Tuesday, April 21, 2015

Foto 'hantu samurai' timbulkan cemas

'Entiti' (kiri, tengah) jelas kelihatan di dalam bulatan. (Kanan) Tiada entiti kelihatan dari gambar lain yang diambil dari lokasi sama.
 
KANAGAWA - JEPUN. Sekeping foto yang dimuatnaik ke laman forum Reddit menimbulkan perdebatan mengenai ketulenan entiti yang terdapat dalam gambar tersebut.

Menurut pelayar Reddit, Obiaruf berkata, entiti berkenaan kelihatan memakai 'but samurai'.

Gambar berkenaan dilaporkan diambil berdekatan dengan makam samurai di Kanagawa, tahun lepas.

Obiaruf yang merupakan kawan kepada jurugambar berkenaan berkata, dalam foto lain di lokasi sama, tidak ada apa-apa entiti pelik kelihatan.

Terdapat juga pelayar Reddit mengandaikan kemungkinan 'hantu' tersebut dari zaman Perang Dunia Kedua.

"Datuk saya berada di Okinawa (Jepun) ketika Perang Dunia Kedua dan saya mengecam but yang dipakai. Itu but Tentera Laut Amerika Syarikat (ketika) Perang Dunia Kedua." jelas pelayar tersebut.

Bagaimanapun, pelayar laman Reddit yang lain bersikap skeptikal terhadap foto tersebut.

Mereka memberitahu ianya adalah 'ilusi' atau permainan cahaya dan kehadiran manusia sebenar yang lain dalam foto berkenaan.


Sumber: Sinar harian

Ayah tiri Kim Kardashian dah mula pakai bra?

Foto: splashnews.com

Bruce Jenner didapati mengenakan sport bra di sebalik jaketnya ketika menunggang motor besar di Santa Monica. Daily Mail melaporkan, sangat jelas kelihatan garis yang berbentuk seperti bra di belakang badannya.

Ayah tiri kepada Kim Kardashian ini dikatakan akan segera mengubah jantina menjadi seorang wanita.

Video: Penumpang Kereta Api Diganggu Hantu Kanak-Kanak


PERASAAN takut menyelubungi sekumpulan penumpang apabila 'hantu' seorang kanak-kanak perempuan yang sangat menyeramkan muncul secara tiba-tiba lalu menjerit sekuat hati semasa mereka berada di dalam kereta api bawah tanah di Brazil.

Rakaman video menunjukkan perasaan gelisah penumpang bermula apabila lampu kereta api tersebut berkelip-kelip secara tidak menentu.

Beberapa minit kemudian, lampu kereta api tersebut padam serta-merta dan apabila lampu kembali menyala, penampakan kelibat seorang kanak-kanak perempuan yang menyeramkan.

Kanak-kanak perempuan yang menyeramkan tersebut menyerupai satu watak yang dirasuk iaitu Linda Blair di dalam filem 'The Exorcist'.

Rakaman video itu turut menunjukkan kesemua penumpang cuba melepaskan diri dengan membuka pintu kereta api namun tidak berjaya apabila hantu kanak-kanak tersebut mula menjerit sekuat hati.

Selepas beberapa saat kemudian, kesemua penumpang lari bertempiaran menyelamatkan diri sejurus pintu kereta api dibuka namun masih dikejar oleh hantu kanak-kanak tersebut.

Rakaman video berdurasi tujuh minit itu dimuatnaik ke satu laman sosial, Youtube pada 19 April dan menjadi 'viral' dengan lebih 33,600 tontonan.

Gurauan 'prank' tersebut mempunyai jalan cerita sama seperti satu rakaman video yang dimuat oleh seorang warga Brazil, Silvio Santos yang memaparkan penumpang kereta api menjerit ketakutan apabila diserang oleh sekumpulan zombi.





Sumber: mstar.com.my

Monday, April 20, 2015

Nak ambil anak angkat ke tak?

Assalammualaikum..

Dah lama saya fikir, nak ambil anak angkat atau sabar menanti. Masa tu saya ada google, tapi tak ada panduan langsung untuk bantu saya buat keputusan. So, saya harap pengalaman saya ni dapat membantu golongan yang  50-50 nak ambil anak angkat atau tak. 

Ramai orang nak ambil anak angkat dari golongan anak yatim. Saya dulu macam tu juga, tapi susah nak cari. Kalau ada pun anak yatim yang ramai adik beradik. Nak bela semua xnak pulak kan? Sanggup nak pisahkan adik beradik tu? Nak cari anak yatim yang baru lahir dan tak ada adik beradik tu memang saya tak pernah jumpa la.. Kalau ada pun, saudara mara dia mesti nak jaga sendiri. 
Kalau jumpa yang nak bagi, memang rezeki korang lah..

Okey.

Apa yang saya buat sebelum ambil keputusan untuk mengambil anak angkat? 


1. Mula2, buat rawatan dulu. Usaha dulu untuk mengandung. Macam saya ni, doktor cakap memang saya n suami normal. Cuma rezeki belum ada. Buat iui pun gagal. Nak buat ivf takde bajet. Huhu..

2. Berbincang dengan suami. Nak ambil anak ni, kena ada sokongan dari suami. Kerjasama suami sangat penting. Sebab nanti bila dah ada anak, kita n suami la yang nak jaga. Lagipun, anak tu kan perlukan kasih sayang ibu n ayah. 

3. Sucikan minda. Macam saya tulis kat atas, anak yatim memang susah nak cari. Jadi, pilihan yang ada ialah anak tak sah taraf. Tak semua orang boleh terima anak ni dengan hati terbuka. Tak tahulah kenapa. Rasa anak2 ni berdosa yek? Rasa macam anak2 ni kotor yek? Dalam islam, anak tak sah taraf ni langsung tak berdosa. Mana ada anak yang mewarisi dosa mak bapak. Pernah dengar kan, anak umpama kain putih.. Pernah dengar kan?? Tak tahu lah ajaran agama lain, tapi yang saya tahu, islam tak pernah kata anak2 ni kotor n jijik. Ada juga saya jumpa ustaz n ustazah yang memandang serong terhadap anak2 ni, eeeemmm.... Tak nak komen banyak lah! Yang penting, kalau nak ambil anak ni, sucikan hati. Pastikan boleh menerima mereka seadanya. Ingat, anak2 ni juga khalifah dimuka bumi ini. Allah yang mengizinkan terjadinya mereka. Siapalah kita nak hina mereka? Kita lagi banyak dosa dari anak2 ni. Check diri sendiri dululah baru nak nilai orang lain. 

4. Pedulikan cakap orang. Jangan biar orang luar mempengaruhi kita. Orang ni main cakap je. Bukan diaorang yang lalui. Saya ada pengalaman bila bagitau nak ambil anak angkat, sibuk tak bagi ambil.    Sibuk nak atur hidup orang. Orang mcm ni korang jauhkan je. Tak ada bagusnya. Diaorang tau ke awak sunyi? diaorang tahu ke awak rasa kesorangan? diaorang tahu ke awak asyik bercakap dengan dinding? (hehehe..gurau je yek).

5. Kalau boleh, letak target masa. Macam saya, target saya ialah 1 tahun lepas pindah rumah yang saya beli. Tapi, sebelum capai target tu, persediaan adalah saya buat sikit. Lepas kira bajet, saya tukar kereta dari viva ke alza. Saya tukar kereta dalam masa 1 tahun sebelum target nak ambil anak. So, maksudnya saya dah terbiasa dengan nilai hutang baru. Takdelah terkejut kalau tiba2 ambil anak, pastu tukar kereta. Faham2 jelah ye. Tak tahu nak cerita macam mana. Kenapa tukar kereta? Untuk keselesaan, masa tu saya fikir mungkin tak muat nak bawa bawang anak, sebab tu saya pilih kereta besar sikit. Tukar ikut kemampuan. ;))

6. Dalam 1 tahun sebelum target tu, cari la agensi2 atau ngo yang boleh bantu kita dapatkan anak angkat. Dalam tempoh ni, bagitau keluarga. Minta diaorang carikan, mana tahu ada rezeki. Pastikan tak tertipu. Buat kajian sikitlah tengtang agensi, ngo atau orang perseorangan yang nak bagi baby tu. Banyak kes duit habis tapi baby tak dapat. Jadi, berhati-hati.

7. Solat istiharah. Tanya Allah.


Okey,

Apa yang saya tulis, adalah pengalaman saya sendiri. Apa yang paaaaaaaaaaaaaaling penting bagi saya, ialah no.3 sucikan hati tu. Sebelum dapat baby memang hati ni 'macam2' tapi, kalau ikut pengalaman sayalah, lepas tengok muka anak tu, tak ada sekumit pun rasa 'macam2' tu. Rasa tak sabar nak bawa balik adalah!

Korang jangan la nak tangguh2 ambil anak angkat. Rugi tau. Apa salahnya kita menumpang kasih kat anak tu. Kita tak sunyi, kita akan terhibur, pahala pun dapat tau! Macam saya ni, rasa menyesal pula tak ambil anak dari awal, rasa rugi sangat! Usia terbuang macam tu jeeeeee....  tak payah la fikir panjang sangat ye.. teruskan niat baik tu.

Ye.. tahu, korang akan fikir nanti anak besar, macam mana nak cakap kat anak kan?

Bab tu, jangan risau, anak ni kalau kita bagitau dari kecil, insyallah dia boleh terima. Anak akan tahu yang kita sayang dia.. Tak payah risau la...Allah ada, berdoa supaya anak yang kita bela dari kecil, menjadi anak yang terbaik untuk agamanya, bangsanya...

Semoga post ni dapat membantu. Niat saya 'bercerita' tentang isu ini adalah untuk kita sama-sama tak sunyi lagi. ;)








Daniel Craig Dibayar Hampir RM18 Juta Hanya Pegang Telefon Bimbit

 
BINTANG filem James Bond, Daniel Craig menerima bayaran £3.3 juta (RM17.85 juta) dengan hanya memegang sebuah telefon bimbit.

Portal Mirror melaporkan kandungan emel yang dikirimkan Sony Pictures mendedahkan Craig mendapat bayaran itu daripada syarikat elektronik itu kerana menggunakan telefon bimbit mereka bagi model Xperia dalam filem Skyfall.

Dalam filem SkyFall, Bond menulis pesanan teks menggunakan telefon Xperia yang tertera "EWA FLIGHT 226 9pm" yang merujuk kepada penerbangan yang dinaiki musuhnya.

Dengan kejayaan penampilan produk dalam filem berkenaan, Sony mahukan perjanjian yang sama untuk filem Spectre yang bakal ditayang pada tahun ini.

Bagaimanapun, pesaingnya Samsung menawarkan lebih banyak untuk menyediakan telefon sebagai kemunculan dalam filem 007 itu.

Ia menyebabkan penerbit filem Bond, Barbara Broccoli meminta bayaran tambahan daripada Sony bagi menampilkan produk keluaran syarikat itu di dalam filem, seperti yang diperkatakan pihak pemasaran syarikat produksi itu, George Leon kepada pengerusi bersama Sony Pictures, Amy Pascal menerusi satu kiriman emel.

Jurucakap Sony enggan mengulas mengenainya manakala wakil Craig pula tidak dapat dihubungi berhubung perkara yang sama. - MIRROR



mstar.com.my

Guru Perjuangkan Mansuh PBS Dibuang Kerja





Akhirnya, perjuangan seorang guru ini ditamatkan dengan cara yang begini.

Sebarkan. Ayuh kita perjuangkan hal ini. KPM dari dulu memang zalim dan kejam.

6 benda aneh dan mengerikan yang ditemui di bawah katil

Berikut adalah enam benda aneh yang pernah ditemukan di bawah katil, seperti dilapor oddee.com
 
 1. Buaya

Pada 2013 lalu, Guy Whittall menginap di Humani Ranch di Zimbabwe. Bekas pemain kriket itu tidur selama 8 jam tanpa menyedari bahawa ada seekor buaya di bawah katilnya. Dia juga sempat meletak kakinya ke sisi katil dan benar-benar tidak menyedari dia begitu hampir untuk menjadi makanan buaya.

Ketika sedang sarapan di dapur, pembantunya tiba-tiba menjerit kerana ternampak buaya seberat 149.6 kg berada di bawah tempat tidur Guy. Guy memanggil beberapa rakan untuk membantu mengusir buaya itu dari kamarnya dan melepaskan kembali pemangsa itu ke empangan di sekitar penginapan.

 2. Penis Napoleon

Pada 1821, selepas Napoleon Bonaparte meninggal, Dr. Francesco Antommarchi melakukan bedah siasat terhadap mayatnya. Dr. Francesco mengambil hati dan perutnya, dan meletakkannya di dalam balang. Doktor juga mengambil zakar Napoleon dan memberikannya kepada seorang pastor di Corsica.

Pada tahun 1916, zakar itu dilelong dan dibeli oleh seorang pengumpul dari Inggeris. Kemudian pada 1924, seorang pengumpul Amerika membelinya dengan harga 400 pound sterling. Zakar itu kemudian dipamerkan di Muzium of French Art di New York.

Pada tahun 1977, seorang urologi yang tinggal di New Jersey membeli "barang antik" itu dengan harga US $ 3,000 dan menyimpannya di bawah katil sehingga dia meninggal 30 tahun kemudian.

 3. Mayat busuk

Stesen berita KMBC-TV melaporkan bahawa seorang cleaning service di Capri Motel di Kansas City, Missouri, menemui mayat di bawah katil hotel pada bulan Julai 2003.

Penemuan itu terjadi setelah seorang tetamu tidak tahan dengan bau busuk di bawah katilnya. Kakitangan hotel kemudian mengangkat katil di bilik itu dan mendapati ada mayat. Polis mengesyaki bahawa panel kayu di sisi tempat tidur menghalang seseorang untuk menemui mayat itu sebelumnya.

 4. Wang tunai 6.3 juta

Pada Oktober 2013, Ma Huangdi sedang membersihkan salah satu bilik di apartment di Dongguan, Guangdong Province, China dan menemui sesuatu yang sangat mengejutkan di bawah katil. Di bawah salah satu tempat tidur di apartmen, Huangdi menemui wang tunai bernilai 6.3 juta yang tertinggal dalam empat kotak.

Seseorang telah menyewa apartment Ma selama beberapa tahun, dan kemudian menghilang tanpa membayar wang sewa. Ma tidak mahu mengambil wang itu lalu memutuskan untuk melaporkannya kepada polis. Pihak berwajib kemudian menyiasat identiti bekas penyewa pangsapuri Ma.

 5. Penagih dadah

Pada suatu malam di bulan Julai 2014 ketika Brian O'Neill dan isterinya Bridgett kembali ke kondominium mereka di Seattle dan mengalami satu kejadian aneh . Mereka mendapati pakaian mereka bertaburan dan barang-barang mereka disusun di atas tempat tidur mereka.

Mereka juga menemui sebuah dompet mengandungi kad pengenalan seorang wanita berusia 27 tahun di atas tempat tidur mereka. Pasangan itu kemudian menelefon polis. Selepas melakukan pemeriksaan, pihak berwajib tidak menemui apa-apa, bahkan tidak ada cap jari orang asing yang ditemui di bilik mereka.

Selepas polis beredar, pasangan suami-isteri itu kembali memanggil mereka. Kali ini, mereka mengaku mendengar suara-suara aneh yang datang dari bawah tempat tidur mereka.

Apabila polis kembali menyiasat mereka tidak menemui "hantu", tetapi seorang penagih dadah di bawah tempat tidur Brian O'Neill dan isterinya Bridgett. Wanita itu bersembunyi selama berjam-jam di bawah katil mereka dengan membawa pisau dapur. Mereka juga menemui jarum di tempat tidur.

6. Lubang yang dalam

Seorang wanita asal Guatemala City, Inocenta Hernandez, terbangun kerana bunyi letupan kuat pada suatu pagi di bulan Julai 2011. Hernandez awalnya berfikir bunyi itu disebabkan oleh letupan tangki petrol atau kemalangan kereta di luar rumahnya.

Selepas keluar untuk melihat asal bunyi itu, jirannya berkata bahawa bunyi kuat itu datang dari dalam rumahnya. Ketika mengintip ke bawah katilnya, dia mendapati ada lubang sedalam 12 meter di sana. Lubang itu terbentuk kerana hakisan tanah.




Sumber: Merdeka.com

Gambar Belangkas