Sunday, January 4, 2009

SEPARUH TAHUN DAH..

Salam..sebelum tu..selamat tahun baru 1430 kepada semua..dah masuk tahun baru..tahun 2009 pun dh menjelma..masuk tahun baru ni bizi le sket..separuh tahun tu sebenarnye refer kepada baby..dh masuk 6 bulan usia baby kami..skg baru lh meniarap,merangkak lum lh la..tp going towards it..semoga berjaya anak mama..
Masuk tahun baru ni..mg2 dimurahkan rezeki..dmudahkan urusan, dikurniakan kesabaran, mcm2 lg la..mg family pun sihat sejahtera..hari tu baby bru baik demam campak..skg dh ok..alhamdulillah...

Wednesday, December 31, 2008

Tentang Deena

Deena's blog adalah sebuah blog peribadi. Tujuan berblogging  ni adalah sekadar mengisi masa lapang, memaparkan informasi, membeli belah, melancong, beriadah dan lain-lain .dan juga ingin berkongsi idea yang menarik dengan rakan2 blogger. Seorang isteri, ibu kepada 3 org anak yg makin membesar.. dan bakal menimang cahaya mata yg ke 4. dilahir 37 tahun lalu pada tanggal 29 Januari 

komen yg positif dr anda amat deena alu-alukan, tapi jika ada komen yang mengguriskan hati dan perasan, ..lu pikir la sendiri !.. so, just be nice to people k.. ape2 pun aku tetap Cool n Slumber.. so ..." Welcome to Deena's Blog "

Thursday, November 6, 2008

Konsep Harta Dalam Islam

Konsep harta dalam Islam menyatakan bahawa secara mutlaknya harta yang kita miliki adalah milik Allah. Kita diberi hak pemilikan sementara sahaja semasa kita hidup. Apabila kita telah tiada lagi di dunia ini maka harta tersebut akan dikembali semula secara otomatik kepada Allah pencipta sekalian alam buat sementara waktu, sehingga harta itu dapat diagihkan semula kepada waris-waris yang masih hidup.

Sebagai khalifah, kita dipertanggungjawabkan untuk memindah hak milik harta tersebut kepada waris kita dan juga kepada bukan waris (dibenarkan sekiranya menghendaki). Proses pemindahan hak milik ini dilaksanakan melalui faraid atau wasiat. Pada kebiasaannya proses ini akan dilaksanakan selepas kita meninggal dunia, tetapi sebenarnya adalah lebih baik kalau kita dapat melaksanakan perancangannya sendiri semasa kita hidup.

Sebagai pemilik harta, kita digalakkan membuat perancangan pemindahan hak milik harta ini semasa hidup melalui instrumen-instrumen yang ada dalam perancangan harta pusaka Islam bagi mengelakkan berlakunya perkara yang tidak diingini seperti pergaduhan sesama saudara dan risiko kebajikan keluarga tidak terjaga akibat harta yang beku oleh proses perundangan (tidak dapat digunakan atau dikeluarkan) selepas meninggal dunia.

Masa depan keluarga kita bergantung kepada apa yang kita rancangkan semasa hidup. Perancangan harta semasa hidup menjamin kesinambungan warisan keluarga kita di masa hadapan apabila kita telah tiada. Jangan biarkan hidup orang yang kita sayang terumbang-ambing akibat kesilapan kita tidak melaksanakan perancangan harta. Perancangan harta pusaka adalah lebih mudah dan murah apabila kita tahu bagaimana caranya.

Friday, October 10, 2008

Hachiko

Kisah benar seekor anjing yang sangat setia pada tuannya. Sentiasa menghantar dan menunggu tuannya balik dari kerja di station keretapi setiap hari. Satu hari tuannya meninggal di tempat kerja dan Hachiko tidak menyedari dan sentiasa tetap menanti dengan setia di station keretapi akan kepulangan tuannya selama 10 tahun sehingga kematiannya pula. Kalau sesiapa pergi ke Tokyo dan melalui stesen keretapi Shibuya anda akan dapat melihat patung gangsa Hachiko kerana di situlah sejarah kesetiaan ini terjadi. Setiap kali tengok trailer cerita ni setiap kali air mata aku terkeluar. Sedih ooo...belum tengok cerita penuh dia lagi. Tidak ada orang yang tidak akan menangis menonton filem ini. Filem ini telah mencapai box office di Jepun pada tahun 1987 dan Hachiko versi Inggeris lakonan Richard Gere dijangka keluar pada tahun ini.

Thursday, September 4, 2008

Gambar Annur

Ni masa mula2 lahir..














Ni masa dah cukur kepala..dah botak kepala sayer..



















Ni pulak mase kuar jalan2 lepas pantang dgn abah, mama, mak tok dan achik syema..

















Annur dengan baju biru..

Ketibaan yang ditunggu..

uih..dh lama xmsuk blog ni..sebenarnye, 2 bulan 4 hari yg lepas, ketibaan yang ditunggu dah muncul..hehe..apakah die?sebenarnye, pada 1 Julai 2008, lahirnye Annur Syazwani binti Ahmad Hafiz dengan berat 2.62 kg dengan selamatnye ke alam baru ini. Doa mama dan abah, mg2 Annur menjadi seorang anak yg baik, taat, mhormati org tua, jadi insan yg terbaik di sisi Allah..amin. skang ni, dh masuk 2 bulan lebih usia Annur (nama yg diilhamkan dr abahnye,dgn nama belakang nama ala2 mama die). Mg terus sihat dan membesar dgn baiknye..muah..sayang anak mama

Thursday, August 21, 2008

Saja posting untuk tenangkan diri

"Jika engkau ingin mengikut jejak para Imam kuatkanlah dirimu untuk terima segala musibah,bertenang dalam menanggung kepahitan,sifat sabar terbentang dalam dadamu,lisanmu perlu dikunci,matamu dikawal,rahsiamu disembunyikan,hanya dilihat oleh Tuhan sahaja,namamu jgn terkenal,mulutmu tersenyum,perutmu lapar,hatimu luka,hindari dari terkenal,pangkatmu dipendam,setiap hari menahan perasaan pahit dari zaman dan teman,sedang hatimu menurut,siangmu sibuk berbakti kepada orang ramai,malammu rindu pada Tuhan,sepi dari pandangan,Jadikanlah ia jalan dan persiapan untuk hari Kiamat yang padanya sulit sekali mencari jalan..."

Gambar Belangkas