Monday, June 8, 2015

Kerana Kacak, Banduan Kes Bunuh Berjaya Larikan Diri

Richard Matt (kiri) digelar lelaki kacak kerana mampu memikat mana-mana wanita yang diingininya.

 BERMODALKAN rupa yang kacak dan menarik, seorang daripada dua banduan kes bunuh berjaya memperdaya seorang pekerja wanita untuk membantunya melarikan diri dari sebuah penjara di New York.

Menurut akhbar New York Post, berdasarkan sumber yang dipercayai, salah seorang pembunuh tersebut, Richard Matt, 48, sememangnya terkenal dengan gelaran 'pencinta wanita' sehingga berjaya mengumpan dan memikat pekerja wanita itu untuk membantu mereka melepaskan diri.

Berdasarkan kisah yang diceritakan oleh seorang detektif bersara, David Bentley, Matt akan kelihatan kacak dan menarik sekiranya dia membersihkan dirinya.

"Dia akan mendapat wanita di mana-mana sahaja," katanya yang merupakan penyumbang kepada penangkapan Matt berikutan pembunuhan pada 1997.

 Paip yang menjadi laluan dua banduan melarikan diri dari sebuah penjara di New York.

Matt serta seorang lagi banduan, David Sweat, 34 (gambar , kanan), melarikan diri daripada penjara yang mempunyai tahap keselamatan  maksimum dengan menggunakan alat berkuasa tinggi untuk memotong paip besi.

Kedua-dua banduan itu diklasifikasikan sebagai 'individu berbahaya' dan kemudiannya meninggalkan sehelai nota kecil dengan lukisan karikatur serta tulisan 'Have A Nice Day' selepas melarikan diri.

Menurut penyiasat yang ditugaskan, mereka percaya bahawa ada individu lebih daripada seorang yang bersubahat dari dalam penjara.


Gabenor New York, Andrew Cuomo memberitahu agensi media tempatan, 'NBC's Today Show' bahawa mereka akan menjalankan siasatan lebih terperinci dahulu terhadap kontraktor dan penduduk.

"Semestinya saya akan terkejut sekiranya terdapat pengawal penjara yang bersubahat dalam kes ini.

"Tapi yang pasti, mereka sememangnya mendapat pertolongan kerana mereka tidak akan berjaya sekiranya tidak mendapat bantuan," katanya.

Sementara itu, New York menawarkan ganjaran berjumlah $100,000 (RM376,000) kepada sesiapa sahaja yang menyalurkan maklumat mengenai banduan tersebut.

Selain itu, menurut sumber yang dimaklumkan kepada New York Post, kejadian yang seakan filem Hollywood, 'Shawshank Redemption' itu memerlukan tempoh masa yang panjang untuk membuat perancangan lebih kemas.



Sumber: mstar.com.my

Wanita ini dakwa dirinya pemilik matahari dan menjualnya di eBay

Foto: Allvoices.com

Matahari adalah ciptaan Tuhan dan setiap orang berhak memanfaatkannya secara percuma. Namun wanita asal Sepanyol ini rupanya mempunyai pemikiran berbeza.

Wanita bernama Maria Duran ini mendakwa bahawa dirinya adalah pemilik matahari. Bukan hanya itu, dia akan meminta bayaran daripada semua orang atas segala pemanfaatan matahari.

Kelakuan Maria tidak berhenti di situ. Baru-baru ini, dia menawarkan 1 Euro bagi satu meter persegi  plot di permukaan matahari di laman jual beli eBay.

Namun malangnya, pihak eBay menganggap tindakan Maria menjual plot di matahari itu sebagai penipuan. Perempuan berusia 55 tahun ini tidak dapat menerima apabila eBay menyekat akaunnya.

Maria kemudiannya mengheret eBay ke mahkamah dan meminta mereka membayar 10 ribu Euro. Maria menganggap eBay telah mengambil komisen darinya, namun tak membenarkan dia menerima bayaran daripada mereka yang membeli benda angkasa yang dia jual.

Pihak eBay berusaha menyelesaikan masalah ini di luar mahkamah namun Maria enggan. Mahkamah di Bandar Madrid menyatakan Maria berhak mengheret eBay ke mahkamah.

Maria mengaku telah menjadi pemilik rasmi matahari berdasarkan undang-undang sejak 2010. "Saya tidak bodoh. Saya tahu undang-undang," ujar Maria ketika itu.

Perjanjian angkasa menyatakan bahawa tidak ada negara yang boleh mendakwa benda di langit sebagai milik mereka. Hal ini dimanfaatkan oleh Maria kerana dirinya tak termasuk dalam perjanjian itu, sebab dia bukan sebuah negara.

Sebelum akaunnya disekat eBay, Maria mendakwa mendapat 600 pesanan dengan nilai 1,200 Euro. Namun, ramai yang mengabaikannya kerana manusia tidak mungkin tinggal di Matahari. Selain letaknya yang sangat jauh, manusia juga pasti akan cair kerana terbakar.



Sumber: WowKeren

Pesta Tentera Udara di dalam Kem Mencetuskan Kemarahan Orang Ramai




Tentera Udara Diraja Thailand bakal mengambil tindakan tatatertib terhadap pegawainya yang disabitkan dalam sebuah persembahan wanita bogel dalam satu persembahan di kelab tentera.


Jurucakap Tentera Udara, Marsyal Monthol Satchukorn mengesahkan lelaki yang berpakaian seragam tentera dalam klip video yang dikongsi di internet dikenal pasti anggotanya.

Klip video yang bertajuk penyanyi bogel meraikan tentera mula tersebar di internet sejak minggu lalu dan telah mendapat kritikan hebat daripada pelayar media sosial.

Tambahnya, para pegawai yang terbabit dalam klip video itu telah melanggar peraturan mengenai penggunaan kemudahan premis kerajaan dan satu jawatankuasa khas turut ditubuhkan.

Umat Islam Diingatkan Berhati-Hati 'Telekung Salib'-Jainab

TAWAU: Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah Datuk Jainab Ahmad Ayid mengingatkan umat Islam supaya berhati-hati dengan "telekung yang mempunyai corak berbentuk salib".

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) perlu mengambil tindakan sewajarnya dalam perkara ini demi menjaga kesucian agama Islam.

Sambil menyatakan rasa kecewa kerana telekung itu mula dipasarkan di negara ini ketika umat Islam bakal mengerjakan ibadah puasa tidak lama lagi, beliau berkata sejak kebelakangan ini pelbagai taktik digunakan oleh pihak tertentu untuk memesongkan akidah umat Islam.

"Janganlah kita ghairah membeli kerana tertarik dengan warna dan gaya yang cantik tanpa menyedari corak pada telekung itu tidak mengikut syariah," katanya kepada Bernama pada Isnin ketika diminta mengulas isu itu.

Beliau juga menasihati peniaga supaya meneliti rekaan telekung yang dijual supaya tidak mengundang kegusaran dalam kalangan umat Islam di negara ini.

Telekung mempunyai corak sulaman berbentuk salib di bahagian depan dari paras dagu hingga kelim bawah telekung yang dipercayai dihasilkan di negara jiran kini menjadi viral di laman media sosial.


Sumber: mstar.com.my

Makanan Hampir Pupus Perak - Kerabu Umbut Rotan Bakar



Kerabu Umbut Rotan Bakar
Kerabu Umbut Rotan Bakar
Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini
Gulai Lemak Pucuk Asam Gelugur
Sambal Serai


Sejenis lagi Makanan Hampir Pupus Perak awok akan perkenalkan pada kome semua....
awok pasti tak ramai yang pernah makan lauk ni.....

Kerabu Umbut Rotan Bakar
Makanan ini menggunkan umbut rotan yang dibakar sebagai bahan utama sebelum dicampur dengan bahan lain untuk dijadikan kerabu.....
Bahan-bahan campurannya tidak banyak beza dengan bahan campuran lain untuk membuat kerabu....
Rotan kebiasaannya diperolehi dari dalam hutan dan perlu terlebih dahulu dibakar untuk melembutkannya...
Ianya dimakan bersama nasi sebagai sayuran.......

Kerabu Umbut Rotan Bakar
Antara Bahan-bahan utama

Kerabu Umbut Rotan Bakar
Bahan-bahanya termasuk rotan yang telah dibakar...
Sumber/Bahan-bahan:
Cili padi
Kerisik
Kelapa
Belacan
Udang Geragau
Serai
Lengkuas
Bawang
Santan Kelapa
Limau Kasturi
Garam

Cara Pembuatannya:-Batang rotan muda perlu dibakar dan disiat kulitnya dan diambil umbutnya yang lembut.....dipotong satu ke dua inci panjang....Cili padi, kerisik, belacan, serai, lengkuas, garam dan serbuk perasa ditumbuk sehingga lumat....Umbut digaul bersama bahan yang telah ditumbuk tadi bersama bawang kecil yang dimayang.....Sedikit pati santan dan perahan limau dimasukkan untuk rasa yang lebih enak.....

Outdoor Furniture Covers Patch

Outdoor Furniture Covers, Bike & Utility Covers
Heavy duty covers are treated

Outdoor Furniture Covers, Bike & Utility Covers
patio furniture cover.

Patio Furniture Covers - Patio Furniture - Outdoors at The Home Depot
Patio Furniture Covers

East Coast Creative: Patio Furniture Update on a Budget! {and a ...
Patio furniture covers.

Patio Furniture Covers - Patio Furniture - Outdoors at The

ringgit jatuh

Ringgit jatuh paling teruk dalam 9 tahun sama dengan 2 penggal Najib sebagai perdana menteri Malaysia. Tahniah .



Tags: duit jatuh,ringgit jatuh,mata Wang Malaysia jatuh,duit turun

Gambar Belangkas