Monday, June 8, 2015

Sunday, June 7, 2015

Rakyat Tempatan Percaya Gempa Kerana Kuasa Ghaib - Ahli Antropologi


KUCHING: Kekuatan kuasa ghaib menjadi kepercayaan berlaku bencana alam di Gunung Kinabalu yang seolah-olah sukar untuk dijelaskan, kata ahli antropologi Universiti Malaysia Sabah.

Dr Paul Porodong berkata, walaupun sehingga kini tiada bukti yang mengesahkan gambar bogel pendaki di puncak gunung itu betul atau disunting, mereka telah dipersalahkan kerana kejadian itu bersesuaian dengan kepercayaan masyarakat tempatan.

Pensyarah di Fakulti Kemanusiaan, Kesenian dan Warisan itu berkata, gambar bogel di puncak gunung menjadi penyebab kepada kemarahan masyarakat selepas gambar itu dikongsi di laman sosial minggu lalu iaitu beberapa hari sebelum gempa bumi berlaku.

Gunung Kinabalu merupakan salah satu tempat suci kaum Kadazandusun dan katanya, perbuatan tidak hormat itu dikaitkan dengan kejadian yang berlaku.

"Menyalahkan pendaki yang berbogel merupakan salah satu kepercayaan penduduk tempatan. Sistem kepercayaan adalah sesuatu yang tiada penjelasan atau bukan fenomena saintifik. Gunung Kinabalu dianggap tempat suci dan bukan produk pelancongan oleh penduduk tempatan.

"Mereka menganggap ia menyimpan semangat nenek moyang," katanya.

Kerajaan Sabah turut menghormati kepercayaan yang diamalkan masyarakat tempatan negeri itu.

Bagi tempoh tiga tahun ini, majlis tahunan dikenali sebagai "Kakakapan ID Gayo Ngaran" telah dianjurkan.

Ia adalah upacara untuk nenek moyang Kadazan Dusun dan Taman-Taman Sabah menutup gunung tersebut sehari daripada pendaki warga asing.

Kepercayaan turut menjadi salah satu peraturan di Mahkamah Anak Negeri. Penalti dan denda akan dikenakan jika menjadi penyebab kepada kemarahan semangat atau roh.

Tambahnya, jika bukan disebabkan gambar bogel tersebut, mungkin punca berkaitan perkara tidak hormat lain pula akan dikaitkan dan dipersalahkan.

Bagi ahli pensyarah di Fakulti Sains Sosial Universiti Malaysia Sarawak, Profesor Madya Dr Andrew Aeria menganggap tuduhan-tuduhan punca gempa bumi itu adalah kepercayaan karut.

Katanya, ia jelas sebagai bencana alam apabila terjadinya kejadian seismik.

Beliau turut mengkritik Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Pairin Kitigan kerana memberi kenyataan kepada media tentang terdapat sekawan burung layang-layang mengelilingi rumahnya, pada Ahad.

"Gempa bumi tidak mempunyai kaitan dengan burung dan tiada kaitan dengan pelancong asing yang berbogel. Ia adalah gempa bumi.

"Jika ramai yang percaya tentang burung yang dikatakan oleh Tan Sri Pairin ia menunjukkan sistem pendidikan kita telah gagal.

"Kita bercakap untuk menjadi negara maju?, namun menunjukkan contoh salah satu negara mundur di Asia Tenggara," ujarnya.


Sumber: mstar.com.my

Ramadan di ayutthaya thailand.


Ramadan di ayutthaya thailand|InsyaAllah, aku bakal berangkat ke ayutthaya untuk tempoh yang sedikit lama. Bukan sekarang. lusa atau tulat, tetapi selepas 3hari berpuasa. Kali ini "timing" aku ke sana, kena dalam bulan puasa. Jadi, inilah kali pertama dalam hidup aku, berpuasa di negara orang.

Sebenarnya, sama je negara gajah putih ni dengan negara kita malaysia. Tak jauh beza pun. Dan jangan terperanjat jika ada di kalangan mereka yang mampu berbahasa melayu dengan baik. Jadi, suasana ke luar negara tu kurang la sedikit. Hehehehe.

Apa yang berbeza di mata aku adalah makanan mereka. Kalau dah sampai kat thailand ni, makanan yang aku suka, sup daging. Fuh, betul-betul terasa la. Lain sedikit rasanya dengan sup daging dekat malaysia.

Aku ingat lagi waktu kali pertama aku di hantar ke sana atas urusan kerja. Hari-hari makan sup daging. Sampai tak terfikir nak rasa makanan yang lain. Sedap sangat. Hahahaha. Yang paling aku ingat, bila aku dengan team pergi tesco sebab nak beli air mineral. Waktu tengah nak cari air mineral tu, kami terserempak dengan sekumpulan gadis-gadis dari malaysia yang pakai baju harimau malaya.

Fuh, dia orang punya seronok bukan main. Eh, orang malaysia lah! Tergelak-gelak diarang. Kami? Takda apa-apa respon pun, sebab? Ala, bukan jauh pun thailand dengan malaysia. Jadi, tak perlu nak feeling-feeling sangatlah. Hahahahaha.

Itu cerita lepasla, kali ini, aku di hantar lagi. Yang membuatkan aku lebih teruja kali ini adalah, ini adalah kali pertama aku menyambut Ramadan di ayutthaya thailand. Pasti akan menjadi kenangan yang menyeronokkan dalam hidup aku. Aku cuma berharap agar semuanya berjalan dengan lancar, dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan dari segala perkara yang tidak aku ingini. InsyaAllah. Amin.

Nanti adalah cerita Ramadan di ayutthaya thailand dalam blog ceritaejoy ni kan? Hehehehehe. InsyaAllah.

Senarai nama mangsa gempa bumi di gunung kinabalu.

mangsa gempa gunung kinabalu

Senarai nama mangsa gempa bumi di gunung kinabalu|Senarai nama mangsa gempa bumi di gunung kinabalu dikenalpasti oleh pihak berkuasa. Mangsa yang paling ramai adalah daripada negara singapura seramai 9 orang, Malaysia seramai 7 orang dan selebihnya adalah daripada negara filipina, jepundan china.

Gambar gunung kinabalu selepas gempa bumi

Berikut adalah senarai nama mangsa yang terlibat:

MALAYSIA

Lim Choon Seong, 45 (lelaki)

Muhammad Logman bin Abd Karim, 22 (lelaki)

Mohd Khairuladzuan bin Abd, 39 (lelaki)

Valerian Joannes   - kakitangan Mountain Torq, (lelaki)

Ricky Masarin – kakitangan Mountain Torq, (lelaki)

Joseph Solugin – malim gunung, (lelaki)

Robbie Sapinggi, 30 (lelaki) - pelatih gunung- (mayat ditemui pada Jumaat)

SINGAPURA

Rachel Ho Yann Shilin, 12, (perempuan)

Sonia Jhala, 12, (perempuan)

Emilie Giovanna Ramu, 12, (perempuan)

Ameer Ryyan bin Mohd Aded, 12, (lelaki)

Navdeep Singh Jayral s/o Raj Kumar, 13 (lelaki)

Mohammad Ghazi b Mohamed, 35 (lelaki)

Loo Jian Liang Terrence, 29 (lelaki)

Muhammad Daanish b Amran, 22 (lelaki)

Wee Ying Ping Peony, 12 (perempuan) – (mayat ditemui pada Jumaat)

FILIPINA

Karyl Mitzi Higuit Matahom, 12 (perempuan)

JEPUN

Ozaki Masahiro, 29, (lelaki)

CHINA


Lugi, 35 (lelaki)

Bahasa kamus atau bahasa pasar?

http://ceritaejoy.blogspot.com/

Bahasa kamus atau bahasa pasar|Di dalam penulisan umum, dan blog khususnya, penggunaan bahasa adalah suatu perkara yang sangat penting. Ia menjadi point utama di dalam menarik pembaca untuk terus kekal dan kembali membaca. Persoalan sekarang, bahasa apakah yang sesuai digunakan, ataupun, bahasa yang lebih banyak menarik pembaca, adakah bahasa kamus atau bahasa pasar?

Baik. Bahasa kamus merujuk kepada bahasa formal, ataupun bahasa yang sering digunakan untuk tujuan rasmi seperti surat rasmi dll. Bahasa kamus juga tidak menggunakan singkatan. Ianya kelihatan sangat formal ketika dibaca.

Berbeza dengan bahasa pasar. Ia adalah bahasa yang digunakan ketika berbual. Adakalanya, ianya dicipta sendiri oleh si pembicara. Hinggakan ianya boleh dikatakan bahasa baru yang wujud dalam zaman serba moden ini.

Sekali lagi, jenis bahasa yang bagaimana yang mampu menarik pembaca untuk terus kekal di dalam blog anda? Adakah bahasa kamus ataupun bahasa pasar? Ini akan memberi banyak jawapan. Hampir kebanyakkan blog menggunakan bahasa pasar. Ini pada pandangan aku, lebih "rapat" dengan pembaca. Ia juga mudah di "hadam" oleh pembaca. Agak susah mencari mereka yang suka membaca di dalam keadaan formal ( Ini adalah pendapat aku semata, mungkin berbeza dengan pendapat anda).

Olahan ayat menggunakan bahasa pasar juga mampu menimbulkan suasana gembira di hati pembaca. Selingan lawak ringan pada bahasa pasar, seringkali juga menjadi "trademark" pemilik blog. Berbeza dengan penggunaan bahasa kamus. Yang seakan-akan meminta diri pembaca untuk berada di dalam keadaan formal juga. Dalam erti kata mudahnya, tiada kebebasan.

Oleh yang demikian, bahasa pasar sering menjadi pilihan penulis blog. Aku sendiri sering menggunakan bahasa pasar. Kerana pada pandangan aku, aku lebih mudah menulis dan bercerita jika menggunakan bahasa pasar ini. Bagaimana pula dengan pendapat yang lain? Adakah bahasa kamus atau bahasa pasar yang menjadi pilihan?

Makanan Hampir Pupus Perak - Sambal Serai


Makanan Hampir Pupus Perak
Rupa Sambal Serai

Kisah Makanan Hampir Pupus Perak sebelum ini


Setelah berehat dua hari kita sambung lagi dengan sejenis lagi Makanan Warisan Hampir Pupus Perak.....
kali ini makanan tersebut merupakan sejenis sambal ..... iaitu:-


Sambal Serai
Makanan ini merupakan sejenis sambal yang disediakan menggunakan serai sebagai bahan utama disamping udang kering, bawang merah  dan lain-lain.....
Penyediaannya agak mudah walaupun tidak ramai yang mengetahuinya...
Ianya dimakan bersama-sama dengan nasi....
Sambal Serai ini boleh disimpan lama serta boleh dimakan seperti serunding....


Makanan Hampir Pupus Perak
Antara Bahan-bahan dalam pembuatan Sambal Serai

Sumber/Bahan-bahan:
Serai
Udang Kering
Cili Padi 
Garam
Gula
Bawang Merah
Limau Nipis

Cara Membuatnya:-
Semua bahan-bahan kecuali limau ditumbuk sehingga lumat.....
Kemudian diperah limau dan dikacau rata..... dan sedia untuk dimakan!

MALIM GUNUNG PERCAYA ITU SUMPAHAN PENUNGGU GUNUNG KINABALU


RANAU 6 Jun - Kejadian gempa bumi khususnya di Gunung Kinabalu yang mengorbankan beberapa nyawa dikatakan sebagai sumpahan si penunggu gunung.


Dalam kalangan malim gunung, mereka percaya sumpahan itu memuncak ekoran tindakan biadab sekumpulan pelancong Eropah yang berbogel di puncak gunung itu pada 31 Mei lalu.

Bagi mereka terutama penduduk setempat, Gunung Kinabalu merupakan kawasan suci yang menjadi tempat persemadian roh nenek moyang kaum Kadazandusun dan tidak boleh dicemari perbuatan tidak senonoh.

Seorang malim gunung, Suhaikan Guhai, 35, memberitahu, semangat gunung merupakan perkara utama dalam masyarakat Kadazandusun memandangkan mereka percaya kepada maksud Kinabalu itu sendiri.

Jelasnya, Kinabalu adalah pecahan perkataan ‘Aki Nabalu’ iaitu ‘Aki’ bermaksud nenek moyang dan ‘Nabalu’ pula bermaksud gunung.

“Jangan kau (kamu) sesekali buat tidak senonoh di gunung ini. Ini tempat suci,” katanya yang ditemui Mingguan Malaysia di sini hari ini.Semalam, gempa bumi sekuat 5.9 pada skala Richter menggegarkan bumi Sabah.

Gegaran paling teruk dirasai di Gunung Kinabalu dengan laluan utama pendakian musnah akibat runtuhan batu-batu besar.

Suhaikan percaya, setiap perbuatan tidak senonoh di puncak Kinabalu akan mengundang marah si penunggu gunung yang menjaga kesucian gunung itu.

Kenyataan beliau itu disokong seorang lagi malim gunung, Junaidi Sihan, 37, yang sentiasa menekankan sikap hormat-menghormati kepada pendaki sepanjang pendakian ke Gunung Kinabalu.

“Jangan cakap besar, jangan petik tumbuhan, jangan ambil batu gunung. Tetapi kalau sudah sampai berani berbogel, ini telah melanggar kesucian gunung, telah langgar pantang larang.

“Saya beragama Islam tetapi sentiasa diingatkan amalan menghormati persekitaran Gunung Kinabalu,” katanya.

Gambar Belangkas