Tuesday, March 1, 2011

Aurat dalam Solat

Semasa menolong anak saya mengemas barang-barangnya di dorm baru, didapati telekung beliau tertinggal di rumah. Saya berpesan kepada anak bahawa aurat dalam solat samalah seperti aurat semasa di luar. Tidak semestinya kita WAJIB memakai telekung semasa solat, jika pakaian kita sudah menutup aurat sepenuhnya, beliau boleh terus solat dalam keadaan begitu. Tambahan lagi beliau memakai tudung labuh, jadi hanya perlu memakai stokin dan sudah boleh bersolat. Saya rasa hanya di Malaysia sahaja yang orang-orangnya seakan-akan WAJIB memakai telekung semasa solat. 
Namun begitu petang semalam beliau telah menalipon saya, bertanya samada saya sudah mengepos telekung beliau.  Saya nyatakan saya akan pos pada hari ini.  Saya bertanyakan bagaimana keadaan beliau? Anak beritahu bahawa dia tahu dan sudah biasa melihat kakaknya atau saya bersolat dengan jubah/baju kurung, tudung labuh dan memakai stokin, tetapi beliau rasa tidak selesa bersolat sebegitu di sekolah tersebut kerana ramai pelajar lain memerhatikan beliau yg kelihatan lain dari orang lain yg memakai telekung. Dia dianggap seperti "weirdo"! 
Begitulah...keadaan dan suasana yang berbeza...latar-belakang pelajar-pelajar itu juga berbeza...
Terkenang pengalaman masa lampau, sewaktu saya melanjutkan pelajaran di USA...
Keadaan di negara Barat yang tiada surau untuk bersolat, tetapi itu tidak menghalang kita dari menunaikan Rukun Islam itu. Di mana-mana ada ruang untuk bersolat di kawasan Universiti, kita akan solat, hatta di bawah tangga sekalipun. Jika di musim panas, kita boleh bersolat di bawah pokok di luar dewan kuliah. Kami bersolat dengan tidak memakai telekung asalkan baju kami menutup aurat sepenuhnya.  Walaupun pada mulanya 'mat-mat dan minah saleh' memandang perlakuan kami dengan pelik...tetapi lama-kelamaan mereka sudah biasa.  Jika ada yang curious mereka akan bertanya dan kami akan memberi penerangan kepada mereka. Akhirnya apabila semakin ramai pelajar Malaysia, pihak universiti telah memberikan satu bilik kosong untuk kami gunakan sebagai bilik rehat/solat.
Alhamdulillah....


Bahan Rahasia Coca-cola Ternyata Sangat Menjijikkan!

Coca-cola saat ini adalah produk minuman yang paling mendunia dan terkenal. Diseluruh penjuru dunia pasti dapat ditemukan produk ini. Namun, tersiar kabar mengejutkan dari perusahan tersebut.

Ternyata Bahan Rahasia Produk Coca-Cola adalah Air Liur (Air Ludah).

Kabar ini disiarkan oleh Weekly World News. Menurut sumber, seorang mantan karyawan produk Coca-Cola memberitahukan informasi

Senarai filem baru akan datang tahun 2011

Apakah filem Holywood yang paling ditunggu-tungu pada tahun 2011? Tahun 2011 baru sahaja masuk bulan ke-3 dan pastinya pelbagai filem Holywood yang bakal ditayangkan kepada umum tidak lama lagi. Filem Transformers 3 Dark of The Moon sudah pasti menjadi filem yang sangat dinantikan penonton. Sila baca sinopsis Transformers 3 terlebih dahulu.

Di samping itu, ada beberapa lagi filem yang dijangkakan bakal menjadi Box-Office tidak lama lagi antaranya Piranha 3 DD, Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides, X-Men: First Class, Final Destination 5, Harry Potter and the Deathly Hallows: Part II dan banyak lagi filem menarik.

Berikut adalah senarai filem Holywood yang bakal ditayangkan sepanjang tahun 2011:

Februari 2011
23/2/2011 - Public Speaking
25/2/2011 - Of Gods and Men | Hall Pass | Drive Angry | Heartbeats

Mac 2011
2/3/2011 - Uncle Boonmee Who Can Recall His Past Lives
4/3/2011 - Beastly | Rango | Take Me Home Tonight | The Adjustment Bureau | The Imperialists Are Still Alive! | Happythankyoumoreplease | Old Cats
11/3/2011 - Battle: Los Angeles | Mars Needs Moms! | Jane Eyre
17/3/2011 - The Butcher, The Chef and The Swordsman | Lord of the Dance 3D
18/3/2011 - Limitless | Cracks | Paul | The Lincoln Lawyer | Win Win
25/3/2011 - Sucker Punch | Diary of a Wimpy Kid: Rodrick Rules | Miral

April 2011
Belum pasti - The Edge | Last Night | Hesher
1/4/2011 - DAM 999 | Mother's Day | Hop | Super | Source Code | Trust
8/4/2011 - Soul Surfer | Your Highness | Arthur | Hanna | Ceremony
15/4/2011 - Scream 4 | Rio | The Conspirator | Atlas Shrugged Part 1
22/4/2011 - Water for Elephants | Born to Be a Star | Haywire | African Cats
29/4/2011 - Fast Five | Prom | Cave of Forgotten Dreams

Mei 2011
Belum pasti - Daydream Nation
6/5/2011 - Thor | Something Borrowed | Jumping the Broom | The Beaver
13/5/2011 - Priest | Bridesmaids | The First Grader
20/5/2011 - Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides | Midnight in Paris
26/5/2011 - The Hangover 2
27/5/2011 - Kung Fu Panda 2 | The Tree of Life

Pirates of the Caribbean: On Stranger Tides - Ditayangkan 20/5/2011

Jun 2011
3/6/2011 - X-Men: First Class | Beginners | The Last Mountain
10/6/2011 - Super 8 | Judy Moody | The Troll Hunter
17/6/2011 - Green Lantern | Mr. Popper's Penguins | Homework
24/6/2011 - Cars 2 | Bad Teacher | A Better Life

Julai 2011
1/7/2011 - Transformers 3: Dark of the Moon | Monte Carlo | Larry Crowne
8/7/2011 - One for the Money | Zookeeper | Horrible Bosses | One Day
13/7/2011 - Rapt
15/7/2011 - Harry Potter and the Deathly Hallows: Part II | Winnie the Pooh
22/7/2011 - Captain America: The First Avenger | Friends with Benefits
29/7/2011 - Cowboys and Aliens | Crazy, Stupid, Love

Ogos 2011
Belum pasti - The Whistleblower
3/8/2011 - The Smurfs
5/8/2011 - The Darkest Hour | The Change Up | The Sitter
12/8/2011 - Don't Be Afraid of the Dark | 30 Minutes or Less | The Help
19/8/2011 - Spy Kids 4: All the Time in the World | Fright Night | The Mistaken
20/8/2011 - Amigo
26/8/2011 - Final Destination 5
31/8/2011 - The Debt

September 2011
Belum pasti - The Loop
2/9/2011 - Colombiana | Untitled 3D Shark Thriller
9/9/2011 - Warrior | The Apparition
16/9/2011 - Piranha 3 DD | Straw Dogs | Johnny English Reborn | Drive
23/9/2011 - Abduction | Moneyball | Dolphin Tale
30/9/2011 - What's Your Number? | Anonymous | Dream House | Courageous

Oktober 2011
Belum pasti - The Rum Diary
7/10/2011 - Real Steel | Wanderlust
14/10/2011 - The Thing Footloose | The Three Musketeers | The Big Year
19/10/2011 - Red State
21/10/2011 - Paranormal Activity 3 | Contagion
28/10/2011 - Dibbuk | Box Now

Paranormal Activity 3 - Ditayangkan 21/10/2011

November 2011
Belum pasti - Leo Tolstoy: Genius Alive
4/11/2011 - Puss in Boots | Tower Heist
11/11/2011 - Immortals | 11-11-11 | Jack and Jill
18/11/2011 - The Twilight Saga: Breaking Dawn | Happy Feet 2 in 3-D
23/11/2011 - Rise of the Apes | Project X | The Greatest Muppet Movie Ever Made

Disember 2011
Belum pasti - The Ides of March | Tinker, Tailor, Soldier, Spy
9/12/2011 - New Year's Eve
16/12/2011 - Mission: Impossible Ghost Protocol
21/12/2011 - The Girl with the Dragon Tattoo
23/12/2011 - A Very Harold & Kumar Christmas
28/12/2011 - War Horse

Sumber: Movie Insider

Nota Dahi: Bagi semua peminat filem Holywood, sama-sama kita nantikan kemunculan filem kegemaran anda di pawagam yang berdekatan. Pastinya filem Transformers 3 Dark of The Moon bakal menjadi pilihan utama. Beberapa filem menarik akan di review oleh blog ini. Pastikan anda kembali untuk mengetahui pelbagai perkembangan terbaru filem antarabangsa.

Kisah seram nasi lemak Kampung Baru

Email ini dikirimkan oleh seorang hamba Allah & saksi kejadian ....

Mengisahkan berkenaan seorang peniaga Nasi Lemak di Kampong Baru, kedai makannya sungguh laku dan pelanggan setiap hari memenuhi kedainya untuk mendapatkan nasi lemak setiap hari. Menurut beliau, resepi sambal keluarga turun-temurun merupakan strategi utama menyebabkan nasi lemak beliau laris.

Tanpa pengetahuan orang ramai, rupa-rupanya "resepi rahsia" yang dimaksudkan itu ialah bangkai ular yang digunakan sebagai pelaris untuk menyedapkan nasi lemak beliau. Bangkai ular berkenaan diwapkan didalam periuk nasi lemaknya menggantikan daun pandan. Setelah lama mengaut keuntungan hasil menipu orang ramai, Kak Kiah (nama betulnya perlu dirahsiakan) bercadang untuk menunaikan umrah di Mekah menggunakan hasil perniagaan beliau.

Pada malam sebelum beliau bertolak ke Jeddah, anak sulongnya menyatakan bahawa ibunya meraung-raung kepanasan walhal malam itu hujan renyai-renyai diluar. Setelah tidak tahu untuk berbuat apa-apa, maka beliau memanggil orang kampung termasuklah saya (penulis) ke rumah untuk membantu. Kalau nak diikutkan pengalaman saya, hanyalah sedikit sahaja dalam ilmu perubatan ini.

Saya sampai kira-kira jam 10.30 malam, ketika itu hujan renyai masih belum berhenti di sambut pula dengan raungan Kak Kiah yang semakin kuat. Saya selawat tiga kali sebelum melangkah masuk ke rumah 2 tingkat Lorong Raja Muda itu dan memberi salam. Jiran-jiran sudah ramai menunggu didalam. Kak Kiah berada ditengah dengan 6 orang lelaki memegang tangan dan kaki beliau. Saya mengambil tempat dikepalanya dan melihat badannya berpeluh-peluh manakala kulitnya seperti hendak menggelupas. Saya meminta air masak, sebiji telur, santan kelapa dan ikan bilis daripada anak lelakinya. Ianya tidak menjadi masalah kerana merupakan bahan yang digunakan seharian. Saya gelekkan telur pada permukaan dahinya, raungan

Kak Kiah semakin kuat dan nyatanya beliau sungguh marah sungguh terkejutsaya apabila beliau menjelirkan lidahnya lalu terkeluar lidah yang bercabang seperti ular. Tanpa membuang masa saya menaburkan ikan bilis ke atas badannya lalu dicurahkan dengan air masak, rontaan Kak Kiah semakin kuat, kulitnya mengelupas dan bersisik lagi busuk Lalu saya minta anak lelakinya mencurahkan santan ke badannya, Kak Kiah menjerit kuat dan meronta-ronta.

Pada ketika itu seluruh badannya mengeluarkan asap, begitu juga daripada bawah tilamnya. Bau yang busuk tadi telah berganti bau wangi umpama lemak yang datang daripada bawah tilam. Saya arahkan jiran-jiran mengangkat tilam berkenaan.

Alangkah terkejutnya saya apabila mendapati dibawah tilam beliau,

penuh dengan...............................????









NASI LEMAK !!!!!



Heh...Heh.....Heh...Jangan mare ye.......Dah! Cerita ni tipu jer.........Pergi buat keje tu haa...nak makan gaji buta la tu....

Nota Dahi: Mungkin cerita ni dah lame tapi ianya menarik untuk dikongsi. Terkena aku!

Prince of Persia HD wallpapers 1

Download wallpaper high definition (HD) yang bersaiz besar sesuai untuk dijadikan wallpaper desktop bagi laptop atau komputer anda. Sila klik untuk besarkan gambar dan right click untuk save image.









Nota Dahi: Semua wallpaper di upload sepenuhnya oleh wowberita.com. Jika ingin lihat lebih banyak wallpaper HD, anda boleh klik pada kategori Wallpaper HD ataupun sitemap dan pilih wallpaper kegemaran anda.

The past

Photographs are memories worth a million years. I looked back at some of the old photos and the forgotten past became the present again, memories flooding.

There were some photos which I took with people, who were mere acquantaince at first, but now we became closer years later. We became friends. Looking back at the photos made me go, "Oh, I took a picture with you before!"

So, it is sometimes worthwhile to take pictures with strangers... who knows they might 'click' with you in the future.

Same goes with food that I cook.... :P:P

Keputusan EPL Chelsea vs Manchester United 1-3-2011

Perlawanan bolasepak Liga Perdana Inggeris EPL musim 2010/2011 antara Chelsea lawan Manchester United bakal menjadi pelawanan yang dinanti-nantikan oleh peminat bolasepak antarabangsa seluruh dunia. Pasti ramai yang membuat jangkaan siapa yang akan menang perlawanan ini.

Chelsea mempunyai kelebihan apabila bermain di tempat sendiri iaitu Stadium Stamford Bridge dan itu mungkin menjadi semangat kepada pemain Chelsea untuk menang perlawanan menarik ini. Tapi keupayaan pemain Manchester United tidak harus dilupakan apabila membelasah Wigan 4-0 pada perlawanan EPL 26/2/2011 yang lepas.

Perlawanan terakhir antara Chelsea dan United adalah pada Piala Community Shield 8/8/2010 yang menyaksikan Chelsea tunduk kepada kekuasaan United dengan kekalahan 3-1. Gol United dijaringkan oleh Antonio Valencia, Dimitar Berbatov dan Javier Hernandez.

Tonton perlawanan EPL Chelsea vs Manchester United 1/3/2011 LIVE online streaming

Perlawanan kedua EPL Manchester United vs Chelsea bakal diadakan pada 7/5/2011 di stadium Old Trafford. United mendominasi Piala Liga Perdana Inggeris EPL sejak 2001 dengan memenangi 5 piala kejuaraan. Berikut adalah senarai pemenang EPL sejak 2001:

2010/2011 - Milik siapa?
2009/2010 - Chelsea
2008/2009 - Manchester United
2007/2008 - Manchester United
2006/2007 - Manchester United
2005/2006 - Chelsea
2004/2005 - Chelsea
2003/2004 - Arsenal
2002/2003 - Manchester United
2001/2002 - Arsenal
2000/2001 - Manchester United

Berikut adalah beberapa preview fakta menarik tentang perlawanan Chelsea vs Manchester United:

1. United tidak pernah menang perlawanan liga di Stamford Bridge sejak April 2002.
2. Penyerang United yang dipinjamkan ke Sampdoria, Federico Macheda menjadi pemain United yang terakhir pernah menjaringkan gol ketika pertembungan Chelsea dan United dalam saingan liga EPL.
3. Kemenangan United dalam saingan liga pada kali terakhir ialah 2 tahun lalu (Januari 2009). United menang 3-0 dalam perlawanan tersebut.
4. Jika Dimitar Berbatov menjaringkan gol pada perlawanan ini, ia menjadi gol ke 20 oleh beliau dalam saingan EPL. Rekod jaringan terbaik beliau ialah 15 ketika beraksi bersama Spurs pada musim 2007/2008.
5. Kemenangan 4-0 United ke atas Wigan pada 26/2/2011 ialah kemenangan pertama United di tempat lawan dengan jaringan melebihi satu gol.
6. Dalam 36 pertembungan Chelsea dan United, Chelsea telah menang sebanyak 12 kali manakala United 10 kali, selebihnya 14 kali seri.
7. Chelsea gagal untuk menjaringkan sebarang gol dalam 2 perlawanan EPL terakhir menentang Fulham dan Liverpool.
8. Nicolas Anelka adalah penjaring terbanyak Liga Juara-Juara Eropah dengan tujuh gol berkongsi bersama Mario Gomez dan Samuel Eto'o tetapi beliau hanya menjaringkan 6 gol dalam saingan liga EPL.

Jadual perlawanan EPL Chelsea vs Manchester United 1/3/2011
Chelsea vs Manchester United
Venue: Stadium Stamford Bridge, Chelsea
Masa perlawanan: 3:45 pagi (2/3/2011)


Nota Dahi: Bagi semua peminat Chelsea dan Manchester United, berapakah ramalan bagi pasukan kegemaran anda? Sama-sama kita saksikan perlawanan menarik yang bakal menjanjikan aksi yang menakjubkan dari kedua-dua pasukan.

Keputusan perlawanan EPL Chelsea vs Manchester United
Chelsea 2 - 1 Manchester United
Chelsea - David Luiz (m54), Frank Lampard (Pen m79)
Manchester United - Wayne Rooney (m29)


Video highlight penuh perlawanan EPL Chelsea vs Manchester United


Gambar Belangkas