Tuesday, April 28, 2015

KANTOI !!! Akibat Kerana Terlalu Ghaiirah Di Dalam Pawagam , Aksi Dirakam Tanpa Sedar !!!


Kes melibatkan kerosakkan Remaja memang takkan habis sampai kiamat! Apalah yang bodoh
sangat sanggup gadai maruah!! Teruk nya korang! Kalau mak bapak korang tahu, aku rasa dioarang
tak ngaku kau tu anaknya !!!
Bismillahirahmanirahim…….
Assalamualaikum...
Mendapat hidayah dari Allah SWT merupakan satu anugerah yang paling besar.Ayah Nabi Ibrahim yang bernama Azhar kerana tidak mendapat hidayah tetap menjadi kafir sehingga akhir hayatnya....




Abu Jahal,bapa saudara Nabi SAW kerana tidak mendapat hidayah juga mati dalam kekufuran.Begitulah yang lain-lainnya seperti isteri dan anak-anak Nabi Nuh assalatuassalam....
Biasanya mereka yang mendapat petujuk dari Allah sajalah yang mendapat hidayah.Samalah dengan kisah Ibrahim Bin Idham seoarang ahli sufi terkenal yang mencapai tahap wali Allah kerana mendapat hidayah. Ibrahim Bin Idham seoarang ahli sufi yang warak dan dianggap mencapai taraf wali Allah .Beliau mendapat pimpinan dari Allah dan perkataan beliau yang diucapkan banyak mengandungi hikmah...
Suatu ketika beliau didatangi oleh seorang lelaki dan berlakulah satu dialog seperti berikut:
Lelaki: Wahai Abu Ishak(panggilan kepada ibrahim Bin Idham),aku seorang lelaki penuh dengan dosa dan kezaliman ,ajarkanlah aku agar hidup zuhud.Aku mengharap kamu memberi petunjuk jalan yg benar dan membuka hatiku yang gersang....
Ibrahim: Apabila dirimu dapat berpegang teguh dengan enam perkara,tentu kamu akan mendapat keselamatan didunia dan akhirat...
Pertama: manakala kamu melakukan maksiat,janganlah kamu makan rezeki dari Allah....
Lelaki:Seluruh penjuru dunia maupun ditimur dan juga dibarat,didarat dan juga dilaut,dilembah dan juga digunung semuanya merupakan rezeki Allah,kalau begitu darimana aku mau mendapatkan makanan selain dari rezeki Allah?...
Ibrahim: Wahai saudaraku,wajarkah kamu makan rezeki Allah sedangkan kamu derhaka kepadanya?..
Kedua: apabila kamu berbuat maksiat jangan kamu tinggal diami dimana-mana tempat kepunyaan Allah...
Lelaki:Abu Ishak,demi Allah yang kedua ini lagi berat bagiku. Bukankah seluruh alam ini kepunyaan Allah?.Kalau demikian di manakah harus aku tinggal? Ibrahim: Tentu tidak patut sama sekali kamu makan dan tinggal di bumi Allah sedangkan kamu menderhakainya...
Ketiga: andainya kamu berbuat maksiat,anggaplah bahawa Allah itu lalai dan lupa kepada kamu dan Allah tidak melihat apa yang kamu lakukan...
Lelaki:Mana mungkin aku berbuat demikian padahal Allah Maha Melihat ,Maha Mengetahui segala rasa dan gerak hati nurani manusia.Allah tidak pernah lalai,leka,mengantuk dan tidur.
Ibrahim: Layakkah kamu berbuat maksiat sedangkan Allah sentiasa melihat dan mengawasi segala gerak geri laku dan batin kamu.Allah tahu apa yang berlaku dan akan berlaku.
Keempat: Takala Malaikat Maut datang kepada kamu dan hendak mencabut nyawa kamu katakan kepadanya” tunggu sebentar,aku mau bertaubat dulu sebelum mati”...
Lelaki: Ini suatu hal yang mustahil,dan tentu sekali permintaan ku tidak dimakbulkan...
Ibrahim:Kamu sedar dan insaf bahawa tidak dapat menolak keinginan Malaikat Maut tentu dia akan datang kepada kamu bila-bila masa saja malah sebelum dirimu sempat bertaubat.Malah kematian itu tidak dilewatkan walaupun sesaat...
Lelaki:Semasa hidup ini banyak perkara yang tidak dikehendaki tetapi jua berlaku sebagai tanda lemahnya diri ini menentang kehendak Allah,apatah lagi ssesudah mati....
Ibrahim: Kamu tahu dan sedar tidak mampu melawan Mungkar dan Nakir tentu lebih mudah melawan nafsumu dari mendorong kepada maksiat.
Kelima: Manakala kamu berada didepan Allah di akhirat dan Allah menyuruh kamu masuk ke neraka kerana kamu berbuat maksiat ketika hidup,katakan kepada NYA:YA,Allah aku tidak mahu dan aku tidak bersedia masuk ke nerakaMU”.
Lelaki: Cukuplah wahai Abu Ishak,sesungguhnya lima perkara ini sangat berat bagiku melakukannya.Aku telah sedar dan mengerti,hatiku juga merasa lega kerana memperolehi panduan yang sangat berguna untuk aku meninggalkan maksiat dan mendorong berbuat taat dan kesyukuran kepada Allah...

Gambar Aksi Memalukan Penjawat Awam Wanita Kini Tersebar Di Laman Sosial..!!


Seorang anggota polis wanita telah membuat laporan polis apabila beberapa keping gambar separuh bog3l yang menyerupai dirinya tersebar di internet dan WhatsApp...

Timbalan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk A Thaiveegan menyatakan angggota polis berusia dalam 20-an itu membuat laporan polis semalam selepas mendapati gambar-gambar itu tersebar di whatsApp dan laman sosial sejak beberapa hari yang lepas...

“Dia menyedari perkara itu selepas dimaklumkan rakannya dan selepas melihatnya, dia menafikan gambar-gambar itu adalah dirinya,” kata Thaiveegan...

Pameran Sempena Pertabalan DYMM Paduka Seri Sultan Perak


Monday, April 27, 2015

TG Haji Hadi Bicara Hudud Di Singapura



Semoga allah memberi kekuatan kepada semua pimpinan parti islam terbesar di malaysia ini.

Allahuakhbar.

Gaya Berbeda Aparat Keamanan Penjaga KAA Hebohkan Dunia Maya


Yoechua Blog - Usai sudah perhelatan KAA atau Konfrensi Asia Afrika yang digelar di Indonesia tepatnya di Jakarta dan Bandung. Seperti yang telah di prediksi sebelumnya bahwa KAA dapat berjalan harmoni dan lancar tanpa adanya sebuah insiden yang akan menghambat keberlangsungan KAA tersebut. Namun tentu saja acara sebesar itu tidak hanya sebatas acara yang tanpa menyisakan cerita. 



Ada hal

Jalan-jalan dengan uzair

Assalammualaikum..

Saya n suami kan, sebenarnya dah tak tahu nak pergi jalan2 mana. Sebab dari dulu kami asyik berjalan berdua. Pusing Malaysia dah, Thailand tu setakat Hatyai tu biasa sangat. Dah takda tempat nak pergi. Semua tempat rasa boring. Nak pergi luar Negara takde bajet la pula..huhuhuhu..

Sejak ada uzair ni, kami ulang balik tempat2 yang kami pernah pergi. Rasa happy dapat bawa dia jalan-jalan. Padahal dia tido je.. tapi ummi n ayah ni happy je! Lawak kan?


 
Masa ni uzair sambut raya haji kat sungai petani. Umur uzair masa ni dalam 3minggu je.. Sorry uzair, awak takde baju raya. cuba tengok sarung tangan tu. gedabak besar. Yela... masa ni baru 2 kg.. 
 
 


Masa ni pula,  otw nak pergi Shah Alam dengan maksu n Dhia Humaira. Dhia lahir 1 minggu je awal dari uzair. So, maksu n ummi sama2 cuti n jalan2!! yeehuuu!! Dekat Shah Alam takde la berjalan sangat, setakat pergi expo baby je. Ada la bawa uzair balik Lurah Bilut, kampung maktok.

 

Ni pula kat Tasik Jitra. Tempat ummi n ayah lepak dulu2... Dah lama tak pergi, bila ada uzair ni, baru la ayah semangat nak gi lepak tasik balik. Kalau tak ummi n ayah lepak depan tv je.. huhuhu..
 


 
Yang ni kat Gunung Jerai. Saja je naik atas ni. Dulu ummi n ayah naik atas ni sejuk, tu yang nak bagi uzair rasa sejuk macam kat London la kekonon. hahahaaa..
 
 
 
Bukit merah ni ummi jemu xtau nak cakap dah. Tapi ayah ajak tido sana juga, sebab nak bawa uzair jalan2. Ummi redha.. hahhaaa
 
 
 
Masa opening butik pakcik yon pun uzair pi tau. Yelah... bagi semangat sikit kat pakcik yon, mana la tau nanti pakcik yon bagi saham butik kat uzair sikit...ehhhhhh byk! kikikiki...
 

 
Masa gi rumah mama bai, ayah semangat la nak bagi uzair merasa naik komuter. Uzair pun layankan jelah. Papa sham pun redha masa ni, sebab kena follow. hahhaa.. Semangat kan ayah uzair ni?
 


Yang banyak kunci ni bukan kat Korea atau Paris ye.. Ni kat Bukit Bendera Pulau Pinang. Hajat ayah dari uzair umur 1 hari lagi nak bawa uzair naik Bukit Bendera ni. Hahahaaa... Macam biasa, niat tu nak tunjuk tempat ummi n ayah dating dulu2. Serius cakap, ummi n ayah dulu boleh melangut kat atas bukit tu lama2. Melangut tengok pemandangan n tengok orang. Sebenarnya ummi dah jemu naik atas ni, tapi macam biasa, layan yelah!
 
 
 
 
Ni kat Pak Bara, Thailand. Masuk makan2 je. Ayah la nak tunjuk kat ummi n uzair tempat ayah selalu lepak makan dengan geng konvoi moto dia tu. 1st time ummi makan kerabu belangkas. Sedap la pulak! Tempat ni tepi pantai. Sambil makan tu angin tiup sepoi2 bahasa. Fuhhhh... ayah, nak pi lagi!!!
 

 
Hatyai.... kat sini uzair pi banyak tempat, tu gambar tu kat pantai samila. Memang penat la. Tido sana 1 malam je.. Nanti nak kena datang lagi, sebab masa ni uzair tak pandai lagi. ok ayah! Sini lagi yek!! Zoo pun uzair pi dah. Banyak sangat gambar sampai ummi rasa malas nak upload. hahahahaa.. nanti kita cerita bab zoo yek. Best!! sebab kat situ boleh mandi2..  
 


Tu muka bahagia sebab dapat main air kat zoo, sampai tido pun nak gelak.
hehehe..
 
 
 
 
Dulu2 kan, masa jalan ber2, rasa macam best dah. Tapi, sejak ada uzair ni, baru sedar yang dulu tu best sikit je, sekarang ni baru best banyak!! Terima kasih anak sebab teman ummi n ayah jalan2. Tempat yang dah rasa tawar tu jadi manis balik. Walaupun awak banyak tidur, tapi bila sampai kat satu2 tempat tu, awak sanggup berjaga n main dengan ummi n ayah ni.
 
 
Nanti ada rezeki kita pergi jalan-jalan lagi ye!
 
London?
 
**pengsan!**
 
 
 

PAKEJ MELANCONG KE "KAPAL BERHANTU" DI DASAR LAUTAN ATLANTIK


Kapal Titanic yang karam di Lautan Atlantik kira-kira 103 tahun dulu, dianggap sebagai tragedi maritim paling buruk dalam sejarah dunia.


Lebih 1,500 orang maut dalam tragedi berkenaan tetapi itu juga menyebabkan Titanic dianggap sebagai kapal paling ikonik di dunia.

Walaupun dianggap sebagai kapal paling terkenal di dunia, tidak ramai berpeluang melihat kapal berkenaan secara dekat.

Paling hampir kapal itu boleh dihampiri ialah dengan melawat muzium Titanic di Belfast, Ireland Utara atau menonton filem Titanic yang dilakonkan aktor terkenal, Leonardo DiCaprio dan Kate Winslet.

Namun, sebuah syarikat kini menawarkan pengalaman menyelam pada kedalaman 3.81 kilometer untuk melihat bangkai kapal itu di dasar Laut Atlantik.

Lawatan itu membawa pengunjung melihat tangga mewah Titanic, sauh kapal yang besar dan bilik Marconi yang memancarkan isyarat kecemasan SOS buat kali pertama di dunia.

Peluang sekali seumur hidup itu ditawarkan syarikat Bluefish dan harga pakej istimewa yang sungguh mengejutkan.

Pakej mewah mengembara ke dasar laut dan melihat bangkai kapal paling terkenal di dunia itu bernilai kira-kira £41,000 (RM222,101).

Walaupun harga pakej itu seakan-akan tidak masuk akal, tetapi lebih 40 individu menempah pakej lawatan berkenaan.

Pengarah Bluefish, Steve Sims berkata, mereka menghantar 40 individu ke dasar Lautan Atlantik untuk melihat bangkai Titanic.

“Antara pelanggan kami termasuk isteri seorang bilionair terkenal dalam bidang teknologi. Titanic masih menarik minat sebahagian besar daripada kita,” katanya.

Sims berkata, Bluefish terkenal kerana menyediakan perkhidmatan lawatan menakjubkan dan paling sukar ditemui di dunia.

“Lebih ramai orang pernah pergi ke angkasa lepas daripada melihat Titanic dengan mata mereka sendiri,” katanya.

Pelanggan yang menempah pakej itu akan tinggal di kapal Keldysh sementara menunggu keadaan laut yang sesuai untuk melihat Titanic secara dekat.

Mereka dibawa menaiki kenderaan dasar laut dikenali sebagai MIR I yang mampu menyelam sehingga enam kilometer dan menahan tekanan luar biasa.

Kenderaan itu diperbuat daripada tembaga boleh memuatkan seorang pemandu serta dua penumpang.
Misi selaman itu mengambil masa selama 11 hingga 12 jam dan apabila sampai ke dasar laut, lampu berkuasa tinggi akan dipasang bagi membolehkan pelawat melihat bentuk kapal berkenaan.

Selain badan kapal, pelawat boleh melihat barangan peribadi penumpang seperti kasut dan beg yang melekat pada besi yang berkarat.

Pemandangan itu sudah cukup membayangkan ketakutan penumpang ketika kapal itu karam pada malam 14 April 1912.

Titanic adalah kapal paling besar pada waktu itu dan karam pada pelayaran sulungnya selepas terlanggar bongkah ais.

Kapal itu karam di utara Lautan Atlantik ketika dalam perjalanan dari Southampton, Britain menuju ke New York, Amerika Syarikat.

Selain lawatan yang menakjubkan, pelawat diberi taklimat dan penemuan terkini saintis mengenai kapal sepanjang 269 meter itu.

Selepas lawatan berkenaan, satu majlis bagi memperingati tragedi itu serta semua mangsa yang terkorban turut diadakan.

Kapal Keldysh dan MIR I membuat lebih 15 ekspedisi ke lokasi Titanic bersemadi serta melakukan beratus-ratus selaman.

Tujuan selaman itu bukan hanya pelancongan semata-mata tetapi untuk mendapatkan imej, data dan sampel dari bangkai kapal berkenaan.

Semua maklumat itu digunakan untuk tujuan kajian dan uji kaji saintifik oleh beberapa saintis dari seluruh dunia.

Sejak ekspedisi laut dalam dijalankan di tapak bangkai Titanic pada 1998, tiada sebarang artifak dialihkan.

Dari 2002 hingga 2006, seramai enam individu melawat tapak berkenaan tetapi kemelesetan ekonomi dunia menyebabkan pakej pelancongan mewah itu terpaksa dihentikan.

Kini perkhidmatan itu disambung semula dan pelawat boleh menempah pakej lebih murah berharga kira-kira £6,820 (RM36,851).





Gambar Belangkas