Friday, April 17, 2015

7 Tips Penulisan Terbaik.

7 Tips Penulisan Terbaik|rahsia menulis entri berkualiti|ceritaejoy.

Lama pulak rasanya tak kongsikan tips blog kat blog ceritaejoy ni. Sebenarnya, ia sekadar bacaan kat ebook je, tapi apa salahnya kalau nak kongsikan kat sini kan? Jom baca 7 Tips Penulisan Terbaik.

7 Tips Penulisan Terbaik.

1. Rangka apa yang ingin kita katakan sebelum mula menulis.

Ambil sehelai kertas atau buka notepad, dan mula merangka penulisan anda. Apa sahaja idea yang ada, tulis/taipkan dahulu. Ia semacam "keywords" kepada penulisan anda.

2. Cipta tajuk yang hebat.

Ia adalah rahsia kepada kejayaan blogger malaysia yang berjaya di dalam dunia blog. Tajuk yang hebat adalah senjata utama kepada penulisan anda. Tajuk yang hebat mampu menarik pembaca untuk teruskan bacaan mereka. Penulis yang baik, pasti ada kelebihan di dalam menghasilkan tajuk yang hebat.

3. Tulis cerita yang pertama dahulu tanpa perlu ada kerisauan kepada susunan ayat atau cerita.

Ini antara kesukaran di dalam menghasilkan penulisan terbaik. Apa kata anda tulis dahulu cerita anda sehingga habis. Selesai sahaja penulisan anda, baca semula dan susun ayat atau cerita ada supaya ia menjadi lebih sempurna

4. Selesai menulis, tulis semula perengan pertama dan terakhir. Kerana ini adalah part yang paling penting.

Perengan pertama dan terakhir adalah kunci kepada penulisan anda. Permulaan penulisan anda perlulah ada elemen pertanyaan di dalam diri pembaca. Apabila wujud elemen ini, pembaca akan menghabiskan bacaan mereka untuk mencari jawapan kepada pertanyaan mereka. Di pengakhiran cerita, anda mestilah menjawab soalan kepada penulisan anda.

Rahsia menulis entri berkualiti.


5. Gunakan ayat pendek sahaja di dalam penulisan. Kerana ianya mudah di hadam pembaca.

Biasakan guna ayat yang pendek di dalam penulisan anda. Bahasa yang ringkas dan mudah di hadam pembaca di antara rahsia menulis entri berkualiti.

6. Juga biasakan menulis di dalam perengan yang pendek. 

Ini adalah suatu perkara yang tidak boleh dinafikan. Apabila pembaca melihat kepada penulisan perengan yang terlalu panjang, wujud perasaan malas di dalam minda mereka. Minda mereka terasa terlalu berat untuk teruskan bacaan.

7. Selesai menulis, baca semula tulisan kita dan betulkan tulisan-tulisan yang salah. Jika sedikit, ia tidak akan menjadi masalah, jika ia terlalu banyak, ia benar-benar menganggu.

Kosa kata memainkan peranan yang sangat penting di dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti. Kesalahan di dalam tulisan adalah gangguan terbesar di dalam penulisan anda. Jadi, sentiasa periksa semula kosa kata di dalam penulisan anda selepas anda selesai menulis.

Ok. Selesai sudah 7 Tips Penulisan Terbaik yang boleh anda praktikkan. Semoga ia dapat membantu anda di dalam menghasilkan penulisan yang berkualiti.

Haffizul Iskandar.

Thursday, April 16, 2015

Gambar Turutan Proses Penuaan Wanita Asia.

Gambar Turutan Proses Penuaan Wanita Asia|ceritaejoy.

asian-aging-process
asian-aging-process

asian-aging-process

asian-aging-process

asian-aging-process

asian-aging-process

Lagi Besar Lagi Bagus!

Lagi Besar Lagi Bagus|gambar|ceritaejoy.

the-world-is-full-of-giants-i-tell-ya-giants

the-world-is-full-of-giants-i-tell-ya-giants

the-world-is-full-of-giants-i-tell-ya-giants


the-world-is-full-of-giants-i-tell-ya-giants


the-world-is-full-of-giants-i-tell-ya-giants

the-world-is-full-of-giants-i-tell-ya-giants

the-world-is-full-of-giants-i-tell-ya-giants

the-world-is-full-of-giants-i-tell-ya-giants

the-world-is-full-of-giants-i-tell-ya-giants

the-world-is-full-of-giants-i-tell-ya-giants

the-world-is-full-of-giants-i-tell-ya-giants

the-world-is-full-of-giants-i-tell-ya-giants

the-world-is-full-of-giants-i-tell-ya-giants

Tidak mensyukuri nikmat Allah.

Tidak mensyukuri nikmat Allah|ceritaejoy.

Tidak mensyukuri nikmat Allah. Sebenarnya cerita ni 2-3hari lepas, tapi baru harini aku dapat nak kongsikan. Ia lebih kepada pendapat aku semata-mata. Yelah, kalau kita bercakap dengan orang tu, di cakapnya kita ni lebih dari ustaz pulak. Tapi apa salahnya cakap kalau ianya betul. Kan?

Ceritanya, 2-3 hari lepas hujan lebat. Hujan waktu petang, waktu habis kerja. Jadinya, mana-mana pekerja yang bawa motosikal, dah tentulah akan kebasahan kan? Macam aku, aku memang selalu bawa baju hujan, jadi takda masalah kat situ. Tapi kalau aku tak bawak pun, aku tetap juga akan redah hujan tu, sebabnya, waktu balik kerja. Sampai rumah, terus mandi. Kalau waktu pergi kerja, kena fikir banyak kali la kan. Hehehehe.

Nak di jadikan cerita, keesokkan harinya, aku duduk lepak-lepak dekat rest area tempat kerja aku. Aku terdengar perbualan seorang pekerja yang "kebasahan" waktu balik kerja. Antara ayatnya macam ni:

" Aku nak balik cepat semalam, hujan pulak, aduh, babi betul"

Aku yang ngah sedap minum nescafe ni, macam tersentak sekejap dengarnya. Hujan yang turun tu adalah rahmat. Kita sepatutnya bersyukur dan bukannya mengeluh atau menyalahkan. Bila bumi ni panas je, orang duk minta-minta hujan. Waktu hujan, orang duk minta-minta panas. Dah kenapa kan? Hujan yang membasahi bumi ni, menyejukkan tanah. Pokok-pokok kat hutan sana tu, hidup segar dengan air hujan ni. Mana ada orang yang suka-suka nak siram pokok dekat hutan. Ada ke? 

Manusia yang tak tahu bersyukur macam ni, patutnya kita hantar dia ke negara yang langsung takda hujan. Biarkan dia rasa macamana. Orang-orang dekat negara tu, sangat-sangat menghargai air hujan yang turun. Mereka yang dekat sini, dok maki-maki. Inilah manusia yang tidak mensyukuri nikmat Allah.

Lagi satu yang buat aku terasa dengan ayat saudara tu adalah, "aduh, babi betul". Ayat tu sebenarnya ditujukan pada apa? Pada hujan ke? Atau pada sang pencipta? Dari mana datangnya hujan jika tidak dengan izin Allah? Atau ada manusia yang kerjanya menghasilkan hujan?

Hujan yang dihasilkan manusia, tidak akan sama dengan apa yang dihasilkan oleh Yang maha esa. Mana mungkin ia sama! Manusia itu sendiri dijadikan oleh Allah, jadi, mana mungkin manusia mampu menandingi kuasa Allah.

Kita ni hamba, setiap kejadian di bumi ni, ada hikmahnya. Bukan saja-saja je dia nak buat. Bukan saja-saja je dia turunkan hujan tu hari isnin, atau selasa atau hari apa-apa pun. Pasti ada hikmah dekat situ. Kita ni sepatutnya bersyukur, bukannya maki hamun. Hai, manusia-manusia.

Kang di baginya kita banjir nak? Air jugak, sama macam hujan. Itu dah bukan nikmat, itu bala dari Allah. Dah diberinya kita hujan kita tak tahu bersyukur. Kan? Sebenarnya, manusia yang tidak mensyukuri nikmat Allah ni, mereka tidak akan pernah bersyukur dengan apa yang mereka ada. Pendek kata, mereka tak tahu apa maksud syukur tu. Kena ada seseorang yang ajarkan pada mereka, hari-hari atau setiap masa erti syukur dan barulah mereka akan belajar bersyukur. Takkan sampai macam tu sekali kan?

Aku hanyalah insan kerdil yang selalu mengingatkan diri aku, alhamdulilah jika ada rakan-rakan blogger malaysia yang turut sama mengingatinya. Tak perlu jadi ustaz atau alim ulama jika kita nak kongsikan kebaikan agama. Jadilah manusia yang tahu bersyukur dan bukannya manusia yang tidak mensyukuri nikmat Allah. Jangan sampai dah di timpa bala, baru nak sedar. Yer.

Haffizul Iskandar.

Liverpool FC akan ambil tindakan terhadap peminat bengong yang malukan orang Islam solat

Salinan paparan gambar yang dikongsi oleh Stephen Dodd di laman Twitter

ANFIELD - ENGLAND. Kelab bola Liverpool menimbang untuk mengenakan tindakan terhadap seorang peminatnya yang bertindak mengambil gambar dan memalukan dua lelaki Islam bersolat di stadium Anfield, baru-baru ini.

Menurut Dailymail, Stephon Dodd menulis, "Muslim bersembahyang semasa waktu separuh masa di perlawanan #menjijikkan" di samping sekeping gambar menunjukkan dua orang lelaki sedang sujud di laman Twitter.

Laporan The Guardian mengatakan, kelab gergasi Inggeris berkenaan memberitahu akan menyiasat tindakan yang patut diambil terhadap lelaki berkenaan, Selasa lalu.

"Polis sedang menyiasat perkara ini dan merujuk kepada kelab Liverpool untuk mengambil tindakan terhadap individu yang terbabit," kata kelab berkenaan.



Sumber: Sinar Harian

Gambar istana lama yang dikatakan tempat tinggal Dracula

Istana ini dikatakan tempat tinggal Vlad the Impaler atau lebih dikenali sebagai Dracula. Istana Dracula yang juga disebut Bran Castle ini terletak di timur laut Transylvania, Romania.
 













Foto: topdreamer.com/abl

Bapa Cadang Jual Buah Pinggang Untuk Rawat 3 Anak Obes

Dari kiri, Yogita, Harsh dan Anisha...kini dianggap sebagai kanak-kanak paling gemuk di dunia.

 NEW DELHI: Bapa kepada tiga kanak-kanak yang dipercayai sebagai paling gemuk di dunia bercadang untuk menjual salah satu buah pinggangnya demi untuk memperoleh wang bagi merawat mereka.

Yogita Rameshbhai Nandwana, 5, Anisha, 3 dan seorang lagi adik lelaki mereka Harsh, yang berusia 18 bulan adalah di antara kanak-kanak paling berat dan gemuk di dunia.

Berat Yogita kini 34kg, Anisha (48kg) dan Harsh (15kg).

Jumlah makanan yang mereka ambil seminggu cukup untuk menyara dua buah keluarga selama sebulan.

Rameshbhai Nandwana (kiri), 34, and Pragna Ben (belakang kanan), 30, ibu bapa kepada Yogita (depan kiri), Anisha (depan kanan), Harsh (depan tengah) dan seorang lagi anak mereka, Bhavika (belakang tengah)

Kini bapa mereka, Rameshbhai Nandwana, 34, yang berasal dari Gurjarat, India, bercadang untuk menjual salah satu buah pinggangnya bagi membolehkannya mengumpul wang untuk berjumpa dengan pakar obesiti.

"Jika ketiga-tiga anak saya terus membesar dengan kadar yang ada sekarang saya khuatir akhirnya mereka akan menemui maut. Buat masa ini selera makan mereka tidak boleh dihalang," ujarnya sebagaimana yang disiarkan oleh portal berita UK, Mail Online pada Khamis.

Manakan tidak, Yogita dan Anisha makan 18 keping capati sehari, nasi, sup, enam paket keropok, lima paket biskut, 12 biji pisang dan satu liter susu tidak termasuk minuman ringan seperti coca-cola dan pepsi.

Setiap hari ibu mereka, Pragna Ben, 30, terpaksa menyediakan enam kali hidangan kepada mereka iaitu pada jam 6 pagi, 10 pagi, 12.30 tengah hari, 3 petang, 5 petang dan akhir sekali pada jam 8 malam.

"Saya perlu menyediakan sekurang-kurangnya 30 capati sehari dan sekurang-kurangnya 1kg gulai sayur setiap pagi," ujarnya.

Yogita dan Anisha makan lapan capati, 41 paun nasi, tiga mangkuk sup, lima paket keropok, lima paket biskut dan 12 pisang.

Menurut Pragna, ketiga-tiga anaknya itu sentiasa lapar dan tidak boleh berhenti makan.

"Masalah kami ialah mereka akan menjerit tanpa henti jika lapar dan hanya akan diam bila dihidangkan makanan," katanya lagi.

Selain tiga orang anak obes ini, pasangan itu juga mempunyai seorang lagi anak sulung perempuan yang normal.

"Ketika Yogita dilahirkan dia hanya seberat 1.5kg dan sangat lemah dan kami memberikan makanan tambahan kepadanya sepanjang satu tahun yang pertama sehinggalah beratnya mencapai 12kg pada ulang tahun kelahirannya yang pertama.

"Anak ketiga kami Anisha turut berhadapan dengan masalah yang sama malah ketika dia mencapai usia setahun, beratnya meningkat kepada 15kg," katanya.

Menurut bapa mereka lagi, pada mulanya mereka sangka ini adalah pembesaran yang normal sehinggalah kelahiran anak lelaki mereka Harsh, dia juga turut membesar dengan kadar yang sama dan kini mereka khuatir yang anak mereka akan terus membesar tanpa had.

Pendapatan mereka sekeluarga tidak sampai Rm200 sebulan dan jumlah ini tidak memadai untuk mereka berjumpa dengan doktor pakar bagi mendapatkan rawatan untuk Yogita, Anisha dan Harsh.

Anisha dipeluk bapanya, Ramashbhai sambil disaksikan Harsh. Sebanyak Rs10,000 dibelanjakan sebulan untuk makanan anak-anaknya.

Separuh daripada pendapatannya itu terpaksa dihabiskan untuk makanan anak-anaknya sahaja.

"Dengan berat badan yang begitu besar mereka kini tidak dapat berjalan. Mereka hanya boleh makan sahaja," tegasnya.

Malah ibu mereka terpaksa menggunakan troli untuk mengusung ketiga-tiga anaknya itu ke bilik air setiap kali mereka hendak mandi atau membersihkan diri.

"Mereka terlalu berat...saya seorang tidak boleh mengangkat mereka," kata ibu mereka.

Pakar Paediatrik Hospital Kanak-Kanak Mandavia di Gujarat, Dr Akshay Mandavia berkata, tidak syak lagi ketiga-tiga kanak-kanak itu berhadapan dengan sindrom obesiti yang kronik dan memerlukan rawatan segera jika mereka ingin menjalani kehidupan yang normal.



Sumber: mstar.com.my

Gambar Belangkas