Monday, June 15, 2015

'Pertarungan' antara Nazri Aziz dengan TMJ siapa bakal dibelasah teruk


Putera Mahkota Johor Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim memberi amaran kepada pemimpin negara supaya tidak memanipulasi dirinya untuk mengalihkan tumpulan daripada isu nasional yang lain.



Tunku Ismail dalam kenyataannya 'Mesej untuk rakyat Malaysia' bertitah, baginda tidak pernah menyuruh sesiapa berundur atau meletak jawatan, tetapi situasi politik di Malaysia kini berubah apabila menteri

Mazlan Aliman Salahkan Perwakilan PAS


PETALING JAYA: Bekas Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mazlan Aliman menyifatkan keputusan pemilihan Muktamar PAS Ke-61 pada 6 Jun lalu sebagai tidak adil kerana perwakilan gagal membuat pilihan yang munasabah.



Jelas Mazlan, pada awalnya beliau menerima pencalonan untuk jawatan tersebut dengan harapan perwakilan boleh membuat pilihan berdasarkan prestasi semua calon bertanding.



Namun, beliau

Makcik Menangis di Jambatan Pulau Pinang Jadi Viral


 Satu kisah yang dikongsi oleh laman Facebook PenangKini mengenai seorang makcik yang menangis di Jambatan Pulau Pinang menjadi viral di media sosial.

Perkongsian tersebut mengisahkan seorang wanita yang berhenti di bahu jalan di atas Jambatan Pulau Pinang untuk memeriksa bonet hadapan kereta Saganya dan terkejut apabila mendapati bau hangit yang datang dari keretanya adalah berasal dari kucingnya yang tersangkut di bahagian enjin kenderaan.

Ikuti kisah penuh perkongsian tersebut :

    Cerita otw balik keja td. Nmpk keta saga ni stop dkt tempat emergency Penang Bridge dan ownernya sorang makcik melayu tgh nangis.
    Aku tanya la kenapa kot2 blh tolong. Makcik ni ckp meter radiator keta dia panas melampau dan bila stop buka bonet depan bru sedar kucing belaan dia sangkut dlm enjin keta. Dah mati dimasak enjin pnas. Bau kuat sgt, daging dan bulu kucing hangit.
    Kucing ni nk ikut dia dari rumah lg tp dia tak bg. Lps tu hilang dia igt xdak dh la. Rupanya kucing ni nk ikut jgk dan cuba nk masuk dlm keta ikut bawah enjin last2 sangkut. Menangis teruk makcik ni. Dh la ni kucing betina masih menyusu anak kecik.
    Mesti seksa kucing ni nk mati td.. Hmmm tak boleh bayangkan..


Rata-rata pengguna media sosial berkongsi kesedihan wanita tersebut dan meminta agar pengguna-pengguna kenderaan lain lebih berhati-hati agar perkara yang sama tidak berulang.

Sehingga kini, kisah tersebut telah mendapat lebih dari 100 perkongsian di Facebook PenangKini



Kredit: SiakapKeli

DOA SEMOGA KAPAL TANGKI PETROL SELAMAT DIJUMPAI

Oleh : Nik Mohamad Abduh Bin Nik Abdul Aziz

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia
Ahli Parlimen Pasir Mas.

1. Kehilangan sebuah kapal tangki MT ORKIM HARMONY yang membawa muatan petrol RON95 begitu mendukacitakan. Ia dipercayai hilang pada kedudukan 30 batu nautika timur Tanjung Selidi, Kota Tinggi pada awal pagi 12 Jun yang lalu.

2. Kapal tangki yang membawa kira-kira 6,000 tan metrik petrol ini dalam perjalanan dari Melaka ke Pelabuhan Kuantan. Tambahan pula, ia dianggotai 22 orang kru ; 16 orang daripadanya adalah warganegara Malaysia, lima orang warganegara Indonesia dan bakinya berwarganegara Myanmar.

3. Kehilangan kapal tangki tersebut merupakan satu tragedi kepada negara. Episod duka ini berterusan melanda negara sejak kehilangan pesawat MAS jenis MH370 tahun lalu.

4. Operasi mencari dan menyelamat perlu dipergiatkan di semua peringkat. Selain itu, kerjasama dari negara jiran juga amat ditagih bagi memudahkan usaha pencarian tersebut. Kita juga harus berwaspada dengan sebarang aktiviti lanun yang tidak mustahil bertapak di perairan tersebut dan menjadi punca kehilangan kapal terbabit.

5. Menurut laporan media, kawasan pencarian diperluas sehingga meliputi 50,000 kilometer persegi dan merentasi sepanjang perairan Tanjung Penawar hingga ke Mersing. Ia juga berkemungkinan merentasi ke sempadan perairan negara jiran.

6. Mari bersama berdoa untuk keselamatan anak-anak kapal dan semoga kapal tangki tersebut kembali dijumpai. Semoga operasi mencari dan menyelamat (SAR) berjalan lancar, selamat dan berjaya.

BANYAK KALI SERBU PETALING STREET TAPI MAKLUMAT BOCOR - "WAKIL" KPDNKK BERI PENJELASAN


PUTRAJAYA - Terdahulu, laman ini pernah menyiarkan luahan hati rakyat khususnya peniaga Melayu yang tidak berpuas hati dan mendakwa KPDNKK melakukan serbuan 'terpilih' sehingga menimbulkan rasa marah mereka. 

BACA : "SAMPAI KIAMAT PUN KPDNKK TAK SERBU PETALING STREET" - KPDNKK RASUAH & PILIH KASIH ? 

Susulan itu, tampil seorang pegawai KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menafikan dakwaan peniaga Melayu dan sekali gus memberikan penjelasan agar semua pihak memahami gerak kerja KPDNKK. 

"Salam admin, tak payahlah sebar fitnah. Gambar tu, gambar saya yang pakai vest. Saya mengetuai Operasi Barang Tiruan di Brickfields. 

"Peniaga online menipu orang ramai. Cakap original, tetapi tiruan. Salah ke kami rampas?," katanya yang turut menjelaskan premis yang diserbu pada hari berkenaan adalah myiMart dimana pekerjanya adalah berbangsa Cina. 

"Untuk info admin juga, Petaling Street kami dah selalu masuk. Tahun 2014, 10 kes telah dihasilkan dan nilai rampasan sebanyak RM71,780.00, barang gred biasa. Pada tahun 2015 pula, baru 5 kes telah dihasilkan dan nilai rampasan berjumlah RM171,800.00, barang gred A. 

Jelas pegawai KPDNKK itu juga, pihaknya telah banyak kali menyerbu premis-premis di Petaling Street, namun gagal kerana berlakunya kebocoran maklumat. 

"Banyak kali kami masuk tetapi maklumat bocor sebab ramai 'tonto' yang follow. Jadi, semua kedai yang menjual barang-barang tiruan ditutup. 

"Kami hanya boleh merampas barang-barang yang ada aduan dari pemilik jenama. Jika tiada aduan dari pihak pemilik sesebuah jenama, kami tidak boleh nak terus ambil kes terutama untuk ke mahkamah, kami akan kalah. 

"Jadi, saya memohon tuan memperbetulkan penulisan tuan," katanya. 

Dengan penjelasan ini, diharapkan orang ramai tidak lagi menimbulkan persepsi yang KPDNKK takut atau tidak pernah menyerbu Petaling Street, lebih-lebih lagi dakwaan yang mengatakan mereka telah dibayar oleh peniaga Cina. 

Walau bagaimanapun, ini bukanlah kenyataan rasmi dari pihak KPDNKK dan sewajarnya pegawai berkenaan meminta kelulusan pihak tertinggi sebelum mendedahkan statistik dan menjawab isu yang tersebar di laman sosial. - THEHYPEMEDIA

UPDATE: AHMAD MASLAN RESPON ISU NASI GORENG TANPA GST (VIDEO)



  


Sebelum ini menjadi viral dilaman sosial terutamanya Facebook dan Twitter apabila Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan telah berkongsi di laman Twitternya gamabr dia menyediakan nasi goreng tanpa GST.

Di dalam video berkeaan Ahmad melahirkan rasa pelik dengan sikap masyarakat di negara ini yang lebih tertarik dengan status ‘Nasi Goreng Tanpa GST’ berbanding isu politik di laman Twitternya.

Dia tidak menyangka bahawa gambar yang di Twittnya itu mendapat perhatian sehingga menjadi viral di laman sosial.

BACA: PELAWAK AHMAD MASLAN KEMBALI LAGI, TUNJUK CARA MASAK NASI GORENG TANPA GST 

“Orang tanya betulkah, semua barang-barang itu tidak digunakan GST, saya kata betul lah. Sebab beras, gas minyak masak kemudian daging, ayam yang saya potong-potong dimasukkan dalam nasi goreng itu semuanya tidak dikenakan GST termasuklah garam, gula dan telur.

“Apabila saya cerita mengenai pembangkang berpecah, PasMa akan tubuhkan parti baru hanya empat orang yang retweet . Tapi bila saya sebut pasal masak tu, ribuan maklumbalas yang diterima, pelik jugalah” katanya.

Menurut beliau, dalam ramai-ramai mengkritik ada juga yang memujinya nasi gorang yang dimasaknya.

“Memang saya buat hiasan macam tu, apa boleh buat memang saya suka begitu… saya angkat kuali dan terus hidang bersama hiasan di tepi kuali.. itu memang kaedah saya… lepas tu ada pula yang sokong, dia kata saya itu memang style Perancis.

“Saya dah memang selalu kena bantai jadi saya tak kisah pun kalau orang bantai bila saya sebut seperti itu, positifnya baru masyarakat tahu barangan seperti gas, minyak masak tiada GST.

“Semua barangan dan bahan mentah yang digunakan untuk memasak di rumah semuanya kosong GST” ujar beliau sambil di sambut dengan gelak ketawa oleh mereka yang hadir.



Beliau yang juga merupakan Ketua Penerangan UMNO pada minggu lalu itu berkongsi resipi dan cara memasak nasi goreng serta petua untuk mengelak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

Beliau berkata demikian ketika memberi penjelasan kepada lebih 1,500 Ketua Penerangan UMNO Bahagian dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pada Majlis Penerangan Perdana di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Ahad lalu yang turut dihadiri Pedana Menteri. SUMBER

Dr martens red cherry malaysia.

Dr martens red cherry malaysia|Dah lama sebenarnya aku mengidam kasut ni. Kalau bukan kerana "harganya", sudah pasti aku dah memilikinya. Tapi itu dulu, kini ianya bukan lagi menjadi masalah. Hehehe. Alhamdulilah, walaupun nilai ringgit menunjukkan kejatuhan, aku masih diberi rezeki berlebihan dan alhamdulilah, memiliki kasut idaman aku ni: Dr martens red cherry.

Sejarah kasut DM dengan aku tidaklah sama dengan sejarah pembuatan kasut ini. Mulanya aku tak pernah tahu pun tentang kasut ini. Ceritanya bermula dengan pergaulan aku dengan rakan-rakan "skinhead". Waktu tu, rakan aku ni, kerap memakai doc mart warna hitam. Kemas je pakaian mereka. Hehehehe. Bermula dari saat itulah, munculnya minat dalam diri aku ni.

Kasut dr martens

Sumber : google.

Kalau dulu, kasut ini lebih banyak dikaitkan dengan mereka dari kalangan "skinhead", tetapi sekarang ia sudah dikomersialkan. Mana-mana pun boleh jumpa. Aku juga sangat pasti, ada di kalangan blogger malaysia yang meminati kasut ini. Kan? Ini di antara contoh-contoh gaya lelaki bersama kasut dr martens.

Kasut dr martens

Kasut dr martens

Kasut dr martens

Amacam? Smart tak? Pada mata aku sangat smart. Hehehe. Aku ada juga buat research tentang gaya pemakaian kasut ini. Dan hampir kebanyakkannya, mengenakan jaket. Samada jeans atau kulit. Ia semacam pelengkap kepada gaya fashion dr martens. Tapi, jika anda seseorang yang pandai bergaya, tak pakai jaket pun, anda masih mampu bergaya. Kan!

Aku asyik letak gambar orang lain je,mana gambar kasut aku? Hahahaha. Ok lah, inilah kasut Dr martens red cherry aku. Lepas ni, kenalah aku cari gaya lelaki malaysia dengan Dr martens red cherry. Bolehlah dijadikan inspirasi kepada gaya aku nanti. Wah. Hehehe.

Kasut dr martens

Gambar Belangkas