Aku bukanlah orang yang teruja dengan setiap kali kedatangan demostransi tetapi kebiasaannya keterujaan itu berkobar dalam tempoh 24 jam sebelum demo bermula. Pengalaman aku berdemo ni dah masuk 3 kali. Kali pertama hanya mengikut orang ramai berdemo ke dataran merdeka masa tu kes Anwar ditangkap. Aku nampak satu group yang jumlahnya beratus2 di Masjid Jamek jadi disebabkan sifat curiosity aku maka aku pun ikut bersama dengan seorang kawan. Dalam perjalanan ke Dataran Merdeka muka kawan aku dah nampak pucat takut kena tangkap jadi aku sempat berdemo 20 minit. Pengalaman pertama ini menyeronokkan.
Pengalaman kedua demo pula dengan tema Perhimpunan Bersih di Masjid Jamek. Hujan memang lebat masa tu jadi aku tersadai di lrt Masjid Jamek tak dapat turun berdemo. Cuma mampu melihat gelagat peserta dan polis melalui lensa kamera. Masa takbir lantang dibuat oleh pendemo2 di kawasan masjid hati aku menyentap2 untuk turun tetapi aku lebihkan kamera aku yang takut kehujanan. Ditambah lagi dengan pancutan air dan gas pemedih mata polis ke arah orang awam bukan pendemo lagilah berkobar2 semangat aku untuk turut serta. Dalam keadaan hujan yang sudah renyai2 aku turun bersama pendemo tetapi pada masa itu sudah ramai yang berpecah dan bersurai. Ralat sungguh aku masa tu ada rasa sesuatu yg tak terlepas dari jiwa aku.
Pengalaman ketiga pada 1 Ogos dengan tema Mansuhkan ISA. Ini pengalaman paling menyeronokkan. Dari pukul 12:00 hingga 6:30 petang aku berada di sekitar Sogo dan Jalan TAR. Pada mulanya aku hanya menjadi pemerhati di kedua2 belah pihak. Pada pukul 12:30pm polis sudah memula menangkap orang2 yang memakai baju mansuhkan ISA. Pelik betul polis Malaya ni dengan baju pun dia orang takut. Yang kena tangkap ni pulak dengan penuh senang hati tanpa meronta2 naik aje lori polis tu. Baik sungguh budi bahasa orang2 yang kena tangkap ni. Masa ni kedai2 di area Sogo masih buka dan orang dah semakin ramai berdiri sepanjang tepi2 jalan melihat telatah polis dan mangsa2 yang kena tangkap tanpa ada sebarang kekecohan. Masa ni sebelah pintu sogo dah ditutup.
Masuk pukul 2:00 petang bermulalah aksi2 yang ditunggu oleh semua orang di sana. Satu kumpulan berjumlah hampir 100 orang melaungkan takbir dan suara keramat "hidup rakyat". Bermulalah orang2 yang berdiri di tepi jalan bergerak pantas memasuki kumpulan ini dan menjadi beribu orang. Ramai orang awam memerhati dari tepi2 jalan sambil duduk makan di kedai2 makan tanpa ada rasa takut di muka mereka. Ini bukan pertama kali demo berlaku di sini jadi untuk peniaga tiada apa2 untuk ditakutkan.
Semasa fru pertama kali menyembur water canon dan gas pemedih mata ke arah para pendemo di lrt sogo aku berada di pihak lokasi fru untuk merakam suasana itu. Aku melihat para pendemo bertempiaran lari. Aku rasa rugi tidak berada di samping pendemo jadi aku terus berlari menghala kepada para pendemo untuk merasa penangan air dan gas pemedih mata tapi para pendemo dah hilang rupanya mereka lari ke arah Jln Tar. Aku pun berlari ke sana mengikut mereka. Seperti yang disangka fru melancarkan peluru gas pemedih mata maka berlarilah kami semua merata tempat. Pada masa ini masih ada kedai di buka termasuk kedai makan sehinggalah asap2 pemedih mata memenuhi seluruh kawasan barulah ditutup kedai2 tersebut.
Apa yang aku perhatikan kedai2 ini hanya ditutup disebabkan asap2 yang dilepaskan polis bukan sebab para pendemo ni. Aku pun terperangkap beserta dengan beberapa para pendemo dalam kedai runcit sebab tak tahan dengan gas pemedih mata. Orang awam pun terperangkap dalam kedai yang sama tapi muka relaks cuma tak berani nak keluar. Masa tu kedai tu tak berapa nak tutup sebab perniagaan air dia laku. Tapi didesak oleh para pendemo kat dalam kedai tu suruh tutup sebab asap semakin banyak maka ditutuplah juga dan sebelum ditutup habis kami beli beberapa botol air dan kami berlari keluar untuk bersatu dengan kumpulan2 lain. Apa klas nak tengok acara dari dalam kedai.
Dalam 4:30 petang selapas tamat ucapan Mat Sabu kami disuruh bersurai. Selepas bersurai pun polis kejar kita lagi. Sampai tersadai kami di Jalan Tar. Baru perasan kami kena kepung dengan polis nak balik pun tak boleh. Jadi kami beramai2 berehat di tepi2 jalan Tar tu. Aku duduk lebih kurang 5 meter dari kereta polis sorang2. Aku tengok mamat SB sorang tu kelam kabut bercakap dlm walkie talkie dia sambil berlari ke arah mana ntah. Tengah aman damai tanpa hiruk pikuk tetiba gas pemedih mata jatuh 10 meter dari aku. Ciss polis ni memang nak overtime lebih nampak jadi berlarilah aku selaju mungkin dengan orang2 lain. Dah terlalu banyak aku sedut asap sampai nak termuntah. Pedih muka, hidung dan mata. Terus aku mintak garam pada pada sorang pendemo dan garam tu aku jilat dan disusuli dgn minum air baru kurang semput. Kemudian mereka berpakat untuk berkumpul di Kampung Baru pada masa ni aku dah letih main polis sentri jadi aku terus bercadang membeli belah di pasar malam Masjid India.
Aku rasa satu pengalaman menarik dan puas mengikuti demostransi ini. Betullah kata para pendemo yang lain, sekali dah turun kita akan turun berkali2. Aku berbangga kerana dah merasa pedihnya gas pemedih mata dan sedapnya makan kuih berperisa gas pemedih mata. Bukan saja keseronokan yang aku rasa tetapi perjuangan untuk rakyat itu yang paling bermakna. Tiada ahli keluarga kami atau sanak saudara dan kenalan kami yang berada di Kamunting tetapi sebagai rakyat yang cintakan keadilan kami turun di jalanan menuntut dihapuskan kezaliman. Kami turun dari setiap ceruk rantau dengan penuh rasa tanggugjawab sebagai rakyat marhain dengan duit sendiri tanpa dibiayai oleh sesiapapun untuk menunjukkan kepada kerajaan akan kuasa rakyat. Kezaliman akan tumbang!. Insya allah demostransi ini menjadi pemangkin kepada jati diri di hati2 kami untuk menjadi lebih berani dalam segala hal.
Para segelintir peniaga yang rugi, betulkah anda rugi sedangkan kami turun beramai2 dari seluruh negara membantu perniagaan anda juga. Jika ada kerugian tuntutlah kerugian itu dari pihak polis. Bukan kami yang mencetuskan huru hara. Jaminan sudah diberikan oleh GAMIS perhimpunan itu adalah perhimpunan aman. Tiada kerosakan dan kecurian yang kami lakukan bahkan anda sudah biasa dengan keadaan kami sebelum ini. Apalah nak berkira sangat dengan kerugian sehari jika hendak dibandingkan dengan isteri, anak2, ibubapa yang kehilangan orang2 yang mencari sumber pendapatan keluarga dipenjara tanpa sebab di kamunting? Jangan kerana duit anda sudah hilang maruah diri.
Adioss!!
No comments:
Post a Comment