Thursday, June 11, 2015

Menguak Misteri Pada Permainan Bambu Gila


Yoechua Blog - Semua pasti tidak asing dengan bambu gila, walaupun banyak dari kita tidak secara langsung menyaksikannya namun bambu gila begitu terkenal di Indonesia. Tidak haya di Indonesia, bambu gila cukup populer untuk para wisatawan yang berasal dari luar negeri.



Bambu gila merupakan sebuah permainan yang berasal dari Maluku, sebuah permainan traditional. Walaupun hanya sebuah permainan

cukai gula

kerajaan mencadang cukai gula selain gst.

jawatan kosong

sleeping tiger

Aktor Filem Seram Christopher Lee Meninggal Dunia

Aksi Christopher bersama Barbara Shelley dalam filem 'Dracula: Prince of Darkness' pada tahun 1966.

LEGENDA filem seram, Christopher Lee meninggal dunia pada usia 93.

Pelakon yang terkenal sebagai bintang  filem seram pada 1950-an, sebelum terus mengecapi kemahsyuran dalam kehidupannya itu telah dirawat di hospital akibat kegagalan jantung dan masalah pernafasan.

Beliau meninggal dunia di Hospital Chelsea and Westminster di London pada pagi Ahad selepas tiga minggu dirawat, tetapi balunya memutuskan untuk menahan berita itu sehingga hari ini supaya keluarga dan rakan-rakan dapat dimaklumkan terlebih dahulu.

Christopher memainkan watak Dracula dalam siri filem seram klasik yang dihasilkan oleh Hammer Horror, dan memegang watak penjahat yang 'tenang' dalam filem James Bond 'The Man With the Golden Gun' pada tahun 1974.

Beliau kemudian dikenali dalam generasi baharu peminat filem dengan peranannya dalam Lord of the Rings, di mana beliau memegang watak jahat Saruman dan juga dalam filem Star Wars.

Selepas berita ini disiarkan pada sebelah pagi, rakan-rakan artis dan peminat memberikan penghormatan kepada pelakon yang telah berjaya mengekalkan pengaruhnya selama beberapa generasi.

Jonathan Ross berkata: "Sangat sedih mendengar bahawa Sir Christopher Lee telah meninggal dunia. Seorang pelakon yang hebat, bintang besar, mengejutkan, beliau juga seorang penyanyi yang baik dan seorang lelaki yang budiman."

Boris Johnson menambah: "Sungguh sedih mendengar tentang kematian Christopher Lee, salah seorang pelakon paling berbakat besar British dan 'pakar' dalam watak mengerikan.

Christopher telah berkahwin selama 54 tahun dengan Birgit Kroencke, bekas model Denmark.

Pasangan itu mempunyai seorang anak perempuan, Christina.

Beliau telah berkhidmat dengan Angkatan Khas semasa Perang Dunia Kedua, tetapi sering enggan untuk membincangkan apa yang telah dilakukan semasa perang, dengan berkata beliau terikat dengan sumpah kerahsiaan.



Sumber: mstar.com.my

Matador hilang buah zakar akibat ditanduk


SEPANYOL - Buah zakar kiri seorang matador terpaksa dibuang selepas organ berkenaan ditembusi tanduk lembu jantan yang dilawannya, Ahad lepas.

Menurut laporan Huffington Post, Marco Galan juga diheret oleh lembu berkenaan selepas dia menikam lembu tersebut sebanyak dua kali menggunakan tombak besi.

Menurut akhbar tempatan, skrotum Galan terkoyak dan menyebabkan bengkak, selain buah zakar kirinya terpaksa dibuang.

Lembu berkenaan kemudian dibunuh dengan kayu berduri.

Sukan tersebut yang dikecam oleh kumpulan kebajikan haiwan seluruh dunia telah diharamkan di Catalonia dan pulau Canary tetapi masih berlangsung di beberapa tempat sekitar Sepanyol.



Sumber: Sinar Harian

Bekas Ketua Keselamatan China dipenjara seumur hidup kerana rasuah, pecah rahsia

BEIJING, 11 Jun: Bekas Ketua Keselamatan China, Zhou Yongkang dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup, atas kesalahan rasuah, penyalahgunaan kuasa dan membocor rahsia negara.


Zhou adalah bekas pegawai kerajaan berpangkat paling tinggi yang disiasat untuk kes rasuah dalam tempoh beberapa dekad ini.

Agensi berita Xinhua melaporkan, Zhou mengaku bersalah dalam satu perbicaraan tertutup di Bandar Tianjin, utara China.

Zhou adalah bekas anggota badan pembuat keputusan tertinggi di China, Jawatankuasa Tetap Politburo untuk Parti Komunis dan mempunyai pengaruh besar sebagai Ketua Polis Negara dan Mahkamah sehingga persaraannya pada 2012.

Khabar angin yang tersebar selama berbulan-bulan, akhirnya disahkan dengan pengumuman parti itu bahawa Zhou sedang disiasat pada Julai tahun lalu.

Dia kemudiannya dipecat daripada parti pemerintah itu dan ditahan pada Disember 2014, sebelum didakwa dua bulan lalu. - TRPost

Gambar Belangkas