Monday, August 31, 2009

salam kemerdekaan

Salam.. apa khabar semua? Selamat hari merdeka.. Tanpa kita sedari sudah 52 tahun negara kita beroleh kemerdekaan dari penjajah. Begitu besar usaha mereka (orang2 tdahulu), dalam memastikan negara kita bebas dari penjajah.. Setelah bermacam perkara yang mereka alami dan atasi, berolehlah kemerdekaan dan kebebasan buat semua.. Hasilnya, Malaysia seperti sekarang yang kita lihat. Renungilah perjuangan mereka yang terdahulu yang berusaha dan mereka yang mengharungi perit-getir perjuangan. Jika tanpa mereka, Malaysia tidak akan se'gah' keadaan sekarang.

Lahirkanlah ucapan terima kasih sebaiknya. Peliharalah keharmonian negara & kekuatan masyarakat majmuk di negara kita. Moga Malaysia terus maju dan maju seiring kemajuan dunia tanpa meninggalkan atau melupakan agama, bangsa dan identiti kita.. Selamat hari merdeka.. (hari ni dah 1hb..xpe, leh jer..)..

p/s: Dalam melayari alam kemerdekaan ini, sudah kita benar-benar merdeka? Apakah minda dan perlakuan kita menunjukkan kita benar-benar merdeka? Sama-samalah kita fikirkan dan renungkan bersama....

Sunday, August 30, 2009

SD$10 Siri Orkid Tandatangan Mr Hon Sui Sen



Wang kertas siri pertama Singapore iaitu siri orkid dengan tandatangan Mr Hon Sui Sen tanpa red seal keluaran tahun 1972 - 1973.

Friday, August 28, 2009

beautiful baby search contest...

Salam.. kali ni try nak masuk contest la pulak.. hihi..saje jer mhabiskan masa.. ni contest dari mea myra blog.. kalau nak join, lh le jugak ye.. marilah kita meriahkan pertandingan...

nama baby yang nak masuk contest ni annur syazwani binti ahmad hafiz.. nama ni abah die yang bagi.. annur tu, datang ilham masa tunggu mama annur kat hospital.. syazwani, sebab amek nama mama die di kampung.. (mama die de 2 nama..).. annur lahir 1 julai 2008.. maknanya sehingga en3 ini ditulis annur berusia 1 tahun 1 bulan 26 hari.. hahaa..

annur dah pandai berjalan sekarang nih... nape mama annur nak masuk contest ni ek..? saje jer.. di samping tambah kenalan, dapat juger paparkan muka annur.. hihiii.. leh tak gitu...? saje ngisi masa lapang sebenarnya.. ikutkan hati nak masukkan banyak gambar.. tapi xpela.. sebab tuan penganjur kata 2 jer.. huhuuu.. cian abah annur.. sabar ye.. ni gambar annur..

mase gambar ni diambil masa annur umur 7 bulan, masa nih kt kampung abah.. mok aina annur yang pakaikan tudung.. suker gambar nih sbb pipi annur tersembul kuar.. rasa nak picit2 jer.. annur rilek jer masa pakaikan die tudung. hikhik.. tarikh gambar ni 28/02/2009.

ni gambar annur dengan mama.. masa ni kat depan opis mama, tgh hujan.. sebab tu annur pakai cam red riding hood.. cian anak mama baru bangun tido, kena plak ikut mama ke opis jap.. haha.. masa ni umur 6 bulan.. suker sangat senyum.. sekarang pun... tarikh gambar diambil 03/01/2009

oh ye, sedikit info pasal pertandingan nih...
syarat contest:
  1. jadik follower mommy_zara
  2. sila add banner di atas pada sidebar
  3. buat special entry utk contest ni dan sertakan satu pic baby dan satu pic baby bersama mommy/daddy. k2-2 gambar diambil markah.
  4. nyatakan nama baby dan umurnya
  5. nyatakan bila gambar diambil
  6. link ke blog mommy zara.sila tinggalkan comment bila dah siap entry...
baby perlu berusia : newborn - 3 tahun...
contest period: 11 ogos 2009 - 31 ogos 2009... jom join kite.. heheeee...

hari yang sedikit tercabar...

Salam.. apa khabar semua? lately saya masih sedikit sibuk dengan rumah yang belum habis dicat.. lagi ditambah beban di tempat kerja.. Apa pun, saya bersyukur kepada Allah kerana rezeki yang telah dikurniakanNya kepada saya sekeluarga...

Kenapa sedikit tercabar ye hari ni..? Pagi tadi walaupun terlambat bangun untuk masak, masih sempat saya dan suami bersahur.. tiba-tiba pula si kecil tu bangun, tak nak tido.. nak main pulak.. bersahur le bersama-sama.. lepas je habis bersahur, tiba-tiba saya munt** kembali apa yang dimakan.. adoi, letih sebentar.. tak tahu apa sebab musababnya.. tapi rasa cam angin kot.. tiba-tiba jer.. huhuuu... nak bersahur semula, dah tak sempat, sebab kedengaran azan sayup-sayup di bahagian dapur... saya hanya mampu berdoa agar Allah kurniakan saya kekuatan untuk menghadapi seharian ini.. (tak biasa pose tak bersahur sebenarnye...)

Sampai saja di office, terus buat kerja.. Alhamdulillah, masih gagah.. syukur kepada Allah.. cuma yang tercabarnya, dengan karenah pekerja yang sedikit merunsingkan hati.. (sedikit ker...). Perkara salah yang sama masih diulang-ulang walaupun sudah acapkali ditegur dan dinasihati.. bagaimanakah saya perlu menghadapi pekerja sebegini?? Adakah kawan-kawan punya cara? Saya boleh dikatakan sudah makan hati dengan pekerja sebegini. Tanpa ada rasa bersalah, masih meneruskan kerja salah yang sama.. Kadang-kadang fed-up, malas nak tegur.. Tapi, kalau tak ditegur, lagi bertambah sakit hatinya.. Ya Allah, berikanlah aku kesabaran yang tinggi... amin..

Dengan tenaga yang agak kurang hari ini, ditambah pekerja sebegitu.. hari ini agak tercabar.. sikit la.. yang lain, bila memikirkan baby kecil yang menunggu, membuatkan saya tidak sabar nak pulang.. melihat gambarnya di compaq ku ini, membuatkan hati senyum.. Terima kasih ya Allah atas kurniaMu..

Lagi, saya baru melihat satu post di facebook oleh user Pa&Ma (majalah yang glamer tu rasanya..), mengenai seekor harimau yang pada mulanya menyerang seekor baboon utk dijadikan makanan.. mase tu jugak baboon tu de baby kecik (baru lahir agaknye..), harimau (leopard sebenarnye.), tak jadi makan baboon tu, tapi dibawanye baby baboon (mak baboon dah mati..) tu ke atas pokok.. main2 sama-sama, pas2 dua-dua tertido.. Cuba juge mencari video itu, tapi tidak ku temu... nantila, jika ku temu, kan ku upload di sini..

Cukuplah setakat ini.. selamat berpose.. selamat semuanye.. sehingga kite ketemu di lain mase.. InsyaAllah...

p/s: sedikit sebak & sempit terasa di dada
: janganla jadik pekerja yang suker ati jer wat keje...

Tuesday, August 25, 2009

membeli rumah subsale - bahagian 2

LANGKAH-LANGKAH MEMBELI RUMAH 'SUBSALE'
  1. Tetapkan minda & emosi bagi menghadapi cabaran membeli rumah.
    Ini kerana dalam urusan membeli rumah, banyak perkara yang anda perlu fikirkan. Tetapkan minda bahawa urusan yang bakal diharungi mungkin sedikit bermasalah/mengambil masa.
  2. Kira budget - semahal mana anda mampu bayar kepada bank.
    Kadang-kadang anda perlu berurusan sendiri dengan bank bagi mengetahui berapa banyak bayaran bulanan jika harga rumah itu agak tinggi. Juga berlainan jika faedah di bank tidak sama.
  3. Mula mencari rumah
    Anda boleh mulakan melihat rumah yang anda inginkan, sesuai dengan budget anda. Melalui internet, surat khabar, atau agen hartanah jika anda mengenali. Kadang-kadang ada juga iklan yang dikeluarkan sendiri oleh tuan rumah tanpa melalui agen/ surat khabar/ internet.
  4. Hubungi orang yang berkenaan (tuan rumah, agen) jika anda mahu melihat rumah tersebut.
    Anda perlu melihat rumah kerana di sini kadang-kadang perasaan kecil anda memainkan peranan, suka atau tidak.
  5. Tidak mengapa jika tidak berkenan. Cari lagi rumah lain. Jangan terburu-buru.
    Sedikit perkara yang perlu diberi perhatian semasa memilih rumah:
    i. keluasan rumah, bilangan bilik & bilik air, perlukah pengubahsuaian
    ii. kawasan sekitar - kemudahan, lokasi (bencana alam / tidak)
    iii. Kejiranan - jika anda rasakan sesuai di situ, maka buatlah pilihan. -Di sinilah hati kecil anda memainkan peranan
  6. Jumpa rumah yang sesuai. Anda perlu membayar wang pendahuluan kepada agen sebagai tanda 'booking'. Ini dipanggil 'earnest deposit'. Bargantung kepada agen/ tuan rumah, selalunya 2 @ 3% dari harga rumah. Pastikan anda mendapatkan resit dari agen/tuan rumah.
  7. Semasa proses membayar deposit ini, bawa bersama dokumen seperti salinan kad pengenalan, transaksi bank, penyata gaji bulanan (selalunya 3 bulan), penyata kwsp & surat pengesahan berkerja (jika perlu). Ini semua untuk urusan pinjaman bank.
  8. Selepas 3 hari , tuan rumah akan menandatangani surat pada earnest deposit, menyatakan beliau setuju dengan terma-terma yang diminta. Perlu diingatkan jika tuan rumah tidak bersetuju pada peringkat ini, wang deposit anda bolah dikembalikan kepada anda. tetapi, jika pihak anda yang membatalkannya, deposit tersebut tidak akan dipulangkan. Jadi, sebelum langkah ini, fikir sebaik-baikya & sedalam-dalamnya.
  9. Adalah lebih baik jika permohonan pinjaman bank dilakukan ketika ini. Ini supaya anda dapat memastikan pinjaman bank anda diluluskan. Jika tidak, anda akan menghadapi masalah kemudian hari. Tetapi, jika anda 'bersih' (tiada hutang piutang) maka besar kemungkinan permohonan anda diluluskan.
  10. Dalam masa 14 hari bekerja, surat penjanjian jual beli (S&P) - sale & purchase agreement, akan ditandatangani di hadapan peguam.
    Ketika ini, baki daripada 10% deposit perlu dibayar. Walau bagaimana pun, bergantung kepada agen/ tuan rumah. Terdapat agen/ tuan rumah yang hanya mengambil 3% terlebih dahulu, manakala 5% lagi selepas pengeluaran kwsp (akaun 2 sahaja). Kadang -kadang terdapat juga agen/ tuan rumah yang tetap mahukan baki 10% itu dibayar ketika itu. Hal ini perlu ditanya dengan jelas pada awal urusan (memberi deposit). Bayaran ini perlu dijelaskan kepada peguam. Pastikan resit anda perolehi.
  11. Urusan bersama pihak bank.
    Wakil dari pihak bank akan bertemu anda untuk urusan dokumen bank - dipanggil 'offer letter' - setelah anda bersetuju untuk menerima perkhidmatan pinjaman dari bank tersebut.
  12. Pada ketika ini, pihak peguam akan menyiapkan dokumen-dokumen yang berkenaan dan menguruskan beberapa perkara; tuan rumah perlu menandatangi S&P yang berkenaan, S&P perlu dicop (stamping & CDC process), menyiapkan urusan pinjaman bank.
  13. Selepas anda menerima S&P yang siap dengan cop (stamping), hak milik sementara (tanah), anda bolehlah menguruskan urusan pengeluaran duit akaun dua di pejabat kwsp. Antara dokumen yang diperlukan adalah:
    1. salinan stamping S&P
    2. surat fotokopi hak milik sementara (dari pejabat tanah)
    3. salinan i/c
    Pastikan dokumen-dokumen itu telah ditandatangani oleh peguam atau pihak yang berkenaan.
  14. Urusan pengeluaran kwsp mengambil masa 7-14 hari jika tiada sebarang masalah.
    Selepas anda mendapat duit tersebut, jelaskan baki deposit & bayaran peguam, dokumen pinjaman bank boleh ditandatangani. Setiap helaian kertas pinjaman perlu ditandatangani.. (Lenguh tangan... tapi memadai dengan hanya 'initial' - menunjukkan anda sudah membaca halaman itu.). Setuju atau tidak, anda perlu tandatangani kerana ia adalah dari pihak bank, jika tidak, mungkin anda perlu bayar 'cash'.
  15. Selepas ini, pihak peguam akan menjalankan urusan dengan pihak pejabat tanah bagi urusan menukar nama. ketika inilah kadang-kadang kesabaran anda akan teruji. Paling cepat, dalam masa sebulan anda akan mendapat maklum balas, jika tidak mungkin lebih dari waktu itu.
  16. Selepas proses ini selesai, pihak peguam akan menguruskan cukai pintu, di mana jika anda membeli pada pertengahan tahun, maka membayar cukai pintu selepas itu adalah tanggungjawab anda.
  17. Dapatkan kunci rumah.
    Kadang-kadang perkara ini bergantung kepada tuan rumah. Jika mereka jenis yang tidak kisah, mungkin selepas menandatangani S&P, anda akan terus mendapat kunci, jika tidak, mungkin selepas bank meluluskan duit kepada tuan asal, barulah anda boleh memegang kunci rumah baru anda.
  18. Selesaikan pertukaran nama pada bil-bil utiliti, indah water dan sebagainya. Proses pengubahsuaian jika ada boleh dilakukan.
  19. Basuh/ cat rumah jika perlu.
  20. Rumah sedia untuk didiami.

Monday, August 24, 2009

membeli rumah - kategori 'subsale'

Salam, ingat tak kengkawan saya janji nak kuarkan en3 pasal membeli rumah 'subsale' ni? Jadi , sesaper yang masih menyewa, tapi ada impian mahu membeli rumah sendiri, atau sudah mempunyai rumah sendiri atau masih dalam pencarian, atau yang berminat membeli rumah, (ye la, bagi yang menyewa, sampai bila mahu berikan duit tanpa mendapat pulangan), marilah baca sama-sama.. anda mungkin seperti saya, memikirkan jika menyewa tidak perlu membayar sebanyak jika membeli rumah. Namun, berbaloikah jika sudah 2 atau mungkin 5 tahun, tapi duit bulanan itu tidak nampak hasilnya? Kalau bernasib baik mendapat tuan rumah yang baik & prihatin. Bagaimana pula jika tuan rumah bila diberitahu masalah rumah itu, tapi masih buat endah tak endah? Menyakitkan hati saja kalau pun diberitahu.

Kali ini, saya ceritakan sedikit mengenai bagaimana langkah-langkah membeli rumah. Bagi tujuan pembelian rumah baru, mungkin kurang masalah kerana kebanyakannya peguam atau deposit tidak memerlukan anda menyediakan duit yang banyak, apatah lagi kebanyakan urusan diuruskan mereka yang berkenaan. Cerita kali ini adalah pengalaman saya sendiri, yang mencari dan membeli rumah dari tangan orang (atau rumah sudah siap & mahu dijual oleh tuan rumah) bersama-sama suami. Rumah jenis ini dalam terma perumahan adalah dikenali sebagai 'subsale'.

Bagaimana urusan ini perlu dijalankan? Apakah perkara yang perlu anda ketahui. Sebenarnya anda boleh menyerahkan segalan urusan kepada peguam/ agen dari mana anda dapatkan rumah, tetapi jika dibiarkan, kadang-kadang anda mungkin terpaksa tunggu masa yang lebih lama.

MENGAPA MEMILIH RUMAH 'SUBSALE'?
  1. Lebih mudah, kerana jika rumah baru yang belum siap, anda perlu membayar pada bank setiap kali fasa pembinaan berubah.
  2. Lebih terjamin, kerana rumah telah siap, tiada risiko pemaju gagal menyiapkan rumah.
  3. Lokasi yang anda mahukan sudah tiada projek perumahan yang baru
  4. Harga rumah baru kalau ada di kawasan itu, terlalu tinggi untuk anda biayai. (berlaku kepada saya..)
  5. Anda sudah serasi dengan rumah tersebut - kes jika anda mahu membeli rumah yang anda sewa.
MEMILIH RUMAH SELAIN 'SUBSALE'
  1. Ada rumah sedang dalam pembinaan yang baik, anda mampu, dan lokasi yang menarik
  2. Tidak mempunyai wang yang banyak kerana membeli 'subsale' perlukan 10% terlebih dahulu.
  3. 'Subsale' tidak menepati citarasa anda.
  4. Tidak boleh melakukan pengubahsuaian seperti mana yang anda mahukan
Samapi sini dulu ya.. nanti saya masukkan en3 cara/ langkah membeli rumah subsale ini..
Sehingga kita berjumpa lagi, fikirkan yang terbaik untuk anda dan keluarga.. InsyaAllah..

Sunday, August 23, 2009

bertemu kembali...

Salam. apa khabar semua? Salam Ramadhan.. lama sungguh tak berusik blog ku ini.. tetamu pun dah berkurang.. maaf ye.. bukan pe, sungguh2 sibuk.. sekejap berkejar ke rumah, sekejap balik ke office.. maaf ye..

Seminggu dua ini, mmg terus terang saya tidak cukup tidur. dengan kepenatan mengecat rumah, lagi menjaga baby, lagi mengemas, lagi bekerja, lagi berpindah, dan lagi berkemas.. (banyak sungguh lagi nye..). Mmg sibuk dan penat. Tapi bersyukur kepada Allah, yang memberi saya tenaga sebanyak mungkin yang saya tak tahu dari mana.. (dari Allah la kan..)

Oh ye, membebel jer.. sebenarnya kami sekeluarga baru berpindah ke rumah baru.. Alhamdulillah, selepas 2 tahun berkahwin, kami mampu membeli rumah sendiri.. Walaupun bukan rumah baru, tapi kami cukup bersyukur kerana rumah ini mampu dimiliki, malah menjadi rumah sendiri.. Kata orang rumah yang dibeli dari tangan orang/ rumah kedua dipanggil 'subsale'. Bagaimana nak beli rumah ni, nanti saya ceritakan di lain en3..

Terima kasih buat pengunjung yang sedia mengunjungi blog yang terbiar sepi nih.. hahaa.. maaf la ye.. mmg betul2 tak cukup masa..

Oh ye, mesin basuh sudah pun ada yang nyatakan kesudian membeli.. terima kasih ye che miey.. opps.. nanti nak bertukar ke puan miey.. kawan punya pasal, lagi kawan nak dirikan masjid, saya pun jual dengan harga berpatutan.. berpatutan tak miey? heheee..

lagi..sudah berpindah ke rumah baru, tapi masih belum berkemas sepenuhnya.. terima kasih buat mak ayah, ma abah, ngah, kak sham, syema, aina, semua la yang bersusah payah bertungkus-lumus menolong kami berpindah dan mengecat dan segalanya... jasa kalian tidak mungkin kami lupakan.. terima kasih semua.. love you all..

Kepada kengkawan sekalian, nantikan kemunculan en3 terbaru.. InsyaAllah, saya cuba sebaik mungkin untuk update ye...

Sehingga kita berjumpa lagi.. InsyaAllah...

Tuesday, August 18, 2009

Syiling Peringatan Abad ke 15 Hijrah - 1401


Syiling peringatan ini dikeluarkan tahun 1980 sempena menyambut abad ke 15 hijrah tahun 1401 hijrah. Jumlah tempaan sebanyak 500,000 unit dengan nilai muka satu ringgit diperbuat daripada copper-nickel.

Thursday, August 13, 2009

award..

Salam.. kali ini en3 biasa sajer.. terima kasih kepada anaklaut atas award kepada saya ni.. tq.. tq..

* maaf tiada entry terbaru yang besh, sebab 2-3 hari ni hari yang busy & merunsingkan...

Monday, August 10, 2009

beralih bulan / growth spurts

Salam. apa khabar? lama saya tak updated blog ni dgn info mama. Kali ni saya nak cerita tentang fasa beralih bulan atau bahasa saintifiknya 'growth spurts' (GS). Anak anda mengalami fasa ini? Atau mungkin juga anda tidak menyangkakan perkara ini. Beralih bulan biasanya dianggap mitos atau juga cakap-cakap orang tua. Tetapi beralih bulan ini ada faktanya dalam kajian. Sesetengah bayi akan mengalami mengikut fasa umur tertentu, malah ada yang akan mengalaminya hampir setiap bulan.. (baby saya cmtu la...)..

APA ITU PERALIHAN BULAN?
Beralih bulan (GS) akan terjadi kepada sesetengah bayi. Ada yang akan mengalami demam, batuk, hilang selera makan dan sebagainya. Ada yang terjadi mengikut masa tertentu ( cthnya 7-10 hari, 2-3 minggu, 4-6 minggu, 3 bulan, 4 bulan, 6 bulan dan 9 bulan). Walaupun dikatakan berlaku kepada bayi di bawah 1 tahun, namun kejadian beralih bulan ini masih berlaku kepada bayi yang lebih daripada 1 tahun. Malah tidak keterlaluan andai dikatakan masih berlaku pada mereka di peringkat remaja.

APA TANDA BERLAKUNYA GS?
  1. demam/batuk/selsema
  2. hilang selera makan/muntah
  3. Ada bayi yang jadi lebih aktif atau lebih bersikap 'fussy'
  4. Bayi lebih kerap merengek / manja (anak saya le tu...)
  5. ada bayi yang lebih minum susu.
    ramai ibu menyangkakan bayinya tidak cukup susu, namun ini hanyalah gejala, dan yakinlah susu ibu akan mencukupkan keperluan bayi itu.. (jangan pula diberi makanan tambahan bagi bayi di bawah 6 bulan).
  6. pertumbuhan pesat bayi
    ada bayi yang selepas GS berlalu, akan memperoleh 'skill' baru utk dirinya, spt, merangkak, duduk, berdiri atau berjalan. (pernah terjadi anak kesayanganku boleh buat 3 perkara selepas GS - menjulur, duduk & persediaan berdiri/berpaut...)
JANGKA MASA BERLAKUNYA GS
Berbeza bagi setiap bayi yang mengalaminya, ada hanya 2-3 hari,malah ada juga sehingga 2-3 minggu.

APA YANG BOLEH DIBUAT?
  1. Kaedah orang lama (ni kena tanya atuk/nenek/mak ayah sendiri)
  2. Awasi anak anda lebih dari biasa
    Jika anak anda demam, awasi spy demam tidak berlanjutan/terlalu tinggi suhunya.
    Ada baby lebih aktif, awasi spy aktivitinya tidak memudaratkan dirinya sendiri.
  3. Berikan apa jua makanan yang difikirkan perlu untuk anak anda, jika bayi inginkannya. Lebih baik beri makanan yang disukainya daripada bayi tidak makan langsung..
  4. Bagi bayi berusia kurang dari 6 bulan, jangan risau, tidak perlu menambah makanan tambahan/ susu formula, kerana anda perlu percaya susu anda mencukupi bagi bayi anda.
Inilah sedikit sebanyak info menganai beralih bulan atau 'Growth spurts' ini. Moga info ini berguna buat kita semua.

mote:
  1. Perhatikan perkembangan anak anda, sebagai ibu, anda lebih mengetahuinya.
  2. Beralih bulan memang ada, bukan mitos
  3. Ambillah langkah yang terbaik buat anda dan bayi anda..
Sehingga kita berjumpa lagi. InsyaAllah.. Yang terbaik datang dariNya.

Thursday, August 6, 2009

'iLoveMalaysia' campaign...

Salam everybody... apa khabar hari ini? Sekarang kita dah masuk bulan Ogos, yang terkenal kerana 52 tahun lalu, Malaysia telah memperoleh kemerdekaan daripada pihak British.. Tidak dapat kita bayangkan andai kata kita berada pada masa itu. Tapi saya yakin, orang-orang dahulu tentu sangat terkesan di hatinya semasa proses kemerdekaan yang kita perolehi. Tentu sayu dan syahdu agaknya..

Semperna bulan kemerdekaan ini, Exabytes (sebuah syarikat hosting terkemuka di negara kita..) telah mengajurkan satu kempen iaitu 'iLoveMalaysia' campaign di website mereka. Prosesnya mudah sahaja.. anda hanya perlu memasang banner 'iLove Malaysia' ini di blog anda. Caranya anda perlu mendaftar di sini. Di situ cuma masukkan nama dan emel anda. Juga terdapat referred emel di situ. Jangan lupa masukkan emel ini bintang_cun@yahoo.com. Tanpa referred emel ini, penyertaan anda tidak sah.

Pemenang dipilih secara rawak (random).. Kira macam cabutan bertuah la ni.. Anda juga boleh sebarkan kepada rakan-rakan lain.. yang mana jika rakan anda refer kepada emel anda itu menang, anda juga mungkin menang hadiah yang sama..

Apa hadiahnya? ha.. anda mungkin berpeluang memenangi iPhone 3G.. (dalam RM2500 nih..) untuk 2 orang (nih hadiah Grand Prize), manakala 10 orang pemenang lagi mungkin berpeluang memenangi Hard Disk Western Digital My Passport Essential 320G.. manalah tahu kan.. anda mungkin pemenangnye.. Jadi, selain menghayati 52 tahun kemerdekaan, anda mungkin berpeluang memenangi hadiah..










Oh ye, harapan saya janganlah hanya masuk pertandingan, tetapi sedikit sebanyak berterima kasihlah kepada orang terdahulu yang memastikan negara kita bebas dari jajahan orang asing. Jadi, bersyukurlah kita atas keharmonian dan kebebasan dalam erti kata sebenar yang sudah kita perolehi. Fikirkan untuk kesejagatan semua, dan moga negara kita aman damai hendaknya..

Selamat Hari Merdeka..

Wednesday, August 5, 2009

Kenangan 1 Ogos : Mansuhkan ISA

Aku bukanlah orang yang teruja dengan setiap kali kedatangan demostransi tetapi kebiasaannya keterujaan itu berkobar dalam tempoh 24 jam sebelum demo bermula. Pengalaman aku berdemo ni dah masuk 3 kali. Kali pertama hanya mengikut orang ramai berdemo ke dataran merdeka masa tu kes Anwar ditangkap. Aku nampak satu group yang jumlahnya beratus2 di Masjid Jamek jadi disebabkan sifat curiosity aku maka aku pun ikut bersama dengan seorang kawan. Dalam perjalanan ke Dataran Merdeka muka kawan aku dah nampak pucat takut kena tangkap jadi aku sempat berdemo 20 minit. Pengalaman pertama ini menyeronokkan.

Pengalaman kedua demo pula dengan tema Perhimpunan Bersih di Masjid Jamek. Hujan memang lebat masa tu jadi aku tersadai di lrt Masjid Jamek tak dapat turun berdemo. Cuma mampu melihat gelagat peserta dan polis melalui lensa kamera. Masa takbir lantang dibuat oleh pendemo2 di kawasan masjid hati aku menyentap2 untuk turun tetapi aku lebihkan kamera aku yang takut kehujanan. Ditambah lagi dengan pancutan air dan gas pemedih mata polis ke arah orang awam bukan pendemo lagilah berkobar2 semangat aku untuk turut serta. Dalam keadaan hujan yang sudah renyai2 aku turun bersama pendemo tetapi pada masa itu sudah ramai yang berpecah dan bersurai. Ralat sungguh aku masa tu ada rasa sesuatu yg tak terlepas dari jiwa aku.

Pengalaman ketiga pada 1 Ogos dengan tema Mansuhkan ISA. Ini pengalaman paling menyeronokkan. Dari pukul 12:00 hingga 6:30 petang aku berada di sekitar Sogo dan Jalan TAR. Pada mulanya aku hanya menjadi pemerhati di kedua2 belah pihak. Pada pukul 12:30pm polis sudah memula menangkap orang2 yang memakai baju mansuhkan ISA. Pelik betul polis Malaya ni dengan baju pun dia orang takut. Yang kena tangkap ni pulak dengan penuh senang hati tanpa meronta2 naik aje lori polis tu. Baik sungguh budi bahasa orang2 yang kena tangkap ni. Masa ni kedai2 di area Sogo masih buka dan orang dah semakin ramai berdiri sepanjang tepi2 jalan melihat telatah polis dan mangsa2 yang kena tangkap tanpa ada sebarang kekecohan. Masa ni sebelah pintu sogo dah ditutup.

Masuk pukul 2:00 petang bermulalah aksi2 yang ditunggu oleh semua orang di sana. Satu kumpulan berjumlah hampir 100 orang melaungkan takbir dan suara keramat "hidup rakyat". Bermulalah orang2 yang berdiri di tepi jalan bergerak pantas memasuki kumpulan ini dan menjadi beribu orang. Ramai orang awam memerhati dari tepi2 jalan sambil duduk makan di kedai2 makan tanpa ada rasa takut di muka mereka. Ini bukan pertama kali demo berlaku di sini jadi untuk peniaga tiada apa2 untuk ditakutkan.

Semasa fru pertama kali menyembur water canon dan gas pemedih mata ke arah para pendemo di lrt sogo aku berada di pihak lokasi fru untuk merakam suasana itu. Aku melihat para pendemo bertempiaran lari. Aku rasa rugi tidak berada di samping pendemo jadi aku terus berlari menghala kepada para pendemo untuk merasa penangan air dan gas pemedih mata tapi para pendemo dah hilang rupanya mereka lari ke arah Jln Tar. Aku pun berlari ke sana mengikut mereka. Seperti yang disangka fru melancarkan peluru gas pemedih mata maka berlarilah kami semua merata tempat. Pada masa ini masih ada kedai di buka termasuk kedai makan sehinggalah asap2 pemedih mata memenuhi seluruh kawasan barulah ditutup kedai2 tersebut.

Apa yang aku perhatikan kedai2 ini hanya ditutup disebabkan asap2 yang dilepaskan polis bukan sebab para pendemo ni. Aku pun terperangkap beserta dengan beberapa para pendemo dalam kedai runcit sebab tak tahan dengan gas pemedih mata. Orang awam pun terperangkap dalam kedai yang sama tapi muka relaks cuma tak berani nak keluar. Masa tu kedai tu tak berapa nak tutup sebab perniagaan air dia laku. Tapi didesak oleh para pendemo kat dalam kedai tu suruh tutup sebab asap semakin banyak maka ditutuplah juga dan sebelum ditutup habis kami beli beberapa botol air dan kami berlari keluar untuk bersatu dengan kumpulan2 lain. Apa klas nak tengok acara dari dalam kedai.

Dalam 4:30 petang selapas tamat ucapan Mat Sabu kami disuruh bersurai. Selepas bersurai pun polis kejar kita lagi. Sampai tersadai kami di Jalan Tar. Baru perasan kami kena kepung dengan polis nak balik pun tak boleh. Jadi kami beramai2 berehat di tepi2 jalan Tar tu. Aku duduk lebih kurang 5 meter dari kereta polis sorang2. Aku tengok mamat SB sorang tu kelam kabut bercakap dlm walkie talkie dia sambil berlari ke arah mana ntah. Tengah aman damai tanpa hiruk pikuk tetiba gas pemedih mata jatuh 10 meter dari aku. Ciss polis ni memang nak overtime lebih nampak jadi berlarilah aku selaju mungkin dengan orang2 lain. Dah terlalu banyak aku sedut asap sampai nak termuntah. Pedih muka, hidung dan mata. Terus aku mintak garam pada pada sorang pendemo dan garam tu aku jilat dan disusuli dgn minum air baru kurang semput. Kemudian mereka berpakat untuk berkumpul di Kampung Baru pada masa ni aku dah letih main polis sentri jadi aku terus bercadang membeli belah di pasar malam Masjid India.

Aku rasa satu pengalaman menarik dan puas mengikuti demostransi ini. Betullah kata para pendemo yang lain, sekali dah turun kita akan turun berkali2. Aku berbangga kerana dah merasa pedihnya gas pemedih mata dan sedapnya makan kuih berperisa gas pemedih mata. Bukan saja keseronokan yang aku rasa tetapi perjuangan untuk rakyat itu yang paling bermakna. Tiada ahli keluarga kami atau sanak saudara dan kenalan kami yang berada di Kamunting tetapi sebagai rakyat yang cintakan keadilan kami turun di jalanan menuntut dihapuskan kezaliman. Kami turun dari setiap ceruk rantau dengan penuh rasa tanggugjawab sebagai rakyat marhain dengan duit sendiri tanpa dibiayai oleh sesiapapun untuk menunjukkan kepada kerajaan akan kuasa rakyat. Kezaliman akan tumbang!. Insya allah demostransi ini menjadi pemangkin kepada jati diri di hati2 kami untuk menjadi lebih berani dalam segala hal.

Para segelintir peniaga yang rugi, betulkah anda rugi sedangkan kami turun beramai2 dari seluruh negara membantu perniagaan anda juga. Jika ada kerugian tuntutlah kerugian itu dari pihak polis. Bukan kami yang mencetuskan huru hara. Jaminan sudah diberikan oleh GAMIS perhimpunan itu adalah perhimpunan aman. Tiada kerosakan dan kecurian yang kami lakukan bahkan anda sudah biasa dengan keadaan kami sebelum ini. Apalah nak berkira sangat dengan kerugian sehari jika hendak dibandingkan dengan isteri, anak2, ibubapa yang kehilangan orang2 yang mencari sumber pendapatan keluarga dipenjara tanpa sebab di kamunting? Jangan kerana duit anda sudah hilang maruah diri.
Adioss!!

kemanakah kamu pergi...???

Salam kengkawan.. huhuu... saya sedih.. sebab tak tahu apa saya buat pada blog ini, tetiba jer semua link kengkawan blog hilang..huhuhuuu.. jadi saya mintak la pada semua kengkawan yang link blognye tak de kat blog saya ni, leh la tinggalkan komen utk saya link kan semula pada blog ni ek... pleaz ye kawan-kawan sekalian.... TQ..

jasa baik anda amat saya hargai...

Monday, August 3, 2009

berjayakah schumacher?

hari ni de 2 en3.. hehe.. saya ni kategori minat F1 gak.. kadang2 tu berangan nak bawak kete tu.. tapi, dalam mimpi je la kan...

Berita pasal F1.. bagi sesaper yang tgk hari tu.. Felipe Massa terlibat dalam kemalangan di litar Grand Prix Hungary, di mana sebelum dia merempuh kawasan tayar, kepala Massa terkena serpihan dari kereta pemandu Barrichello. Akibat kemalangan itu, Felipe Massa dikejarkan ke hospital. Dia dikatakan koma beberapa hari, dan pada Rabu lalu, beliau dibenarkan keluar dari ICU. Hari ini, beliau dilaporkan sudah dibenarkan keluar hospital, namun perlukan rehat kerana kecederaan teruk di kepala dan mata.

Bagi menggantikan Felipe Massa dalam beraksi untuk pertandingan selanjutnya, pasukan Ferrari telah mengambil keputusan untuk membenarkan Micheal Schumacher beraksi semula untuk pasukan itu. Walaupun mempunyai pemandu gantian, tentu saja Ferrari punya sebab tertentu dalam membenarkan Schumacher beraksi. Bagi Schumacher pula, untuk pasukan, beliau bersedia menggalas tugas tersebut. (klik sini)

Mampukah Schumacher mengembalikan prestasi gemilang Ferrari? Sudah tentu aksi dalam litar berikutnya menjadi pertandingan yang hangat untuk disaksikan. Mampukah Ferrari menumpaskan musuh yang semakin hebat musim ini? Mampukah GP Brown menyekat kemaraan Schumacher? Sama-samalah kita saksikan...

i want to let go...

Salam. apa khabar hari ni? lama tak nulis sini kan... sibuk sungguh.. hahahaaa...konon la.. ha, saje je ni, nak buat iklan free kat sini.. kepada sesaper yang ada nak beli mesin basuh pakaian yang second, boleh la contact saya ye.. bukan pe, mesin basuh ni, cantik lagi.. baru nak dekat dua tahun pakai. nak let go sebab rasa nak undur selangkah ke belakang.. (leh ke??).. niat di hati nak beli mesin basuh semi-auto.. bukan pe, disebabkan kemalasan yang melampau, kadang2 tu nak basuh sikit2 jer..jadi bila guna mesin auto ni, membazir pulak rasenye...

ni gambar mesin basuh tu...

spesifikasi: fully-auto Panasonic 6.0kg
keadaan: masih baik, malah belum ada kecatatan, baru 2 tahun penggunaan, lebih kurang 2 kali seminggu
lokasi: sekitar gombak (leh amek sendiri..)
harga: RM 500.00 (boleh nego lagi..)











kanan: keadaan di dalam mesin basuh
kiri: gambar atas, Panasonic 6.0kg

Ni buat tanpa pengetahuan suami ni, walau pun suami pun setuju nak jual..hahhaaa.. jadi sesape yang berminat, boleh la hubungi saya ye.. harga leh runding lagi..

Sekian dulu, iklan percuma di sini.. sehingga berjumpa lagi.. InsyaAllah... babai...

Gambar Belangkas