja kita yang bukan Islam? agar mereka faham bahawa Agama Islam bukan lah agama kekerasan, tetapi agama yang penuh lemah lembut dan pengajaran ...

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas