Tuesday, October 4, 2011

XPDC PAGparanormal ULU BENDUL & BUKIT PUTUS (II)

Seterusnya kami bergerak ke lokasi yang dituju ULU BENDUL yang banyak dengan kisah mistik lagi misteri.
(GAMBAR) kru (PAGparanormal) 
dari kiri: Asyraf,Atoi,Aj dan Azree

Tiba sahaja kesemua kru ,kami mengemas peralatan di wakaf yang telah disedikan disana.Jam 6 petang Azree,AJ dan dua orang fact finders PF shaq dan jet da brutal kami diarahkan oleh mazidul akmal sidik untuk mencari hot spot di bukit putus untuk kali ke-2.
(GAMBAR) Perbezaan 2 waktu yang sempat kru PF untuk membezakan ketika waktu siang dan malam.Keadaan sangat sunyi di waktu petang.
(PHOTO TRAILER ULU BENDUL & BUKIT PUTUS)

Ketika sampai di sebatang pokok besar itu kami dikejutkan dengan situasi yang tidak dijangka,terdapat dahan di bahagian sebelah pokok besar tersebut bergoyang seolah-olah ada binatang yang sedang bergayut sedangkan tiada apa yang ada disitu,ANGIN? BINATANG BERGAYUT? tidak bagi saya, saksi yang perasan keadaan itu berlaku adalah shaq fact finders PF, keadaan itu berlaku terlalu pantas.. apabila kami ber-empat terus di bahagian bawah dahan untuk memastikan apa yang berlaku memang betul, tiada binatang.. jika angin sekalipun mesti semua dahan dan daun lain turut bergoyang sama.Seronok tak terhingga apabila kedua-dua fact finders yang berjaya melihat situasi berkenaan dengan mata kepala sendiri.SOALAN: Apa sebenarnya yang berlaku?? ALLAH S.W.T sahaja yang tahu apa yang berlaku pada waktu dan ketika itu. (HOT SPOT PERTAMA untuk bergerak pada waktu malam nanti)

SETERUSNYA hot spot ke-2 kami terus menjejakkan kaki di penghujung bukit putus yang pastinya dikenali oleh orang negeri sembilan iaitu di REPLIKA DASTAR DENDAM TAK SUDAH. Terdapat 1 replika tengkolok yang besar diletakkan di kawasan situ.SEJARAH: This dastar worned by the first DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG (1957-1960).











Terdapat perkara aneh yang kerap berlaku di kawasan ini,diceritakan oleh En.Akmal Malik kepada saya semalam, dia yang berasal dari Bahau Negeri Sembilan menceritakan kisah-kisah yang berlaku disini pada waktu dahulu,terdapat papan tanda SELAMAT DATANG KE KUALA PILAH di bersebelahan di kawasan, kadang-kadang apabila lalu di kawasan tersebut pada waktu malam papan tanda tersebut akan berubah menjadi SELAMAT DATANG KE KUALA PILAHI <-- ada tambahan huruf (i) di hujung,itu lah yang selalu dan kerap terkena apabila lalu di kawasan tersebut pada waktu malam kata Akmal Malik yang berasal dari bahau itu. Tambahan huruf i itu pula dikatakan datangnya dari makhluk halus yang berbungkus (POCONG) berdiri di hujung perkataan PILAH dan menjadi PILAHI sering memerhatikan orang yang lalu lalang disitu pada waktu malam kata En.Akmal Malik yang berasal dari Bahau Negeri Sembilan.

KAMI CUBA MENDAPATKAN SEDIKIT BAHAN CONTOH UNTUK DIPERTONTAN KEPADA ANDA BAGAIMANA BERLAKUNYA PERKARA TERSEBUT.
(GAMBAR) Itulah perkara-perkara yang sering berlaku.Difahamkan papan tanda tersebut telah diatanggalkan dan tiada lagi berada di tepi lereng bukit tersebut.Kami ada mengambil gambar terkini pada 1.10.2011 jam 6.30 petang.
(GAMBAR TERKINI) Tiada lagi kelihatan papan tanda SELAMAT DATANG KE KUALA PILAH. gambar diambil oleh kru Azree.

Apa yang berlaku seterusnya? nantikan sambungan kisah ULU BENDUL dan BUKIT PUTUS PADA WAKTU MALAM!!

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas