Sunday, February 1, 2015

Awas 'Malware' Pada Telefon Pintar

 Gambar hiasan

PETALING JAYA: 'Malware' (virus) baharu yang menjangkiti dan mengunci data komputer sehingga wang tebusan yang dibayar boleh menjangkiti telefon pintar dengan mudah, CyberSecurity Malaysia memberi amaran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, pengguna telefon pintar harus berwaspada terhadap malware jenis 'Ransomware' itu.

"Pada bulan Januari sahaja, sebanyak empat kes Ransomware pada komputer telah dilaporkan kepada Pusat Bantuan Cyber999 kami," katanya.

Dr Amirudin berkata insiden itu membabitkan dua syarikat dan dua pengguna individu.

Sebagai perbandingan, terdapat tiga kes pada tahun lepas, dan hanya dua kes pada 2013.

"Sehingga kini, CyberSecurity Malaysia tidak menerima sebarang laporan kes telefon pintar yang dijangkiti Ransomware tetapi mencegah lebih baik daripada mengubati," katanya dalam satu temu bual.

Beliau berkata antara cara yang boleh menyebabkan komputer dan telefon bimbit dijangkiti 'malware' tersebut adalah melalui lampiran e-mel yang mengandungi 'malware' di mana ia akan dimuatnaik dengan sendirinya.

Satu mesej pop-up pada skrin akan menyatakan bahawa komputer telah dikunci dan semua fail disulitkan, selain bayaran 'penalti' sebanyak AS$100 (RM363) dikenakan kerana  melawat 'laman web secara tidak sah'.

Berikutan kejadian tersebut, CyberSecurity mengeluarkan nasihat kepada semua pengguna internet, termasuk pertubuhan-pertubuhan, berhubung ancaman yang mungkin dihadapi.

Dr Amirudin berkata mangsa tidak perlu mengikut arahan pembayaran sebaliknya menghubungi Cyber999 untuk bantuan.

"Selain daripada membantu mangsa, laporan itu juga akan memberikan maklumat penting yang akan membolehkan kita untuk lebih menangani atau mengurangkan masalah ini," katanya.

Beliau berkata, pengguna internet perlu mempunyai perisian anti-virus yang terkini dan tidak meng'klik' pada pautan web yang tidak diminta di dalam e-mel.

Dr Amirudin turut menasihati pengguna untuk sering membuat 'fail sokongan' untuk maklumat penting bagi menghadkan kesan kehilangan data atau sistem dan untuk membantu mempercepatkan proses carian.

Soalan atau laporan boleh dihantar kepada cyber999@cybersecurity.my atau mycert@mycert.org.my atau telefon 1-300-88-2999 (waktu perniagaan) atau +6019 2665850.



Sumber: mstar.com.my

MESTI TENGOK! Remaja Selamba Kongsi Gambar Tidur Bersama Pasangan

MESTI TENGOK! Remaja Selamba Kongsi Gambar Tidur Bersama Pasangan

Remaja pada zaman ini dilihat begitu ghairah dalam mengongsi gambar-gambar mereka di Facebook. Hampir semua gambar yang mahu dikongsi oleh mereka sehinggakan gambar aksi panas bersama pasangan turut dikongsi oleh kerana terlalu taksub dengan budaya zaman sekarang.

Tiada lagi perasaan malu dalam diri mereka, bahkan mereka seolah-olah bangga mengongsi gambar-gambar panas kepada khalayak ramai di laman sosial.

Jom lihat gambar pasangan remaja yang dikongsi mereka di laman Facebook tanpa segan silu:


Gambar Sharifah Sakinah terlupa Memakai Coli Semasa Bersenam



Sharifah Sakinah sekali lagi menimbulkan kontroversi menerusi akaun Instagramnya apabila memuat naik sekeping gambar yang memperlihtkan bentuk payudara dan bodynya yang seksi semasa bersenam dengan kapsyen "Get fit be healthy with @fitnessakinah @the30minutetrainer."


Seorang follower menulis teguran berikut "respect islam, respect yourself...then people will respect u more..."
Apapun, tidak dinafikan Sakinah memang seorang yang seksi dan rajin bersenam.

Gambar seekor semut mengangkat ulat curi perhatian dunia

Seekor semut di Indonesia mempunyai tenaga yang luar biasa apabila berjaya mengangkat seekor ulat hijau yang jauh lebih besar darinya. Semut tersebut berjaya dirakam oleh seorang remaja, Frenki Jung, 17, di laman belakang rumahnya di Sambas, Kalimantan Barat, Indonesia.
 







dailymail.co.uk

Afdlin Bengang kerana beri “Gelaran ‘Datuk’ Kepada Jackie Chan"

90

SHAH ALAM – Pelawak terkenal, Afdlin Shauki hari ini mempersoalkan kelayakan Jackie Chan susulan penerimaan darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah yang membawa gelaran Datuk kepada pelakon aksi antarabangsa itu, hari ini.
Ini kerana Afdlin berkata, adalah lebih baik jika gelaran itu diberikan kepada rakyat Malaysia yang bertungkus lumus serta bergadai nyawa semasa banjir besar melanda Pantai Timur baru-baru ini.
Menurut Afdlin, gelaran itu tentu amat bermakna jika diberikan kepada rakyat Malaysia yang membanggakan negara ini.
“Beri gelaran datuk pada mereka yang menggadai nyawa untuk orang lain waktu banjirlah… Jadikan gelaran datuk ini bermakna sesuatu sekali lagi. Ini hanya pandangan saya,” katanya dipetik melalui laman sosial Facebooknya.
JC
Meskipun mengakui begitu meminati pelakon itu, namun Afdlin berkata darjah kebesaran itu mungkin tidak membawa apa-apa erti kepadanya.
“…apalah sangat gelaran datuk di peringkat antarabangsa, kita tahu betapa ia penghargaan besar dianugerah (bukan membeli) gelaran datuk,” katanya.
Chan menerima darjah kebesaran Panglima Mahkota Wilayah sempena majlis istiadat pengurniaan darjah kebesaran, bintang dan pingat bersempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan hari ini, berlangsung di Istana Negara. Kuala Lumpur.

Mendahului senarai 356 penerima pingat dan darjah kebesaran tahun ini ialah Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail, lapor Antarapos

Perempuan ini ingin melahirkan anak di planet Marikh

Maggie Lieu, salah seorang calon projek Mars One yang berencana mendirikan koloni manusia di Marikh - Mirror /Karen Robinson / The Guardian

Seorang perempuan ingin melahirkan anaknya kelak di planet Marikh. Bukan jenaka, Maggie Lieu berniat melakukannya dengan menyertai Mars One, sebuah projek besar-besaran yang bertujuan mendirikan tanah jajahan manusia di Planet Merah.

Seperti dilaporkan Coventry Telegraph, Maggie perlu menunggu jawapan sama ada dirinya diterima dalam projek atau tidak. Perempuan 24 tahun asal Tile Hill, Coventry, United Kingdom, itu telah termasuk dalam 600 calon Mars One.

Sebelumnya, projek bernilai GBP4 bilion ini mempunyai 200 ribu pendaftar. Maggie harus bekerja keras agar masuk 40 teratas.

"Untuk memulakan tanah jajahan, kita perlu melahirkan anak di Marikh. Suatu saat, hal itu akan terjadi," ucap Maggie, seperti dikutip Mirror.co.uk, baru-baru.

"Sudah tentu ini merupakan suatu cabaran, kerana belum ada satu orang pun yang pernah melakukan penyelidikan terhadap risiko melahirkan di persekitaran dengan graviti rendah," sambung dia.

Jika projek ini menjadi kenyataan, manusia harus mampu untuk hidup dalam suhu rendah hingga -62 darjah Celsius, level radiasi berbahaya dan bahaya kehabisan nafas, kelahiran dan kekeringan.

Empat kumpulan awal projek Marikh dijadualkan meninggalkan Bumi menuju Marikh setiap dua tahun bermula 2024 mendatang. Sebelum berangkat, setiap calon perlu menjalani proses latihan selama sepuluh tahun.

Maggie, mahasiswi astrofizik Universiti Birmingham berkata, calon akan mempelajari pelbagai kemampuan, bermula dari rawatan, pertanian, elektronik dan lain-lain.

"Kami perlu menanam makanan kami dan mencipta oksigen sendiri," tutur Maggie. "Saya yakin terraforming (mengubah keadaan Marikh seperti Bumi) boleh dilakukan, namun akan memerlukan beribu-ribu tahun."



Sumber: Metrotvnews.com

Jom Aktifkan Mykad | Contest SEO Jom Aktifkan Mykad

Jom Aktifkan Mykad | Contest SEO Jom Aktifkan Mykad. Ini kontest SEO pertama tahun ini yang disertai oleh Fiezaradzi. Bertajuk "Jom Aktifkan Mykad" membuatkan saya berfikir, apa faedah yang bakal saya nikmati jika MyKad saya diaktifkan?

jom aktifkan mykad
JOM AKTIFKAN MYKAD

JOM AKTIFKAN MYKAD

Saya yakin, bukan saya seorang yang belum mengaktifkan MyKad sendiri, malah tak melampau kiranya saya katakan lebih separuh rakyat Malaysia tidak mengetahui akan kewujudan kempen Jom Aktifkan MyKad ini.

Menyahut cabaran kontest SEO "Jom Aktifkan Mykad" anjuran blog AnuarMarsib.com, sebenarnya 'memaksa' saya untuk membaca dan memahami apa yang cuba disampaikan oleh beliau. Kenapa beliau beria-ria menganjurkan kontest SEO ini?

Perjalanan saya di blog beliau membawa kepada penemuan yang amat mengujakan. Antara catatan beliau berkaitan kebaikan berkaitan kempen Jom Aktifkan Mykad ini ialah:

  1. Aktfikan Mykad Secara Online!
  2. Bercuti di Gula Santuary Resort dengan Harga Lebih Rendah 
  3. Pendapatan sampingan bila menjadi Agen Mykad Smart Shopper?  
Ini antara entri beliau yang sempat saya terjah. Menarik dan tertarik! Betul tak? Hanya dengan sekeping kad iaitu Mykad, banyak juga kelebihan yang bakal kita nikmati. Yang penting, langkah pertama mestilah aktifkan Mykad untuk menikmati kelebihan yang ditawarkan. 

Diskaun sehingga 20% bila Mykad Diaktifkan!

Diskaun sehingga 20% di outlet yang terlibat menggambarkan pengaktifan Mykad semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Antara outlet yang menawarkan diskaun ialah CINEPLEXES, JAKEL (Melaka), OLDTOWN (Sg. Besi), PIZA AL-HAJ, MAK TEH MEE BANJIR UDANG, PAPARICH, BIZZY BODY, CLARA, BEAUTY CENTURY, D’AURA SPA, CALLYSTA BEAUTY & SWIMMING, KASYIFAH SPA, LUVEINA BOUTIQUE, FITNESS STUDIO & GYM dan banyak lagi.

Bila dah aktifkan Mykad, jomlah berbelanja di outlet terpilih. Selain mendapat diskaun sehingga 20%, kita juga boleh tebus hadiah dengan point yang kita kumpul dengan setiap pembelian. RM1=1 point. Antara hadiah menarik menanti pemegang Mykad yang telah diaktifkan ialah seperti dalam gambar kempen "Jom aktifkan Mykad" di bawah:

jom aktifkan mykad
redeem hadiah - Jom aktifkan Mykad!
Jika anda seorang yang ingin menambah pendapatan sampingan, anda juga boleh menjadi agen affiliate, lebih dikenali sebagai Affiliate Junction. Anda boleh terus berhubung dengan Saudara Anuar melalui pautan yang saya sertakan di atas (permulaan entri). Mana tahu, inilah peluang yang anda cari selama ini untuk menambah pendapatan!

JOM AKTIFKAN MYKAD

Untuk mengaktifkan Mykad, anda hanya perlu mengisi borang yang disediakan di laman ini: Jom Aktifkan Mykad.

Pengaktifan MyKad adalah PERCUMA. 

Menurut laman web AktifMyKad.com, antara kelebihan lain menyertai Program MyKad Smart Shopper ialah:

  1. Pengaktifan MyKad untuk menjadikan Mykad sebagai Kad Diskaun adalah PERCUMA.
  2. Tiada yuran tahunan, maknya FREE seumur hidup. Sekali akftifkan MyKad, sudah cukup.
  3. Tak perlu bawa kad tambahan lain. MyKad sentiasa ada dalam dompet. Betul tak?
  4. Memperolehi mata ganjaran yang tiada tarikh luput. Kumpul banyak-banyak dan tebus hadiah yang lebih tinggi nilainya!
  5. Aplikasi MyKad Smart Shopper melalui iPad, iPhone dan SmartPhone yang disokong sistem GPS, dapat memberi panduan, maklumat dan lokasi setiap kedai yang terlibat di dalam program ini. Cukup mudahkan. 
Inilah antara kelebihan jika kita aktfikan MyKad kita. Jomlah aktifkan MyKad supaya kita dapat menikmati kelebihan ini.

Jom Aktifkan MyKad - Contest SEO
“Contest ini dianjurkan oleh Blog Coretan Anuar ditaja oleh www.aktifmykad.comJom Aktifkan Mykad. Kenapa Nak Aktifkan MyKad?

    Gambar Belangkas