Friday, April 24, 2015

Godam sistem komputer universiti untuk ubah markah

Imran Udin dipenjara 4 bulan.

BIRMINGHAM - BRITAIN. Seorang pelajar Universiti Birminghams dipenjara empat bulan selepas didapati bersalah menggodam sistem komputer universiti berkenaan dan mengubah keputusan peperiksaannya.

Imran Udin, 25, menggunakan sebuah peranti khas untuk mencuri kata laluan kakitangan universiti berkenaan dan mengubah markah peperiksaannya kerana bimbang akan hanya memperoleh ijazah kelas kedua rendah.

Beliau dipenjara di Mahkamah Birmingham Crown di bawah Akta Penyalahgunaan Komputer.

Pendakwaraya, Madhu Rai berkata, pelajar tersebut meletakkan peranti pada papan kekunci komputer dengan tujuan untuk mencuri kata laluan kakitangan universiti berkenaan.

“Kegiatannya itu terbongkar selepas dua kakitangan universiti yang menjalankan rutin penyelenggaraan komputer menemui peranti berkenaan di belakang papan kekunci komputer di bilik kuliah Fakulti Sains Bio.

“Pihak universiti kemudiannya memeriksa semua komputer dan kemudiannya menjumpai tiga lagi peranti serupa yang dipasang di belakang papan kekunci.

“Salah satu peranti tersebut diletakkan pada komputer kakitangan yang bertanggungjawab untuk mengisi gred peperiksaan,” katanya.

Siasatan lanjut mendapati Imran telah menggodam sistem komputer dan menukar markah untuk lima kertas kerja kursus kepada peratusan yang lebih tinggi.

Salah satu markah kertas yang ditukarnya ialah dari 57 peratus kepada 73.6 peratus.

Polis kemudiannya menggeledah rumah pelajar berkenaan dan mendapati Imram pernah membuat carian tentang peranti berkenaan di laman internet.

Sementara itu, peguam bela Imran, Balbir Singh berkata, pelajar itu terpaksa melakukan perkara itu kerana tertekan dengan keluarganya yang mahukannya memperoleh keputusan yang cemerlang ditambah pula dia satu-satunya anak yang berjaya menyambung pelajaran ke universiti.

"Dia berada di tahun akhir dan kini digantung pengajian dan tidak mungkin mana-mana universiti akan mengambilnya selepas ini", katanya dipetik Mirror.uk. - Sinar Harian

Video wanita tayang dada di Petaling Street jadi viral


Baling pinggan lebih baik dari bogel - Pakar psikoterapi

KUALA LUMPUR: Tahap kemarahan dan emosi wanita yang di dalam video viral yang menunjukkan aksi membuka pakaian di Petaling Street disifatkan di takuk yang sangat bermasalah selain tidak stabil.

Pakar psikoterapi Azman Shah Aziz berkata, wanita itu sebenarnya tidak mempunyai apa-apa untuk ditunjukkan selain tiada motif khusus semasa perbuatan berkenaan.

"Individu ini biasanya mengalami masalah mental dan dalam situasi ketidakstabilan emosi.

"Kalau dia marah sangat kenapa sampai hendak membuka baju? Marah bagaimanapun terutama kepada seorang wanita tidak sampai hendak membuka baju.

"Kalau marah dan hendak lepaskan perasaan itu rasanya baling pinggan lebih baik dari bogel," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Azman mengulas rakaman yang memaparkan seorang wanita membuka pakaiannya di tengah-tengah kawasan membeli-belah yang sibuk sekali gus mendapat reaksi luar biasa dari pengamal laman media.

Insiden dipercayai berlaku di Petaling Street, video yang dimuat naik di YouTube pada Jumaat itu mendapat tontonan lebih daripada 30,000.

Dalam pada itu kata Azman, tahap kemarahan wanita berkenaan dilihat sukar dikawal dan tidak berfikir panjang dengan tindakan membuka baju di khalayak.

"Satu-satunya tindakan drastik pada tahap kemarahan yang boleh dilakukan adalah buka baju dan berbogel.

"Ia perbuatan melampau, sia-sia dan tidak mempunyai perkaitan langsung dengan apa juga punca kemarahannya," jelasnya.

Wanita yang pada mulanya disangka pelancong itu akhirnya dikenal pasti sebagai warga tempatan apabila dia bertutur menggunakan Bahasa Melayu dalam video itu. -astroawani 


7 GAMBAR FESYEN TUDUNG YANG MENGEJUTKAN


7 GAMBAR FESYEN TUDUNG YANG MENGEJUTKAN | Sebuah syarikat fesyen, CR Fashion Brand telah mengetengahjan beberapa rekaan hijab yang agak ganjil dan pelik dengan tudung yang kita biasa dijual di pasaran.

Rekaan tudung ini dikatakan telah mendapat sambutan yang agak memuaskan daripada pengemar-pengemar fesyen. Namun, tudung jenis ini belum lagi dijual di Malaysia.


Undi lah PAS



Semoga allah berkati segala usaha yang kita buat selama ini.

Allahuakhbar!

Yang Ni La Mahathir Tak Suka



Tabur wang ringgit..

Fasa pertama bersama Qeif Uzair

Assalammualaikum..
 
Sekejap je qeif uzair dah 7 bulan. Rindu pula masa dia 2kg! Sekarang ni dah membesar bak juara dah. 8.7kg!!! Kalau dulu pegang dia sebelah tangan je, sekarang ni mau terlepas kalau sebelah tangan!
 
Banyak beza bila tiba-tiba ada anak ni. Memang persediaan dah dibuat, baju, pempers, semua tu sekejap je dah tersedia. Yelahhh semangat! Tapi persediaan yang paling penting ialah memastikan minda saya ni sentiasa positif dan positif dan positif. Susah sikit laa...
 
Saya ingat lagi, masa saya jumpa bos dan minta cuti tanpa gaji diluluskan, bos saya terdiam. Air mata dia bertakung tau! Dia cakap, dia belum pernah jumpa kes macam saya ni. Dan dia langsung tak terfikir benda ni. Dia sendiri cakap, umur dia dah 60 tahun lebih, tapi dia belajar sesuatu daripada saya. Bos saya tu lelaki tau! Saya pula yang terdiam lepas dengar dia cakap macam tu. Entah apa ilmu yang saya dah ajar dia. Entah...tapi masa tu, saya pun rasa sedih. Tapi kejap jelah, sebab lepas dia cakap, 'ok fidayu, awak boleh start cuti bila-bila masa yang awak nak. Siapkan dokumen semua dan bercutilah' terus saya happy!! Tak sangka pula semudah itu. Dalam hati ni berbunga-bunga dah. Semangat nak bercuti. Tapi control laaaa..depan bos kot! Tambah pula masa tu bos tengah sedih kesiankan saya ni. Yang tuan badan sikit punya happy nak cuti!! hahha...
 

Okey, qeif uzair lahir awal dari tarikh jangkaan. Ngam2 je semua kerja saya siap! Memang boleh bagi tumpuan terus kat dia. Masa mula-mula saya dan suami tengok dia, Ya Allah... tak tau macam mana nak cakap. Tak ada perkataan! Masa saya panggil nama dia untuk pertama kali, dia terus senyum! Lagi la saya n suami happy!
 
Bila tengok dia senyum tu, memang rasa nak bawa balik terus! Kan dah cakap, sebelum ni rasa 'macam2' tapi bila dah ada depan mata, memang hilang semua.
 
Rasa sayang tu terus je ada. Rasa nak melindungi dia tu terus je tebal. Rasa tak nak lepas!!
 
Serius!
 
Qeif Uzair membesar sekelip mata je. Sekejap je baju2 tak muat. Sekejap je!!

Bila masa qeif uzair ummi ni membesar ye?
 
 Masa qeif uzair baby, kalau dia tidur, dia memang suka senyum. Tak tahu la apa dia mimpi. Tapi memang keraplah. Kejap-kejap senyum, kejap-kejap senyum.


Geram!

Cuti sebulan tanpa gaji tu memang saya guna sebaiknya. Yelah... orang lain cuti 3 bulan, saya cuti sebulan je. Masa tu saya banyak peluk dia. Kawan saya cakap, baby ni secara semulajadi akan kenal siapa ibu dia melalui degupan jantung. So, saya memang banyak peluk, peluk dan peluk supaya dia cam degupan jantung saya ni.
 
Suami pun saya suruh dia banyak luangkan masa dengan anak. Tapi biasa la lelaki, takut nak pegang baby kecil, tambah pula uzair masa tu dalam 2kg lebih jeee..
 
Tapi kan, selfie tu memang kerap lah. Hahahaaa...

Alhamdulilah, qeif uzair tak susah untuk dijaga. senang sangat. Malam ke, siang ke, tidur je.

Tak banyak meragam. Sebab tu dalam masa sebulan tu, saya bawa dia pergi Sungai Petani, Shah Alam n Pahang. Tak habis pantang dah berjalan.. ;)

Alhamdulilah, semua ahli keluarga dapat terima dia. Rasanya semua orang happy kot! Masa kat Shah Alam pun ramai saudara datang nak jumpa dia. Dia dilayan sama je dengan yang lain.

Hadiah pun dapat banyak. huhuhu.. ummi yang happy lebih time dapat hadiah! ;)


Anak, ummi dah cuba buat yang terbaik, uzair dah jadi darah daging ummi. Alhamdulilah, aurat antara kita dah tiada masalah.

Anak, moga jodoh kita hingga ke syurga.

Post ni ummi letak gambar uzair yang slim2 je.. next post ummi letak gambar yang debab2 okey!

 
 


 
 
 




 

Thursday, April 23, 2015

Buah pinggang terbesar di dunia

Buah pinggang yang berjaya dikeluarkan - Foto Barcroft India

NEW DEHLI - INDIA. Pakar bedah telah membuang buah pinggang bersaiz 20 kali ganda dari saiz buah pinggang normal dan menjadikannya buah pinggang terbesar di dunia.

Buah pinggang tersebut dikeluarkan dari seorang lelaki berusia 45 tahun di Hospital Dehli Sir Ganga Ram yang menderita penyakit ‘utosomal dominant polycystic kidney’.

Menurut Guinness World Records, buah pinggang yang seberat 2.72kg telah memecah rekod dunia mengatasi rekod sebelum ini iaitu seberat 2.1 kg yang telah dibuang di Dhule India.

Doktar Bhargav berkata, buah pinggang tersebut bersaiz 20 kali ganda daripada saiz buah pinggang biasa dan telah terperangkap di dalam usus lelaki tersebut.

"Pesakit kini berada dalam keadaan stabil dan sedang menunggu untuk pembedahan buang pinggang", katanya dipetik Metro.uk.


Sumber: Sinar Harian

Gambar Belangkas